Isnin, 20 Oktober 2014

bisikan rindu

kepada sang bulan aku bisikkan rindu,
buat sahabat yang jauh,
agar dia bisa menerimanya,
saat bulan terbit di ruang angkasanya,
dan suria memancarkan cahaya di langitku.

Khamis, 25 September 2014

dah sampai Malaysia dah

Assalamualaikum warahmatullah

Dah habis belajar,
Alhamdulillah
macam xterasa cepat masa berlalu
rasa macam haritu aku bising sejuknya musim luruh
dan tuan rumah encik Simon kata "owh, you don't feel the winter yet,"
rasa macam semalam aku kenal semua coursemate
menggila dengan coursework yang melampau-lampau banyaknya
rasa macam sekejap sangat aku bertabah hati kerja sorang-sorang di bumi asing dengan bahasa asing dekat Unilever, 
kenal dengan supervisor yang budiman,
rasa macam xcaya yang gemuruhnya nak present projek dan jawab soalan viva

dan bila dah sampai bumi Malaysia
ya, syukur Alhamdulillah
Allah bagi lagi rezeki nak tengok senyuman mak,
dengar gelak tawa ayah
kongsi lawak dengan adik-adik
tapi perasaan lepas habis degree tu datang balik
padahal baru seminggu balik

rasa ape jat?
rasa aku loser
loser sebab xmampu simpan duit langsung 
xmacam kawan-kawan aku
loser sebab xmampu nak melangkah mula fasa baru
orang lain dah jauh pun ke depan
itu ke yang kau rase pas degree jat?
yup, itu yang aku rasa
rasa sedih sebab xmampu pun nak tolong parents
rasa terseksa sebab akan jumpa dua cabang jalan
yang dua-dua aku nak 
tapi aku kena pilih salah satu
dan rasa menyampah
sebab aku selalu rasa takut nak mulakan langkah baru

tapi selalunya Allah bagi jalan ketiga
dan aku akan happy dengan jalan yang Allah bagi tu
mana tahu, Allah nak tunjuk lagi jalan tu,
aku kena mula langkah barulah
x begitu?

p/s: orang dulu-dulu pernah cakap, tengok bumbung rumah orang tu pun boleh lepas rindu. orang sekarang, tengok ko online pun aku boleh tersenyum senang. ok, itu kelakar sangat... :p


Sabtu, 2 Ogos 2014

#sokongGhazzah

Assalamualaikum warahmatullah

Air mata yang sama aku lihat lagi
pada wajah-wajah insan tidak berdosa
yang terus menerus mencari jawapan
atas segala persoalan
mengapa?
mengapa kami yang menjadi mangsa?
kau berterusan mencari alasan
berterusan kau mencari akal
tanah kami kau rampas
anak-anak dan ibu-ibu kami
kau cabut nyawa mereka
lagaknya kau seperti malaikat pencabut nyawa

pada saat bom menghujani tanahmu
kau bangkit
kau hapuskan air mata kelukaanmu
kau ganti dengan semangat jihadmu
yang menyala-nyala
menuntut tanahmu
menuntut bela anak-anak dan para ibumu
atas nama Tuhan Yang Maha Penyayang kau bersumpah
biarlah perjuangan ini penamatnya antara dua
kemerdekaan tanah kecintaanmu
atau 
gelaran syuhada' di sisi Rabmu.

buat para pejuang al-Qassam
moga Allah merahmati kalian
atas nama perjuangan suci
moga syahid yang dicita
terus menyemarakkan semangat juangmu

buat saudaraku di Palestin
sungguh ada doa kami kirimkan buat kalian
untuk sebuah kekuatan
untuk sebuah ketenangan
untuk sebuah kebahagiaan
untuk sebuah kejayaan
sungguh janji Allah itu pasti
walaupun bukan kini
hari itu pasti akan tiba
dan kami juga menunggu bersamamu