Rabu, 13 Julai 2011

Begedil oh begedil~~~~

Bismillahirrahamnirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat serta salam buat Rasulullah…

Hahaha…. Syok o0o0 dok umah….. dapat men mas

ak2…. Hehe….

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk wat projek best kat umah…. Bukan murtabak megi, bukan megi kari apatah lagi kari ayam…. Tapi begedil daging la kawan2!!!! Haha… boleh dikatakan saya ni memang suka makan begedil… dan selaku anak dara yang dah besar dan pandai masak ( ngeee…. Pandai la sangat kan??? :p) kenala wat sendiri…. Xkanla nak harapkan mak je pulak kan??? Dan pada hari isnin, saya pun mulakan projek tu…. Denga

n pertolongan adik2 lelaki saya….. ami n piki tersayang… hehe…. Alhamdulillah dapat la makan begedil ni…..

Begedil xlah susah sangat cara nak buat. Dan selalunya ada 4 jenis begedil yang saya tau…. Biasa, daging, ayam dan ikan… selalunya begedil biasa letak udang kering…. Meh kita lihat resepi……

Bahan-bahan :

  1. Beberapa biji kentang ( ikut suka korang la)
  2. daging kisar
  3. daun sup
  4. bawang goreng
  5. telur
  6. garam dan lada sulah
  7. 1 biji bawang besar (ikut berapa banyak daging kisar yang digunakan kalau banyak, gunakan yang bersaiz besar, kalau sedikit gunakan bawang bersaiz kecil)

cara membuat :

  1. kentang dipotong dadu dan digoreng
  2. tumbuk kentang goreng tadi
  3. goreng daging kisar bersama bawang sehingga masak
  4. potong daun sup halus2
  5. gaulkan kentang+bawang goreng+daun sup+daging
  6. campurkan garam dan lada sulah secukupnya
  7. kepalkan adunan tadi supaya padu dan leperkannya
  8. celupkan begedil ke dalam telur dan gorengkannya…
  9. hidangkan sementara masih panas

Dan inilah hasilnya…. Tada!!!!!!!! \^0^/


comelkan??? hehe :p

Cubalah….. insya Allah senang je…. Maaf xbagi detail berapa gram untuk semua bahan sebab saya sukat ikut kentang je… agak2 kentang banyak, banyak la bahan saya guna… heee…

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga dalam perlindungan Allah selalu…..

Amin~~~~~ ^_^


hati ni nak berbisik lagi : kawan kata saya da boleh kawen sebab da pandai masak begedil..... layak ke??? hehe

2 ulasan:

  1. salam ijat!!
    heheh..sama la aku pun suka gak begedil!
    dah penah buat kat umah.tapi aku sorang je yang makan..huhu.
    memang senang dan sedap!!

    BalasPadam
  2. ak nk try wt!
    sbb ak xpnh try wat
    waaahh skg neh kengkwn ak byk post resepi plak!

    BalasPadam