Selasa, 22 Februari 2011

Tatau nak komen pe…

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak mencoret……. Maybe kali nih lain siket, sebab banyak nak ngumpat dan banyak sangat keluhan yang akan saya buat…… so xdela selawat dan permulaan yang indah macam selalu sebab macam xlayak pulak rasenye….. huhu…… T_T ampunilah hamba-Mu ini Ya Allah…… khilafku terlalu banyak……

Semalam baru je habis PRK (pilihanraya kampus) dan memang da jadi tradisi kat UPM neh, musti ada UMNO dan PAS nye yang tersendiri….. haha…. Analogi sahaja okai??? Saya xmo la campur ngan politik negara yang memang saya da pening. Kat dalam U yang tercenta pun da wat saya serabot…… banyak sangat karenah dan acara tuduh-menuduh satu sama lain, dan last2 orang lain yang dapat untung. Buat malu je….. Analogi dye macam penyanyi2 melayu gaduh2 sesame sendiri, last2 penyanyi korea jugak yang kita sayang…. Hahaha…… ada kaitan x???? maafla merapu…… ^.^

Masa untuk berkempen memang suntuk. Hari Khamis keluar nama calon layak bertanding, hari Isnin da kena mengundi…. Memang sangat mencabar kali nih. Kalau tahun lepas, adala seminggu mereka dapat berkempen…. Kali nih xde chance sangat…. Sian kat depa…. Tapi lagi suntuk hari berkempen, lagi la ntah pape yang jadi kat university…. Leh tunggang terbalik gamaknye….. hahah…..

Saya nih memberi pandangan sebagai seorang pelajar yang xmenyebelahi mana2 pihak. Seorang pelajar biasa yang wajib mengundi untuk kebajikan sendiri dan orang lain. Kan rugi kalau sebab kita yang xturun undi menyebabkan orang yang layak memerintah xdapat peluang….. Xrase bersalah ke bro??? huhu….

Macam kebanyakan university, musti ada dua puak, Pro-Mahasiswa dan puak aspirasi. Dua2 nih memang la selalu bertingkah. Masa mula2 saya masuk degree, mase tuh penggunaan FB xlah meluas sangat, jadi xlah nampak ketegangan urat. Sem nih memang dasat gila, semua nak wat status, semua nak tunding jari yang ko salah, aku betol….. masing2 xmo mengalah…. Sampai saya da naik muak dengan segala alas an dan tuduhan…. Ada kes biasa macam koyak poster, conteng muka calon bertanding, simbah cat merah kat kereta dan motor orang, sampaila kes luar biasa yang xperlula saya nak cerita…….

Manifesto pulak xyahla nak cerita, dari humble dan simple macam nak letak water cooler kat seluruh gelanggang dan tempat riadah sampaila yang dasat giler macam nak hapuskan meritokrasi. Saya memang xkesah siapa2 nak memerintah. Yang penting dia Islam dan bertanggungjawab. Saya letak dua benda nih memang saya xmau pimpinan daripada agama lain, sebab mungkin ada yang susah nak ditegur kalau kita dah berlainan pegangan agama. Dan saya bukan seorang yang racist sebenarnya, tapi saya geram dengan kaum saya sendiri yang bertelagah. Dan saya faham, mungkin ada sistem yang xsesuai pada pandangan anda. Anda nak kedepankan benda tu, tapi bagi saya cukuplah kita memperbaiki apa2 yang da sedia ada. Sampai nak hapuskan meritokrasi tu semacam da melampau. Dulu ada sistem kuota, ada yang xpuas hati nak ubah ke meritokrasi, nih da meritokrasi, nak ubah jadi pe pulak? Maybe calon tu yakin dia boleh buat, terpulang pada diri dialah, bagi pendapat saya, lebih baik upgrade sistem yang sedia ada daripada mengubah. Sebab payah….

Cubalah bayangkan, kalau bab2 conteng dan koyakkan poster, mesti nak tuduh satu sama lain, pe salahnya masing-masing merendah diri dan meminta maaf. Elakkan sengketa, kadang2 gaduh pasal hal kecik je, tapi komen kat FB sampai dekat 100 komen. Melampau dan meleret2….. kadang2 dalam keadaan tekanan yang tinggi memang semua nak marah, pe salahnya kita kendurkan, saya tau ada pihak yang memang ditindas selalu, tapi apa salahnya jika kita tunjukkan kekuatan kita tu dengan merendah diri, mengalah bukan bererti rela dipijak, tapi cari alternative lain untuk kita jadi kuat. Dan kadang2 kerendahan hati kita menyebabkan orang terpikat untuk mengundi. Kan bagus? Mungkin juga da selalu ditekan akhirnya perlu melawan….. Bukan semua orang baik dan bukan semua orang jahat. Perlu ke kalau ada orang koyakkan poster, kita tuduh orang yang sama? Entah2 tu hanyalah mainan orang lain yang bukan dalam kedua2 pihak yang nak melaga-lagakian kita…… saya tidak tau situasi sebenar, jadi maafkan saya. Ni penilaian saya dari mata kasar…. Apa yang saya baca dan apa yang saya lihat. Cukup2lah dengan fitnah sebab fitnah memang sangat berkuasa nak pecah belahkan kita…… bahaya……..

Lagi satu, kalau nak pikat pengundi, gunalah saluran yang betul. Ikut prosedur, jangan marah jika ada petugas yang mencabut poster anda sebab xdapat kelulusan. Mereka hanyalah menjalankan tugas. Betul kita rasa dianiaya. Kita mintak pertolongan Allah, biar Allah yang tentukan. Tapi kalau xkena cara,maksud saya xikot procedure yang betul, awak rase ke dianiaya? Dah sah2 anda salah. Tapi mungkin ada penjelasan yang sepatutnya, mungkin pihak mereka da mintak pengesahan dari bhep, tapi bhep xmau luluskan, dan mereka terpaksa buat begitu kerana tu jelah jalan yang boleh tarik pengundi. Jangan marah, saya hanya mengutarakan pendapat saya. Terlalu ekstrem buat saya jadi xyakin untuk memilih.

Dan setakat ura2 yang saya dengar, sekarang 5 kerusi di amek oleh calon berbangsa cina. Ha….. kan ke rugi namenye???? Walaupun saya mengundi, tapi ternyata, kemenangan berpihak pada bangsa itu, saya xmau buat spekulasi, tapi elok kita amek ikitibar dari apa2 yang berlaku. Baik kita bersatu untuk maju daripada bertingkah dan akhirnya dua2 pihak yang rugi…… saya malas nak cakap banyak takut nanti banyak pulak cerita xbetol….. memang PRK kali nih ada hikmah yang besar Allah nak tunjuk untuk semua orang…. Fikirkanlah…..

Sekali lagi saya tekankan, saya xmenyebelahi mana2 pihak, sekiranya apa2 yang saya tulis nih buat anda terasa saya berat ke sebelah pihak, maafkan saya. Saya tetap manusia. Banyak kelemahan…. Maaf saya ucapkan….

Maaf untuk segalanya….

Moga Allah merahmati kita selalu….. amin…..


 

Hati nih nak berbisik lagi : ayah saya masuk hospital sebab migraine, doakan beliau sehat…. Amin…..

3 ulasan:

  1. btol ckp akq, tak ke rugi namanya?
    ade tk calon k13 yg menang? aritu rmi gak yg bertanding kn?

    BalasPadam
  2. ntahla meema, akak xpasti..... nt akak gtau k?

    BalasPadam
  3. jat aku setuju y part pnyanyi korea tuh. kahkahakahkah. ;p

    BalasPadam