Jumaat, 17 Februari 2012

sirna

salam...
pernah nampak x orang jadi xkeruan 
bila orang yang disayang xada depan mata?
yea
benda tu jadi depan mata saya
saya bukan mahu mengata keburukan orang 
tapi kadang2 sudah tidak sanggup lagi melihat penderitaan orang tu


wanita tua itu mengharungi hari-hari tuanya dengan sepi
tatkala yang disayangi
pergi menyambut panggilan Illahi
sudah dua tahun ia berlaku
tiada lagi senda gurau yang menemani
dia sepi
walaupun anak dan cucu ada di sisi
namun tiada yang terluah
dia hanya diam


wanita itu tidak seperti dulu
pastinya separuh jiwanya sudah dibawa pergi
dia seperti tidak mahu bangkit
paginya dihiasi dengan pemergian cucunya ke sekolah
dan petangnya ditemani kenderaan yang tiada peduli
dirinya yang sunyi
dan matanya terus melihat jalan yang sibuk


ya dia pernah tertawa
namun tawanya tidak seindah dulu
raut wajahnya tiada perasaan
dirinya hanya mahu meneruskan hari
sungguh aku rindu
pada wanita itu yang dulu
yang tiada henti dengan nasihat
yang akan memberi pelukan hangat
diri itu sudah lama dibawa pergi


aku tidak tahu apa isi hatinya
dia terus begitu
bersama waktu
dia meniti hari
hari-harinya yang sepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan