hmm, hati sebenarnya membara nak update blog dua hari lepas, tapi, ada hal2 yang xdapat nak dielakkan, barulah dapat nak update hari ni, alhamdulillah...
baru2 ni saya ada layan 9gag, macam besela nak hilangkan rasa buhsan, tengok twitter pun xde benda, facebook pun xde newsfeed yg baru.... layan punya layan sampai nak naik buhsan, saya pun tengok satu gambar yang dorang share...
jika anda perhati, memang clash kan budaya Islam kita dengan orang yang bukan Islam... pada hemat saya, ini bukanlah sesuatu yang kelakar kalau kita faham apa-apa yang nak disampaikan oleh gambar, orang cakap "picture tells thousands stories" kan?
tapi malangnya, yang komen2 pada gambar ni sangat menyedihkan, mereka xfaham indahnya Islam itu macam mane, asekla nak tegakkan yang budaya bebas tu memang sangat best, tunjukkan rasa cinta yang mendalam kat kepada semua orang tu adalah sesuatu yang membanggakan sedangkan kalau kita para muslimin tengok rasa nak muntah dan loya..... engat ni filem ke bang? nak tunjuk segala kan? cubalah anda baca antara komen yang saya printscreen, dorang memang sangat memandang rendah pada Islam:
ada orang kata agama ni memisahkan kita dengan kebebasan, ada yang menyalahkan orang Islam kerana berkahwin awal, yang paling xtahan, mereka hina Nabi S.A.W yang kita cintai sebab berkahwin dengan Aisyah seawal usia 9 tahun, terkedu saya masa tu, saya hampir terpengaruh jugak dengan cakap dye. tapi bila fikir2 balik dan istighfar banyak kali, saya yakin, perkahwinan Rasulullah dengan Aishah r.a ada hikmah yang besar yang Allah nak tunjuk. mak saya ada cakap, perkahwinan Rasulullah dengan Aishah r.a nak tunjuk yang orang tua boleh je nak berkahwin dengan yang muda. saya sendiri rasa hikmah perkahwinan dua orang mulia ini berlaku lepas wafatnya Nabi kita, Aishah r.a jadi tempat rujukan utama kerana beliau antara yang rapat dengan Nabi, beliau masih engat lagi sebahagian besar hadis nabi, dan pemikiran beliau masih cerdas kerana beliau masih muda lagi ketika itu, nampakkan?
dan jika yaman dan arab saudi benarkan untuk berkahwin seawal 6 tahun, tu bukan salah Islam. tu budaya orang arab itu sendiri, mereka hanya membaca berita, xmengkajinya. ambil semua fakta dan jadikan hujah. sedangkan Islam itu sendiri indah. perkahwinan menghalalkan lelaki dan perempuan ajnabi membuat perkara yang dilarang sebelum mereka berkahwin dan kesannya lebih baik daripada yang belum berkahwin.
berapa ramai yang kecewa dengan cinta sebelum berkahwin? berapa yang bunuh diri sebab cinta yang xkesampaian? berapa ramai yang menghidap penyakit yang teruk seperti aids dan hiv sebab berzina dengan ramai orang?sungguh setiap larangan Allah tu ada hikmah yang kita xnampak, bila dah jadi dekat diri sendiri, baru kita tahu. belum lagi dengan kadar anak luar nikah. Astaghfirullah.
jangan salahkan Islam sebab penganutnya. sebab Islam tu bersifat melindungi umatnya, itu kita kena faham. Allah yang buat peraturan sebab Dia tahu peel hamba2-Nya macam mana. yelah, Allah yang ciptakan kita ye dok?
dan buat kita yang jahil dengan agama ni, kita kena rajin nak kaji Islam dalam setiap aspek hidup kita. supaya jika ada kafir2 yang jahil tu membidas, kita boleh tegakkan hujah kita kan? saya sendiri dah tatau nak balas apa masa baca komen2 dorang tu.. padahal hujah dorang bukannya kuat sangat, sebab dorang mencari salah. kalau asik mencari salah, senang nak kalah! kan? engatlah, Islam xpernah hina, tapi penganut Islam yang akan dihina sebab xamalkan ajaran Allah yang betul.....
dan amalkan sunnah nabi pada akhir zaman ni, macam genggam bara api, jadi sabarlah dan semoga Allah merahmati kita selalu~~~
hati ni nak berbisik lagi: ada orang rindu saya kat kolej tu... siapakah? heheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan