Selasa, 23 Ogos 2011

Hidayah Allah Tu Indah

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….


 

Alhamdulillah wasolatuwassalam 'ala rasulillah

Baru je lepas tengok cerita 'Ramadhan Terakhir' kat tv3. Rasa macam xsangka je si Sakinah tu rupenye anak adik ogy, engatkan anak esma Daniel. Tapi saya xmo cerita pasal watak2 tu, cuma saya terkesan dengan pengajaran yang saya dapat dalam episod kali ni. Hidayah Allah. Betapa hidayah Allah tu bukan senang untuk dicari dan bukan terlalu susah kalau kita berusaha. Hidayah Allah tu hak Allah dan Allah boleh je nak beri dan tarik daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Paling best bila Allah bagi hidayah dan paling worst bila Allah tarik balik hidayah tu dari hati kita. Nau'uzubillah. Minta dijauhkan.

Dan selalunya kita akan sedar betapa kita perlukan Allah di saat2 kita diuji, manusia selalunya begitu. Hidayah Allah itu datang di saat hamba2-Nya dilanda musibah. Tanda Allah itu masih menyayangi. Kita akan berfikir mengapa semua musibah itu berlaku dan kita akan cuba selesaikan masalah. Masa tu lah Allah akan datang beri bantuan. Cantikkan??? Setelah ribut datang, Allah akan bagi pelanngi indah untuk kesabaran kita. Lagipun, manusia jarang berfikir masa dia tengah senang, dia akan banyak berfikir masa susah itu datang. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh yang sudah Allah nyatakan dalam surah al-Asr. Dan jangan sekali2 lupa, Allah menyayangi hamba2-Nya. Sesat macam mana pun seseorang itu, kalau Allah nak bagi hidayah, dia akan berubah sekelip mata. Menakjubkan bukan? Subhanallah…..

Dan saya boleh bagi 4 bintang untuk drama 'Ramadhan Terakhir' nie. Ceritanya santai dan mesejnya pun sampai. Kadang2 xperlu cerita berat2 untuk sampaikan mesej untuk orang. Xperlu nak tunjuk orang2 alim pakai serban, pakai tudung labuh siap pakai purdah tapi jalan cerita xberapa nak kena. Cuma saya rasa xperlu kot tunjuk orang tu pergi clubbing ke, minum arak ke untuk berubah. Mungkin jalan ceritanya guna watak orang2 biasa macam kita tetapi berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin daripada bertudung biasa kepada yang lebih labuh. Macam novel Quartet karya saidatul safiah. Sungguh menyentuh hati. Bacalah….


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah-Nya untuk kita.

Amin~~~~~ ^^


 

Hati ini nak berbisik lagi : nak kemas rumah da!!!!! Fuh2!!!! Hehe….. :p

1 ulasan:

  1. Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana wahablana milladunkarahmah innaka antalwahhab.
    Selamat raye!
    Maaf zaher bateng!

    BalasPadam