Ahad, 15 Mei 2011

Aiseh…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan selawat dan salam kepada Rasululllah…

Kenape aiseh? Kenapa x alamak ke, aigoo ke pape je la yang berkenaan???

Hahah…. Bukan pe, lagi dekat di hati dengan perkataan aiseh tu….. lagi mantap…… haha

Banyak benda jadi kat saya dalam seminggu cuti neh…..

Pertama, tempat praktikal saya yang bermasalah. Alhamdulillah, Allah itu sememangnya Maha Pemurah, masalah tu da selesai semalam, sebab ayah dan pak long da jumpe uncle yang nak tolong. Sepatutnya saya dapat buat praktikal dekat Institute Medical Research (IMR) kat KL nun. Sebab lab deme terbakor baru2 neh, so dye batalkan latihan saya. Dalam masa 2 minggu sebelum praktikal dan masa tu saya ngah pening nak jawab final…. Sabor jela….. hahah….. aisehmen~~~~ punyela merembes air mate neh sebab mintak sana penuh, mintak sini penuh……. Xleh nak salahkan sapa2 sebab benda ni memang da nak terjadi. Allah tu bagi ujian sebab kadang2 Dia nak tengok kesabaran kita. Selalunya sebab Allah nak permudahkan kita di masa hadapan. Nak bagi kita insaf tentang perbuatan kita ataupun nak ajar kita lebih sabar. Contoh terdekat pasal praktikal saya nilah. Kalau memang kat IMR tu, memang masakla nak kejor masa. Alhamdulillah tempat baru nih, Pharmaniaga, cuma insya Allah dalam 10-15 minit je dari rumah. Nampak x cantiknya Allah aturkan perjalanan kita? Subhanallah….. jadi pesan saya, jangan gelabah sangat bila dapat susah, sabar, Allah tu ada untuk kita ngadu nasib dan Allah dan janji dalam kitab-Nya yang mulia, surah al-Insyirah, dalam setipa kesusahan itu akan ada kemudahan.

Kedua, saya cuba bersangka baik kepada semua orang. Bersangka buruk dan asek mengata orang hanya buat kita busuk hati dan hati kita lama2 jadi hitam. Kadang2 terlampau fikirkan keburukan orang buat kita xbebas dengan diri sendiri. Takut nak buat kesalahan sebab takut orang mengata. Aisehmen~~~~~~ Padahal, kadang2 dengan buat salah baru kita sedar dan pelajari sesuatu. Memang la betul, bagus ber hati2 nak buat kesalahan. Tapi kadang2 tu sampai rase tension xleh buat pe yang kita suka, lebih baik berhati2 ye dak? Jangan nak pandang sangat kesalahan orang, kalau betul salah, tegur, kalau xmampu, doakan la mereka berubah. Kan ke lagi baik kan? Xyahla mengata, memang seronok mengumpat (ups, nampak sangat suka mengata kan? =.="""") tapi kadang2 xyah la lebih2 sampai saya pun da xmampu nak dengar. Macam buruk sangat orang tu.

Dan buat yang kapel, aisehmen….. saya tau sangat2 anda tengah hangat bercinta, boleh xjaga kelakuan sikit? Kadang2 tuh sampai xmampu nak baca status, xmampu nak baca blog (maaf kalau ada yang terasa, teguran nih buat semua) sebab luahan rasa hati. Kadang2 tu rasa meluat, betul la luahan perasaan, tapi cuba tahan nafsu tu. Saya tau, seronok nak luah rasa hati, tapi biarla berpada. Betul, kadang2 blog kita xramai orang yang baca. Blog yang kurang popular. Tapi ada kawan2 yang membaca. Alah ijat, xnak baca da la, tutup sudeyh, bising2 watpe. Betul, boleh je tutup. Tapi once da baca, selalunya musti nak baca sampai abeh. Dan2 pulak memang blog anda xprivate, sume boleh baca. Jangan marah jika ada yang menegur. Belum lagi kalau nak tunjuk gambar kat satu dunia yang anda kapel dengan orang tu….. Sampai peluk2, xpayah la, hormatla rakan2 anda yang lain. Cuba rasa malu nak beritau semua yang anda tengah bercinta. Kalau dengan manusia pun anda xrasa malu, apalagi la dekat Allah. Astaghfirullah…… minta dijauhkan… dan maaf sangat2 kepada yang terasa, saya mahu menegur anda, sebab ada juga rakan2 yang mengadu pada saya……


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…..

Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kita selalu

Amin~~~~~ ^_^


Hati neh nak berbisik lagi : berdebar2 nak tunggu call untuk praktikal esok, semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin…..

3 ulasan:

  1. Salam..cmne nx msuk praktikal kt phrmaniaga ye? Boley bgtau.sye nx cbe mintak prktikal cne tx bulan 10 nie..:)

    BalasPadam