Khamis, 28 Julai 2011

Berusaha dan bersyukurlah…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan selawat dan salam buat Rasulullah…

Dua minggu ni saya banyak bermain dengan perasaan, kesilapan demi kesilapan yang saya buat membuatkan saya rasa macam saya ni insan yang xberguna, xberguna kepada sesiapa pun hatta diri sendiri. Terus dan menerus menyalahkan diri sebab xmatang dalam berfikir. Sungguh stress.

Dan alhmadulillah, Allah tetap memberikan pertolongan kepada saya dengan memberikan ketenangan setelah mengalir air mata tanpa henti di dalam solat. Sungguh hati saya sangat tenang. Subhanallah. Dan Allah titipkan lagi pertolongan dengan menghantar kawan saya untuk mendengar luahan hati saya yang berbakul2 tu….

Dan apa yang kawan saya kata?

Saya ni hanyut dalam permasalahan saya sendiri. Asyik memikirkan masalah dan bukan mencari penyelesaiannya. Dan betol kata-katanya, terlampau memikirkan diri sendiri tidak berguna sampai terlupa saya patut cari jalan untuk selesaikan….

Dan apa katanya lagi?

Saya patut berusaha untuk mencapai apa yang saya inginkan, jangan terlampau negative, dan jangan berputus asa dalam meneruskan hidup…. Beryukur dengan apa yang ada dan berusaha dan terus berusaha….. Ya Allah……… T_T

Dan nasihat itu mengalir deras terus ke lubuk hati saya……. Betapa saya ini terlalu cepat mengalah kan? Betapa saya ni masih memerlukan bimbingan dan terus belajar untuk mencapai kesempurnaan…..

Dan benda yang saya serabutkan tu, satu2 saya selesaikan dan Alhamdulillah ketenangan tu da mula bermukim di hati saya….. =]

Terima kasih Ya Allah atas segalanya, ibu bapa yang baik, kawan2 yang memahami dan yang penting, iman yang Kau beri buatkan diri ini sering berfikir rasional kembali…..


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah di hati kita selalu….

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : sungguh Ramadan tu da dekat kan???? Xsabar rasenye…… ^_^v

Selasa, 26 Julai 2011

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…


 

Aku masih di takuk itu….

Memerhati dan terus memerhati

Gelagat manusia yang beribu

Yang terus meniti masa tanpa jemu


 

Aku masih di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Manusia yang mahu meneruskan hidupnya

Walaupun payah dengan mengengsot kaki

Namun dia tidak peduli


 

Aku masih di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Kawan-kawanku yang sudah maju

Yang telah jauh bertapak-tapak meninggalkan ku

Ada juga yang baru memulakan perjalanan

Tapi sudah melangkah setapak ke hadapan daripadaku


 

Aku juga ingin begitu

Melangkah dan terus melangkah

Mencipta memori dan pandangan baru

Namun hatiku sayu

Apabila taufan datang

Tatkala hendak memulakan langkah baru

Dan aku terus kembali ke takuk itu

Haruskah begitu?

Sedangkan perjalanan yang beribu itu

Dimulakan dengan satu langkah yang baru kan?


 

Dan aku terus berada di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Mengharap pada yang sudi

Menarikku untuk mencipta langkah yang baru…..


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya

Semoga Allah memberkati kita selalu

Amin~~~~~


 

Hati ni nak berbisik lagi : Allah tu ada, tapi kenapa ya saya selalu mengharapkan orang lain untuk membantu????? Allah~~~~~

Khamis, 21 Julai 2011

Ikhlas Tu Perlu


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah dan selawat dan salam buat Rasulullah….

Cuti 4 bulan ni ternyata banyak rungutan yang keluar dari hati dan mulut saya. Xpelik sebab manusia, banyak rungutan dari syukurnya. Banyak memikirkan tentang barang yang kurang dari bersyukur dengan apa yang diberi….. merungut dan berterusan merungut...... astaghfirullah…. Ampunilah kami ya Allah…..

Ya bermula dengan rungutan banyaknya kerja masa praktikal, sampai cemburu tengok kawan2 bersenang2 dok kat umah. Kawan2 da bertimbun mengumpul duit kocek sedangkan diri ni praktikal pun xdapat apa2 bayaran. Namun bersyukur sangat sebab pengalaman dan ilmu itu bertambah. Tambah kenalan maka bertambahlah ilmu yang dikutip.

Dah habis praktikal merungut lagi, banyak benar kerja MTM ( majlis teringgi mahasiswa) kolej yang bertimbun minta dilunaskan…. Haru beb haru!!!! Haha…. Hari tu nak sangat kan jat? Amekla…. Emak dan ayah pun sampai pening tengok saya yang asik dengan kerja kolej. Ya sekali lagi kerja ini tiada bayaran. Kita berkhidmat dengan penuh kerelaan ( rela ke jat? Separa rela kot~~~~~ hahaha) banyak duit yang keluar, debit2……. Xde yang masuk balik… da nak negative da duit kat akaun bank tu hahaha…… nak mintak duit kat parents pun da xmampu…. Tebal da muka…. Nak bayar bil broadband pun dok tebalkan muka kat ayah tagih simpati…. dah macam muka kat rancangan 'Bersamamu' TV3 tu ha.... Huhu maafkan saya wahai ayah dan bondaku!!!!!

Seriesly sangat jeles dengan kawan2 yang bekerja. Bukan apa, duit tu bertambah la jugak nak menampung kehidupan. Xperlu meminta2 duit mak dan ayah. Kita da besar kan? Ya walaupun kita masih dalam pengawasan mereka, tapi perlu juga berdikari mencari duit sendiri. Yang duduk rumah pun saya jeles jugak. Makan dan minum mak ayah tanggung. Xde la kuar duit sangat kecuali sesekali keluar dengan kawan2 nak hilangkan rasabuhsan. Betulkan?

xde masalahpun kalau nak stay kat kolej, tapi jadi haru sebab duit tu memang mengalir tanpa henti….. adoyainyepun… nak keje boleh je, masalah sangat2 nanti clash masa bulan Ramadan nanti, ada program yang perlu dijalankan dan memerlukan komited.

Dan rungutan ni sebenarnye boleh disenyapkan dengan satu benda je. Dan perkataan itu sangat simple cuma sukar dilaksanakan…..

IKHLAS

dan bukan takaful ikhlas (aku cubit sape2 yang start pikir cenggitu... hahaha :p)

Kalau ikhlas nak berkhidmat, maka mudahla kita buat kerja

Kalau ikhlas, xdenye nak bising2 dan mengungkit2 perkara2 yang dah berlalu dan yang akan berlaku…

Kalau da ikhlas buat kerja, Allah pun sayang ye x?

kalau ikhlas, rasa putus asa tu xkan datang mengganggu, dah terjatuh pun sanggup bangun semula nak teruskan kerja kita kan2?????

Kalau ikhlas dan disertakan dengan sabar, pasti cantik je perjalanan hidup kita…. Allahu akbar, susahnya hamba-Mu ni ya Allah nak ikhlaskan hati….

Kenapa ya?

ihsan google tau!

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah bersama kita selalu….

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : duit2...... \@.@/ (gila..... hahaha =.='''''')

Selasa, 19 Julai 2011

Betol ke???


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Hahaha…… xsangka ada orang rindu kat post saya, baru tinggal beberapa hari. Susah jugak kalau xde mood nak menaip kan??? Sebenarnye da ada idea nak post apa, tapi jari ni ha malas bebenor nak menaip…. Ngeeee…. Kali ni buka nak mengutuk ke apa, tapi lebih kepada betol ke apa yang diorang buat ni? Saya pun tatau la……

Segmen Zahra kat TV3 berkait dengan drama2 yang ke arah keagamaan. Semua maklum tentang tu….. dan drama kali ni bertajuk 'Tahajjud Cinta'. Masa tengok iklan kat tv tu cam wah!!!! Cter pasal orang pakai purdah, musti best…. So cam bersemangat la jugak nak tengok pe kisah dye kan? Malam tu pun tengokla… maybe saya ni xboleh teruja sangat kot, nanti pe yang saya target tu xmenjadi….. hesh….. bila tengok episode tu, masa di pertengahan cerita, rasa pelik bila tengok watak utama, yang berpurdah berjalan2 dengan lelaki bukan mahram….. boleh pulak dorang berpecah jadi kapel2…. Kirenye keluar berdua-duaan la…. Xrase cam pelik ke bende tu terjadi? Jangan samekan situasi kat luar dengan dalam drama. Drama ni selalunya ada mesej yang nak disampaikan. Ada dakwah yang terselit di situ. Sepatutnya penulis skrip kena lebih mendalami orang yang berpurdah ni macam mana.

Selalunya orang yang berpurdah adalah orang yang ditarbiah. Perangainya elok. Malunya tinggi. Xkan dia akan sesuka hati keluar dengan orang yang bukan mahram. Dan memang betul manusia bukan sempurna, tapi ni drama, faham x? kalau situasi di luar mungkin kita boleh mengatakan begitu. Bagi saya orang yang berpurdah ni tinggi nilainya. Malunya sebagai seorang wanita tu lagi tinggi. dia memakai purdah kerana takut dirinya jadi bahan fitnah. Kita xtahu, mukanya yang cantik tu kadang2 boleh jadi bahan fitnah yang dasat. dan dalam cerita tu, fauziah tu siap pakai purdah yang tutup dahinya. Bukankah, dia dilihat sebagai perempuan yang baik? Sungguh saya sangat sedih kerana ada scene macam tu dalam drama ni. Scene apa ijat? Cerita da panjang sangatla, xengat yang mana….. adeh la korang…… scene yang ada berdua-duaan tu la….. =,='''''''' huhu

Dan yang xkena dalam episode kali ni, bila orang yang menyukai Seri (Fauziah Gous) tu berterus terang menyukai Seri tapi Seri xsuka, dia menolak. Dan bila lelaki tu eksiden, Seri boleh pulak memangku kepala lelaki tu ( huh? Boleh ke? Ke saya terlalu jumud untuk benda ni????). Lelaki tu cakap la 'saya sayang kat awak' dan seri pun cakap benda yang sama. Saya rasa macam xkena pulak kat situ…. Tapi kalau kita tengah penuh dengan emosi, kadang emosi bertindak lebih dari kewarasan kan? Dan bila jasad orang tu nak dikebumikan je kat tanah asing tu, dia xbersetuju malah nak pulak tinggal kat situ xnak balik Malaysia…. Huh? Apa hubungan dia dengan lelaki tu sampai dia xnak balik Malaysia dan nak lupakan kedua-dua orang tuanya? Kalau lelaki tu suami xpela jugak kan? Betul kita sayang dengan orang tu, tapi entahla, saya pun tak tau nak komen apa. Ya, betul kalau dah sayang kita susah nak let go, tapi for the sake of all things, fikir dengan rasional….. lagipun, dia ambil jurusan perundangan islam xsilap saya. Jadi mestila dia faham selok belok agama. Dia arif dengan hukum2 Allah. Dia lebih mengerti panduan yang telah ditetapkan oleh Islam……

Saya ni pun masih belajar lagi. Saya bukan arif sangat dengan hukum2 agama. Pergaulan saya pun kadang2 terbabas jugak. Tapi kita sebagai orang Islam, saling mengingatkan tu kan penting kan? Lagipun drama ni ada unsur dakwah. Perlu diteliti dan diperhalusi. Supaya masyarakat lebih tertarik untuk lebih menghayati dan masuk Islam dengan sepenuhnya…. Saya xnak kondem cerita ni awal2. Cuma saya terkilan sebab xsepatutnya benda ni berlaku…… mungkin selepas ni, episod2nye lebih baik dan banyak mesej yang boleh disampaikan. Betul, kita xboleh lari dengan rasa sayang dan cinta sebab tu fitrah yang Allah berikan untuk kita. Tapi biarlah dengan saluran yang betul….. maaf kalau ada yang tidak berpuas hati. Lain orang lain pendapat kan????


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya

Semoga Allah melindungi kita selalu

Amin~~~~~ ^^


Hati ni nak berbisik lagi : Ramadan da nak sampai…. Preparation???? Huhu…….

Rabu, 13 Julai 2011

Begedil oh begedil~~~~

Bismillahirrahamnirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat serta salam buat Rasulullah…

Hahaha…. Syok o0o0 dok umah….. dapat men mas

ak2…. Hehe….

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk wat projek best kat umah…. Bukan murtabak megi, bukan megi kari apatah lagi kari ayam…. Tapi begedil daging la kawan2!!!! Haha… boleh dikatakan saya ni memang suka makan begedil… dan selaku anak dara yang dah besar dan pandai masak ( ngeee…. Pandai la sangat kan??? :p) kenala wat sendiri…. Xkanla nak harapkan mak je pulak kan??? Dan pada hari isnin, saya pun mulakan projek tu…. Denga

n pertolongan adik2 lelaki saya….. ami n piki tersayang… hehe…. Alhamdulillah dapat la makan begedil ni…..

Begedil xlah susah sangat cara nak buat. Dan selalunya ada 4 jenis begedil yang saya tau…. Biasa, daging, ayam dan ikan… selalunya begedil biasa letak udang kering…. Meh kita lihat resepi……

Bahan-bahan :

  1. Beberapa biji kentang ( ikut suka korang la)
  2. daging kisar
  3. daun sup
  4. bawang goreng
  5. telur
  6. garam dan lada sulah
  7. 1 biji bawang besar (ikut berapa banyak daging kisar yang digunakan kalau banyak, gunakan yang bersaiz besar, kalau sedikit gunakan bawang bersaiz kecil)

cara membuat :

  1. kentang dipotong dadu dan digoreng
  2. tumbuk kentang goreng tadi
  3. goreng daging kisar bersama bawang sehingga masak
  4. potong daun sup halus2
  5. gaulkan kentang+bawang goreng+daun sup+daging
  6. campurkan garam dan lada sulah secukupnya
  7. kepalkan adunan tadi supaya padu dan leperkannya
  8. celupkan begedil ke dalam telur dan gorengkannya…
  9. hidangkan sementara masih panas

Dan inilah hasilnya…. Tada!!!!!!!! \^0^/


comelkan??? hehe :p

Cubalah….. insya Allah senang je…. Maaf xbagi detail berapa gram untuk semua bahan sebab saya sukat ikut kentang je… agak2 kentang banyak, banyak la bahan saya guna… heee…

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga dalam perlindungan Allah selalu…..

Amin~~~~~ ^_^


hati ni nak berbisik lagi : kawan kata saya da boleh kawen sebab da pandai masak begedil..... layak ke??? hehe

Selasa, 12 Julai 2011

Kasihnya Sampai ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah…..

Hee…. Da lama kan saya tak update blog…. Ni semua gara-gara kemalasan yang tahap melampau… rajin je blogwalking, idea tu kadang-kadang mencurah-curah ke ladang gandum…. Tapi tulah, malas nak menaip…. Meh saya sapu habuk2 dulu….

Ingin sekali saya ceritakan tentang perihal ibu saya yang saya sangat kasihi…. Orang yang tidak pernah saya lupakan walau sesibuk mana pun saya dengan tugasan atau aktiviti kolej, orang yang saya sanjungi dari segenap segi. Ya walaupun manusia itu tidak sempurna sifatnya, tapi emak adalah antara orang yang saya kagumi. Tidak pernah jemu mengasihi kami walaupun anak2nya pelbagai ragam yang memeningkan kepala. Tidak pernah mengeluh walaupun bertimbun kerjanya…..

Ya, emak adalah orang yang saya ingin teladani. Mungkin emak tidak selembut wanita melayu terakhir, tapi sifatnya yang gila2 itu membuatkan saya senang untuk berborak dengannya sehingga berjam2 lamanya. Dan sikapnya itu memang saya warisi. Hehe, tak dinafikan saya ni happy go lucky juga orangnya. Suka gelak sepanjang masa dan sangat2 membenci konflik. Dan seperti emak, saya jenis yang pendiam jika di tempat yang asing, tidak mudah menghulurkan salam pengenalan kecuali terdesak. Namun apabila di dalam kalangan rakan2 sendiri, saya adalah seorang yang sangat mesra.

Emak juga seorang yang rasional, tidak mengikut emosi ketika membuat keputusan. Itu yang saya cuba pelajari dari beliau, sikapnya yang suka berfikir sebelum bertindak amat berlainan sekali dengan watak saya. Tapi, jangan main2 ketika mak marah, agak sedikit berbahaya di situ. Ye, sape berani nak lawan mak sendiri time2 orang tu tengah angin kan? Hehe….

Dan daripada apa2 yang mak ceritakan pada saya, emak adalah jenis orang yang tidak kisah apatah lagi berkira dengan orang. Tapi adalah batas-batasnye kan? Mane boleh main aci redah je nak tolong orang, mesti ikut saluran yang betul. Saya paling kagum dengan sikap emak pada zaman remaja beliau ialah beliau tidak pernah terfikir tentang cinta. Seperti belajar itu adalah matlamat hidupnya. Mungkin mak sekolah perempuan semasa masuk sekolah menengah, jadi, tiada adegan mengurat di situ. Lagipun, seperti yang saya katakan tadi, emak adalah seorang yang selamba. Semua adalah rakannya. Tidak kirala lelaki ataupun perempuan. Camtu la masa mak masuk maktab. Mak xpernah cerita kat saya yang dia pernah terjebak dengan cinta. Saya rase, ayah adalah cinta pertama mak. Itupun diaturkan keluarga…. Alangkah sucinya hati mak…. Subhanallah….. tidak seperti saya yang sebuk nak cari cinta. Kan seronok ada perasaan seperti mak…. =.='''''

Dan kini mak masih bahagia bersama ayah. Dan kebahagiaan mak adalah kebahagiaan saya. Mak adalah rakan baik saya. Tak pernah jemu nasihatkan anak daranye ni supaya jadi anak yang lebih baik. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup mak dan ayah sehingga ke akhirnya. Semoga saya mampu menjadi seorang ibu yang sebaik mak jika saya ada keluarga nanti….

jom dengar lagu ni......

video

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…

Semoga Allah memberkahi kita selalu…

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : mama you are the queen of my heart!!!!!!