Khamis, 13 Oktober 2011

Life has to move on~~~

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah wasolatu wassalam 'ala rasulillah….

Da lame sangatkan saya xupdate blog? Paling latest pun mase raya aidilfitri, ni da nak masuk aidiladha kan? Sekejap rasenya masa berlalu….. aktiviti kolej n belajar ( belajar la sangat jat… hehe) bwat saya jadi xdan nak tulis blog, saya xserajin orang len…. Saya jenis suka bebel panjang2 kat blog. Hehe….

Saya da lama sangat nak kongsi hal ni. Saya da lama habis baca buku P/s: I Love You, korang musti ada jugak yang baca kan? Haha…. Seronokkan jalan cerita dia? Xmacam filem dye. Sangat memberi pengajaran. Dan mata saya xberenti nak mengalir ayer mata for certain chapter…. heheh

Holly baru je kematian suami, Gerry yang sangat2 dye cinta, Gerry ni memang soulmate dye. Cume sayang, jodoh xpanjang, Gerry mati sebab kanser otak. Memang tacing abeh wei bile baca macam mana Holly ni nak move on hidup dye. Derita kan nak teruskan hidup tanpa orang tersayang kat sisi? Yang bestnya, Gerry ajar holly macam mana nak survive dalam hidup. Dye ajar holly macam2. Supaya holly xbuang masa dia engat masa lalu je. Dia suruh holly pandang ke depan untuk teruskan hidup tapi jangan lupa yang Gerry selalu kat hati.

Kalau nak ikotkan, bila kita didatangkan musibah kehilangan orang yang tersayang, kita memang susah nak pandang ke depan untuk teruskan hidup, kita selalu nak dalam kenangan bersama orang tu. Gerry ajar holly buang semua pakaian Gerry, pergi buat make over untuk diri dye sendiri, pergi berparti dan macam-macam lagi. Disebabkan dye bukan Islam, dye xpesan kat isteri dye yang Allah tu sentiasa di sisi. Maha Mendengar segala permohonan dan luahan perasaan para hamba-Nya. Itu je slack dekat buku ni. Sebab buku ni ditulis oleh seorang bukan islam. Tapi penulis ni nak beritau kita yang macam mana pun yang terjadi, keluarga dan kawan2 tu selalu ada kat sisi kita untuk mendengar. Dan jangan lupa yang Allah tu memang selalu di sisi. Dan jangan lupa untuk teruskan hidup sebab kehilangan orang yang tersayang bukan bermakna kehidupan kita akan berakhir. Betulkan? Dan musibah yang Allah turunkan untuk kita semua ada hikmah besar tersembunyi. Allah nak ajar kita sesuatu yang berharga. Itula yang perlu kita pegang dan percaya.


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khiaran kathira untuk segalanya

Semoga Allah bersama kita selalu…

Amin~~~ ^^


 

Hati ni nak berbisik lagi : exam da habis barula nak update blog…. Heheh :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan