Isnin, 20 Oktober 2014

bisikan rindu

kepada sang bulan aku bisikkan rindu,
buat sahabat yang jauh,
agar dia bisa menerimanya,
saat bulan terbit di ruang angkasanya,
dan suria memancarkan cahaya di langitku.

Khamis, 25 September 2014

dah sampai Malaysia dah

Assalamualaikum warahmatullah

Dah habis belajar,
Alhamdulillah
macam xterasa cepat masa berlalu
rasa macam haritu aku bising sejuknya musim luruh
dan tuan rumah encik Simon kata "owh, you don't feel the winter yet,"
rasa macam semalam aku kenal semua coursemate
menggila dengan coursework yang melampau-lampau banyaknya
rasa macam sekejap sangat aku bertabah hati kerja sorang-sorang di bumi asing dengan bahasa asing dekat Unilever, 
kenal dengan supervisor yang budiman,
rasa macam xcaya yang gemuruhnya nak present projek dan jawab soalan viva

dan bila dah sampai bumi Malaysia
ya, syukur Alhamdulillah
Allah bagi lagi rezeki nak tengok senyuman mak,
dengar gelak tawa ayah
kongsi lawak dengan adik-adik
tapi perasaan lepas habis degree tu datang balik
padahal baru seminggu balik

rasa ape jat?
rasa aku loser
loser sebab xmampu simpan duit langsung 
xmacam kawan-kawan aku
loser sebab xmampu nak melangkah mula fasa baru
orang lain dah jauh pun ke depan
itu ke yang kau rase pas degree jat?
yup, itu yang aku rasa
rasa sedih sebab xmampu pun nak tolong parents
rasa terseksa sebab akan jumpa dua cabang jalan
yang dua-dua aku nak 
tapi aku kena pilih salah satu
dan rasa menyampah
sebab aku selalu rasa takut nak mulakan langkah baru

tapi selalunya Allah bagi jalan ketiga
dan aku akan happy dengan jalan yang Allah bagi tu
mana tahu, Allah nak tunjuk lagi jalan tu,
aku kena mula langkah barulah
x begitu?

p/s: orang dulu-dulu pernah cakap, tengok bumbung rumah orang tu pun boleh lepas rindu. orang sekarang, tengok ko online pun aku boleh tersenyum senang. ok, itu kelakar sangat... :p


Sabtu, 2 Ogos 2014

#sokongGhazzah

Assalamualaikum warahmatullah

Air mata yang sama aku lihat lagi
pada wajah-wajah insan tidak berdosa
yang terus menerus mencari jawapan
atas segala persoalan
mengapa?
mengapa kami yang menjadi mangsa?
kau berterusan mencari alasan
berterusan kau mencari akal
tanah kami kau rampas
anak-anak dan ibu-ibu kami
kau cabut nyawa mereka
lagaknya kau seperti malaikat pencabut nyawa

pada saat bom menghujani tanahmu
kau bangkit
kau hapuskan air mata kelukaanmu
kau ganti dengan semangat jihadmu
yang menyala-nyala
menuntut tanahmu
menuntut bela anak-anak dan para ibumu
atas nama Tuhan Yang Maha Penyayang kau bersumpah
biarlah perjuangan ini penamatnya antara dua
kemerdekaan tanah kecintaanmu
atau 
gelaran syuhada' di sisi Rabmu.

buat para pejuang al-Qassam
moga Allah merahmati kalian
atas nama perjuangan suci
moga syahid yang dicita
terus menyemarakkan semangat juangmu

buat saudaraku di Palestin
sungguh ada doa kami kirimkan buat kalian
untuk sebuah kekuatan
untuk sebuah ketenangan
untuk sebuah kebahagiaan
untuk sebuah kejayaan
sungguh janji Allah itu pasti
walaupun bukan kini
hari itu pasti akan tiba
dan kami juga menunggu bersamamu

Jumaat, 16 Mei 2014

maafkan saya

Dan maafkan saya
kerana saya tidak mampu pun
buat awak tersenyum apatah lagi tertawa
saat awak memandang saya
pada tiap waktu kita bertemu.
maaf atas ketidak keupayaan saya itu

dan awak tahu?
itu adalah sesuatu yang asing buat saya
sebab adalah menjadi satu kemestian buat saya
untuk buat orang tersenyum
ah, 
itulah uniknya awak!

oh ya, 
saya suka lihat awak tersenyum
saya suka lihat awak tertawa
dan selalunya jadi bila awak bersama mereka
takpe
sebab saya suka je
senyuman awak manis tahu?
tapi maaflah
saya masih tak mampu buat benda tu
T_T

Isnin, 12 Mei 2014

jiwa dan cinta bahagian 1

kau tahu jiwa?
betapa rayuanmu tidak berguna lagi
kerana cinta sudahpun ketemu pujaannya
yang lebih Agung dan punyai segala darimu
selamat tinggal jiwa

p/s: masalah diri, bila sudah under stress, protein jiwang pun terekspressi. haih =.="""

Sabtu, 10 Mei 2014

lorong 23

menelusuri lorong 23
sudah banyak benda aku kutip
bunga,
harum baunya
cantik warnanya
mekar kuntumnya
bila dilihat,
bergetar sukma,

dan yang aku kesal
sampah juga aku pilih
berat
kotor
busuk
hanya bisa membuatku hiba
buat aku tercari-cari di manakah
haruman kuntuman bunga

ya,
pada permulaan lorong 23 itu
betapa aku melihat
kerakusan nafsu
ceteknya sabar
rendahnya iman
sehingga aku terjelepuk
pada setiap persimpangan dalam lorong 23 itu
mencari-cari
di manakah garisan cahaya
yang mampu menunjukku arah
yang memberi panduan
untuk menghabiskan perjalanan lorongku

dan
kau tahu?
pada pertengahan sehingga penghabisan pengembaraan aku
Tuhan sangat bermurah hati
ya
bukankah Dia Maha Pemurah lagi Maha Memberi?
Dia menitipkan aku cahaya
yang pada mulanya kilauannya itu bisa membutakan aku
atas dasar sikapku yang gelojoh
untuk terus mengejar cahaya itu
kadang-kadang aku sendiri yang bersikap tidak peduli
membuatkan aku buta
merasakan gelap dalam perjalanan
tiada siang
malam sahaja menunjukkan diri
tiada bintang, tiada purnama
yang membantuku

dan tentu sahaja Tuhan terus menolongku
bukankah Dia sebaik-baik penolong?
Dia hulurkan bantuan-Nya
mengutuskan hamba-Nya
mengetuk pintu hatiku
terus menerus dengan bicara tentang Tuhan
kebesaran-Nya
keagungan-Nya
cinta dan rahmat-Nya

aku tahu,
betapa paru-paru iman
bertarung dalam nafas dunia
perih, 
betapa ia penuh dengan pencemaran dosa
sedang aku mencari oksigen-oksigen hidayah

pada saat aku membawa langkah kaki 
membuka pintu 
memasuki lorong 24
aku berjanji pada diriku
aku harus bernafas dengan udara taufik
supaya paru-paru iman sihat
dan perlunya surat-surat cinta Tuhan dibawa dalam pengembaraan baru
agar diri ini bertambah sihat
dalam dekapan rahmat Tuhan!

-8.10pm-
-9 Mei 2014-
-9 Rejab 1435H-
mekasih che dot! :D

Khamis, 24 April 2014

Di hamparan kuning canola

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

pada saat daffodil mula melambai pergi
menandakan musim bunga kian berlalu
canola mula berdiri
menumbuhkan si kembang kuning
kemilau warnanya tanda kasih dari Illahi

dan aku berdiri
di antara hamparan canola itu
memerhati
indahnya seni aturan Pencipta
tiada cacat tiada cela
semua berlaku atas izin-Nya
semerbak daffodil telah pergi
namun canola hadir membawa ceria

namun,
hatiku berbisik
duhai diri
ingatkah dikau
perbandingan seorang muslim itu ibarat bunga?
mukmin yang suka membaca al-quran itu
Nabi samakan dengan si utrujjah?
pesona warnanya harum pula
dan mukmin yang tidak suka membaca kitab suci itu
adalah seperti kurma
meskipun lazat,
namun kurang harumannya
dan Rasulullah berpesan lagi
munafiq yang membaca al-quran 
ibarat kuntuman bunga
namun pahit rasanya
dan munafiq yang sebaliknya
Nabi menyifatkannya 
seperti buah hanzalah
tiada harum
bahkan rasanya pahit!

nah, pilihlah kau wahai diri!
pilihan mana yang kau mahu?
mahu menjadi si utrujjah
ataupun si hanzalah?

dan aku terus termangu
di hamparan kuning canola




-6.43pm-
22 Jamadil Akhir 1435H
23 April 2014

Jumaat, 18 April 2014

Bulatan Keriangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

ya ini hanyalah bentuk bintang, bukan bulatan :p
credit : kak qilah terchenta! 

Tika disapa salam bulatan gembira,
Aku dalam keadaan membazir waktu,
kelelahan yang menyapa atas kelalaian 
dek ikutan nafsu

dan aku sambut salam bulatan gembira itu,
dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baru
yang boleh mengisi ruang-ruang lompong
yang sering kali mengganggu

dan aku cuba mengisi ruang-ruang itu
dengan semua isi dunia
ya, seisi dunia ini aku cuba 
untuk memenuhi ruang yang lompong
namun
kau tahu apa yang terjadi?
aku bagai menyiram air dalam bekas yang bocor
tidak pernah puas, tidak pernah memenuhi

dan lambaian bulatan gembira itu menggamit kembali
untuk kesekian kalinya,
untuk duduk bersama berdiskusi
kalam cinta Illahi
hadis-hadis Muhammad
kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat

dan kau tahu 
di situ kami ditarbiyah
oleh Rabbul 'Izzati
melalui sang murabbi
dan kau akan dapati
betapa halusnya seni
hidayah dari Tuhan
yang menyentuh hati-hati
orang-orang yang mencari
kadang-kadang kau akan rasa
betapa hati kau diketuk bertalu-talu
hanya melalui cebisan-cebisan cerita
mereka yang dicampakkan hidayah
di dalam hati
Maha Suci Tuhan
Si Pemilik sekalian alam

dan kau perlu tahu
hati kau bisa tenang
kerana sepanjang bulatan gembira yang mengasyikkan itu
para malaikat juga bersama-samamu
mengembangkan sayap-sayap mereka
kerana bulatan gembira itu juga majlis ilmu

ya,
dalam bulatan gembira ini kami berukhuwah
dalam bulatan ini kami bermahabbah
dalam bulatan ini kami berkongsi rasa
berkongsi suka duka
berkongsi resepi dan cerita
menyemai cinta Illahi
terus dan terus mencari
redha Illahi
andai salah sorang tersungkur
masih ada sahabat-sahabat lain yang bisa membantu
peringatan demi peringatan untuk diri yang futur
ah, betapa cinta itu adalah suatu nikmat!
untuk mereka yang bercinta atas nama Tuhan

kerana akhowat juga ohsem
walaupun kami memakai skirt ataupun seluar khaki :']

-10.39am-
17 Jamadil Akhir 1435H
18/4/2014


Selasa, 18 Februari 2014

Bulan

Assalamualaikum warahmatullah

haritu nampak bulan masa naik bas nk balik rumah, subhanallah cantik sangat!!! pastukan pastukan pastukan.... tingggggg!!! dapat ilham. hehehe

Tatkala suria berlalu, 
menemani siang pulang ke peraduan,
aku mencari bulan 
bersembunyi di balik lindungan awan
Betapa aku rindu cahayanya yang menenangkan sukma
dan aku rindu pada redup sinarannya yang menerangi kegelapan malam

Bulan! seruku,
apa khabar saudaraku yang merenungmu bersama sendu?
adakah berita saudaraku yang mengemis harapan yang lewat tiba?
sudah sampaikah salamku?
sudah terkabulkah doaku?

Namun, bulan tetap membisu
terus bersembunyi di balik awan dengan rasa malu
hatiku diserang kepiluan 
sungguh, bilakan tiba bantuan?
adakah kedamaian hanyalah mimpi indah
yang menemani di kala mata terpejam
bersama kelelahan perjuangan?
namun hatiku tetap tersemat harapan
kerana kita masih berTuhan
semoga saudaraku selamat dalam dakapan rahmat Tuhan
semoga bantuan Tuhanku akan tiba dalam kedamaian waktu dhuha

dan aku,
aku terus merenung bulan pada malam itu

-5.40pm-
-13.2.14-

Selasa, 28 Januari 2014

sebab bukan mudah nak jumpa best buddy

Salam...

Selalunya bila dah selalu sangat di bawah, 
kadang-kadang kita xsedar sebenarnya kita dah pun ada kat atas,
sebab terlampau rendah diri,
xyakin dengan kemampuan diri,
selalu sangat bandingkan diri dengan orang lain,
sampai kau sendiri xnampak kau tu pun hebat jat.

Kadang-kadang bila dah terlampau xyakin,
Allah akan hadirkan teman dan sahabat untuk menasihat,
Pesanan secara xlangsung dari Allah untuk hati ini,
jangan terusan kecewa dengan potensi yang ada,
kena berani dalam berjuang,
kena berani nak melangkah,
itulah selalu yang diminta dalam bait-bait doa sesudah solat,

kalau terus dalam lingkungan tu, sampai bila nak maju?
sampai bila nak rasa cemburu dengan kehebatan orang?
sedang diri kau pun mampu jat,
nak daki gunung yang tinggi (ok, ini mungkin x kot sebab nanti semput. hahah =.=")
nak terbang sebebas burung-burung (ok, ini lagi mengarut, naik kapal terbang xla bebas macam burung, kena pakai seatbelt lagi. haih~~~)
tapi yang pentingnya, 
berani tu harus ada dalam diri!

Terima kasih sebab jadi best buddy,
Kira macam kau ni Ted Mosby dalam cerita How I Met Your Mother,
Sudi nak dengar luahan rasa, 
Sudi nak dengar lawak yang ntah papa,
Sudi nak kongsi nasihat
Sudi nak tunjuk ajar kalau xtahu

Sudi nak bagi semangat kalau aku xmampu
Aku ni macam Lily, tapi xjumpa Inche Marshall lagi. hehehe

Hati ni nak berbisik lagi : sebab bukan senang nak jumpa best buddy yang memahami dan sekepala. lagi sorang jauh kat edin, lagi sorang jauh kat sheffield. May Allah always bless u. Alhamdulillah :)

Rabu, 11 Disember 2013

warkah sang mentari

Warkah mentari datang kepadaku
Bertanya khabar pada suatu hari,
Sahabat , apa khabar dirimu?
Tuhanku mengatakan kau sering meminta kehadiranku dalam setiap doamu
Meminta aku menerangi suram hidupmu
Meminta aku memanaskan dingin tubuhmu
Merayu aku hadir untuk mengusir hujan yang melanda hatimu
Sahabat, usah begitu,
Aku tahu, kau rayu pada Tuhanku untuk datangkan pelangi
Dia sahabat karibku
Hadirnya selepas hujan mengundur diri
Mendatangkan tenang, mengusir sepi
Menghidupkan kembali senyum di hujung sendumu
Teman, dengar nasihatku,
Rayuanmu akan dibalas Tuhanku,
Dalam sekejapan masa atau
Seribu tahun lamanya
Selang waktu tertunainya doamu
Usahalah tanpa henti
Berdoalah saban waktu
Kerna di penghujung jalanmu
Aku dan pelangi pasti menunggumu

-izzati mar'e-
11.12.13
-8.05am.-

Selasa, 8 Oktober 2013

kebun bunga perjalanan

Assalamualaikum


dah lame sungguh xupdate blogkan? saya pun macam dah kurang dengan blogging. mungkin sudah kehilangan minat. heheh

lets go straight to the topic. ecece.. speaking english dah sekarang! well, I have to do since I am now at Queen Elizabeth's land. huhuhu (tangan ke bahu)

Yep, perjalanan yang saya xsangka saya mampu bawa diri saya ke sini. berapa banyak air mata tumpah, belum dikira bergaduh, caci maki banyak sungguh rentetan peristiwa dan akhirnya, Allah izinkan saya untuk ke bumi-Nya yang bernama Nottingham.

Bila difikirkan balik, banyak sebenarnya Allah beri hikmah untuk saya dalam ujian ini. Allah beri saya kesabaran, ketabahan dan jangan bergantung pada yang lain selain daripada-Nya. sungguh indah ujian itu. walaupun saya ini masih tidak berani nak berkenalan dengan coursemate yang lain, tapi rasanya sudah tidak fikir lagi dengan perasaan takut yang bukan2. benar kata sahabat2 saya yang tidak putus2 membantu dan memberi semangat, pasti ada hikmah yang terbaik akan Allah beri. penat lelah ayah dan mak untuk bantu saya dapatkan pinjaman mara amat saya sanjung dan in sha Allah itulah point yang saya akan gunakan bila masa saya temui titik lemah semangat saya.

xdapat pergi satu uni dengan sahabat yang paling saya sayang adalah satu tamparan hebat buat saya. sedang saya dan fazey sudah merancang pelbagai perkara bersama. sedih yang amat Allah sahaja yang tau. tapi Allah nak tunjuk yang selamanya saya tidak akan bersamanya. saya perlu ada jalan hidup saya sendiri. hidup ini bukan dengan fazey sahaja, ada orang lain yang perlu dikenali dan diberi peluang untuk bersilaturahim.(ayat macam aku ni partner lesbian pajey je. huhuh.... tidak ye!) ayat yang fazey bagi mungkin saya xkan lupa, "in sha Allah ko akan jumpa fazey laen jat kat nottingham nanti" dan ye, saya rasa saya sudah jumpa fazey saya di sini. owh sekarang ini sebak sungguh rasa. bukan senang ye nak dapat sahabat baik pada zaman sekarang! Alhamdulillah, Allah sering pertemukan saya dengan orang2 yang mampu buat saya maju ke hadapan :')

dan Alhamdulillah saya sudah sampai di bumi Nottingham. hari ni adalah isnin kedua saya di sini. pengalaman pertama naik kapal terbang, transit di Dubai, sapaan angin sejuk di lapangan terbang London mungkin xdapat nak dilupakan. pertama kali berjauhan dengan keluarga (jauh sangat ok?). selama ni sambung belajar pun area selangor je, xlebih dari itu. 

dan ini masih permulaan cerita buat saya. perlu dicorakkan lagi biar ranjau di sepanjang jalan adalah kebun bunga buat saya. semoga Allah terus merahmati dan menyayangi kita semua. semoga Allah terus beri kekuatan buat kita untuk terus menelusuri hari2 yang bakal menjelma.

biarlah air mata menitis andai pelangi indah akan buat hatimu senang di kemudian hari

Alhamdulillah a'la kulli hal :')

Jumaat, 13 September 2013

menelurusi ujian

sudah tidak mahu meluah rasa di laman twitter mahupun facebook,
nanti banyak persoalannya.
biarlah laman ini hati dibenar berbicara

sungguh sudah tidak tertahan rasa,
menelurusi ujian yang memang siksa 
pada pandangan seorang hamba yang lemah 
lemah imannya, 
lemah jiwanya.

separuh hatinya gembira saat seorang demi seorang sahabatnya berlalu pergi 
menyambung impian mereka
separuh lagi hiba
adakah peluang untuk aku ada?
sungguh setiap hari menjadi penunggu yang setia
tidak pernah berhenti berharap
tidak pernah berganjak daripada tempat menunggu
berterusan menunggu dengan penuh setia

pada Allah doa dipohon
permudah segala urusannya
ibu bapanya dan sahabat2 kesayangannya

biarlah, 
pasti ada pelangi 
pasti ada cahaya mentari
di penghujung ribut dan mendung hidup
pasti doamu dijawab Illahi
Allah masih mahu mendengar rintihanmu lagi
sabarmu masih bersisa
teruskan tawakalmu!

p/s: gudluck buat semua. semoga Allah terus memberkati dan merahmati :')

Ahad, 25 Ogos 2013

bila jiwa pergi

separuh jiwanya pergi,
oleh itu.
banyak jiwa yang terseksa
banyak air mata yang tumpah kernanya

dan bila aku buka page itu, 
hati memang tersayat dan sayu.
sungguh cepat masa berlalu.
tidak sedar pun sudah di pengakhiran waktu.
kadang2 rasa mahu undur diri,
tapi bukan itu pilihan aku.

mohon tabahkan hati sebab bukan senang bila diuji
tapi Allah kan ada pada setiap waktumu? :')
sahabat2 yang membantu, semoga Allah memberkatimu, 
memang indah bila berukhuwah. 

Assalamualaikum dan semoga Allah berkati kita selalu

Isnin, 19 Ogos 2013

bila sepi mengetuk pintu kalbu, aku rasa rindu... 
aku rindu Tuhanku, sungguh aku rindu
bila kecewa mengetuk pintu rasa,
aku jatuh ya Tuhanku, apakah ubat mujarab-Mu?
kalam-Mu Tuhan itulah ubatku, 
penawar bisa rasaku. 
doaku pada-Mu Tuhan, 
tenangkanlah kalbuku, 
agar bisa aku buka langkah baru

kadang2 realiti itu terlalu pedih, 

lalu kuhidup dalam mimpi. 
tapi mimpi itu tetap xmampu buat diriku bahagia

Tuhan.
Andai hidup itu indah,

seakan aku bebas di syurga dunia,
andai hidup itu perit, 
seakan aku terhimpit di nerakanya,
Tuhan

bicaraku kepada-Mu bernada sendu

setiap waktu,
seusai pertemuan wajib lima waktu,
setiap sujudku
agar bisa tenang hati ini,
agar bisa kuat kejapan kaki
agar bisa tabah jiwa ini
agar bisa aku mulakan langkah baru.
Tuhan.

duhai kaki,
kejapkanlah langkahmu
duhai hati,
tenangkan dirimu
duhai jiwa
hapuskan sendumu
kerna kita mahu
mulakan langkah baru

Khamis, 21 Februari 2013

pertemuan bermakna......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

terima kasih buat sahabat2 yang memberi nasihat yang membina pada post saya semalam.. sungguh saya sangat2 menghargainya.... 

saya pernah post sebelum ni tentang hidayah Allah. sungguh hidayah Allah tu cantik dan akan datang tanpa diduga. perlu diminta, ditagih dan dipohon untuk kebaikan diri nak tempuhi hidup ni. hidayah itu milik Allah dan hanya Allah sahaja yang mampu memberi hidayah tersebut. tiada makhluk yang mampu memberi hidayah dan sekiranya Allah ingin memberi hidayah, tiada satupun yang mampu menghalang. Allah sudah pun berfirman dalam kitab-Nya (al-Qasas :56) :



meh saya cerita pengalaman saya. saya memang sangat bersyukur kerana Allah kurniakan sahabat2 yang mampu memberi saya kesedaran untuk kembali pada Allah sama ada secara langsung atau tidak langsung. ada sahabat saya, antara orang yang saya sayang (ijat, sume sahabat ko sayang kan? heheh) hidupnya kelihatan terumabang-ambing. seperti saya, suka bangun lewat, tapi lewatnya sehingga ke petang. dan saya sering tertanya-tanya, adakah dia sudah sempurnakan solatnya? saya pun bertanya padanya dan ya, dia selalu culas dalam menunaikan solatnya. 

dan nasihat saya mudah sahaja, jaga solat, xelok buat macam tu sebab kat akhirat nanti amalan yang pertama akan ditimbang ialah solat. Kekasih Allah, Muhammad S.A.W pernah bersabda:



dan sekarang, dia sedang berusaha memperbaiki solatnya dan alhamdulillah dia makin sedar kewajipannya sebagai seorang muslim. saya berdoa semoga dia sentiasa istiqamah dalam menunaikan solatnya. dia berterima kasih pada saya dan ada gelaran yang dia bagi pada saya. lihat, jika Allah mahu memberi hidayah-Nya, hidayah itu akan datang dalam pelbagai cara.... subhanallah....


dan sebenarnya, kesedaran sahabat saya itu telah membuka kesedaran dalam diri saya. saya sebenarnya rasa terpukul lepas dia menyuruh saya untuk mengajaknya ke jalan yang baik. sungguh ilmu saya sedikit dan saya rasa saya ini dalam zon selesa. rasa sudah sempurna menutup auratnya, tidak meninggalkan pernah saja2 tinggalkan solat fardhu kecuali dalam keadaan terpaksa seperti jam di jalan. hati saya terdetik ketika itu "jat, ko ajak orang ke arah baik, tapi ko pun belum sempurna... harus maju jat, sahabat ko dah mula berhijrah tapi ko?" sungguh saya tidak tenang berhari2.... saya juga mahu mencari sahabat yang mampu membawa saya berhijrah.....


dan saya jumpa teman itu, sahabat saya sekolah rendah, saya dah lama xjumpa dan berhubung melalui facebook walaupun saya satu kampung! hahah... dasat kan? =.=''' saya menceritakan keadaan saya dan dia bersetuju untuk berjumpa dengan saya...

kami berjumpa sabtu lepas, pertemuan yang sangat bermakna. orangnya dulu adalah orang yang biasa2 dan menjadi luar biasa bila Irna bertemu hidayah Allah. dia bercerita pada saya yang nak berubah ni xperlukan kita pergi ke Mekah, cukuplah kita sedar. kita kena carik hidayah Allah. dia mencari dan banyak peristiwa yang membuat dye trigger untuk mengejar cinta Allah. 

perkara pertama yang dia lakukan semasa berubah ialah membetulkan solat. Irna cakap, kita memang solat lima waktu, tapi kita faham ke maksud dalam solat? khusyuk x kita? memang amek masa, tapi bermakna...


Irna juga berkongsi yang nak berubah perlukan kefahaman dan bukan secara drastik. dia mula dengan tudung biasa, lama2 semakin labuh tudungnya dan dia mula memakai stokin dan sarung tangan. dia yakin dan faham dengan apa yang dilakukannya dan dia rasa selamat bila ikut suruhan Allah. dia kata, bila kita tutup aurat dengan sempurna ni, lelaki jadi segan dengan kita dan di situlah kita dapat jaga pergaulan dan kita akan rasa selamat. 

irna juga syorkan beberapa buah buku untuk saya untuk dibaca. antaranya karangan ustaz pahrol "di manakah DIA di hatiku?" in sha Allah saya akan cuba habiskan dan hadamkan apa2 yang ditulis di dalam buku tu. dan sungguh, lepas pertemuan dengan irna, saya rasa lebih tenang dan saya bersemangat nak buat perubahan dalam diri. sungguh saya bersyukur pada Allah kerana masih bagi hint2 kepada hati supaya xtenang supaya saya dapat melakukan perubahan.....

alhamdulillah, syukur atas persahabatan yang Allah beri. syukur atas pertemuan yang telah aturkan.... Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan Kau cekalkanlah hatiku untuk mengharungi hidup di dunia....

hati ini nak berbisik lagi : mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis - ustaz pahrol mohd juoi

Rabu, 20 Februari 2013

pengajaran dari ct scan suite

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


hurm, rasenye dah lama xupdate blog ni, dah berabuk wall saya dibuatnya... haha... dah habis grad bukannye rajen update blog, makin rajin tengok tv adalah... hahah =.='''

ya, sepatutnya saya join program gcap (graduate career acceleration program) anjuran kptm, tapi sebab saya kesian kan mak dan acu saya yang asik pening memikirkan camne nak amek cuti sebab xcukup hari dalam sebulan nak mintak kat majikan untuk nak hantar nenek pergi hospital, saya pun menawarkan diri untuk berhenti dan tolong mana-mana yang patut. mak memang buat muka gembira lepas dengar tawaran saya, ayah macam kurang setuju kenapa saya berhenti, nape xtangguh je... acu? memang sangat lega bila dah dengar mak cakap saya nak tolong.

nenek saya kena chemo untuk rawat penyakitnya. saya yang temankan nenek saya dekat wad. apa perasaan  jat? seriously buhsan gila! nenek pulak banyak tidur dan berdiam. saya online jela.. saya mula rasa menyesal nape la saya buat pilihan ni, tapi bila fikirkan mak dan acu, saya pun pendam je la.... 

bila nenek dah habis chemo, saya urus nenek saya kat umah. nenek bukannya xmampu buat apa2, tenaga nenek masih ok lagi, cuma nenek lupa2... jadi saya yang pastikan nenek akan amek ubat kencing manisnya dan tolong adjust amount insulin yang nenek kena amek. acu dah tolong waktu pagi, saya tolong adjust insulin untuk nenek tengah hari dan petang. kadang2 ganti dengan mak.

semalam saya teman nenek untuk cek darah dan air kencing. cek ni untuk next chemo that should be done today. saya punya la menolak dalam diam. rase macam xpuas hati pulak, nenek kan mak mak saya, nape pulak saya yang kena buat semua ni? asek la bising xnak hantar nenek dalam hati ni... tapi, paksakan diri. dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

hari ni saya hantar nenek pergi ct scan, sepatutnya chemo kena buat jugak, tapi atas alasan tertentu, nenek xdapat buat hari ni. ni lagi la saya takut. bila dah takut, mula la fikir bukan2 sampai la dalam hati marah2 mak, astaghfirullah... teruk betul jadi anak.... 


ct scan, tada!!! (ihsan inchek google)


kat ct scan suite, saya jumpa ramai orang.... dan memang, makin luas pandangan kita, makin banyak kita boleh belajar dan amek pengajaran... betapalah ramai yang sakit dan memerlukan ct scan. kebanyakannya sudah tua. sudahla tua, tiada kudrat, Allah uji lagi dengan sakit.... Allahu akbar! teringat saya dengan hadis Rasulullah S.A.W:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).




selalunya, kita yang muda2 ni, akan cakap, "alah, kita ni muda lagi, time ni la nak enjoy, tua2 nanti la baru nak taubat..." cuba bayangkan, di saat kita muda, badan masih sihat dan cergas, kita lalai dan alpa, bila dah sakit dan tiada tenaga masa tua, baru nak ingat Tuhan? barulah nak cek solat kita sempurna ke x, bacaan kita macam mana, barulah nak terhegeh2 belajar banyak perkara di saat mata kita sudah kabur dan badan sudah sakit2? 

sungguhlah, nabi dah pesan, engat mati tu akan membunuh rasa kita untuk melakukan maksiat dan membunuh rasa malas untuk melakukan kebaikan... ziarah orang sakit dan orang yang mati memang akan menginsafkan kita. Allah boleh tarik nikmat sihat dan hidup tu bila-bila masa sahaja..... dan in sha Allah, hati kita akan lembut dan senang menerima kebenaran. hati akan sibuk untuk diisi dengan ibadah dan bila kita dah banyak mengingati Allah... hati ini pasti akan tenang..... 

rasa insaf memang menyelubungi diri... mana xnya, kalau tiba2 kita dipanggil Allah, dan pada masa tu kita dalam keadaan lagho? Allahu ruginya...... tiada lagi peluang untuk kita bertaubat dan untuk beribadah lagi... sedang kita ini Allah tidak pernah xberi peluang untuk kita untuk terus-terusan beribadah pada-Nya...

apa lagi jat yang ko dapat? hurm... saya rasa saya lebih kurang merungut dan saya mahu sayang nenek saya lebih lagi lepas ni. dan hubungan saya dengan acu makin baik sebab masuk sekolah menengah, saya jarang bercakap dengan acu saya.... ada hikmah yang saya dapat untuk peristiwa nenek sakit... alhamdulillah... 

hati ini nak berbisik lagi: Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah yang mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka bahagia ketika menyambut kelahiranku.... ikhlaskan lah hatiku tatkala aku ingin membantu mereka.... permudahkanlah segala urusan kedua ibu bapaku.....




Khamis, 31 Januari 2013

jalan raya dan sabar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


baru je lepas amek nenek dari hospital, nenek xberapa nak sehat, hari boleh discharge, alhamdulillah...
sepanjang perjalanan balik ke rumah (saya drive ok?), saya terfikir yang sebenarnya kita ni boleh mendidik sabar atas jalan raya. satu fakta tentang jalan raya, selain daripada penuh dengan kereta, jalan raya juga penuh dengan makian tahu? hahaha...

percaya atau tidak, atas jalan raya memang dipenuhi dengan manusia yang memang kurang adabnya, suka cilok, potong barisan, bawak cam samseng sampai lupa orang lain pun nak jugak guna jalan raya. disebabkan orang2 inilah jalan raya penuh dengan carutan dan makian. sampai kita terlupa zikir dan tasbih yang boleh redakan rasa marah dalam diri.

ihsan inchek google

itu baru kereta, kalau motor macam mana? mak selalu beritahu saya yang sebenarnya orang bawak kereta ni  sangat berhati2 dengan penunggang motor. yelah, orang yang bawak motor ni, sangat kurang ye, bukan xde, sangat kurangnye orang2 yang berhemah. tetibe kang bawak kat lane laju, xnampak kereta kat belakang lagi laju, xpasal2 yang bawak kereta tu berhenti sampai berasap tayar sebab nak elak dye. kadang tu, tengah2 laju lalu kat simpang yang memang jalan kita, motor terus nak masuk je, dah masuk baru nak tengok kereta belakang, ate tak bahaya ke? adus2~~~~

dan perasan x, selalunya kat atas jalan raya kita akan jadi seorang yang diskriminasi? racist, sexist dan jugak diskriminasi umur! selalunye atas jalan raya akan jadi scene2 macam ni:

scene 1 (a) (racist):
A : kuang ajar betol driver tu, xbagi signal nak masuk pun, tetibe je, xnampak kita tengah laju ni?
B : ko tengokla kaum ape tu......
A : memang patut pun, aku dah agak dah......

scene 1 (b) :
A : aku memang hangin betolla dengan driver tu, mentang kereta besar, nak potong line pulak!
B : ko tengok la kaum mane, memang dorang macam tu...
A : patutla.... aku kalau kat jalan raya, memang anti betol ngan kaum dye!

scene 2 (sexist) :
A : apahal la pulak orang ni, teragak2 nak keluar simpang, belah jela, keta xde kot...
B : ala, apedehal la ko nak baran sangat, pompuan yang bawak, memang lambat la nak lintas....
A : hadoih, aku ni pun pompuan jugak, berani je.... adeh~~~

scene 3 (umur):
A : alahai, perlahan betolla kereta depan, ni, engat nak bersiar2 ke? (potong kereta depan)
B : patotla wei, pak cik yang bawak kereta..
A : xkesahla wei, ko dah la duduk kat lane tengah, jadah apa bawak cam nak bersiar2.....

ada banyak lagi scene yang saya rasa kita akan alami... pernah saya ke KL, perjalanan saya penuh dengan istighfar, tasbih dan juga makian! mula2 yelah nak istigfar dan tasbih, lame2 dah marah kan? memang tinggal maki je la kat hati ni.... hahahhaa =.=''''

kadang2 tu adalah tidak adil untuk kereta yang enjin cc besar, xpun memang saiznye besar, memang suka sangat nak buli kereta2 yang bersaiz kecik. kadang punyela cucuk bagai nak gila, lepas dah bagi jalan, bawak kereta slow, memang makian kau dapat.... heheh..... belum lagi nak masuk lane, dengan xbagi signal, ko selit, orang yang kereta belakang ni la bagai nak gila tekan brek.... (tengah menaip dengan rasa sangat marah! istighfar jat, astahfirullah....)

dan apalah salahnya jika kita berubah, kita didik diri kita untuk jadi penyabar dan juga pemaaf. makian dan carutan tu, bukannye dye dengar pun. kita tambah sakit aty adalah, honlah sekuat2 hati pun, bukannye driver yang xberadab tu akan berhenti dan minta maaf pada kita, xde maknanye.... mungkin kita boleh gantikan cacian dan makian tu dengan istighfar dan puji-pujian pada Allah. benda ni bukan peringatan untuk anda sahaja, malah saya juga. saya ni pun bukan jenis penyabar sangat orangnya, kalau dah meletus, parah orang tu kena maki dengan saya.... hehehe :p

semoga kesabaran kita itu Alla balas dengan sebaik2 pahala :)

hati ini nak berbisik lagi : pandu cermat jiwa selamat! ^^ 
jangan lupa baca doa dan tawakal pada Allah!