Ahad, 21 Ogos 2011

Salah pasang niat…..

Bismillahirrahmanirrahim……

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Da berabuk blog saya ni dibuatnye, hehe….. maklumla, malas nak update sebab bz manjang, ngan program Ihya' Ramadhan, mini bazaar@13, nak kejar ibadah bulan pose ag, sume nak dkejar sampai saya pun xterkejar….. orang da seronok2 citer pasal ramadhan diorang kali ni, dan saya baru nak start cerita…..

Dan sungguh saya kecewa dengan ramadhan saya.

Mungkin niat saya yang salah sebab saya nak kejar keuntungan masa bulan puasa, bukan nak kejar keuntungan beribadah, tapi harta dunia. Dengan saya ad hutang kat adik ag, dengan kawan membuatkan saya amat berharap dengan mini bazaar@13 dapatla sedikit wang untuk duit raya saya sendiri. Sungguh, duduk kat kolej memang duet asek kuar sampai nak mintak kat ayah pun saya da malu.

Gerai saya jual nasi lemak, samosa, begedil dan kek batik. Selain nasi lemak tu, saya buat kuih2 tu dengan harapan akan ada keuntungan. Walaupun mula2 saya xyakin, tapi sambutan sangat menggalakkan pada awalnya dan gerai kami dapat kutipan yang tinggi.

Dan kat situla saya mula lupa diri.

Memang salah saya yang xpandai nak manage gerai dengan betul. Memang salah saya juga sebab saya asek sebuk dengan urusan surat-menyurat Ihya' sampai saya xdapat nak panggil adek2 turun tolong gerai saya. Memang salah saya jugak saya xdapat nak jaga kewangan sampai bila pak cik saoxy bagi resit nak claim duet, semua duet hasil jualan habis teros. Memang salah saya sebab xdapat nak jaga kualiti makanan saya sampaikan goreng begedil pun boleh terburai sebab saya nak kejar benda lain. boleh pulak ada yang basi, memang salah saya….. dan memang salah saya sebab saya susahkan kawan2 saya nak buat begedil dan samosa sampai dekat subuh sebab saya xboleh nak buat sorang2. Dan memang salah saya bila terawikh berapa kali saya ponteng sebab salah saya. Memang salah saya sebab kurang tawakal kepada Allah. Abaikan Dia di saat2 bulan yang Dia nak bagi keberkatan yang berganda2….. memang, memang semua salah saya. Saya yang xpandai nak urus sebenarnya. Kawan2 saya yang lain semua da uruskan tanggungjawab masing2. Dan ada pulak yang kena amek final exam. Memang sayalah kena pikul tanggungjawab kan???? Dan memang salah saya sebab xpandai nak pujuk adik2 turun sampaikan saya pun nak menangis tergolek sebab saya kena buat kerja sorang2. Time tu diorang da start study week dan time tu jugak kereta saoxy rosak so dia xdapat nak tolong saya. Memang salah saya sebab paksa adik2 tu turun sedangkan diorang tengah kalut2 nak study untuk final. Sungguh saya partner dan kakak yang teruk kan? Maafkan saya….. patutnya saya tak ganggu kalian. Dan memnag salah saya terlalu sibuk dengan gerai sampaikan mak, ayah dan nenek saya kecik aty sebab saya xmau balik ke rumah…. Sampai nak ajak shopping raya pun saya menolak….. haru kan???

Sungguh Allah nak uji saya pada ramadhan kali ni dengan ujian ni. Xberenti nangis bila bahagi2 duet nak buat jamuan dan duet gaji semua orang, lagi rendah daripada secretariat lain. sedangkan pada awal2 jualan, gerai kitorang memang da potong semua orang. Semuanya start dengan niat saya yang salah… maafkan saya. Sebab saya kalian menanggung kerugian. Sebab saya korang musti tension kan nak final? Maafkan saya…… Ya Allah, ampunilah hamba-Mu atas ketidakberdayaan aku. Ampunilah aku kerana aku lebihkan gerai sampaikan ibu dan ayahku berkecil hati denganku. Nenekku kecil hati kerana cucunya xdapat datang masa kenduri. Ampunkan aku ya Allah. Ini semua salahku. Aku redha dengan segalanya, namun maafkan aku sebab air mataku masih xberenti mengalir. Berikan aku peluang untuk terus beribadah kepada-Mu sehingga akhir Ramadhan….

Dan sungguh saya rasa malu nak balik rumah sebab bila ayah tanya, banyak mana keuntungan? Saya hanya mampu keluarkan dua keping not merah dan sekeping not hijau muda. Tapi beryukur la jat. Kan lebih baik ada daripada xada?

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah bersama kita selalu….

Amin~~~~~ ^^


 

p/s : da nak balik umah, mak tunggu kak long!!!!!!

1 ulasan: