Rabu, 30 November 2011

Tahun Baru

salam...
sekejap je da masok tahun baru hijrah
diri ni masih xsempurna lagi,
masa hari terakhir 1432H tu pun ada di mid
nasib baik mak engatkan soh doa awal dan akhir tahun....
alhamdulillah, mekasih mak :')


da masuk tahun baru ni, 
azam saya nak jadi muslim yang memberi faedah kepada muslimin yg lain
bukan ke itu sebaik2 muslim?


tapi tula, 
da masok minggu2 akhir sem 1 2011/2012 ni
banyak beno kerja yang dilambak
test 2 masih menanti2
nota2 dah menjerit soh dibaca (dorang jerit ke jat? xdengar pon... hehe :p)
assignment dan lab repot xusah dikata
memang mata da kelabu nak tengok huruf depan skrin
alhamdulillah boleh lagi menaip untuk blog


rasa macam mahu pergi bercuti....
lari jao2 dari masalah dan balik dengan semangat yang baru....
boleh????

Jumaat, 25 November 2011

mencari cinta

salam


kadang-kadangkan aku selalu tertanya-tanya
kenapa ea kita bercinta?
ya memang cinta tu fitrah, 
tapi adakah dengan alasan itu kita bercinta?


bila lihat macam-macam ragam orang bercinta ni
bisa buat aku tersenyum
selalu aku lihat
orang yang bercinta ni 
perangainya macam kanak-kanak yang memerlukan ibunya
kadang-kadang kelihatan comel
kadang-kadang tu meluat pun ada
hehehe


dalam pencarian mencari cinta ni
belum lagi berjumpa dengan orang itu
buat sementara waktu ini
biar saja hati ini sendiri
takut hanyut
walaupun kadang-kadang tu rasa sepi juga
bila teman-teman sebilik mula berbicara cinta bersama pujangga hatinya


biarla sendiri
jika itu yang terbaik
biarla sendiri 
jika itu yang Allah redha
takut-takut nanti
cinta manusia hilang
Allah pun berpaling
nau'zubillah T_T


biarlah kali ni
ruang hati ini diisi dengan cinta Sang Pencipta
belum ada lagi penambahan
sehingga sampai waktu itu...


buat si bunga
janganla menderita kerana cinta 
kerana cinta itu membahagiakan
dan aku tidak tegar melihat dirimu menangis dan mengasing diri dari kami
mulakan langkahmu yang baru.....


hati ini mahu berbisik lagi : jiwangkah saya? da lama benda tu berlaku.... heheh :p

musibah

salam...
xsangka hari yang saya rasa penuh dengan warna-warni rupanya ada pengakhiran yang menyedihkan...
xsangka kawan saya ditimpa musibah
walaupun saya xrapat dengan dye
tapi dye satu batch,
maka jika cubit paha kiri, 
paha kanan pasti terasa juga


mohon doakan kawan saya 
setakat yang saya dengar
bertarung nyawa di hospital ampang
excident motor dengan kereta
semoga Allah membantu beliau
tq

Khamis, 24 November 2011

pelik...

salam....
rasa pelik la...
nape nak komen kat blog org xlepas ea?
boleh tolong jawabkan????? @.@''''


alhamdulillah
da setel 2 paper...
walaupun rasa haru sebab xdpat jawab ngan baik (soalan thrill macma lagu thriller gamaknye.... hehe :p)
tapi Allah bantu dengan ketenangan yang xberhenti untuk waktu ini....
alhamdulillah...
bialah Allah yang tentukan markah test dengan usaha saya yang xseberapa sangat tu.....




hati ni nak berbisik lagi : malam ni ada kelas tambahan, korang ade? hehe....

Isnin, 21 November 2011

Langkah

salam....

semalam dapat habiskan 3 topik teknologi enzyme, hati saya berbisik;
jat, ko ni boleh je nak setelkan semua, tapi ko terlampau takut

ya memang saya takut...
terlampau banyak masalah di sekeliling saya buat saya takut untuk melangkah
nak teruskan perjalanan
hati mahu tapi akal terlebih negatif
sedangkan langkah pertama tu penting untuk seribu langkah seterusnya
lebih selesa menyesakkan hati dengan masalah daripada menyelesaikan...
sian jantung,
mahu dia sakit satu hari nanti
kan ke haru jat?

selalu macam ni
lebih suka tengok orang terus berjalan daripada diri sendiri
mungkin saya perlu tanam satu azam baru
letakkan satu sikap baru dalam diri
optimis dalam hidup....


hati ni nak berbisik lagi : 3 minggu ada test.... gambatte!!!! @.@v

Sabtu, 12 November 2011

Other's Shoe

Salam....
sekarang nih da malas nak tulis panjang,
make it short and easy to understand (wah!!!! ijat speaking!!! hehe :p)

sekarang ni macam2 isu timbul dekat kolej,
isu parking sebab ramai yang xpaam syarat bawak kenderaan
dah macam dekat pameran kereta kalau balik dari kuliah tu,
dari sekecik2 keta kancil sampai sebesar2 hilux pun ada
dasat2....
ramai yang kompelin pasal parking, da apply sticker xdapat2....
yang kena tunding jari tetap mtm, nak wat cane kan?
yela kami memang ditugaskan dengan banyak keja sampai keja clamping pihak keselamatan pun memang kami yang kena buat, maklumla kerja kami "bergaji" kan????
mtm yang bawak kereta dan xramai pun kena persoal....
"semua mtm nak bawak kereta ke? xperlu kot"
"xpayah la ramai2 sangat mtm bawak kereta"
haah, yang bawak pun xsampai 10 orang je.....
lainla sume balun bawak, memang korang xdapatla parking kat kolej ni... hahaha

lepas tu isu pakej kolej, dan sekali lagi mtm jugak yang kena walaupun pihak kilang yang lambat anta baju tu, pum pang2 dorang komen kat facebook....
hahah nak wat cane kan?
kami memang lambat nak jahit baju2,
sebab bz ngan kuliah2 yang ada kat upm neh.....

kadang2 saya fikir,
dulu saya pun kutuk2 mtm jugak,
tapi xdela sampai nak ke dalam facebook
sampai nak sakitkan hati orang
kalo betol awak terseksa
boleh x bagi cadangan membina

susah kalau kita xfaham situasi orang
kita xde dalam kasut diorang dan diorang xde dalam kasut kita
bila da dalam kasut satu sama lain baru faham kan???
bukan kami nak semua tu terjadi pun.....

maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya
semoga Allah berkahi kita selalu
amin~~~~ ^^


hati ni nak berbisk lagi : assignment xsiap!!!! Aaaaaa~~~~~ T_T

Khamis, 10 November 2011

Nape ea?

salam...
pelik rsenye akhir2 nih....
bz manjang, aty xtenang.... lagi2 kalo bab2 siapkan report,
kompom hati rase macam nak pecah, kepale musti serabot.....
minggu lepas adalah minggu air mata buat saya,
memang Allah duga sikit je dengan kerisauan, air mata saya free2 je keluar untuk beberapa hari....
rasa xenak tu memang xbest
mula la melalut ntah sampai mane2, risau dye xleh blah...
nampak sangat kan iman dalam hati xkuat?
lagho sangat2 sem ni, pengisian hati tu kurang....
Ya Allah......

minggu ni pulak alhamdulillah ok sikit,
tapi bila nak bekerjasama dengan orang yang xberapa suka sangat perangai dye, ok ke?
hati jadi xtenang balek....
Allah, kuatkan lah hati hamba-Mu
sungguh saya xsuka perasaan ni...
perasaan rendah diri untuk benda yang xsepatutnye....

perlu ke rasa nakkan seseorang mengisi hati ni sedangkan cinta Allah pun xdapat dikecapi?
benda yang sama berulang kembali...
sampai kadang2 tu nak je biar diri ni xberperasaan.....
tapi mana boleh kan?
tulah kalo da start ngan perasaan xtenang, mula la pikir bukan2....
malasla nak layan....
pergi la jao2 perasaan ni.... wat sakit jiwa je...... huhu

Selasa, 18 Oktober 2011

Jangan benci……

Bismillahirrahmanirahim….

Assalamualaikum warahamtuullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah wasolatu wassalam 'ala rasulillah…

Alhamdulillah da nak abeh test satu, tinggal bioinformatik nak kena harung jumaat ni insya Allah… (nota pun xdownload ag, baru add ngan kawan yang upload kat skydrive…. Heeeee =.=''''')

Okai, kali ni saje je nak share pasal satu benda, perasan xkalau kita cakap, "nyampah la ngan mamat tu, benci gile!!!!!!" pastu kawan kita kat sebelah pun beritau, "ko jangan cakap macam tu jemah, sat gi dye kawen ngan ang baru ang tau!" "weh simpang malaikat 44!" kita balas. "kita tatau masa depan weh" kawan kita balas balik….

Memang betul, dalam dunia ni, kita xboleh nak benci dan dalam masa yang sama suka sangat dengan sesuatu, kira macam obses sangat dengan sesuatu. Kadang2 benda yang kita xsuka tu akan jadi seseuatu yang sangat kita suka dan boleh jadi benda yang kita suka sangat2 tu jadi benda yang sangat xelok untuk kita.

Perasan x kalau aada 2 keluarga yang bermusuh sikit punya lama, dari generasi tok nenek dia, bila sampai hak cucu, tetiba ja depa suka sama suka… (amboi da cakap bahasa utara! Haha) adakan??? Kalo x pun, kita selalu tengok laki ngan pompuan tu bermusuh, last2 depa kawen…. Xpun ada ada yang pernah bersengketa jadi best friend forever dan juga sebaliknya….

Macam mana benda ni boleh terjadi?

Semua ni kuasa Allah sebenarnya. Kalau Allah nak tunjuk kekuasaan-Nya, pape je boleh jadi. Allah nak tunjuk kita yang xsemua yang kita suka tu adalah elok dan xsemua yang kta benci tu adalah yang buruk. Macam kita bermusuh tetibe boleh jadi baik, Allah nak tunjuk kat kita yang orang yang kita musuh tu baik sebenarnya, Allah nak binakan ukhuwah baru untuk kita. Allah nak tunjuk kat kita yang bersaudara tu lebih baik dan pasti ada hikmah yang terbesar akan berlaku kat kita suatu hari nanti.

Macam tu jugak dengan pasangan, kita tengok punyala berkepit sana-sini, tup2 deme kawen dengan orang lain. Allah nak beritau kat kita yang kita memang tak tau masa depan, Allah je yang tau. Kita cume boleh berusaha jadi yang terbaik untuk pasangan kita nanti, berdoa untuk dapat jodoh yang baik dan bertawakkal kepada-Nya. Allah dah beritau dalam kitab suci-Nya yang maksudnya "...Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........." (2:216) indahkan ayat2 Allah? Yakin dengan Allah memang buat hati kita tenang selalu….

Kesimpulannya jat?

Kesimpulannya, berpada-padalah nak benci atau suka sesuatu, jangan melampau2. Allah tu sentiasa ada untuk melihat kita. Mintak petunjuk Allah jika kita dalam persimpangan, kadang2 kita rasa kita suka sangat ngan benda tu, kita pun ikot jalan tu, rupa-rupanya tula jalan kebinasaan untuk kita….. fikirlah sebab kita ni hamba Allah yang dikurniakan akal untuk berfikir. Saya faham kalau kita sedih xdapat apa yang kita nak, yang dapat memuaskan hati. Dapat pulak yang menyakitkan hati je manjang. Tapi jangan lupa apa yang Allah dah pesan. Pegang ayat tu elok2. Insya Allah kita akan dapat teruskan hidup. Hikmah Allah yang tersembunyi tu hanya Allah je yang tau……


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira

Semoga Allah memberkahi kita selalu.

Amin~~~~ ^^


 

Hati ini nak berbisik lagi : jeles dengan orang yang dah konvo, saya ada lagi 2 sem lagi…. Fighting!!!!!! ^^v

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bisikku....

salam.....

tetibe teringat sajak dalam filem sepi.... seronok dengar.....

bisikku pada bulan,
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku
tanpa dia
malam menemaniku
sepi memelukku
bulan,
jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku......



hati ni nak berbisik lagi : korang tau x full sajak ni? share la... nak tau... sebab bahasa dia best... huhu

Khamis, 13 Oktober 2011

Life has to move on~~~

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah wasolatu wassalam 'ala rasulillah….

Da lame sangatkan saya xupdate blog? Paling latest pun mase raya aidilfitri, ni da nak masuk aidiladha kan? Sekejap rasenya masa berlalu….. aktiviti kolej n belajar ( belajar la sangat jat… hehe) bwat saya jadi xdan nak tulis blog, saya xserajin orang len…. Saya jenis suka bebel panjang2 kat blog. Hehe….

Saya da lama sangat nak kongsi hal ni. Saya da lama habis baca buku P/s: I Love You, korang musti ada jugak yang baca kan? Haha…. Seronokkan jalan cerita dia? Xmacam filem dye. Sangat memberi pengajaran. Dan mata saya xberenti nak mengalir ayer mata for certain chapter…. heheh

Holly baru je kematian suami, Gerry yang sangat2 dye cinta, Gerry ni memang soulmate dye. Cume sayang, jodoh xpanjang, Gerry mati sebab kanser otak. Memang tacing abeh wei bile baca macam mana Holly ni nak move on hidup dye. Derita kan nak teruskan hidup tanpa orang tersayang kat sisi? Yang bestnya, Gerry ajar holly macam mana nak survive dalam hidup. Dye ajar holly macam2. Supaya holly xbuang masa dia engat masa lalu je. Dia suruh holly pandang ke depan untuk teruskan hidup tapi jangan lupa yang Gerry selalu kat hati.

Kalau nak ikotkan, bila kita didatangkan musibah kehilangan orang yang tersayang, kita memang susah nak pandang ke depan untuk teruskan hidup, kita selalu nak dalam kenangan bersama orang tu. Gerry ajar holly buang semua pakaian Gerry, pergi buat make over untuk diri dye sendiri, pergi berparti dan macam-macam lagi. Disebabkan dye bukan Islam, dye xpesan kat isteri dye yang Allah tu sentiasa di sisi. Maha Mendengar segala permohonan dan luahan perasaan para hamba-Nya. Itu je slack dekat buku ni. Sebab buku ni ditulis oleh seorang bukan islam. Tapi penulis ni nak beritau kita yang macam mana pun yang terjadi, keluarga dan kawan2 tu selalu ada kat sisi kita untuk mendengar. Dan jangan lupa yang Allah tu memang selalu di sisi. Dan jangan lupa untuk teruskan hidup sebab kehilangan orang yang tersayang bukan bermakna kehidupan kita akan berakhir. Betulkan? Dan musibah yang Allah turunkan untuk kita semua ada hikmah besar tersembunyi. Allah nak ajar kita sesuatu yang berharga. Itula yang perlu kita pegang dan percaya.


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khiaran kathira untuk segalanya

Semoga Allah bersama kita selalu…

Amin~~~ ^^


 

Hati ni nak berbisik lagi : exam da habis barula nak update blog…. Heheh :p

Jumaat, 2 September 2011

Korang xrase ke?

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah wasolatu wasalam 'ala rasulillah

Selamat hari raya aidilfitri untuk semua ( lambat sket, sori…. :p). seronok ke beraya??? Boleh la…. Alhamdulillah sonok. Biala penat giler dok masak dan tolong mak bersihkan umah, lepas beraya umah orang je kompom aku tido…. Hahaha…. Ijat2, camtu ke perangai??? Abeh tu da penat kan? Musti la saya tidor. Ngeee…..

Back into our topic. Saya ni masih insan biasa yang banyak silapnya. Dan saya suka memerhatikan orang2 sekeliling untuk jadikan pedoman dan tauladan unbtuk diri sendiri dan share kepada semua. Pe la yang ko merepek ni jat? Cube teros terang je?? Hahah…. Okai2 meh saya cerita….

Cerita 1

Akhir2 ni saya selalu terlibat dengan tebiat 'nganjing' orang. Huh? Anjing??? Ko jadi anjing ke jat??? Bukanla der, nganjing tu istilah ngejek orang. Orang silap sebut, memang terokla kena bahan ngan kawan2. Mula2 memang syok o0o0o… tapi bila da lame2, korang xrase ke kita patut berpada? Lagi2 la kalo yang kena asek orang yang sama….. maunye oramng tu majok xmo bercakap teros, kan ke haru?

Cerita 2

Adek saya ni minat penyanyi yang baru nak naik, korang kenal x anak pak cik latif? Bukan sakina latif, tu kawan saya, ni najwa latif, heheh….. :p Dan disebabkan adek saya ni suka sangat, bacela blog dye, cik najwa kite ni ada la meluahkan perasaan sedih bila ada yang xsuka kat dye, sakan sangat nak mengutuk kat facebook. Nila perangai xsemenggah orang2 kat mesia tercenta ni. Kalo xsuke, senyap2 je boleh x??? setakat nak luahkan sekali dua xpela, ini sampaikan xlarat dah nak bace. Yela, besela manusia bukan sempurna, kalau da suara sedap, pe salahnye dye nak nyanyikan lagu orang lain. Betol x? Walaupun ramai lagi yang menyokong daripada yang mengutuk, dan boleh je kalo nak buat bodoh, tapi benda2 macam ni memang la menganggu tumpuan. Orang luar negara tu melambak je yang jadi cover artis. Contoh, maddi jane, mariѐ digby, sume tu popular kot kat youtube. Jadi ape salahnya kalau nak ada kawan2 kita nak mencuba. Kan3???

Cerita 3

Kita ni ada yang suka buat sesi luahan perasaan kat fb ke, twitter ke, dan ada la yang kadang2 tu naik meluat dengan pe yang kita buat. Yea, saya pun kadang2 nyampah jugak. Asekla nak buat luahan yang sedih je, macamla idop tu selalunye muram dan mendung je. Tapi kadang2 saya pun kalau tengah mendung kelabu tu, memang penuh la kat wall ngan perasaan yang haru biru….. tapi tu hak kita, suka hatila. Kita ni manusia kan? Selalunye sama je perasaan… xde yang hepi je dan xde yang nak mengharu je kejenya…. Dan yang meluat tu pun same jugak, korang pun musti akan rase nak mengharu biru satu hari nanti.

Abeh da cerita. Korang xrase ke yang kadang2 tu apa yang kita buat macam melampau? Nganjing orang, kutuk2 orang…. Memang syok mula2… Lame2 kita akan takut dengan bayangan kita sendiri. Saya perah rasa, saya asek la gelakkan orang yang asek typing error, saya nak taip laju2 sekarang pun da susah. Asek la tertengok2 kot2 ada kesilapan ejaan ke x. Dah xrase bebas kat situ. Rase takot sebab nanti ada orang akan ejek kita. Dan pengalaman kawan saya yang sampai takut nak buat status kat fb sebab asek rase serabot ngan status orang yang ntah ape2. Asek dok nak kutuk status orang, bila nak wat status sendiri dah serabot nak wat status yang xbuat orang kutuk kita. Xke haru tu namenye?

Xkesa kalau nak rase nyampah ataupun nak mengutuk, tapi biarlah berpada. Selalunya, what u give, u get back. Beringatla selalu…. Kita akan lebih menderita ngan diri sendiri bila pe yang kita kutuk tu, jadi pulak kat diri kita.


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khiaran kathira untuk segalanya….

Semoga Allah memberkahi kita selalu…

Amin~~~~ ^^


 

Hati ni nak berbisik lagi : ahad ni da nak balek kolej~~~~ haru!!!!!!!! T_T

Selasa, 23 Ogos 2011

Hidayah Allah Tu Indah

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….


 

Alhamdulillah wasolatuwassalam 'ala rasulillah

Baru je lepas tengok cerita 'Ramadhan Terakhir' kat tv3. Rasa macam xsangka je si Sakinah tu rupenye anak adik ogy, engatkan anak esma Daniel. Tapi saya xmo cerita pasal watak2 tu, cuma saya terkesan dengan pengajaran yang saya dapat dalam episod kali ni. Hidayah Allah. Betapa hidayah Allah tu bukan senang untuk dicari dan bukan terlalu susah kalau kita berusaha. Hidayah Allah tu hak Allah dan Allah boleh je nak beri dan tarik daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Paling best bila Allah bagi hidayah dan paling worst bila Allah tarik balik hidayah tu dari hati kita. Nau'uzubillah. Minta dijauhkan.

Dan selalunya kita akan sedar betapa kita perlukan Allah di saat2 kita diuji, manusia selalunya begitu. Hidayah Allah itu datang di saat hamba2-Nya dilanda musibah. Tanda Allah itu masih menyayangi. Kita akan berfikir mengapa semua musibah itu berlaku dan kita akan cuba selesaikan masalah. Masa tu lah Allah akan datang beri bantuan. Cantikkan??? Setelah ribut datang, Allah akan bagi pelanngi indah untuk kesabaran kita. Lagipun, manusia jarang berfikir masa dia tengah senang, dia akan banyak berfikir masa susah itu datang. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh yang sudah Allah nyatakan dalam surah al-Asr. Dan jangan sekali2 lupa, Allah menyayangi hamba2-Nya. Sesat macam mana pun seseorang itu, kalau Allah nak bagi hidayah, dia akan berubah sekelip mata. Menakjubkan bukan? Subhanallah…..

Dan saya boleh bagi 4 bintang untuk drama 'Ramadhan Terakhir' nie. Ceritanya santai dan mesejnya pun sampai. Kadang2 xperlu cerita berat2 untuk sampaikan mesej untuk orang. Xperlu nak tunjuk orang2 alim pakai serban, pakai tudung labuh siap pakai purdah tapi jalan cerita xberapa nak kena. Cuma saya rasa xperlu kot tunjuk orang tu pergi clubbing ke, minum arak ke untuk berubah. Mungkin jalan ceritanya guna watak orang2 biasa macam kita tetapi berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin daripada bertudung biasa kepada yang lebih labuh. Macam novel Quartet karya saidatul safiah. Sungguh menyentuh hati. Bacalah….


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah-Nya untuk kita.

Amin~~~~~ ^^


 

Hati ini nak berbisik lagi : nak kemas rumah da!!!!! Fuh2!!!! Hehe….. :p

Alhamdulillah…..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah wa solatu wassallam 'ala rasulillah…

Ramadhan da nak habeskan??? Sekejap sangat….. banyak kenagan yang tercipta masa ramadhan kali ni. Bak kata abah saya ( bukan ayah kandung saya tau, dia pengarah program Ihya' Ramadhan saya, hehe) carikla sesuatu dalam bulan penuh barakah ni, mesti ad satu punye, even xbanyak pun. Dan apa yang saya dapat? Yea, sungguh Allah meningkatkan tahap sabar dalam diri ni, itulah yang dapat saya nilai bila saya fikir dua tiga menjak ni….. Alhamdulillah….

Sungguh Allah memang menguji kesabaran saya dalam pesta ibadah kali ni. Dengan mini bazaar@k13 dan ihya' ramadhan lagi. Allah ajar saya macam mana nak manage masa yang baik. Allah ajar saya yang bangun awal pagi memang banyak bantu saya untuk selesaikan banyak perkara… tapi hari ni saya tetap bangun lewat (hesh~~~~ dasatnye ijat~~~~ =.=''''''). Ni sebab semua penangan saya shopping ngan amal sayang kat jalan tar semalam… biarlah sekejap je, 3 jam shopping (selalunye lagi lame tau!!!!) tapi berbaloi dan saya xbuang banyak duet… hehehe…….

Dan betapa berbaloinye hidayah yang Allah campakkan dalam hati manusia pada bulan yang mulia ini. Ada kawan saya yang ingin berubah ke arah yang lebih baik. Menutup auratnya dengan lebih sempurna… Bukankah itu suatu berita yang amat gembira? Rasa nak melompat2 je bila dengar, tapi tahan sebab malu…… dan saya mengharapkan hidayah begitu untuk diri saya juga…… supaya saya jadi yang lebih baik, jadi muslimah yang lebih sempurna pada akan datang insya Allah….

Dan betapalah bersyukurnya hati saya bila Allah da campakkan ketenangan menggantikan rasa gundah gulana dalam hati ni. Kesusahan itu sudah Allah ganti dengan kesenangan…. Alhamdulillah……. T_T


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah memberkahi kita selalu~~~~

Amin~~~~~ ^^


 

Hati ni nak berbisik lagi : nape yea xrase feel apa2 nak raye nieh???? Ayooooooo =.=""""

Ahad, 21 Ogos 2011

Salah pasang niat…..

Bismillahirrahmanirrahim……

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Da berabuk blog saya ni dibuatnye, hehe….. maklumla, malas nak update sebab bz manjang, ngan program Ihya' Ramadhan, mini bazaar@13, nak kejar ibadah bulan pose ag, sume nak dkejar sampai saya pun xterkejar….. orang da seronok2 citer pasal ramadhan diorang kali ni, dan saya baru nak start cerita…..

Dan sungguh saya kecewa dengan ramadhan saya.

Mungkin niat saya yang salah sebab saya nak kejar keuntungan masa bulan puasa, bukan nak kejar keuntungan beribadah, tapi harta dunia. Dengan saya ad hutang kat adik ag, dengan kawan membuatkan saya amat berharap dengan mini bazaar@13 dapatla sedikit wang untuk duit raya saya sendiri. Sungguh, duduk kat kolej memang duet asek kuar sampai nak mintak kat ayah pun saya da malu.

Gerai saya jual nasi lemak, samosa, begedil dan kek batik. Selain nasi lemak tu, saya buat kuih2 tu dengan harapan akan ada keuntungan. Walaupun mula2 saya xyakin, tapi sambutan sangat menggalakkan pada awalnya dan gerai kami dapat kutipan yang tinggi.

Dan kat situla saya mula lupa diri.

Memang salah saya yang xpandai nak manage gerai dengan betul. Memang salah saya juga sebab saya asek sebuk dengan urusan surat-menyurat Ihya' sampai saya xdapat nak panggil adek2 turun tolong gerai saya. Memang salah saya jugak saya xdapat nak jaga kewangan sampai bila pak cik saoxy bagi resit nak claim duet, semua duet hasil jualan habis teros. Memang salah saya sebab xdapat nak jaga kualiti makanan saya sampaikan goreng begedil pun boleh terburai sebab saya nak kejar benda lain. boleh pulak ada yang basi, memang salah saya….. dan memang salah saya sebab saya susahkan kawan2 saya nak buat begedil dan samosa sampai dekat subuh sebab saya xboleh nak buat sorang2. Dan memang salah saya bila terawikh berapa kali saya ponteng sebab salah saya. Memang salah saya sebab kurang tawakal kepada Allah. Abaikan Dia di saat2 bulan yang Dia nak bagi keberkatan yang berganda2….. memang, memang semua salah saya. Saya yang xpandai nak urus sebenarnya. Kawan2 saya yang lain semua da uruskan tanggungjawab masing2. Dan ada pulak yang kena amek final exam. Memang sayalah kena pikul tanggungjawab kan???? Dan memang salah saya sebab xpandai nak pujuk adik2 turun sampaikan saya pun nak menangis tergolek sebab saya kena buat kerja sorang2. Time tu diorang da start study week dan time tu jugak kereta saoxy rosak so dia xdapat nak tolong saya. Memang salah saya sebab paksa adik2 tu turun sedangkan diorang tengah kalut2 nak study untuk final. Sungguh saya partner dan kakak yang teruk kan? Maafkan saya….. patutnya saya tak ganggu kalian. Dan memnag salah saya terlalu sibuk dengan gerai sampaikan mak, ayah dan nenek saya kecik aty sebab saya xmau balik ke rumah…. Sampai nak ajak shopping raya pun saya menolak….. haru kan???

Sungguh Allah nak uji saya pada ramadhan kali ni dengan ujian ni. Xberenti nangis bila bahagi2 duet nak buat jamuan dan duet gaji semua orang, lagi rendah daripada secretariat lain. sedangkan pada awal2 jualan, gerai kitorang memang da potong semua orang. Semuanya start dengan niat saya yang salah… maafkan saya. Sebab saya kalian menanggung kerugian. Sebab saya korang musti tension kan nak final? Maafkan saya…… Ya Allah, ampunilah hamba-Mu atas ketidakberdayaan aku. Ampunilah aku kerana aku lebihkan gerai sampaikan ibu dan ayahku berkecil hati denganku. Nenekku kecil hati kerana cucunya xdapat datang masa kenduri. Ampunkan aku ya Allah. Ini semua salahku. Aku redha dengan segalanya, namun maafkan aku sebab air mataku masih xberenti mengalir. Berikan aku peluang untuk terus beribadah kepada-Mu sehingga akhir Ramadhan….

Dan sungguh saya rasa malu nak balik rumah sebab bila ayah tanya, banyak mana keuntungan? Saya hanya mampu keluarkan dua keping not merah dan sekeping not hijau muda. Tapi beryukur la jat. Kan lebih baik ada daripada xada?

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah bersama kita selalu….

Amin~~~~~ ^^


 

p/s : da nak balik umah, mak tunggu kak long!!!!!!

Khamis, 28 Julai 2011

Berusaha dan bersyukurlah…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan selawat dan salam buat Rasulullah…

Dua minggu ni saya banyak bermain dengan perasaan, kesilapan demi kesilapan yang saya buat membuatkan saya rasa macam saya ni insan yang xberguna, xberguna kepada sesiapa pun hatta diri sendiri. Terus dan menerus menyalahkan diri sebab xmatang dalam berfikir. Sungguh stress.

Dan alhmadulillah, Allah tetap memberikan pertolongan kepada saya dengan memberikan ketenangan setelah mengalir air mata tanpa henti di dalam solat. Sungguh hati saya sangat tenang. Subhanallah. Dan Allah titipkan lagi pertolongan dengan menghantar kawan saya untuk mendengar luahan hati saya yang berbakul2 tu….

Dan apa yang kawan saya kata?

Saya ni hanyut dalam permasalahan saya sendiri. Asyik memikirkan masalah dan bukan mencari penyelesaiannya. Dan betol kata-katanya, terlampau memikirkan diri sendiri tidak berguna sampai terlupa saya patut cari jalan untuk selesaikan….

Dan apa katanya lagi?

Saya patut berusaha untuk mencapai apa yang saya inginkan, jangan terlampau negative, dan jangan berputus asa dalam meneruskan hidup…. Beryukur dengan apa yang ada dan berusaha dan terus berusaha….. Ya Allah……… T_T

Dan nasihat itu mengalir deras terus ke lubuk hati saya……. Betapa saya ini terlalu cepat mengalah kan? Betapa saya ni masih memerlukan bimbingan dan terus belajar untuk mencapai kesempurnaan…..

Dan benda yang saya serabutkan tu, satu2 saya selesaikan dan Alhamdulillah ketenangan tu da mula bermukim di hati saya….. =]

Terima kasih Ya Allah atas segalanya, ibu bapa yang baik, kawan2 yang memahami dan yang penting, iman yang Kau beri buatkan diri ini sering berfikir rasional kembali…..


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah di hati kita selalu….

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : sungguh Ramadan tu da dekat kan???? Xsabar rasenye…… ^_^v

Selasa, 26 Julai 2011

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…


 

Aku masih di takuk itu….

Memerhati dan terus memerhati

Gelagat manusia yang beribu

Yang terus meniti masa tanpa jemu


 

Aku masih di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Manusia yang mahu meneruskan hidupnya

Walaupun payah dengan mengengsot kaki

Namun dia tidak peduli


 

Aku masih di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Kawan-kawanku yang sudah maju

Yang telah jauh bertapak-tapak meninggalkan ku

Ada juga yang baru memulakan perjalanan

Tapi sudah melangkah setapak ke hadapan daripadaku


 

Aku juga ingin begitu

Melangkah dan terus melangkah

Mencipta memori dan pandangan baru

Namun hatiku sayu

Apabila taufan datang

Tatkala hendak memulakan langkah baru

Dan aku terus kembali ke takuk itu

Haruskah begitu?

Sedangkan perjalanan yang beribu itu

Dimulakan dengan satu langkah yang baru kan?


 

Dan aku terus berada di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Mengharap pada yang sudi

Menarikku untuk mencipta langkah yang baru…..


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya

Semoga Allah memberkati kita selalu

Amin~~~~~


 

Hati ni nak berbisik lagi : Allah tu ada, tapi kenapa ya saya selalu mengharapkan orang lain untuk membantu????? Allah~~~~~

Khamis, 21 Julai 2011

Ikhlas Tu Perlu


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah dan selawat dan salam buat Rasulullah….

Cuti 4 bulan ni ternyata banyak rungutan yang keluar dari hati dan mulut saya. Xpelik sebab manusia, banyak rungutan dari syukurnya. Banyak memikirkan tentang barang yang kurang dari bersyukur dengan apa yang diberi….. merungut dan berterusan merungut...... astaghfirullah…. Ampunilah kami ya Allah…..

Ya bermula dengan rungutan banyaknya kerja masa praktikal, sampai cemburu tengok kawan2 bersenang2 dok kat umah. Kawan2 da bertimbun mengumpul duit kocek sedangkan diri ni praktikal pun xdapat apa2 bayaran. Namun bersyukur sangat sebab pengalaman dan ilmu itu bertambah. Tambah kenalan maka bertambahlah ilmu yang dikutip.

Dah habis praktikal merungut lagi, banyak benar kerja MTM ( majlis teringgi mahasiswa) kolej yang bertimbun minta dilunaskan…. Haru beb haru!!!! Haha…. Hari tu nak sangat kan jat? Amekla…. Emak dan ayah pun sampai pening tengok saya yang asik dengan kerja kolej. Ya sekali lagi kerja ini tiada bayaran. Kita berkhidmat dengan penuh kerelaan ( rela ke jat? Separa rela kot~~~~~ hahaha) banyak duit yang keluar, debit2……. Xde yang masuk balik… da nak negative da duit kat akaun bank tu hahaha…… nak mintak duit kat parents pun da xmampu…. Tebal da muka…. Nak bayar bil broadband pun dok tebalkan muka kat ayah tagih simpati…. dah macam muka kat rancangan 'Bersamamu' TV3 tu ha.... Huhu maafkan saya wahai ayah dan bondaku!!!!!

Seriesly sangat jeles dengan kawan2 yang bekerja. Bukan apa, duit tu bertambah la jugak nak menampung kehidupan. Xperlu meminta2 duit mak dan ayah. Kita da besar kan? Ya walaupun kita masih dalam pengawasan mereka, tapi perlu juga berdikari mencari duit sendiri. Yang duduk rumah pun saya jeles jugak. Makan dan minum mak ayah tanggung. Xde la kuar duit sangat kecuali sesekali keluar dengan kawan2 nak hilangkan rasabuhsan. Betulkan?

xde masalahpun kalau nak stay kat kolej, tapi jadi haru sebab duit tu memang mengalir tanpa henti….. adoyainyepun… nak keje boleh je, masalah sangat2 nanti clash masa bulan Ramadan nanti, ada program yang perlu dijalankan dan memerlukan komited.

Dan rungutan ni sebenarnye boleh disenyapkan dengan satu benda je. Dan perkataan itu sangat simple cuma sukar dilaksanakan…..

IKHLAS

dan bukan takaful ikhlas (aku cubit sape2 yang start pikir cenggitu... hahaha :p)

Kalau ikhlas nak berkhidmat, maka mudahla kita buat kerja

Kalau ikhlas, xdenye nak bising2 dan mengungkit2 perkara2 yang dah berlalu dan yang akan berlaku…

Kalau da ikhlas buat kerja, Allah pun sayang ye x?

kalau ikhlas, rasa putus asa tu xkan datang mengganggu, dah terjatuh pun sanggup bangun semula nak teruskan kerja kita kan2?????

Kalau ikhlas dan disertakan dengan sabar, pasti cantik je perjalanan hidup kita…. Allahu akbar, susahnya hamba-Mu ni ya Allah nak ikhlaskan hati….

Kenapa ya?

ihsan google tau!

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah bersama kita selalu….

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : duit2...... \@.@/ (gila..... hahaha =.='''''')

Selasa, 19 Julai 2011

Betol ke???


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Hahaha…… xsangka ada orang rindu kat post saya, baru tinggal beberapa hari. Susah jugak kalau xde mood nak menaip kan??? Sebenarnye da ada idea nak post apa, tapi jari ni ha malas bebenor nak menaip…. Ngeeee…. Kali ni buka nak mengutuk ke apa, tapi lebih kepada betol ke apa yang diorang buat ni? Saya pun tatau la……

Segmen Zahra kat TV3 berkait dengan drama2 yang ke arah keagamaan. Semua maklum tentang tu….. dan drama kali ni bertajuk 'Tahajjud Cinta'. Masa tengok iklan kat tv tu cam wah!!!! Cter pasal orang pakai purdah, musti best…. So cam bersemangat la jugak nak tengok pe kisah dye kan? Malam tu pun tengokla… maybe saya ni xboleh teruja sangat kot, nanti pe yang saya target tu xmenjadi….. hesh….. bila tengok episode tu, masa di pertengahan cerita, rasa pelik bila tengok watak utama, yang berpurdah berjalan2 dengan lelaki bukan mahram….. boleh pulak dorang berpecah jadi kapel2…. Kirenye keluar berdua-duaan la…. Xrase cam pelik ke bende tu terjadi? Jangan samekan situasi kat luar dengan dalam drama. Drama ni selalunya ada mesej yang nak disampaikan. Ada dakwah yang terselit di situ. Sepatutnya penulis skrip kena lebih mendalami orang yang berpurdah ni macam mana.

Selalunya orang yang berpurdah adalah orang yang ditarbiah. Perangainya elok. Malunya tinggi. Xkan dia akan sesuka hati keluar dengan orang yang bukan mahram. Dan memang betul manusia bukan sempurna, tapi ni drama, faham x? kalau situasi di luar mungkin kita boleh mengatakan begitu. Bagi saya orang yang berpurdah ni tinggi nilainya. Malunya sebagai seorang wanita tu lagi tinggi. dia memakai purdah kerana takut dirinya jadi bahan fitnah. Kita xtahu, mukanya yang cantik tu kadang2 boleh jadi bahan fitnah yang dasat. dan dalam cerita tu, fauziah tu siap pakai purdah yang tutup dahinya. Bukankah, dia dilihat sebagai perempuan yang baik? Sungguh saya sangat sedih kerana ada scene macam tu dalam drama ni. Scene apa ijat? Cerita da panjang sangatla, xengat yang mana….. adeh la korang…… scene yang ada berdua-duaan tu la….. =,='''''''' huhu

Dan yang xkena dalam episode kali ni, bila orang yang menyukai Seri (Fauziah Gous) tu berterus terang menyukai Seri tapi Seri xsuka, dia menolak. Dan bila lelaki tu eksiden, Seri boleh pulak memangku kepala lelaki tu ( huh? Boleh ke? Ke saya terlalu jumud untuk benda ni????). Lelaki tu cakap la 'saya sayang kat awak' dan seri pun cakap benda yang sama. Saya rasa macam xkena pulak kat situ…. Tapi kalau kita tengah penuh dengan emosi, kadang emosi bertindak lebih dari kewarasan kan? Dan bila jasad orang tu nak dikebumikan je kat tanah asing tu, dia xbersetuju malah nak pulak tinggal kat situ xnak balik Malaysia…. Huh? Apa hubungan dia dengan lelaki tu sampai dia xnak balik Malaysia dan nak lupakan kedua-dua orang tuanya? Kalau lelaki tu suami xpela jugak kan? Betul kita sayang dengan orang tu, tapi entahla, saya pun tak tau nak komen apa. Ya, betul kalau dah sayang kita susah nak let go, tapi for the sake of all things, fikir dengan rasional….. lagipun, dia ambil jurusan perundangan islam xsilap saya. Jadi mestila dia faham selok belok agama. Dia arif dengan hukum2 Allah. Dia lebih mengerti panduan yang telah ditetapkan oleh Islam……

Saya ni pun masih belajar lagi. Saya bukan arif sangat dengan hukum2 agama. Pergaulan saya pun kadang2 terbabas jugak. Tapi kita sebagai orang Islam, saling mengingatkan tu kan penting kan? Lagipun drama ni ada unsur dakwah. Perlu diteliti dan diperhalusi. Supaya masyarakat lebih tertarik untuk lebih menghayati dan masuk Islam dengan sepenuhnya…. Saya xnak kondem cerita ni awal2. Cuma saya terkilan sebab xsepatutnya benda ni berlaku…… mungkin selepas ni, episod2nye lebih baik dan banyak mesej yang boleh disampaikan. Betul, kita xboleh lari dengan rasa sayang dan cinta sebab tu fitrah yang Allah berikan untuk kita. Tapi biarlah dengan saluran yang betul….. maaf kalau ada yang tidak berpuas hati. Lain orang lain pendapat kan????


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya

Semoga Allah melindungi kita selalu

Amin~~~~~ ^^


Hati ni nak berbisik lagi : Ramadan da nak sampai…. Preparation???? Huhu…….

Rabu, 13 Julai 2011

Begedil oh begedil~~~~

Bismillahirrahamnirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat serta salam buat Rasulullah…

Hahaha…. Syok o0o0 dok umah….. dapat men mas

ak2…. Hehe….

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk wat projek best kat umah…. Bukan murtabak megi, bukan megi kari apatah lagi kari ayam…. Tapi begedil daging la kawan2!!!! Haha… boleh dikatakan saya ni memang suka makan begedil… dan selaku anak dara yang dah besar dan pandai masak ( ngeee…. Pandai la sangat kan??? :p) kenala wat sendiri…. Xkanla nak harapkan mak je pulak kan??? Dan pada hari isnin, saya pun mulakan projek tu…. Denga

n pertolongan adik2 lelaki saya….. ami n piki tersayang… hehe…. Alhamdulillah dapat la makan begedil ni…..

Begedil xlah susah sangat cara nak buat. Dan selalunya ada 4 jenis begedil yang saya tau…. Biasa, daging, ayam dan ikan… selalunya begedil biasa letak udang kering…. Meh kita lihat resepi……

Bahan-bahan :

  1. Beberapa biji kentang ( ikut suka korang la)
  2. daging kisar
  3. daun sup
  4. bawang goreng
  5. telur
  6. garam dan lada sulah
  7. 1 biji bawang besar (ikut berapa banyak daging kisar yang digunakan kalau banyak, gunakan yang bersaiz besar, kalau sedikit gunakan bawang bersaiz kecil)

cara membuat :

  1. kentang dipotong dadu dan digoreng
  2. tumbuk kentang goreng tadi
  3. goreng daging kisar bersama bawang sehingga masak
  4. potong daun sup halus2
  5. gaulkan kentang+bawang goreng+daun sup+daging
  6. campurkan garam dan lada sulah secukupnya
  7. kepalkan adunan tadi supaya padu dan leperkannya
  8. celupkan begedil ke dalam telur dan gorengkannya…
  9. hidangkan sementara masih panas

Dan inilah hasilnya…. Tada!!!!!!!! \^0^/


comelkan??? hehe :p

Cubalah….. insya Allah senang je…. Maaf xbagi detail berapa gram untuk semua bahan sebab saya sukat ikut kentang je… agak2 kentang banyak, banyak la bahan saya guna… heee…

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga dalam perlindungan Allah selalu…..

Amin~~~~~ ^_^


hati ni nak berbisik lagi : kawan kata saya da boleh kawen sebab da pandai masak begedil..... layak ke??? hehe

Selasa, 12 Julai 2011

Kasihnya Sampai ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah…..

Hee…. Da lama kan saya tak update blog…. Ni semua gara-gara kemalasan yang tahap melampau… rajin je blogwalking, idea tu kadang-kadang mencurah-curah ke ladang gandum…. Tapi tulah, malas nak menaip…. Meh saya sapu habuk2 dulu….

Ingin sekali saya ceritakan tentang perihal ibu saya yang saya sangat kasihi…. Orang yang tidak pernah saya lupakan walau sesibuk mana pun saya dengan tugasan atau aktiviti kolej, orang yang saya sanjungi dari segenap segi. Ya walaupun manusia itu tidak sempurna sifatnya, tapi emak adalah antara orang yang saya kagumi. Tidak pernah jemu mengasihi kami walaupun anak2nya pelbagai ragam yang memeningkan kepala. Tidak pernah mengeluh walaupun bertimbun kerjanya…..

Ya, emak adalah orang yang saya ingin teladani. Mungkin emak tidak selembut wanita melayu terakhir, tapi sifatnya yang gila2 itu membuatkan saya senang untuk berborak dengannya sehingga berjam2 lamanya. Dan sikapnya itu memang saya warisi. Hehe, tak dinafikan saya ni happy go lucky juga orangnya. Suka gelak sepanjang masa dan sangat2 membenci konflik. Dan seperti emak, saya jenis yang pendiam jika di tempat yang asing, tidak mudah menghulurkan salam pengenalan kecuali terdesak. Namun apabila di dalam kalangan rakan2 sendiri, saya adalah seorang yang sangat mesra.

Emak juga seorang yang rasional, tidak mengikut emosi ketika membuat keputusan. Itu yang saya cuba pelajari dari beliau, sikapnya yang suka berfikir sebelum bertindak amat berlainan sekali dengan watak saya. Tapi, jangan main2 ketika mak marah, agak sedikit berbahaya di situ. Ye, sape berani nak lawan mak sendiri time2 orang tu tengah angin kan? Hehe….

Dan daripada apa2 yang mak ceritakan pada saya, emak adalah jenis orang yang tidak kisah apatah lagi berkira dengan orang. Tapi adalah batas-batasnye kan? Mane boleh main aci redah je nak tolong orang, mesti ikut saluran yang betul. Saya paling kagum dengan sikap emak pada zaman remaja beliau ialah beliau tidak pernah terfikir tentang cinta. Seperti belajar itu adalah matlamat hidupnya. Mungkin mak sekolah perempuan semasa masuk sekolah menengah, jadi, tiada adegan mengurat di situ. Lagipun, seperti yang saya katakan tadi, emak adalah seorang yang selamba. Semua adalah rakannya. Tidak kirala lelaki ataupun perempuan. Camtu la masa mak masuk maktab. Mak xpernah cerita kat saya yang dia pernah terjebak dengan cinta. Saya rase, ayah adalah cinta pertama mak. Itupun diaturkan keluarga…. Alangkah sucinya hati mak…. Subhanallah….. tidak seperti saya yang sebuk nak cari cinta. Kan seronok ada perasaan seperti mak…. =.='''''

Dan kini mak masih bahagia bersama ayah. Dan kebahagiaan mak adalah kebahagiaan saya. Mak adalah rakan baik saya. Tak pernah jemu nasihatkan anak daranye ni supaya jadi anak yang lebih baik. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup mak dan ayah sehingga ke akhirnya. Semoga saya mampu menjadi seorang ibu yang sebaik mak jika saya ada keluarga nanti….

jom dengar lagu ni......

video

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…

Semoga Allah memberkahi kita selalu…

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : mama you are the queen of my heart!!!!!!

Khamis, 2 Jun 2011

Jiwa Kacau

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

sungguh jiwa saya tengah kacau.....
saya tak suka bila rasa tu datang....
sangat mengganggu dan sangat annoying....
nak luah kat sahabat pun....
sume jaoh...
ada yang kat rumah
ada yang buat praktikal di luar negeri....
ada yang masih tekun dengan belajar....

nasib baik Allah ada....
tempat saya nak curahkan segala rasa.....
saya pun tatau kenapa rasa sunyi dan kosong tu datang dan mengganggu saya....
peliknya perasaan nih.....
datang dan pergi tanpa apa2 tanda....
tau2 je datang
tau2 je pergi.....

maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya...
semoga Allah merahmati dan melindungi kita selalu
amin~~~~~


hati neh nak berbisik lagi : semoga esok ada pelangi yang temani saya....... amin~~~~

Rabu, 18 Mei 2011

Contengan Jalanan - Hlovate

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh….

Malas nak pikir pasal masalah2 yang gundah gulana kat hati neh. Dan2 pulak tengah dengar lagu "saat yang bahagia" inche P.Ramlee n pn Saloma nyanyi dekat filem2 "masam2 manis". Hahha….. baru je lepas baca sebuah buku yang beri makna untuk saya dan hati saya sekarang agak suci la gak. Baca benda baik kan sucikan hati?

Sungguh Allah ada perancangan-Nya yang tersendiri bila saya ambil buku "Contengan Jalanan" karya Hlovate. Sedang masa tu saya teragak2 nak ambil. Rasa cam pelik tengok buku dye upside down untuk dua2 belah kulit buku. Tapi saya rembat je sebab Hlovate tu salah satu author yang saya minat lepas Ramlee Awang Murshid. Dan masa saya pegang buku tu, saya berdoa dalam hati, tolongla ubah jalan cerita. Janganla sama, da xlalau nak baca. Sungguh, jalan cerita Hlovate dalam karya2 dia lebih kurang sama. Musti bdak tu skaters, boyish dan layan muzik underground. Pastu last2 dia musti akan berubah cari jalan Allah. Macam tu je selalunye.

Tapi kali ni lain sangat

Sangat2 lain…..

Saya sangat enjoy walaupun jalan ceritanya lambat sikit. Ambil masa berhari2 la jugak nak abehkan….. dari segi perkembangan watak memang lambat sikit. Meh saya ceritakan synopsis sikit. Ada 2 kisah dalam cerita nih. Better start dengan cerita Fend. Sebab kalau anda baca dengan K², anda kurang faham. Ok, K² ngan Fend nih kawan baik, dorang memang sekepale dalam banyak benda tapi hati Fend nih lembut compared to kawan dia yang lagi satu. Sorang amik jurusan fotografi sorang lagi amek arts. Dorang memang core kalo bab2 music nih sampai saya baca buku nih saya pun xpaam dengan ntah pape jenis kumpulan. Takat red hot chilli peppers tu taula, tu pun sekadar tau, xlayan lagu. Memangla haru semedang Hlovate nih. Tapi semua tu berubah bila Fend jumpa Lia, gadis yang buka jalan untuk dia berubah. Dia tercari2 erti hidup dia sebenarnya. Dan semua tu terjawab bila dia ikot Acad, sepupu dia, pergi Aussie nak berpuasa kat sana. Dan dia mula berubah sikit2. Dan begitu jugak dengan K², dia lambat sikit nak terima perubahan si Fend sebab dia dah biasa hidup dengan mamat tu sejak kecik. Bila dia tengok Fend berubah, dia rasa kehilangan. Akhirnya dia jugak erti hidup tap dekat Indonesia.

Point utama Hlovate nak tekankan sampai beri kesan kat saya ialah, mana apa motif kita hidup kat dunia nih. Asek nak berseronok je ke sampai xsudah2? Asek nak bergumbira je ke? Allah tu xde ke kat dalam hati kita nih? Dan perkara yang paling dasat akan berlaku ialah, sempat ke kita nak bertaubat sebelum kita nak jumpa Allah nanti. Sungguh bak kata Ustaz Zamri, kita nih tatau kita nanti mati dalam Islam ke x. kalau kita mati dalam keadaan beriman, Alhamdulillah, tapi kalau x, Allah……. Ruginya hidup berpuluh tahun tapi balik dalam keadaan Allah xredha…. Banyakkanlah berdoa agar kita sentiasa dalam perlidungan Allah dan kita akan bertemu Allah dalam keadaan beriman dan Allah redha pada kita.

Dan perkara yang selalu diulang dekat dalam novel tu " A man who decides to change at 12th hour, will die at 11th " gerun x dgr ayt tu? Bayangkanla kita tetapkan dalam diri nak berubah pada umo sekian2 tapi kita mati sebelum sampai umo tu. Xke haru? Haru la beb! Pe jadahnye nak bertaubat kalau dah mati dulu? Itulah yang mengganggu fikiran Fend. Dia mencari2 explanation untuk ayat tu dan dia dah jumpa jawapan tu bila dia sampai kat bumi Aussie. Betapalah kalau Allah nak bagi hidayah tu, senang je kan? Sebab Allah pegang hati kita yang rapuh ni. Allah tau apa yang perlu dibuat kalau kiat sungguh2 nak berubah. Pada Allah kita carik jawapan. Allah kan Maha Mengetahui? Subhanallah……..

Dan dalam karya nih, banyak yang ditegur oleh Hlovate tentang hidup rakyat Malaysia. Betapa kita ni dilimpahi dengan kesenangan hidup sampai kadang kita lupa dengan hakikat sebenar kajadian kiat hidup. Kita lupa Allah, kita lupa akhirat, kita lupa segala tanggungjawab kita sebagai khalifah. Tanya diri kita, dalam hidup seharian, cukup ke solat lima waktu kita? Kalau Alhamdulillah cukup pun, awal ke kita tunaikan solat tu? Bersyukurlah dengan apa yang ada dan perbaikilah diri kita supaya jadi lebih baik. Jangan kata kita xmau hipokrit kalau berpura2 jadi baik. Atleast kita berusaha. Walaupun payah dan sakit, atleast Allah pandang usaha kita kan?

Kurangkanla baca novel2 cinta yang hanyutkan hati kita ke alam yang pesona dia cuma seketika, carilah novel yang boleh membina, membina hati dan mentarbiah sekali. Saya nih pun bukan jenis yang baca buku2 yang menjurus ke arah agama nih…… novel salah satu cara saya nak tarbiah hati. Daripada xdapat langsung, sikit pun jadi la kan?


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah sentiasa merahmati kita selalu

Amin~~~~~ ^_^


 

Hati neh nak berbisik lagi : novel Ramlee Awang Murshid da habis baca. Nanti saya cerita yea? Hehehe……..

teruk rasanya....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

dan bila saya dah lukakan hati kawan dengan kata2 yang teruk....
dan kawan saya dah terguris dengan dahsat sekali.....
sedangkan saya xtahu apa yang sebenarnya yang berlaku.......
xpernah saya buat camneh kat kawan2 saya
teruknya saya..............

maafkan saya
saya bukan kawan yang baik
saya mahu tegur tapi saya dah tersalah kata
saya sudah tersilap cara......
maafkan saya.....

saya harap awak maafkan saya dan kita kawan balik....
sungguh hati saya xtenteram......
Ya Allah maafkan hamba-Mu...................
T_T

maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira....
semoga Allah melindungi kita selalu.....
amin~~~~~

hati neh nak berbisik lagi : sedeyhnya hati nih............. hhhuuuuuuuuu T_T

Isnin, 16 Mei 2011

Cikgu~~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…….

Wah3!!!!!! (nada excited xleh blah…..) 16 Mei datang lagi….. adek2 saya yang masih bersekolah tu sebok benorle nak belikan hadiah untuk cikgu2 deme…. Saya? Saya cuma tersenyum je bila tengok diorang, teringat mase sekolah dolu2….. seronok bila nak beli hadiah untuk cikgu, tapi semua da tinggal kenangan. Saya pun wish cikgu2 saya kat facebook. Tu pun sekolah menengah punya. Ijat2….. hesh…..

Kalau nak diikutkan cerita mak saya, nak mendidik anak2 zaman sekarang memang mencabar beb. Dengan baran yang saya ada, memang xmahu jadik cikgu. Mak yang ajar sekolah rendah pun da pelbagai masalah, lagi la yang kat sekolah menengah. Mesti ada satu juta macam cerita yang tercoret kan? Zaman makin maju dan orang pun semakin berubah. Yela, adik2 pun da terer pakai handphone. Lagi dasat daripada saya yang masih dokla bertatih2 nak belajar bnda baru (tangan di bahu…. Hehe)

Apa2 pun, ucapan terima kasih yang xterhingga kepada semua guru yang mengajar saya, saya berjaya sampai ke menara gading dengan izin Allah berkat guru2 yang mengajar saya. Rindunye zaman sekolah, xde pening nak pikir cam sekarang nih. Makin tua umur, makin bertambah masalah yang serabutkan pale otak… hahaha……. Betapalah bila hari guru tu datang, bersungguh2 nak jayakan majlis tu. Seronok bila tengok cikgu2 happy.

Orang cakap, janganla engat jasa cikgu tu masa hari guru je, engatla hari2. Betol, memang jangan ingat cikgu masa hari guru je. Sebenarnya hari2 saya ingat cikgu, tapi cuma xberkesempatan nak ucapkan terima kasih, kirenya, hari guru la best time saya nak ucapkan terima kasih dan sejuta penghargaan. Berdoa tu insya Allah setiap hari.

Selamat hari guru.

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah melindungi kita selalu……

Amin~~~~~ ^_^


hati neh nak berbisik lagi : kami guru Malaysia~~~~~ berikrar dan berjanji~~~~ ewahhhhh!!!!! hehehe

Ahad, 15 Mei 2011

Aiseh…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan selawat dan salam kepada Rasululllah…

Kenape aiseh? Kenapa x alamak ke, aigoo ke pape je la yang berkenaan???

Hahah…. Bukan pe, lagi dekat di hati dengan perkataan aiseh tu….. lagi mantap…… haha

Banyak benda jadi kat saya dalam seminggu cuti neh…..

Pertama, tempat praktikal saya yang bermasalah. Alhamdulillah, Allah itu sememangnya Maha Pemurah, masalah tu da selesai semalam, sebab ayah dan pak long da jumpe uncle yang nak tolong. Sepatutnya saya dapat buat praktikal dekat Institute Medical Research (IMR) kat KL nun. Sebab lab deme terbakor baru2 neh, so dye batalkan latihan saya. Dalam masa 2 minggu sebelum praktikal dan masa tu saya ngah pening nak jawab final…. Sabor jela….. hahah….. aisehmen~~~~ punyela merembes air mate neh sebab mintak sana penuh, mintak sini penuh……. Xleh nak salahkan sapa2 sebab benda ni memang da nak terjadi. Allah tu bagi ujian sebab kadang2 Dia nak tengok kesabaran kita. Selalunya sebab Allah nak permudahkan kita di masa hadapan. Nak bagi kita insaf tentang perbuatan kita ataupun nak ajar kita lebih sabar. Contoh terdekat pasal praktikal saya nilah. Kalau memang kat IMR tu, memang masakla nak kejor masa. Alhamdulillah tempat baru nih, Pharmaniaga, cuma insya Allah dalam 10-15 minit je dari rumah. Nampak x cantiknya Allah aturkan perjalanan kita? Subhanallah….. jadi pesan saya, jangan gelabah sangat bila dapat susah, sabar, Allah tu ada untuk kita ngadu nasib dan Allah dan janji dalam kitab-Nya yang mulia, surah al-Insyirah, dalam setipa kesusahan itu akan ada kemudahan.

Kedua, saya cuba bersangka baik kepada semua orang. Bersangka buruk dan asek mengata orang hanya buat kita busuk hati dan hati kita lama2 jadi hitam. Kadang2 terlampau fikirkan keburukan orang buat kita xbebas dengan diri sendiri. Takut nak buat kesalahan sebab takut orang mengata. Aisehmen~~~~~~ Padahal, kadang2 dengan buat salah baru kita sedar dan pelajari sesuatu. Memang la betul, bagus ber hati2 nak buat kesalahan. Tapi kadang2 tu sampai rase tension xleh buat pe yang kita suka, lebih baik berhati2 ye dak? Jangan nak pandang sangat kesalahan orang, kalau betul salah, tegur, kalau xmampu, doakan la mereka berubah. Kan ke lagi baik kan? Xyahla mengata, memang seronok mengumpat (ups, nampak sangat suka mengata kan? =.="""") tapi kadang2 xyah la lebih2 sampai saya pun da xmampu nak dengar. Macam buruk sangat orang tu.

Dan buat yang kapel, aisehmen….. saya tau sangat2 anda tengah hangat bercinta, boleh xjaga kelakuan sikit? Kadang2 tuh sampai xmampu nak baca status, xmampu nak baca blog (maaf kalau ada yang terasa, teguran nih buat semua) sebab luahan rasa hati. Kadang2 tu rasa meluat, betul la luahan perasaan, tapi cuba tahan nafsu tu. Saya tau, seronok nak luah rasa hati, tapi biarla berpada. Betul, kadang2 blog kita xramai orang yang baca. Blog yang kurang popular. Tapi ada kawan2 yang membaca. Alah ijat, xnak baca da la, tutup sudeyh, bising2 watpe. Betul, boleh je tutup. Tapi once da baca, selalunya musti nak baca sampai abeh. Dan2 pulak memang blog anda xprivate, sume boleh baca. Jangan marah jika ada yang menegur. Belum lagi kalau nak tunjuk gambar kat satu dunia yang anda kapel dengan orang tu….. Sampai peluk2, xpayah la, hormatla rakan2 anda yang lain. Cuba rasa malu nak beritau semua yang anda tengah bercinta. Kalau dengan manusia pun anda xrasa malu, apalagi la dekat Allah. Astaghfirullah…… minta dijauhkan… dan maaf sangat2 kepada yang terasa, saya mahu menegur anda, sebab ada juga rakan2 yang mengadu pada saya……


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…..

Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kita selalu

Amin~~~~~ ^_^


Hati neh nak berbisik lagi : berdebar2 nak tunggu call untuk praktikal esok, semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin…..