Sabtu, 19 Februari 2011

Panggil Aku Dahlia

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mencoret, dan meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah. Selawat dan salam buat rasul junjungan, Muhammad S.A.W.

Tau x, malam tadi saya tidur pukul 3.30 pagi???? Hahah…. Bukan study, tapi abehkan baca novel….. dasatla ijat neh, arituh beriya2 nak wat preparation untuk 2nd test….. insya Allah akan start….. jangan risau k??? hehe…

Okay, meh saya cerita pasal novel neh. Sebelum tuh, saya nak beritau, saya ni bukan jenis suka bace novel tipikal cinta. Pegang2 tangan, pastu dugaan datang, diorang harung bersama, pastu kawen…. Dulu mase sekolah menengah yea, saya baca, da besor neh, saya da buhsan nak bacer cerita2 yang bukan2 tuh….. cam hampeh je kalo bace novel, pegang2 tangan pastu cakap, "saya bersyukur sangat pada Allah sebab awak kembali pada saya," kalau tak pun, "Alhamdulillah sayang dah sehat," tapi tangan dia merayap kat tangan perempuan tuh. Hesh, simpang…… bak kate usop…. Kalau novel alaf 21, memang da jarang sangat beli. Kalau beli pun, Ramlee Awang Murshid adala, sebab jalan cerita dia bukan tipikal novel biasa. Jangan marah tau, peminat2 novel alaf 21 kat luar sana. Ni sekadar pendapat saya. Saya nih memilih sikit walaupun memang gile baca buku….. Dan saya rasa, dah ramai penulis novel yang nak cuba stryline yang lebih islamik sekarang nih. Tapi saya tatau nak komen ape2…. Kalau synopsis dia bagus, saya beli.

Saya ada beritau yang saya nak kumpul novel penulis Noor Suraya kan??? Sebenarnya, lepas Hlovate dan Ramlee Awang Murshid, saya da lame sangat2 xbaca novel. Dye punye buhsan la kat bilek, Allah je yang tau. Saya mula suka dengan tulisan Noor Suraya nih bila say abaca novel Din dan Jaja yang pernah saya cerita kat korang. Teruja betul nak baca novel beliau lagi. Ada pameran kat UPM, nampak novel dye, tu pun pening nak beli yang mana satu. Pikir2 saya amekla "Panggil Aku Dahlia". Meh saya cerita pasal novel nih.

Kalau macam cerita karangan Hlovate, watak perempuan dia lebih kurang sama je. Jenis yang boyish pastu bila bab2 cinta fail sebab hati sejuk cam ais. Hahah….. walaupun jalan cerita dia seronok, tapi macam ada kekurangan bila watak dia lebih kurang sama. Mungkin dia selesa menulis begitu. Xapa, lain orang lain selera kan???? Okeyh, cerita "Panggil Aku Dahlia" (PAD) nih pasal Dahlia, yang terpaksa balik ke Malaysia untuk uruskan kebun teh kecil milik keluarga. Minah ni xtahu menahu langsung pasal kebun teh, sebab dye arkeologis. Maen2 ngan benda2 yang da lepas. Mula2 dia xmau balik tapi sebab ayah dia baru je lepas strok, dia pun balik Malaysia la. Dahlia nih ada sejarah hitam kat bumi Cameron Highlands tuh.


nilah cover dia (Ihsan google)

Cuba anda bayangkan, pada umor 14 tahun, mak dia dituduh mati membunuh diri. Trauma kan? Ayahnya lepas tuh arahkan dia pergi ke bumi Aussie untuk tinggal dengan auntienya untuk teruskan pembelajaran kat sana. Dahlia dididik dengan cara Islam. Jadi dia membesar dengan baik. Solat pun cukup, aurat terjaga. Dia sangat keras hati sebab peristiwa yang melanda keluarganya. Dia jadi seorang yang berdikari dan dalam pada masa yang sama, tetap taat pada orang tua. Mula2 dia memang sangat malu pada kedua-dua orang tuanya, tetapi lepas belajar di sekolah agama di Aussie, dia merubah sikap. Dia jadi seorang yang matang dan selalu bersyukur dengan rezkinya. Reda dengan apa2 yang terjadi. Dan sentiasa positif untuk maju ke hadapan. Baguskan? Memang kalau didikan itu sampai ke hati, kita akan jadi lebih baik daripada apa2 yang kit sangka. Dan susah untuk berubah dalam sekelip mata. Perlukan masa yang panjang. Dan hidayah Allah itu sangat penting untuk perubahan kita. Tanpa hidayah dari Allah, kita xkan dapat buat apa2. Berusaha dan berdoa adalah benda yang perlu ada untuk terus dapat hidayah Allah.

Dahlia gigih untuk teruskan hidup lepas keluarga Wadi beli kebun tehnya, keluarga Wadi nih musuh tradisi dalam perniagaan teh keluarga Dahlia. Kisah yang lama dan panjang mengenai tanah. Tapi Wadi mencintai Dahlia. Walaupun dia nih kaki perempuan. Perangai dia mula berubah lepas jumpa Dahlia. Dan macam besela, mereka xkapel pun. Mereka bertunang depan ayah Dahlia. Macam mane boleh jadi macam tuh? Haha bacala sendiri. Mereka bertunang dalam jangka masa yang panjang sebab 2 perkara. Dahlia mahu Wadi menjadi suami yang soleh yang boleh buat Dahlia dekat dengan cinta Allah. Wadi pulak jenis yang tinggal solat manjang. Jadi, Dahlia tunggu Wadi berubah. Dia tetap setia menunggu Wadi. Sepanjang tempoh tu, Wadi dan Dahlia memang jarang bercakap dan bertemu melainkan untuk urusan penting. Xmacam orang sekarang, belum bertunang pun da usung anak dara orang ke sana ke mari. Yelah, cinta memang membutakan kita kan? Janganla jadi kat saya, Ya Allah lindungilah kami…… Hal yang lain pulak jadi kat Wadi. Dia mahu ayahnya meninggal dunia dulu lpas satu insiden yang memalukan. Lepas tuh, barula dia nak kawen dengan Dahlia. Memang nampak jahat Wadi nih. Tapi ni berkaitan dengan keluarga Dahlia jugak. Kaitan besar dengan mak Dahlia yang dikatakn membunuh diri tu. Nak tau, bacala yea??? Kang cerita banyak2 xseronok pulak. Hehe….

Tapi buku ni memang sarat dengan mesej. Hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan parents, bagaimana nak jaga batas2 lelaki dan perempuan. Walaupun cerita nih xla macam Fatimah Syarha yang betul2 ke arah dakwah, at least, buku nih ada usaha untuk memperbaiki batas2 itu. Batas2 kita dengan ajnabi. Seronok tau baca buku nih. Sangat2 menekankan nilai kekeluargaan. Saya suka ketaatan dan kasih sayang yang Dahlia tunjuk kepada ayahnya. Bagaimana dia berdoa setiap hari supaya ayahnya berubah. Menjadi seorang hamba Allah yang menjalankan kewajipan solat dan hal2 lain sebagai seorang hamba yang taat. Sayu bila baca hal nih. Huhu…………….

Insya Allah kalau ada novel best yang saya dah baca, saya akan kongsi kepada anda.

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…

Semoga Allah melindungi dan merahmati kita selalu….. amin~~~~~ ^_^


Hati nih nak berbisik lagi : baca jangan xbaca tau novel neh….. hehe…….

7 ulasan:

  1. hahah..... dtgle bilek akak meema syg oi~~~~~

    BalasPadam
  2. Saya suka baca novel Kapten Hassan Wira Bangsa.
    Kah kah kah!

    BalasPadam
  3. eleh inche bijen neh,,,,, tu bkan novel mse skolah mngh ke???? sye bukit kepong tau!!! haha

    BalasPadam
  4. sy dah baca...
    mmg best....

    eh td kalu tak silap qieranna tgk awak mng GA kat
    http://tote-boutique.blogspot.com

    gi la jenguk...tahniah yer...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah da tau...
    terima kasih ^.^

    BalasPadam