Selasa, 18 Oktober 2011

Jangan benci……

Bismillahirrahmanirahim….

Assalamualaikum warahamtuullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah wasolatu wassalam 'ala rasulillah…

Alhamdulillah da nak abeh test satu, tinggal bioinformatik nak kena harung jumaat ni insya Allah… (nota pun xdownload ag, baru add ngan kawan yang upload kat skydrive…. Heeeee =.=''''')

Okai, kali ni saje je nak share pasal satu benda, perasan xkalau kita cakap, "nyampah la ngan mamat tu, benci gile!!!!!!" pastu kawan kita kat sebelah pun beritau, "ko jangan cakap macam tu jemah, sat gi dye kawen ngan ang baru ang tau!" "weh simpang malaikat 44!" kita balas. "kita tatau masa depan weh" kawan kita balas balik….

Memang betul, dalam dunia ni, kita xboleh nak benci dan dalam masa yang sama suka sangat dengan sesuatu, kira macam obses sangat dengan sesuatu. Kadang2 benda yang kita xsuka tu akan jadi seseuatu yang sangat kita suka dan boleh jadi benda yang kita suka sangat2 tu jadi benda yang sangat xelok untuk kita.

Perasan x kalau aada 2 keluarga yang bermusuh sikit punya lama, dari generasi tok nenek dia, bila sampai hak cucu, tetiba ja depa suka sama suka… (amboi da cakap bahasa utara! Haha) adakan??? Kalo x pun, kita selalu tengok laki ngan pompuan tu bermusuh, last2 depa kawen…. Xpun ada ada yang pernah bersengketa jadi best friend forever dan juga sebaliknya….

Macam mana benda ni boleh terjadi?

Semua ni kuasa Allah sebenarnya. Kalau Allah nak tunjuk kekuasaan-Nya, pape je boleh jadi. Allah nak tunjuk kita yang xsemua yang kita suka tu adalah elok dan xsemua yang kta benci tu adalah yang buruk. Macam kita bermusuh tetibe boleh jadi baik, Allah nak tunjuk kat kita yang orang yang kita musuh tu baik sebenarnya, Allah nak binakan ukhuwah baru untuk kita. Allah nak tunjuk kat kita yang bersaudara tu lebih baik dan pasti ada hikmah yang terbesar akan berlaku kat kita suatu hari nanti.

Macam tu jugak dengan pasangan, kita tengok punyala berkepit sana-sini, tup2 deme kawen dengan orang lain. Allah nak beritau kat kita yang kita memang tak tau masa depan, Allah je yang tau. Kita cume boleh berusaha jadi yang terbaik untuk pasangan kita nanti, berdoa untuk dapat jodoh yang baik dan bertawakkal kepada-Nya. Allah dah beritau dalam kitab suci-Nya yang maksudnya "...Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........." (2:216) indahkan ayat2 Allah? Yakin dengan Allah memang buat hati kita tenang selalu….

Kesimpulannya jat?

Kesimpulannya, berpada-padalah nak benci atau suka sesuatu, jangan melampau2. Allah tu sentiasa ada untuk melihat kita. Mintak petunjuk Allah jika kita dalam persimpangan, kadang2 kita rasa kita suka sangat ngan benda tu, kita pun ikot jalan tu, rupa-rupanya tula jalan kebinasaan untuk kita….. fikirlah sebab kita ni hamba Allah yang dikurniakan akal untuk berfikir. Saya faham kalau kita sedih xdapat apa yang kita nak, yang dapat memuaskan hati. Dapat pulak yang menyakitkan hati je manjang. Tapi jangan lupa apa yang Allah dah pesan. Pegang ayat tu elok2. Insya Allah kita akan dapat teruskan hidup. Hikmah Allah yang tersembunyi tu hanya Allah je yang tau……


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira

Semoga Allah memberkahi kita selalu.

Amin~~~~ ^^


 

Hati ini nak berbisik lagi : jeles dengan orang yang dah konvo, saya ada lagi 2 sem lagi…. Fighting!!!!!! ^^v

Tiada ulasan:

Catat Ulasan