Isnin, 16 Mei 2011

Cikgu~~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…….

Wah3!!!!!! (nada excited xleh blah…..) 16 Mei datang lagi….. adek2 saya yang masih bersekolah tu sebok benorle nak belikan hadiah untuk cikgu2 deme…. Saya? Saya cuma tersenyum je bila tengok diorang, teringat mase sekolah dolu2….. seronok bila nak beli hadiah untuk cikgu, tapi semua da tinggal kenangan. Saya pun wish cikgu2 saya kat facebook. Tu pun sekolah menengah punya. Ijat2….. hesh…..

Kalau nak diikutkan cerita mak saya, nak mendidik anak2 zaman sekarang memang mencabar beb. Dengan baran yang saya ada, memang xmahu jadik cikgu. Mak yang ajar sekolah rendah pun da pelbagai masalah, lagi la yang kat sekolah menengah. Mesti ada satu juta macam cerita yang tercoret kan? Zaman makin maju dan orang pun semakin berubah. Yela, adik2 pun da terer pakai handphone. Lagi dasat daripada saya yang masih dokla bertatih2 nak belajar bnda baru (tangan di bahu…. Hehe)

Apa2 pun, ucapan terima kasih yang xterhingga kepada semua guru yang mengajar saya, saya berjaya sampai ke menara gading dengan izin Allah berkat guru2 yang mengajar saya. Rindunye zaman sekolah, xde pening nak pikir cam sekarang nih. Makin tua umur, makin bertambah masalah yang serabutkan pale otak… hahaha……. Betapalah bila hari guru tu datang, bersungguh2 nak jayakan majlis tu. Seronok bila tengok cikgu2 happy.

Orang cakap, janganla engat jasa cikgu tu masa hari guru je, engatla hari2. Betol, memang jangan ingat cikgu masa hari guru je. Sebenarnya hari2 saya ingat cikgu, tapi cuma xberkesempatan nak ucapkan terima kasih, kirenya, hari guru la best time saya nak ucapkan terima kasih dan sejuta penghargaan. Berdoa tu insya Allah setiap hari.

Selamat hari guru.

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah melindungi kita selalu……

Amin~~~~~ ^_^


hati neh nak berbisik lagi : kami guru Malaysia~~~~~ berikrar dan berjanji~~~~ ewahhhhh!!!!! hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan