Selasa, 12 Julai 2011

Kasihnya Sampai ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah…..

Hee…. Da lama kan saya tak update blog…. Ni semua gara-gara kemalasan yang tahap melampau… rajin je blogwalking, idea tu kadang-kadang mencurah-curah ke ladang gandum…. Tapi tulah, malas nak menaip…. Meh saya sapu habuk2 dulu….

Ingin sekali saya ceritakan tentang perihal ibu saya yang saya sangat kasihi…. Orang yang tidak pernah saya lupakan walau sesibuk mana pun saya dengan tugasan atau aktiviti kolej, orang yang saya sanjungi dari segenap segi. Ya walaupun manusia itu tidak sempurna sifatnya, tapi emak adalah antara orang yang saya kagumi. Tidak pernah jemu mengasihi kami walaupun anak2nya pelbagai ragam yang memeningkan kepala. Tidak pernah mengeluh walaupun bertimbun kerjanya…..

Ya, emak adalah orang yang saya ingin teladani. Mungkin emak tidak selembut wanita melayu terakhir, tapi sifatnya yang gila2 itu membuatkan saya senang untuk berborak dengannya sehingga berjam2 lamanya. Dan sikapnya itu memang saya warisi. Hehe, tak dinafikan saya ni happy go lucky juga orangnya. Suka gelak sepanjang masa dan sangat2 membenci konflik. Dan seperti emak, saya jenis yang pendiam jika di tempat yang asing, tidak mudah menghulurkan salam pengenalan kecuali terdesak. Namun apabila di dalam kalangan rakan2 sendiri, saya adalah seorang yang sangat mesra.

Emak juga seorang yang rasional, tidak mengikut emosi ketika membuat keputusan. Itu yang saya cuba pelajari dari beliau, sikapnya yang suka berfikir sebelum bertindak amat berlainan sekali dengan watak saya. Tapi, jangan main2 ketika mak marah, agak sedikit berbahaya di situ. Ye, sape berani nak lawan mak sendiri time2 orang tu tengah angin kan? Hehe….

Dan daripada apa2 yang mak ceritakan pada saya, emak adalah jenis orang yang tidak kisah apatah lagi berkira dengan orang. Tapi adalah batas-batasnye kan? Mane boleh main aci redah je nak tolong orang, mesti ikut saluran yang betul. Saya paling kagum dengan sikap emak pada zaman remaja beliau ialah beliau tidak pernah terfikir tentang cinta. Seperti belajar itu adalah matlamat hidupnya. Mungkin mak sekolah perempuan semasa masuk sekolah menengah, jadi, tiada adegan mengurat di situ. Lagipun, seperti yang saya katakan tadi, emak adalah seorang yang selamba. Semua adalah rakannya. Tidak kirala lelaki ataupun perempuan. Camtu la masa mak masuk maktab. Mak xpernah cerita kat saya yang dia pernah terjebak dengan cinta. Saya rase, ayah adalah cinta pertama mak. Itupun diaturkan keluarga…. Alangkah sucinya hati mak…. Subhanallah….. tidak seperti saya yang sebuk nak cari cinta. Kan seronok ada perasaan seperti mak…. =.='''''

Dan kini mak masih bahagia bersama ayah. Dan kebahagiaan mak adalah kebahagiaan saya. Mak adalah rakan baik saya. Tak pernah jemu nasihatkan anak daranye ni supaya jadi anak yang lebih baik. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup mak dan ayah sehingga ke akhirnya. Semoga saya mampu menjadi seorang ibu yang sebaik mak jika saya ada keluarga nanti….

jom dengar lagu ni......

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…

Semoga Allah memberkahi kita selalu…

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : mama you are the queen of my heart!!!!!!

2 ulasan:

  1. aku minat mark gonzalez. terer dan lajuuu. :D

    BalasPadam
  2. sy pun tulis psl mak sye gak
    hehe
    sy rindu nk bce blog awk sbb tgok awk sllu on9 tp xupdate2 pon blog...
    miss u jat!

    BalasPadam