baru je lepas amek nenek dari hospital, nenek xberapa nak sehat, hari boleh discharge, alhamdulillah...
sepanjang perjalanan balik ke rumah (saya drive ok?), saya terfikir yang sebenarnya kita ni boleh mendidik sabar atas jalan raya. satu fakta tentang jalan raya, selain daripada penuh dengan kereta, jalan raya juga penuh dengan makian tahu? hahaha...
percaya atau tidak, atas jalan raya memang dipenuhi dengan manusia yang memang kurang adabnya, suka cilok, potong barisan, bawak cam samseng sampai lupa orang lain pun nak jugak guna jalan raya. disebabkan orang2 inilah jalan raya penuh dengan carutan dan makian. sampai kita terlupa zikir dan tasbih yang boleh redakan rasa marah dalam diri.
ihsan inchek google |
itu baru kereta, kalau motor macam mana? mak selalu beritahu saya yang sebenarnya orang bawak kereta ni sangat berhati2 dengan penunggang motor. yelah, orang yang bawak motor ni, sangat kurang ye, bukan xde, sangat kurangnye orang2 yang berhemah. tetibe kang bawak kat lane laju, xnampak kereta kat belakang lagi laju, xpasal2 yang bawak kereta tu berhenti sampai berasap tayar sebab nak elak dye. kadang tu, tengah2 laju lalu kat simpang yang memang jalan kita, motor terus nak masuk je, dah masuk baru nak tengok kereta belakang, ate tak bahaya ke? adus2~~~~
dan perasan x, selalunya kat atas jalan raya kita akan jadi seorang yang diskriminasi? racist, sexist dan jugak diskriminasi umur! selalunye atas jalan raya akan jadi scene2 macam ni:
scene 1 (a) (racist):
A : kuang ajar betol driver tu, xbagi signal nak masuk pun, tetibe je, xnampak kita tengah laju ni?
B : ko tengokla kaum ape tu......
A : memang patut pun, aku dah agak dah......
scene 1 (b) :
A : aku memang hangin betolla dengan driver tu, mentang kereta besar, nak potong line pulak!
B : ko tengok la kaum mane, memang dorang macam tu...
A : patutla.... aku kalau kat jalan raya, memang anti betol ngan kaum dye!
scene 2 (sexist) :
A : apahal la pulak orang ni, teragak2 nak keluar simpang, belah jela, keta xde kot...
B : ala, apedehal la ko nak baran sangat, pompuan yang bawak, memang lambat la nak lintas....
A : hadoih, aku ni pun pompuan jugak, berani je.... adeh~~~
scene 3 (umur):
A : alahai, perlahan betolla kereta depan, ni, engat nak bersiar2 ke? (potong kereta depan)
B : patotla wei, pak cik yang bawak kereta..
A : xkesahla wei, ko dah la duduk kat lane tengah, jadah apa bawak cam nak bersiar2.....
ada banyak lagi scene yang saya rasa kita akan alami... pernah saya ke KL, perjalanan saya penuh dengan istighfar, tasbih dan juga makian! mula2 yelah nak istigfar dan tasbih, lame2 dah marah kan? memang tinggal maki je la kat hati ni.... hahahhaa =.=''''
kadang2 tu adalah tidak adil untuk kereta yang enjin cc besar, xpun memang saiznye besar, memang suka sangat nak buli kereta2 yang bersaiz kecik. kadang punyela cucuk bagai nak gila, lepas dah bagi jalan, bawak kereta slow, memang makian kau dapat.... heheh..... belum lagi nak masuk lane, dengan xbagi signal, ko selit, orang yang kereta belakang ni la bagai nak gila tekan brek.... (tengah menaip dengan rasa sangat marah! istighfar jat, astahfirullah....)
kadang2 tu adalah tidak adil untuk kereta yang enjin cc besar, xpun memang saiznye besar, memang suka sangat nak buli kereta2 yang bersaiz kecik. kadang punyela cucuk bagai nak gila, lepas dah bagi jalan, bawak kereta slow, memang makian kau dapat.... heheh..... belum lagi nak masuk lane, dengan xbagi signal, ko selit, orang yang kereta belakang ni la bagai nak gila tekan brek.... (tengah menaip dengan rasa sangat marah! istighfar jat, astahfirullah....)
dan apalah salahnya jika kita berubah, kita didik diri kita untuk jadi penyabar dan juga pemaaf. makian dan carutan tu, bukannye dye dengar pun. kita tambah sakit aty adalah, honlah sekuat2 hati pun, bukannye driver yang xberadab tu akan berhenti dan minta maaf pada kita, xde maknanye.... mungkin kita boleh gantikan cacian dan makian tu dengan istighfar dan puji-pujian pada Allah. benda ni bukan peringatan untuk anda sahaja, malah saya juga. saya ni pun bukan jenis penyabar sangat orangnya, kalau dah meletus, parah orang tu kena maki dengan saya.... hehehe :p
semoga kesabaran kita itu Alla balas dengan sebaik2 pahala :)
hati ini nak berbisik lagi : pandu cermat jiwa selamat! ^^
jangan lupa baca doa dan tawakal pada Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan