Jumaat, 18 April 2014

Bulatan Keriangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

ya ini hanyalah bentuk bintang, bukan bulatan :p
credit : kak qilah terchenta! 

Tika disapa salam bulatan gembira,
Aku dalam keadaan membazir waktu,
kelelahan yang menyapa atas kelalaian 
dek ikutan nafsu

dan aku sambut salam bulatan gembira itu,
dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baru
yang boleh mengisi ruang-ruang lompong
yang sering kali mengganggu

dan aku cuba mengisi ruang-ruang itu
dengan semua isi dunia
ya, seisi dunia ini aku cuba 
untuk memenuhi ruang yang lompong
namun
kau tahu apa yang terjadi?
aku bagai menyiram air dalam bekas yang bocor
tidak pernah puas, tidak pernah memenuhi

dan lambaian bulatan gembira itu menggamit kembali
untuk kesekian kalinya,
untuk duduk bersama berdiskusi
kalam cinta Illahi
hadis-hadis Muhammad
kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat

dan kau tahu 
di situ kami ditarbiyah
oleh Rabbul 'Izzati
melalui sang murabbi
dan kau akan dapati
betapa halusnya seni
hidayah dari Tuhan
yang menyentuh hati-hati
orang-orang yang mencari
kadang-kadang kau akan rasa
betapa hati kau diketuk bertalu-talu
hanya melalui cebisan-cebisan cerita
mereka yang dicampakkan hidayah
di dalam hati
Maha Suci Tuhan
Si Pemilik sekalian alam

dan kau perlu tahu
hati kau bisa tenang
kerana sepanjang bulatan gembira yang mengasyikkan itu
para malaikat juga bersama-samamu
mengembangkan sayap-sayap mereka
kerana bulatan gembira itu juga majlis ilmu

ya,
dalam bulatan gembira ini kami berukhuwah
dalam bulatan ini kami bermahabbah
dalam bulatan ini kami berkongsi rasa
berkongsi suka duka
berkongsi resepi dan cerita
menyemai cinta Illahi
terus dan terus mencari
redha Illahi
andai salah sorang tersungkur
masih ada sahabat-sahabat lain yang bisa membantu
peringatan demi peringatan untuk diri yang futur
ah, betapa cinta itu adalah suatu nikmat!
untuk mereka yang bercinta atas nama Tuhan

kerana akhowat juga ohsem
walaupun kami memakai skirt ataupun seluar khaki :']

-10.39am-
17 Jamadil Akhir 1435H
18/4/2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan