Khamis, 21 Julai 2011

Ikhlas Tu Perlu


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah dan selawat dan salam buat Rasulullah….

Cuti 4 bulan ni ternyata banyak rungutan yang keluar dari hati dan mulut saya. Xpelik sebab manusia, banyak rungutan dari syukurnya. Banyak memikirkan tentang barang yang kurang dari bersyukur dengan apa yang diberi….. merungut dan berterusan merungut...... astaghfirullah…. Ampunilah kami ya Allah…..

Ya bermula dengan rungutan banyaknya kerja masa praktikal, sampai cemburu tengok kawan2 bersenang2 dok kat umah. Kawan2 da bertimbun mengumpul duit kocek sedangkan diri ni praktikal pun xdapat apa2 bayaran. Namun bersyukur sangat sebab pengalaman dan ilmu itu bertambah. Tambah kenalan maka bertambahlah ilmu yang dikutip.

Dah habis praktikal merungut lagi, banyak benar kerja MTM ( majlis teringgi mahasiswa) kolej yang bertimbun minta dilunaskan…. Haru beb haru!!!! Haha…. Hari tu nak sangat kan jat? Amekla…. Emak dan ayah pun sampai pening tengok saya yang asik dengan kerja kolej. Ya sekali lagi kerja ini tiada bayaran. Kita berkhidmat dengan penuh kerelaan ( rela ke jat? Separa rela kot~~~~~ hahaha) banyak duit yang keluar, debit2……. Xde yang masuk balik… da nak negative da duit kat akaun bank tu hahaha…… nak mintak duit kat parents pun da xmampu…. Tebal da muka…. Nak bayar bil broadband pun dok tebalkan muka kat ayah tagih simpati…. dah macam muka kat rancangan 'Bersamamu' TV3 tu ha.... Huhu maafkan saya wahai ayah dan bondaku!!!!!

Seriesly sangat jeles dengan kawan2 yang bekerja. Bukan apa, duit tu bertambah la jugak nak menampung kehidupan. Xperlu meminta2 duit mak dan ayah. Kita da besar kan? Ya walaupun kita masih dalam pengawasan mereka, tapi perlu juga berdikari mencari duit sendiri. Yang duduk rumah pun saya jeles jugak. Makan dan minum mak ayah tanggung. Xde la kuar duit sangat kecuali sesekali keluar dengan kawan2 nak hilangkan rasabuhsan. Betulkan?

xde masalahpun kalau nak stay kat kolej, tapi jadi haru sebab duit tu memang mengalir tanpa henti….. adoyainyepun… nak keje boleh je, masalah sangat2 nanti clash masa bulan Ramadan nanti, ada program yang perlu dijalankan dan memerlukan komited.

Dan rungutan ni sebenarnye boleh disenyapkan dengan satu benda je. Dan perkataan itu sangat simple cuma sukar dilaksanakan…..

IKHLAS

dan bukan takaful ikhlas (aku cubit sape2 yang start pikir cenggitu... hahaha :p)

Kalau ikhlas nak berkhidmat, maka mudahla kita buat kerja

Kalau ikhlas, xdenye nak bising2 dan mengungkit2 perkara2 yang dah berlalu dan yang akan berlaku…

Kalau da ikhlas buat kerja, Allah pun sayang ye x?

kalau ikhlas, rasa putus asa tu xkan datang mengganggu, dah terjatuh pun sanggup bangun semula nak teruskan kerja kita kan2?????

Kalau ikhlas dan disertakan dengan sabar, pasti cantik je perjalanan hidup kita…. Allahu akbar, susahnya hamba-Mu ni ya Allah nak ikhlaskan hati….

Kenapa ya?

ihsan google tau!

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah bersama kita selalu….

Amin~~~~ ^_^


Hati ni nak berbisik lagi : duit2...... \@.@/ (gila..... hahaha =.='''''')

2 ulasan:

  1. duet mmg perlu jat
    tp...slgi mane ko ad komitmen len, ko kne dahulukan
    egt, tggjwb kte kalo xlunas dgn smooth, ditabnye kat akhirat kang, ko nk jwb by pe? mase tu kne jwb by cash by person, xde sape leh tolg
    hehehe
    jgn marah, sj j nk conteng2 kat sini ^_~

    BalasPadam