Selasa, 19 Julai 2011

Betol ke???


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Hahaha…… xsangka ada orang rindu kat post saya, baru tinggal beberapa hari. Susah jugak kalau xde mood nak menaip kan??? Sebenarnye da ada idea nak post apa, tapi jari ni ha malas bebenor nak menaip…. Ngeeee…. Kali ni buka nak mengutuk ke apa, tapi lebih kepada betol ke apa yang diorang buat ni? Saya pun tatau la……

Segmen Zahra kat TV3 berkait dengan drama2 yang ke arah keagamaan. Semua maklum tentang tu….. dan drama kali ni bertajuk 'Tahajjud Cinta'. Masa tengok iklan kat tv tu cam wah!!!! Cter pasal orang pakai purdah, musti best…. So cam bersemangat la jugak nak tengok pe kisah dye kan? Malam tu pun tengokla… maybe saya ni xboleh teruja sangat kot, nanti pe yang saya target tu xmenjadi….. hesh….. bila tengok episode tu, masa di pertengahan cerita, rasa pelik bila tengok watak utama, yang berpurdah berjalan2 dengan lelaki bukan mahram….. boleh pulak dorang berpecah jadi kapel2…. Kirenye keluar berdua-duaan la…. Xrase cam pelik ke bende tu terjadi? Jangan samekan situasi kat luar dengan dalam drama. Drama ni selalunya ada mesej yang nak disampaikan. Ada dakwah yang terselit di situ. Sepatutnya penulis skrip kena lebih mendalami orang yang berpurdah ni macam mana.

Selalunya orang yang berpurdah adalah orang yang ditarbiah. Perangainya elok. Malunya tinggi. Xkan dia akan sesuka hati keluar dengan orang yang bukan mahram. Dan memang betul manusia bukan sempurna, tapi ni drama, faham x? kalau situasi di luar mungkin kita boleh mengatakan begitu. Bagi saya orang yang berpurdah ni tinggi nilainya. Malunya sebagai seorang wanita tu lagi tinggi. dia memakai purdah kerana takut dirinya jadi bahan fitnah. Kita xtahu, mukanya yang cantik tu kadang2 boleh jadi bahan fitnah yang dasat. dan dalam cerita tu, fauziah tu siap pakai purdah yang tutup dahinya. Bukankah, dia dilihat sebagai perempuan yang baik? Sungguh saya sangat sedih kerana ada scene macam tu dalam drama ni. Scene apa ijat? Cerita da panjang sangatla, xengat yang mana….. adeh la korang…… scene yang ada berdua-duaan tu la….. =,='''''''' huhu

Dan yang xkena dalam episode kali ni, bila orang yang menyukai Seri (Fauziah Gous) tu berterus terang menyukai Seri tapi Seri xsuka, dia menolak. Dan bila lelaki tu eksiden, Seri boleh pulak memangku kepala lelaki tu ( huh? Boleh ke? Ke saya terlalu jumud untuk benda ni????). Lelaki tu cakap la 'saya sayang kat awak' dan seri pun cakap benda yang sama. Saya rasa macam xkena pulak kat situ…. Tapi kalau kita tengah penuh dengan emosi, kadang emosi bertindak lebih dari kewarasan kan? Dan bila jasad orang tu nak dikebumikan je kat tanah asing tu, dia xbersetuju malah nak pulak tinggal kat situ xnak balik Malaysia…. Huh? Apa hubungan dia dengan lelaki tu sampai dia xnak balik Malaysia dan nak lupakan kedua-dua orang tuanya? Kalau lelaki tu suami xpela jugak kan? Betul kita sayang dengan orang tu, tapi entahla, saya pun tak tau nak komen apa. Ya, betul kalau dah sayang kita susah nak let go, tapi for the sake of all things, fikir dengan rasional….. lagipun, dia ambil jurusan perundangan islam xsilap saya. Jadi mestila dia faham selok belok agama. Dia arif dengan hukum2 Allah. Dia lebih mengerti panduan yang telah ditetapkan oleh Islam……

Saya ni pun masih belajar lagi. Saya bukan arif sangat dengan hukum2 agama. Pergaulan saya pun kadang2 terbabas jugak. Tapi kita sebagai orang Islam, saling mengingatkan tu kan penting kan? Lagipun drama ni ada unsur dakwah. Perlu diteliti dan diperhalusi. Supaya masyarakat lebih tertarik untuk lebih menghayati dan masuk Islam dengan sepenuhnya…. Saya xnak kondem cerita ni awal2. Cuma saya terkilan sebab xsepatutnya benda ni berlaku…… mungkin selepas ni, episod2nye lebih baik dan banyak mesej yang boleh disampaikan. Betul, kita xboleh lari dengan rasa sayang dan cinta sebab tu fitrah yang Allah berikan untuk kita. Tapi biarlah dengan saluran yang betul….. maaf kalau ada yang tidak berpuas hati. Lain orang lain pendapat kan????


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya

Semoga Allah melindungi kita selalu

Amin~~~~~ ^^


Hati ni nak berbisik lagi : Ramadan da nak sampai…. Preparation???? Huhu…….

2 ulasan:

  1. erm actually, ZEHRA not Zahra la hahaha
    aku frankly, memang sgt menyampah nak tengok cte2 'islamik' from Malaysia, sebab memang xde islamik langsung. lagi straight ak komen. tpi nie realiti
    perghhh part ko kate dy amek perudgn islam, malu betul aku! seyes memalukan course je!
    pndgn aku sng j pgrh2 cite 'islamik mesia nie' xyah wt filem islamik kalo xphm situasi sbnr pjlnn hdup purdah2 sume...
    (sgt kesal pembikinan cerita islamik mesia yg xpenah islamik... & ak xtgk pon cte tue)

    BalasPadam
  2. yup,aq 1st time tgk btol kt scene yg fauziah gous akte xnk blk msia sbb jasad tu sumela..mse tu aq pn x phm sgt..tp cm perlu ke smpi mcm tu? tros aq mls nk tgk...haha

    BalasPadam