Selasa, 26 Julai 2011

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…


 

Aku masih di takuk itu….

Memerhati dan terus memerhati

Gelagat manusia yang beribu

Yang terus meniti masa tanpa jemu


 

Aku masih di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Manusia yang mahu meneruskan hidupnya

Walaupun payah dengan mengengsot kaki

Namun dia tidak peduli


 

Aku masih di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Kawan-kawanku yang sudah maju

Yang telah jauh bertapak-tapak meninggalkan ku

Ada juga yang baru memulakan perjalanan

Tapi sudah melangkah setapak ke hadapan daripadaku


 

Aku juga ingin begitu

Melangkah dan terus melangkah

Mencipta memori dan pandangan baru

Namun hatiku sayu

Apabila taufan datang

Tatkala hendak memulakan langkah baru

Dan aku terus kembali ke takuk itu

Haruskah begitu?

Sedangkan perjalanan yang beribu itu

Dimulakan dengan satu langkah yang baru kan?


 

Dan aku terus berada di takuk itu

Memerhati dan terus memerhati

Mengharap pada yang sudi

Menarikku untuk mencipta langkah yang baru…..


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya

Semoga Allah memberkati kita selalu

Amin~~~~~


 

Hati ni nak berbisik lagi : Allah tu ada, tapi kenapa ya saya selalu mengharapkan orang lain untuk membantu????? Allah~~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan