Jumaat, 25 November 2011

mencari cinta

salam


kadang-kadangkan aku selalu tertanya-tanya
kenapa ea kita bercinta?
ya memang cinta tu fitrah, 
tapi adakah dengan alasan itu kita bercinta?


bila lihat macam-macam ragam orang bercinta ni
bisa buat aku tersenyum
selalu aku lihat
orang yang bercinta ni 
perangainya macam kanak-kanak yang memerlukan ibunya
kadang-kadang kelihatan comel
kadang-kadang tu meluat pun ada
hehehe


dalam pencarian mencari cinta ni
belum lagi berjumpa dengan orang itu
buat sementara waktu ini
biar saja hati ini sendiri
takut hanyut
walaupun kadang-kadang tu rasa sepi juga
bila teman-teman sebilik mula berbicara cinta bersama pujangga hatinya


biarla sendiri
jika itu yang terbaik
biarla sendiri 
jika itu yang Allah redha
takut-takut nanti
cinta manusia hilang
Allah pun berpaling
nau'zubillah T_T


biarlah kali ni
ruang hati ini diisi dengan cinta Sang Pencipta
belum ada lagi penambahan
sehingga sampai waktu itu...


buat si bunga
janganla menderita kerana cinta 
kerana cinta itu membahagiakan
dan aku tidak tegar melihat dirimu menangis dan mengasing diri dari kami
mulakan langkahmu yang baru.....


hati ini mahu berbisik lagi : jiwangkah saya? da lama benda tu berlaku.... heheh :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan