Selasa, 22 Februari 2011

2 berita baik vs 1 berita buruk....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

hari nih ada 2 berita baik dan 1 berita buruk datang mai kat saya.....

berita baik :
  1. menang pertandingan giveaway dari toteboutique..... syok2!!! 1st time masok pertandingan, alhamdulillah rezki Allah nak bagi sya menang
  2. saya ada tempah contact lens, dia da soh amek arini..... haha.... leh berpoya2 pakai pasneh....
sekarang masuk part yang saya xsuke....... T_T

berita buruk :
ayah masuk hospital!!!! sebab migrain.... da menitik air mata masa mak gtau tadi.... migrain ayah memang kuat..... memang takut tengok ayah masa kena migrain..... da lame sangat ayah xkena... tetibe datang balik.... doktor suruh scan kepala, so ayah kena tahan kejapla sebab nak tahu result. biasala hospital swasta.... musti suruh bermalam jugak...... Ujian Allah nak bagi, saya terima dengan reda. musti ada benda yang Allah nak tunjuk......

dan 1berita buruk nih kesan dia lagi mendalam daripada 2 berita baik yang saya terima...
semoga ayah cepat sembuh...... amin~~~~~

hati nih nak berbisik lagi : ........................................................


Tatau nak komen pe…

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak mencoret……. Maybe kali nih lain siket, sebab banyak nak ngumpat dan banyak sangat keluhan yang akan saya buat…… so xdela selawat dan permulaan yang indah macam selalu sebab macam xlayak pulak rasenye….. huhu…… T_T ampunilah hamba-Mu ini Ya Allah…… khilafku terlalu banyak……

Semalam baru je habis PRK (pilihanraya kampus) dan memang da jadi tradisi kat UPM neh, musti ada UMNO dan PAS nye yang tersendiri….. haha…. Analogi sahaja okai??? Saya xmo la campur ngan politik negara yang memang saya da pening. Kat dalam U yang tercenta pun da wat saya serabot…… banyak sangat karenah dan acara tuduh-menuduh satu sama lain, dan last2 orang lain yang dapat untung. Buat malu je….. Analogi dye macam penyanyi2 melayu gaduh2 sesame sendiri, last2 penyanyi korea jugak yang kita sayang…. Hahaha…… ada kaitan x???? maafla merapu…… ^.^

Masa untuk berkempen memang suntuk. Hari Khamis keluar nama calon layak bertanding, hari Isnin da kena mengundi…. Memang sangat mencabar kali nih. Kalau tahun lepas, adala seminggu mereka dapat berkempen…. Kali nih xde chance sangat…. Sian kat depa…. Tapi lagi suntuk hari berkempen, lagi la ntah pape yang jadi kat university…. Leh tunggang terbalik gamaknye….. hahah…..

Saya nih memberi pandangan sebagai seorang pelajar yang xmenyebelahi mana2 pihak. Seorang pelajar biasa yang wajib mengundi untuk kebajikan sendiri dan orang lain. Kan rugi kalau sebab kita yang xturun undi menyebabkan orang yang layak memerintah xdapat peluang….. Xrase bersalah ke bro??? huhu….

Macam kebanyakan university, musti ada dua puak, Pro-Mahasiswa dan puak aspirasi. Dua2 nih memang la selalu bertingkah. Masa mula2 saya masuk degree, mase tuh penggunaan FB xlah meluas sangat, jadi xlah nampak ketegangan urat. Sem nih memang dasat gila, semua nak wat status, semua nak tunding jari yang ko salah, aku betol….. masing2 xmo mengalah…. Sampai saya da naik muak dengan segala alas an dan tuduhan…. Ada kes biasa macam koyak poster, conteng muka calon bertanding, simbah cat merah kat kereta dan motor orang, sampaila kes luar biasa yang xperlula saya nak cerita…….

Manifesto pulak xyahla nak cerita, dari humble dan simple macam nak letak water cooler kat seluruh gelanggang dan tempat riadah sampaila yang dasat giler macam nak hapuskan meritokrasi. Saya memang xkesah siapa2 nak memerintah. Yang penting dia Islam dan bertanggungjawab. Saya letak dua benda nih memang saya xmau pimpinan daripada agama lain, sebab mungkin ada yang susah nak ditegur kalau kita dah berlainan pegangan agama. Dan saya bukan seorang yang racist sebenarnya, tapi saya geram dengan kaum saya sendiri yang bertelagah. Dan saya faham, mungkin ada sistem yang xsesuai pada pandangan anda. Anda nak kedepankan benda tu, tapi bagi saya cukuplah kita memperbaiki apa2 yang da sedia ada. Sampai nak hapuskan meritokrasi tu semacam da melampau. Dulu ada sistem kuota, ada yang xpuas hati nak ubah ke meritokrasi, nih da meritokrasi, nak ubah jadi pe pulak? Maybe calon tu yakin dia boleh buat, terpulang pada diri dialah, bagi pendapat saya, lebih baik upgrade sistem yang sedia ada daripada mengubah. Sebab payah….

Cubalah bayangkan, kalau bab2 conteng dan koyakkan poster, mesti nak tuduh satu sama lain, pe salahnya masing-masing merendah diri dan meminta maaf. Elakkan sengketa, kadang2 gaduh pasal hal kecik je, tapi komen kat FB sampai dekat 100 komen. Melampau dan meleret2….. kadang2 dalam keadaan tekanan yang tinggi memang semua nak marah, pe salahnya kita kendurkan, saya tau ada pihak yang memang ditindas selalu, tapi apa salahnya jika kita tunjukkan kekuatan kita tu dengan merendah diri, mengalah bukan bererti rela dipijak, tapi cari alternative lain untuk kita jadi kuat. Dan kadang2 kerendahan hati kita menyebabkan orang terpikat untuk mengundi. Kan bagus? Mungkin juga da selalu ditekan akhirnya perlu melawan….. Bukan semua orang baik dan bukan semua orang jahat. Perlu ke kalau ada orang koyakkan poster, kita tuduh orang yang sama? Entah2 tu hanyalah mainan orang lain yang bukan dalam kedua2 pihak yang nak melaga-lagakian kita…… saya tidak tau situasi sebenar, jadi maafkan saya. Ni penilaian saya dari mata kasar…. Apa yang saya baca dan apa yang saya lihat. Cukup2lah dengan fitnah sebab fitnah memang sangat berkuasa nak pecah belahkan kita…… bahaya……..

Lagi satu, kalau nak pikat pengundi, gunalah saluran yang betul. Ikut prosedur, jangan marah jika ada petugas yang mencabut poster anda sebab xdapat kelulusan. Mereka hanyalah menjalankan tugas. Betul kita rasa dianiaya. Kita mintak pertolongan Allah, biar Allah yang tentukan. Tapi kalau xkena cara,maksud saya xikot procedure yang betul, awak rase ke dianiaya? Dah sah2 anda salah. Tapi mungkin ada penjelasan yang sepatutnya, mungkin pihak mereka da mintak pengesahan dari bhep, tapi bhep xmau luluskan, dan mereka terpaksa buat begitu kerana tu jelah jalan yang boleh tarik pengundi. Jangan marah, saya hanya mengutarakan pendapat saya. Terlalu ekstrem buat saya jadi xyakin untuk memilih.

Dan setakat ura2 yang saya dengar, sekarang 5 kerusi di amek oleh calon berbangsa cina. Ha….. kan ke rugi namenye???? Walaupun saya mengundi, tapi ternyata, kemenangan berpihak pada bangsa itu, saya xmau buat spekulasi, tapi elok kita amek ikitibar dari apa2 yang berlaku. Baik kita bersatu untuk maju daripada bertingkah dan akhirnya dua2 pihak yang rugi…… saya malas nak cakap banyak takut nanti banyak pulak cerita xbetol….. memang PRK kali nih ada hikmah yang besar Allah nak tunjuk untuk semua orang…. Fikirkanlah…..

Sekali lagi saya tekankan, saya xmenyebelahi mana2 pihak, sekiranya apa2 yang saya tulis nih buat anda terasa saya berat ke sebelah pihak, maafkan saya. Saya tetap manusia. Banyak kelemahan…. Maaf saya ucapkan….

Maaf untuk segalanya….

Moga Allah merahmati kita selalu….. amin…..


 

Hati nih nak berbisik lagi : ayah saya masuk hospital sebab migraine, doakan beliau sehat…. Amin…..

Sabtu, 19 Februari 2011

Panggil Aku Dahlia

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mencoret, dan meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah. Selawat dan salam buat rasul junjungan, Muhammad S.A.W.

Tau x, malam tadi saya tidur pukul 3.30 pagi???? Hahah…. Bukan study, tapi abehkan baca novel….. dasatla ijat neh, arituh beriya2 nak wat preparation untuk 2nd test….. insya Allah akan start….. jangan risau k??? hehe…

Okay, meh saya cerita pasal novel neh. Sebelum tuh, saya nak beritau, saya ni bukan jenis suka bace novel tipikal cinta. Pegang2 tangan, pastu dugaan datang, diorang harung bersama, pastu kawen…. Dulu mase sekolah menengah yea, saya baca, da besor neh, saya da buhsan nak bacer cerita2 yang bukan2 tuh….. cam hampeh je kalo bace novel, pegang2 tangan pastu cakap, "saya bersyukur sangat pada Allah sebab awak kembali pada saya," kalau tak pun, "Alhamdulillah sayang dah sehat," tapi tangan dia merayap kat tangan perempuan tuh. Hesh, simpang…… bak kate usop…. Kalau novel alaf 21, memang da jarang sangat beli. Kalau beli pun, Ramlee Awang Murshid adala, sebab jalan cerita dia bukan tipikal novel biasa. Jangan marah tau, peminat2 novel alaf 21 kat luar sana. Ni sekadar pendapat saya. Saya nih memilih sikit walaupun memang gile baca buku….. Dan saya rasa, dah ramai penulis novel yang nak cuba stryline yang lebih islamik sekarang nih. Tapi saya tatau nak komen ape2…. Kalau synopsis dia bagus, saya beli.

Saya ada beritau yang saya nak kumpul novel penulis Noor Suraya kan??? Sebenarnya, lepas Hlovate dan Ramlee Awang Murshid, saya da lame sangat2 xbaca novel. Dye punye buhsan la kat bilek, Allah je yang tau. Saya mula suka dengan tulisan Noor Suraya nih bila say abaca novel Din dan Jaja yang pernah saya cerita kat korang. Teruja betul nak baca novel beliau lagi. Ada pameran kat UPM, nampak novel dye, tu pun pening nak beli yang mana satu. Pikir2 saya amekla "Panggil Aku Dahlia". Meh saya cerita pasal novel nih.

Kalau macam cerita karangan Hlovate, watak perempuan dia lebih kurang sama je. Jenis yang boyish pastu bila bab2 cinta fail sebab hati sejuk cam ais. Hahah….. walaupun jalan cerita dia seronok, tapi macam ada kekurangan bila watak dia lebih kurang sama. Mungkin dia selesa menulis begitu. Xapa, lain orang lain selera kan???? Okeyh, cerita "Panggil Aku Dahlia" (PAD) nih pasal Dahlia, yang terpaksa balik ke Malaysia untuk uruskan kebun teh kecil milik keluarga. Minah ni xtahu menahu langsung pasal kebun teh, sebab dye arkeologis. Maen2 ngan benda2 yang da lepas. Mula2 dia xmau balik tapi sebab ayah dia baru je lepas strok, dia pun balik Malaysia la. Dahlia nih ada sejarah hitam kat bumi Cameron Highlands tuh.


nilah cover dia (Ihsan google)

Cuba anda bayangkan, pada umor 14 tahun, mak dia dituduh mati membunuh diri. Trauma kan? Ayahnya lepas tuh arahkan dia pergi ke bumi Aussie untuk tinggal dengan auntienya untuk teruskan pembelajaran kat sana. Dahlia dididik dengan cara Islam. Jadi dia membesar dengan baik. Solat pun cukup, aurat terjaga. Dia sangat keras hati sebab peristiwa yang melanda keluarganya. Dia jadi seorang yang berdikari dan dalam pada masa yang sama, tetap taat pada orang tua. Mula2 dia memang sangat malu pada kedua-dua orang tuanya, tetapi lepas belajar di sekolah agama di Aussie, dia merubah sikap. Dia jadi seorang yang matang dan selalu bersyukur dengan rezkinya. Reda dengan apa2 yang terjadi. Dan sentiasa positif untuk maju ke hadapan. Baguskan? Memang kalau didikan itu sampai ke hati, kita akan jadi lebih baik daripada apa2 yang kit sangka. Dan susah untuk berubah dalam sekelip mata. Perlukan masa yang panjang. Dan hidayah Allah itu sangat penting untuk perubahan kita. Tanpa hidayah dari Allah, kita xkan dapat buat apa2. Berusaha dan berdoa adalah benda yang perlu ada untuk terus dapat hidayah Allah.

Dahlia gigih untuk teruskan hidup lepas keluarga Wadi beli kebun tehnya, keluarga Wadi nih musuh tradisi dalam perniagaan teh keluarga Dahlia. Kisah yang lama dan panjang mengenai tanah. Tapi Wadi mencintai Dahlia. Walaupun dia nih kaki perempuan. Perangai dia mula berubah lepas jumpa Dahlia. Dan macam besela, mereka xkapel pun. Mereka bertunang depan ayah Dahlia. Macam mane boleh jadi macam tuh? Haha bacala sendiri. Mereka bertunang dalam jangka masa yang panjang sebab 2 perkara. Dahlia mahu Wadi menjadi suami yang soleh yang boleh buat Dahlia dekat dengan cinta Allah. Wadi pulak jenis yang tinggal solat manjang. Jadi, Dahlia tunggu Wadi berubah. Dia tetap setia menunggu Wadi. Sepanjang tempoh tu, Wadi dan Dahlia memang jarang bercakap dan bertemu melainkan untuk urusan penting. Xmacam orang sekarang, belum bertunang pun da usung anak dara orang ke sana ke mari. Yelah, cinta memang membutakan kita kan? Janganla jadi kat saya, Ya Allah lindungilah kami…… Hal yang lain pulak jadi kat Wadi. Dia mahu ayahnya meninggal dunia dulu lpas satu insiden yang memalukan. Lepas tuh, barula dia nak kawen dengan Dahlia. Memang nampak jahat Wadi nih. Tapi ni berkaitan dengan keluarga Dahlia jugak. Kaitan besar dengan mak Dahlia yang dikatakn membunuh diri tu. Nak tau, bacala yea??? Kang cerita banyak2 xseronok pulak. Hehe….

Tapi buku ni memang sarat dengan mesej. Hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan parents, bagaimana nak jaga batas2 lelaki dan perempuan. Walaupun cerita nih xla macam Fatimah Syarha yang betul2 ke arah dakwah, at least, buku nih ada usaha untuk memperbaiki batas2 itu. Batas2 kita dengan ajnabi. Seronok tau baca buku nih. Sangat2 menekankan nilai kekeluargaan. Saya suka ketaatan dan kasih sayang yang Dahlia tunjuk kepada ayahnya. Bagaimana dia berdoa setiap hari supaya ayahnya berubah. Menjadi seorang hamba Allah yang menjalankan kewajipan solat dan hal2 lain sebagai seorang hamba yang taat. Sayu bila baca hal nih. Huhu…………….

Insya Allah kalau ada novel best yang saya dah baca, saya akan kongsi kepada anda.

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…

Semoga Allah melindungi dan merahmati kita selalu….. amin~~~~~ ^_^


Hati nih nak berbisik lagi : baca jangan xbaca tau novel neh….. hehe…….

Jumaat, 18 Februari 2011

Test, demam dan stylo…..

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah…..


 

Alhamdulillah dah ada kelapangan nak conteng2 kat blog tersayang neh…… hehe….. Sehat ke semua???? Alhamdulillah saya sehat….. meh kita teros sambung dengan pe yang saya nak share hari neh…..


 

Test

Hahah……. Test 1 saya da habeh….. Dah tonggeng terbalik, meraung, tergelak2 cam orang gila baca buku, Alhamdulillah saya Berjaya abehkan 5 paper dalam masa 2 minggu…. Kecoh la jat, baru 5 paper da bising2 nak tertonggeng2 baca buku….. hahah…. Peduli apa saya, saya nak cakap jugak!!!! Results? Saya serahkan pada Allah, biar Dia yang tentukan reseki saya lepas saya "usaha lebih" heheheh……. Sempat tengok cerita kak limah untuk ntah kali yang ke berapa, leh bising2 kat sini baca buku konon…. Hahha….. tapi ntah kenapa, saya rasa macam puas hati dengan test kali nih banding dengan test2 dan exam2 yang lepas. Mungkin preparation lebih kot….. tataula…. Just hope da best……


 

Demam….

Ramai kan yang kena penyakit neh sekarang??? Rumate tersayang saya 2 orang kene, kawan2 saya pun ada 2-3 orang yang kena. Rumate aka kembar tersayang saya, izzati sulaiman sampai kena amek darah tiap hari sebab ada virus, pebenda ntah name dye, lpe la…. Suare pun da bleh nyanyi lagu cinta Kristal kat citer kak limah tuh… hahhaa……. Rumate saya si kinah tu pun same, tapi sekali je…. Sian2…. Hope anda2 semua jaga kesihatan yea??? Banyakkan minum air masak yea???? Jangan nak minum berais je…. Taula sedap… tahan sket nafsu tuh…. Hehe……. Tapi kalau da kena, ingat, Allah nak duga kita, tanda Allah masih ingatkan kita. Penyakit kan antara yang bersihkan dosa….. Jadi, sila bersangka baik dan bersabar selalu…. ^_^


 

Stylo…..

Saya neh jenis yang suka memerhati….. bukan stalker ok?? Suka tengok sekeliling sebab kadang2 benda2 yang terjadi kat sekeliling nilah yang buat kita bermuhasabah dan wat kita lebih beringat yang kita neh sapa…. Minggu lepas saya balik umah, banyak barang tinggal…. Haha…… salah sendiri la nyanyuk sebelum usia….. pe boleh buat kan??? Banyak sangat gelak la neh…. Astahgfirullah…. Huhu…..

Saya naek komuter sebab ayah tamau ambik saya…. Hehe…. Jadi, berdikarila naek komuter dengan beg yang penuh buku….. buku biokem bukan berat…. Adalah berat2 sekilo epal…. Hehe…… dah sampai kat stesen komuter klang, mak suruh tunggu jap, sebab baru nak keluar rumah…. Saya pun tunggula sambil layan lagu2 kat mp3 saya tuh…. Saya dok perhatila semua orang yang ada. Yang tua, yang muda, stylo, xstylo…. Dari pakai simple sampaila macam nak pergi kenduri kawen pun ada…. Hahah….

Yang saya nak cerita neh adalah golongan muda yang selalu dok piker dorang neh koooollllll xleh blah….. ada satu mamat neh, pakai boleh la, tipikal remaja zaman sekarang, ngan cap segala bagai. Nak pergi jalan2 agaknye ngan kawan dye. Kalau kita nak masukkan tiket, kita akan masukkan tiket tuh yang kat bahagian depan kan? Alah yang dekat sisi tepi bahagian depan. Yang mamat nih dengan penuh konpidennye, pergi masukkan dekat bahagian atas, tempat tiket keluar lepas kita masukkan tiket, lepas tuh dye boleh rase pelik nape tiket tak kuar2, pastu palang tuh xpulak boleh bergerak nak bagi dye jalan. Yela, da salah buat, da la dekat tempat yang warna merah, memang xboleh masuk pun. Dey pun terus lalu bawah palang tuh dan terus dapatkan kawan dye.

Bende nih selalu jadi dekat penduduk klang. Agaknya baru first time naek komuterlah neh. Kadang2 saya tolong beritahu lane mane yang perlu dorang lalu. Kalo tak, asekla dok try mane lane yang boleh. Yang dicube asek lane yang warne merah pulak tuh…. Haish….. cube la alert sket…. Xkan xperasan plak…… Masalahnye xnak tanye…. Konon2 nak aci redah je…. Saya boleh terima kalau bende nih jadi pada generasi tua, kadang2 bende nih dorang xpaam. Yang kita2 konon maju nih, up-to-date la ngan segala bagai. Tapi bende nih jadi sebaliknya. Pak cik yang muka bese2 tulah yang terer naek komuter…. Yang muda2 konon stylo tulah yang tatau mende…. Agak2nye budak2 zaman sekarang nih senang sangat kot. Mintak motor dapat motor, pastu vrooommmm ntah g mane2….. Xmau cube naek public transport…. Tu yang jadi macam kes tadi…. Budak tuh saya tataula pe jadi. Memangla dye lepas dekat stesen klang. Da sampai dekat tempat yang dye nak tuju tuh, taula dye nak jawab camneh kat pegawai KTM……hehe….. Jadi, sila jadikan pengajaran, janganla rase kita neh macam bagus je…. Kadang2 banyak lagi kelemahan yang kita xnampak…. Jangan dabik dada tau segala benda….


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu…. Amin~~~~ ^_^


 

Hati nih nak berbisik lagi : preparation 4 2nd test…. Hehe…… :p

Sabtu, 12 Februari 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Alhamdulillah, dapat mencoret lagi, kali nih tetibe rase nak masuk contest pulak..... hehhe..... menarik hadiah dye.....

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

mohle kte tengok contest kat link nih

nilah antara hadiahnye.....


cantikkan????? hehehe

syarat2 penyertaan:

Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini
Pemenang melalui Random Org

jom masuk ramai2!!!!! ^_^

Komen2…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah, segala puji hanyalah kepada Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah….

Baru je lepas sarapan neh, ayah yang masak…. Yeay!!!! Hehe……

Hehe….. banyak nak komen hari nih…… meh kite main komen2…..


Tengok hantu kak limah

Sebab ada orang komen kat entry saya dengan quotation filem hantu kak limah… (sape la orang tu yea??? Hehe) meh saya nak komen pasal cerita neh……

Malam tadi baru je lepas tengok "hantu kak limah balik rumah" (HKL) ngan keluarga tersayang. Gelak2 dengan emak, ayah, dan adek2 lelaki saya, lagi dua ketul tuh da tidor, letih bebenor gamaknye….

Pe komen saya dengan filem nih? Superb kalo tengok kali pertama…. Bila da tengok banyak kali, rase cam buhsan sikit. Bila nak dibandingkan dengan "zombie kg. pisang", (ZKP) ceghita zombie tuh lagi syok tengok banyak kali daripada ceghita hantu kak limah tadi. Sebabnye, HKL strorylinenye lambat kalau nak banding dengan ZKP yang sedikit catchy, xsampai seminit da boleh gelak guling2….. heheh……

Tapi, banyak mesej tersirat sebenarnye kat cerita HKL, tataula korang perasaan ke x, sebab asek dok gelak je kan? Hehe…. Xpe2, meh teman ceghita. Pertama, HKL nih nak perli cerita2 sekarang banyak sangat pasal hantu…. Sikit2 nak keluar filem hantu, drama hantu, telemovie hantu…. Betol, saya memang penakut orangnya, nak tengok cerita hantu? Sanggup tengok cerita twilights yang buhsan tuh (even xtengok lagi filem tuh…. Hehe) aik, twilights kan citer antu jat? Hhhmmm, saya suka filem bertema vampire vs werewolf, tapi dalam2 banyak filem tema camneh, twilights la paling saya xlarat nak tengok, sebab slow~~~~~~ huhu….. =.=''''' balik pada filem HKL tadi, Pak Jabit pun da xlarat nak tengok cerita2 hantu tuh…. Alahai~~~~

Dan dalam cerita tuh ada jugak nak ditekankan dengan masyarakat melayu yang masih ditakuk lama, masih percaya pada bomoh2 yang ntah pape contohnye tok bomoh Indonesia tuh, haha…. Serius klaka bila part dye kena lempang dengan kak limah. Pastuh bomoh siam, kena lipat dengan kak limah….. dasat sungguh…. Tapi pasal che' nin, sungguh, rahsia Allah tu hanya Allah je yang tahu, kadang2 memang xmasuk akal kan? Bak kate bomoh siam tu lah "bile kite ingat kat oghe tu, oghe tu ingat kat kite, tu yang dye maghi jupe kita" huhu….. seram pulak bila pikir….. hehehehe….

Yang lagi penting sebenarnya, sikap kita sekarang yang kadang2 xpeduli langsung dengan apa yang terjadi kat sekeliling. Kita terlampau sibuk dengan diri kita sampai apa yang jadi kat orang lain pun kita xtau…. Tu la yang terjadi pada penduduk kampong pisang. Kak limah masuk hospital pun deme tatau….. hesh, pela nak jadi kan???? Pikir2 la balik, kita nih dalam golongan yang mana.

Papepon, saya tetap suke quotation dalam citer nih. Contoh "soley2…." "kite bakor je rumah tuh, kita bakor, kita bakor!!!!" "itula pentingnya English education" hahah…. Kalau dok ulang ayat2 tuh, memangla boleh terguling2 gelak dengan kawan dan family….. dasat2….. ^.^"""""


Hari belia Negara (HBN)

Semalam sebelum balik rumah, sya pergi tengok pelancaran HBN di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Best ke jat? Bolehla, sebab dapat makan free…. Hehe…… ada banyak acara akan dianjurkan pada 27-29 nih. Cube buka di link nih. Macam besela, konsert artis musti ada, konon nak meriahkan HBN. Suka hatila….. banyak sangat konsert2 sampai naik muak saya….. hehe…….

Masuk pada komen saya, saya nih sebenarnye memangla xlarat nak tengok fesyen remaja sekarang, yela, kadang saya pun terlibat sama, sebab pakai, tapi sesuaikan dengan bende lain macam, pakai skirt ke, seluar ke… pandai2 la nak tutup aurat kan??? Semalam saya rase haru giler tengok fesyen pengacara majlis masa perasmian, pakai skirt paras lutut dan berbut. Alamak, da la ada menteri KBS kat situ nak rasmikan…. Pakai la proper sikit…… even legging pun ok la walaupun xsenonoh, tapi xla tunjuk kulit awak tuh…… saya tau kulit awak mulus…… tapi simpan, xyah tunjuk ok? Pastu ada majlis bacaan doa sebab nak program nih diberkati. Saya xbolehla nak tengok orang berdoa tapi pakai baju seksi2…. Memang xkena, kita nak pohon pada Allah untuk diri kita, tapi adab kita, ntah ke mana. Saya rasa macam pelik bile tengok kalangan artis yang pakai baju seksi pastuh bila diinterview dengan wartawan, dia ada sebut "syukur Alhamdulillah, saya blablablabla……. " memang betul, kita ingat pada Allah, tapi saya cam rase dye xlayak pun nak cakap macam tuh sebab pemakaian dye…. Hesh xbaekkan? Tapi ntahla, saya nih xpandai hukum sangat. Nak berbaik sangka pun cam da xboleh bila tengok pakaian….. tapi mungkin boleh kot nak berbaik sangka, sebab mereka masih ada iman dalam hati. Mohle kita doa same2 bior iman kita bertambah dan kita boleh mengikut syariat yang Allah tetapkan dengan sempurna….. Amin~~~~


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khiaran kathira untuk segalanya….

Semoga Allah melindungi dan merahmati kita selalu…. Amin~~~~~

^_^


Hati nih nak berbisik lagi : sebok tolong adek maen game Garfield…… hehe…… study jat study…….. :p

Khamis, 10 Februari 2011

Arwah Atok, Test dan Lelaki Ntah Pape….

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, segala puji hanyalah kepada Allah dan selawat dan salam untuk Rasulullah….

Da abeh paper neh (untuk minggu neh je) leh la layan blog jap yer dok? (bak kate Nota Siku…. Hehe) Insya Allah saya nak ceritakan 3 bahagian kali neh…. Banyak tuh…. Hehe………….


Arwah Atok….

Semalam, 9/2, kira da setaun arwah atok belah mak meninggal. Sayu rase hati sebenarnye. Nak bandingkan dengan arwah atok belah ayah, saya lagi rapat dengan arwah atok belah mak sebab kami tinggal serumah. Bile ayah da buat rumah baru pun, kami dikire berjiran. Kire atok da jage saye dari kecik lagi. Tukang jemput saya dari sekolah, tukang bagi nasihat, pelawak yang xleh blah kadang2 sebab atok nih skew at muke serius. Pastuh ble da buat lawak, confirm akan gelak guling2…. Hehe…. Tapi semua tuh kenangan je…. Rase cam baru je semalam atok amek saya dari sekolah. Rase macam baru je semalam tengok atok nazak kat hospital. Ingat lagi masa tu baru bersiap2 nak pergi kuliah, tetibe mak tepon suruh balik sebab atok da nazak…. Sayunye…… T_T

Saya rase Allah bagi anugerah unik pada saya. Saya boleh jumpa dengan orang yang dah meninggal dalam mimpi. Tataula roh atau qorin, tapi bila arwah moyang saya meninggal, saya mimpi saya salam dan cium tangan dye pastuh sambung main kejar2 balik. Masa arwah atok belah ayah saya meninggal pun saya mimpi jugak, tapi xengat. Mungkin saya xjumpe dengan arwah sebelum dikebumikan sebab masa tu saya di Jempol, N9. Ada nadwah kepemimpinan.

Untuk arwah atok belah mak pulak kes lain sikit. Saya pernah mimpi jumpa arwah kat suatu tempat yang memang cantik dan damai yang amat. Masa tuh atok duduk sebelah nenek. Muka memang tenang dan gembira sangat2…. Ayah saya tanye, abah sakit apa? Kenapa jadi macam nih? Arwah pun cakap, "abah sakit jantung, 3 kali kena, pastuh ok la…." Dan malam saya mimpi jumpe arwah tuh, memang arwah kena serangan jantung pun. Memang kebetulan. Dan arwah atok saya memang meninggal sebab serangan sakit jantung kat hospital sebab selama hayat arwah, xpernah kena. Dan arwah atok saya meninggal lepas 4 kali kena serangan sakit jantung….

Baru2 nih, saya mimpi jumpa arwah lagi. Maybe sebab rindu sangat2 kot. Arwah datang naik vespa dan pakai baju yang selalu dye pakai nak amek saya kat sekolah…. Samela dengan vespa yang arwah naik tu. Muka arwah hepinya…. Saya kat dalam mimpi tuh xberenti nangis sampai sumbat2 hidung. Arwah cakap, dye datang nak jumpa family. Dia diberi masa 3 jam je nak jumpe semua. Pastu tatau pe jadi. Then mimpi tuh sambung dengan esoknya arwah datang lagi kat rumah dan sye kate nak jumpa dengan nenek saya. Semalam xjumpa katanye. Dan kali nih diberi masa ½ jam je.

Saya tataula nak komen pe. Rahsia Allah, kita mana tahu kan? Saya cerita mimpi saya kat mak, suara mak pun sebak je saya dengar kat tepon. Mak kate, maybe arwah datang jumpa sebab mak ada sedekah duit arwah untuk beli mathurat untuk semua cikgu kat sekolah. Pagi lepas saya mimpi tuh rase cam nak nangis je bila ingat mimpi tu balik…. Rindu sangat2 kat arwah. dan benda nih selalu jadi pada saya. Memang selalunya saya yang mimpi. Adik laki bawah saya ada mimpi gak. Tapi sekali je. Masa arwah atok belah ayah meninggal….

Al-Fatihah buat atok. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh….

amin~~~


Laki Ntah Pape….. (LNP)

(nak tukor dari saya kepada aku)

Maafla kalau tajuk nih kasor bunyinye… Tapi aku nyampah dengan spesis laki yang xfaham bahasa bila kita xmo kenal dengan dia. Selalu miskol, pastu mulala tanya ntah pape. Yang kita ni pulak ye ye je ingat sape la yang miskol… kot2 penting ke… meh saya citer detail….

Ada orang nih miskol aku mase isnin arituh. Dye miskol sampai 2 kali. Jadi aku pun rasa mestila penting calling tuh untuk saya kan? Jadi aku pun hantar mesej tanya "sape awak neh?" dan dye xbalas2. Then aku miskol dye balik. Dye pun tepon aku. Bila aku jawab panggilan tuh, suara laki! Alamak…. Alarm bahaya da kedengaran…. Rupenya salah nombor….. xkesala, tetibe ada mesej masuk dari no yang tadi tu….

LNP :

Boleh saya tau wak ni sape?

Ijat :

Awak yang kol saye, saye pulak yang kena tau awak nih sape? (hoho kasor betul!)

LNP :

Tadi saya kol kakak saya wak, wak ni sape?

Peduli hape aku…. aku pun xbalas mesej tuh…. Wat bodoh jela…. Ntah sape2 kan? Xkenal pun…

Tetibe dye mesej aku lagi

LNP :

Jangan marah ye?

Ijat :

Saya xmarah pun. Besela wrong number

LNP :

Terima kasih sebab maafkan saya, wak ni baik hati?

Sebab saya rase cam musykil je dengan susunan ayat2 dye, saya pun terus tanya

Ijat :

Awak nih asal mana dan umor berape?

LNP :

Umur saya 19 tahun, asal dari M******* tapi lahir kat sini. Nama awak sape? Umur berapa?

Alamak, soklan nih memang wat saya menyesal gila2….. yela macam panjangkan cerita pulak en?

Saya pun jawab

Ijat :

owh, rahsia, maaf ganggu…

LNP :

Wak xjawab saya tanya kenapa?

Parah2…. Cam nak ketuk je pale kat meja time tuh…. Alahai mamat neh… xpaam2 bahasa lagi ke???

Ijat :

Maaf xboleh ( directkan saye? Hehe)

LNP :

Wak bukan ganggu saya, saya cuma nak main mesej je, salah ke???

Memang sah la salah… da la aku xkenal ko…. Tetibe nak main2 mesej pehal pulak en? Saya da serik, sebab saya pernah terkena dulu. Cukupla tu da jadi pengajaran untuk saya.

Pastuh xlayan da, malas, baca buku lagi baik, nak pekse pulak…. Tetibe masuk lagi mesej

LNP :

Kenape, awak marah saya ke?

Ijat :

Saya da berpunya, saya xmarah pun, maafla xleh nak mesej awak lagi

Aku punya la bagi ayat sopan santun….. even menipu….. bile masa pulak ada pakwe en??? Hehee…… tetibe ada mesej masuk lagi

LNP :

Saya ada salah ke sama wak?

Xlayan…. Hahaha

LNP :

Kalau xnak mesej, saya boleh kol awak?

Psycho + xpaam bahasa…. Kalo da mesej pun saya da xmo…. Apatah lagi nak bertelepon….. tolong2!!!!!!!!

Ijat :

Xboleh, nanti pakwe saya cemburu. Tolong jangan mesej @ kol saya lagi yea?

Da 2x ak menipu wei…. Sume pasal nak lepaskan diri dari laki yang xpaam bahasa neh…..

Pastuh……

LNP :

Wak duduk selayang kan?

LNP :

Betul ke awak duduk selayang?

Memang da xlayan pas tuh…. Da la nak fahamkan bahasa yang dia tulis dengan salah2 eja2 lagi…. Yela, foreigner en??? Haha… foreigner la sangat wei~~~~~

Aku transletkan untuk korang semua bior mekeme2 sekalian xpening camne aku pening….

Engat da setel…. Rupe2nye….. hari rabu lepas dye mesej saya lagi…..

LNP :

Assalamualaikum

Apa khabar? Sorila aku bukan nak kacau wak, aku cume nak berkenalan je….

Hari tu aku cakap dengan wak, suara wak baik sangat, hati wak pun baik sangat, saya tau kenapa xmau cakap dengan saya, kenapa xmau mesej dengan saya. Sebab saya orang M*******kan? Tu pasal kamu xnak cakap dengan saya. Abang saya bagitau sama saya, tak payah cantik tak payah kaya,cume satu je, iaitu lah, hati yang baik,dan orang yang baik. Wak ni ingat sampai mati, jangan marah ye…. Tapi saya selalu rindu wak…. (^_^) bai bai?

Wah…… sedap je mulut cakap suare aku sedapla, hati aku baikla…. Da salah nombor, xkanla aku nak tengking pulak kan??? Xkan tetiba nak marah kalau salah nombor je…. Gila ke apa? Aku xpandang harta ngan kecantikan pun…. Memang hati yang baikla orang suka kan???? Masalah besarnye, aku rase xselamat sebab dye lelaki…. Orang luar pulak tuh, kalau korea xpe jugak… eh silap2… heheh… kalo perempuan xkesala….. dengan xpaam bahasa "aku xmo layan ko la…." Nak berkenalan, kang mula ajak kapel…. Malas la dengan tipikal2 neh….. xlalu wei~~~~ boleh2 nak rindu yang xmenahan tuh….. siyes saiko!!!!!!

Lagipun, xsuka kawan dengan laki yang xkenal. Bagi aku, no enpon adalah benda paling private…. Dengan orang tertentu je boleh share…. Kalau ada kerja ke, kalau terdesak sebab hal2 penting ke….. bolehla…. Kalau takat nak miskol dan konon2 nak kenal…. Maafla yea? Xkuasa nak layan…. Kalau dulu masa umur bawah 20 bolehla piker camtuh,,,,, da masuk angka 20+++ neh pikiran pun da matang…. Xsuka la relationship macam neh… haru je….

Pastuh hari nih sebelom masuk statistic, LNP mesej ag….

LNP :

Assalamualaikum…. Selamat pagi?

Pagi kebende??? Da dekat pukol sepuluh….. lewat la nak ucap selamat pagi kat enpon….. cukop2la wahai kaum2 adam yang kadang salah approach gune henpon neh…. Betolla ada yang jadi…. Pe salahnye kalau nak berkawan tuh dengan cara yang beradab…. Jumpa dan cakap nak berkenalan…. Daripada guna henpon… ntah sape2….. perangai pun kita tatau….. sweet talker dalam henpon…. Perangai betol kita tatau…. Ya Allah jauhkanla….. Ya Allah lindungilah kami…… T_T



Test

Alhamdulillah, dah selamat jawab 2 subjek untuk test 1. Cane? Da jawab yang terbaik, dan berserah pada Allah…. Hehe….. dasat!!!!

Ada lagi 3 paper nak dijawab minggu depan….. so gudluck to me!!!! Hehe…..



Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Moga Allah merahmati dan melindungi kita selalu…. Amin~~~~ ^_^


Hati nih nak berbisik lagi : Ya Allah tempatkanlah atokku dalam kalangan orang2 yang Engkau kasihi…. Amin…..

Ahad, 6 Februari 2011

Lelaki vs Perempuan…… Sape Menang???


 

Lelaki : kompomla kaum aku yang menang!!!! Sah2 le…… hahahah (gelak jaat)

Pompuan : Pehal lak korang menang bai (pergh… kasor abeh) kaum aku yang lagi banyak kelebihan….. sah2 kami yang menang!!!

Laki : kaum adam!!!

Pompuan : kaum hawa!!!!

Ijat : korang, leh x kalo saya nak stat mukadimah dulu????? Salam pun xbagi lagi neh???

Lelaki dan pompuan : ye ke???? Belom ke??? Ha start dulu….. (malu2…..)

Ijat : haish korang neh…. =.=''''


 

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dan selawat dan salam buat Rasulullah dan umat Islam seluruh dunia….

Kalau gaduh kaum sape yang lagi kuat…… sampai kiamat tetap xhabis betolkan??? Haha…… lagi2 kalau babitkan jantina mana yang terkuat….. dasatle….. ni xsempat saya bagi salam da start gaduh….

Sebenarnye, saya buat entry neh lepas buat pemerhatian kepada parents saya (esh mak ayah sndri jadi bahan kajian ijat neh….) bukanla… saya nih jenis pemerhati dan buat kesimpulan sendri…. Saya malas nak kacau pergaduhan, perbincangan or whatsoever……

Hari jumaat yang lepas, ayah saya buat kenduri aqiqah untuk dirinya. Ijat, boleh ke wat aqiqah walaupun orang tu dah berusia. Meh saya citer kronologi kenduri ayah nie….

Mula2 kami terdengar kat IKIM pasal aqiqah nie…. Ada orang tu cakap, seseorang tu boleh je buat aqiqah untuk diri sendiri walaupun dia da berusia….. lagipun, kalau seseorang tu xwat aqiqah, doa anak tu xkan sampai kepada ibu bapanya…. Kitorang pun bingung, bia betol….. seumur idop belajar agama, xpulak kata wajib….. bukan sunat muakad je ke??? Da buat perbincangan sendiri, kitorang pun xmampu nak huraikan masalah nie… jadi, ayah pun rujuk pada ustaz di masjid dan betul pun, malahan ada hadis Nabi yang menguatkan hujah tu. Nabi S.A.W ada menyebut yang sesiapa yang tidak membuat aqiqah, maka doa si anak tidak akan sampai kepada bapanya. Ayah pun cadang nak buat kenduri akikah ni…. Biarla bayinye da tua pun…. Heheh….

Entri ni saya bukan nak mengutuk, mengumpat apatah lagi nak mengaibkan parents saya, tapi saya nak tunjuk pada anda betapa pemikiran dan sikap dua jantina yang sama spesis nih kadang2 boleh peningkan kepala…. Lagi2 kalau da kawen, kena ada tolak ansur…


 

Situasi pertama :

Ayah : abang cadang nak buat kenduri akikah cuti raya cina nih…

Mak : abang nak buat bile?

Ayah : insya Allah hari khamis kat umah mak abang la…

Mak : la ye ke??? Baru engat nak wat kenduri kat rumah sebab nak sekalikan tahlil untuk arwah abah….

(belah mak arwah atuk dipanggil abah, belah ayah dipanggil arwah atuk dipanggil bapak)

Ayah : buat jela sekali…. Kan senang ada adik beradik abang nak masak2…

Mak : yela, tapi ros engat nak panggil pak cik mak cik sekali…. Xpela da nasib kami dua beradik, selalu camneh… nak wat kenduri pun susah…..


 

Dah tacing mak saya…. Ayah plak ambil keputusan berdiam diri. Saya memang respek ayah saya sebab ayah banyak mengalah dalam banyak perkara…. Tapi ayah saya ada kedegilannya yang tersendiri…. Jom kte teruskan…


 

Situasi kedua :

Ayah : ok, kita akan wat kenduri kat umah kita neh…

Mak : masak2 ke?

Ayah : yela….. xkan catering pulak… mahal lah…

Mak : susahla nak masak, abang nak lauk pe? Ros bukan pandai nak masak untuk ramai orang…

Ayah : adek beradik abang kan ada…. Pe lagi yang susah…. Haritu ros jugak yang nak wat kenduri kat sini…. Kita masak kari kambing dengan sayur cerancam sudeyh, senang je…

Mak : xkan lauk tu je? Xnak masak lauk2 lain lagi? Kuih dan segala bagai??

Ayah : kenduri ni abang cume sponsor, kambing, cerancam dengan nasi je… pastu ada lauk ayam sket… kalau nak tambah. Gune duet rosla…


 

See?? Ayah saya rileks je, nak simple, dan memang la kaum adam nih xmau serabut2 nak piker banyak hal… padahal kaum pompuan neh, dok piker benda kompleks, nak beli segala bagai, xkan la lauk 2 je… nak persiapan lagi… segala masalah yang akan timbul…… dan ayah saya kalau nak A, A jugakla jawabnye, tapi kalau ada situasi yang menyebabkan decisionnye berubah, ayah saya akan ubah….. kire ayah saya punye keras pale flexible la…. Xla macam orang lain tuh kadang cam dasat jugak…. Dan bukan kaum adam je yang keras kepala, kalau kaum hawa punye keras kepala pun leh tahan gak…..


 

Situasi ketiga :

(mase nih hari kenduri, jumaat)

Biha (adek bongsu saya) : mak, ayam masak pe?

Mak : ayam goreng dengan tom yam

Biha : ala… biha nak ayam masak merah….. nak jugak!!! Hari jumaat kan hari kita makan lauk ayam…..

Mak : tapikan hari ni kenduri….

Biha : biha nak jugak ayam masak merah!!!

Mak :esokla….. nanti mak masakkan ok??


 

Adek saye senyap…. Adek saye tuh keras pale dye, leh tahan jugak…… memang harula…… heheh….. dan bile esoknye (sabtu) memang adik saya tuntut ayam masak merah tu dari mak saya… mak pun masakle….. sape xsayang anak en??? Haha… mak memang la da best!!!!

Yang penting, Alhamdulillah kenduri akikah ayah berjalan lancar….. konon2 simple yang ayah nak, banyak jugak lauk yang dimasak harituh….. tetibe je ayah gertak mak cik saya soh wat leklok…. Padahal, mak cik saya naek pening beberapa hari sebelum kenduri sebab ayah xbagi detail pasal kenduri nih….. ayah xbincang sangat pasal nak masak lauk pe….. Haha…… manusia, kan nak sempurna. Tapi saya tetap hormat ayah dengan mak saya sebab gaduh macam mana pun, tolak ansur mereka sangat tinggi…. mengalah bila perlu…. Walaupun kadang2 saya pun pening kepala bila ayah dan mak gaduh nak tegakkan pendapat masing2, last2 perkara tuh akan jadi baik jugak akhirnya….. toleransi memang perlu dalam kehidupan…. Manusia tuh diwujudkan untuk salaing melengkapi antara satu sama lain kan??? Subhanallah……

Dan paling best, saya dapat jumpe sepupu, pak cik makcik yang best….. meriah je kat umah saya tuh….. hahaha….. semua kerjasama….. Alhamdulillah…… syukur…. ^_^

Pendapat saya lelaki vs perempuan? Xde sapa yang menang sebab mereka macam enzyme dan substrate. Saling complementary to each other (masuk biochem plak…. Hehe =.=""")

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…

Semoga kita dalam lembayung rahmat Allah… amin~~~~ ^_^


 

Hati nih nak berbisik lagi : terima kasih untuk semua yang terlibat dalam kenduri akikah ayah….. semoga Allah membalas jasa kalian….

Test satu da nak datang……………. T_T


 


 


 


 

Khamis, 3 Februari 2011

Petua Oh Petua.....

Bismillahirrahmnirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

tatau nak wat pe sekarang neh... dan esok ada kenduri kat rumah.... so confirm xkan dapat post entry baru.... rajennya ijat wat entry baru.... hehe.... saje je.....

kawan ada kongsi petua nak langsing, sihat dan elak buncit.... jom kita cekedout.....

1.Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3.Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4.Nak Turunkan Berat Badan

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.


5.Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat.

Perahkan air Limau Nipis.

Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


6. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba


8. Kempiskan Perut Anda

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Papepon..bykkan beribadah, bykkan bersukan, kurangkan makan berlebihan..selamat mencuba...berikhtiarlah~


maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya....

semoga dalam perlindungan dan rahmat Allah.... amin~~~ ^_^


hati nih nak berbisik lagi : agak2 saya try ke petua neh??? hehe ^.^""""

Sensitiviti……

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh….


Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi dan selawat dan salam buat Rasulullah dan semua umat Islam….

Baru je lepas wat tutorial statistics, so masa untuk rehat!!!! Hahaha……. Tergerak plak nak tulis isu ni. Mungkin ada yang melibatkan sensitivity sesetengah pihak. Jadi saya mohon maaf kalau tersalah kata.

Balik2 je umah hari tu, (xengat plak tarikhnye bila… tapi rasenye mase cuti thaipusam le) tetibe nampak kitab "Ringkasan Riyadhussolihin" kat atas meja kat ruang tamu…. Pergh!!!!! Best tuh ayah beli…. Then tanye kat mak,

Saya :mane dapat buku nih mak??? Hebat tu!!!!

mak :ayah beli kat sorang tuh, dye datang umah jual buku, rupe2nye, mualaf…. Cari duit sebab nak belajar pondok kat Kelantan nun…. Sian dye, da bape tahun masuk Islam, tapi jabatan agama langsung xbantu

saya pun plek, pastu tanye lagi….

Saya :xkan la langsung xtolong mak? Bukan should be de bantuan zakat ke? Kan ke asnaf zakat tuh…..

Mak :entahla kak long….. dye g jabatan agama islam Selangor(JAIS), pihak suruh rujuk ke JAKIM, bila da g sane, dorang tolak dye ke JAIS, lame2 ada sorang ustaz cadangkan dye jual kitab je. Tu je pendapatan dye. Mak pun xpaam pe nak jadi ngan bende neh.,,, tu yang ramai orang masuk islam kat mesia neh, jadi murtad balik, sebab xdapat bantuan….. dan2 jabatan agama islam nak tolong lepas 5 tahun, time tuh semua da ad duit….. xde bende pon….


Tulah hakikatnye kengkawanku sekalian…. Rata2 memang macam tuh…. Sian plak rasenye…. Kita yang da sah2 Alhamdulillah jadi orang Islam sebab keturunan nih memang patut sangat2 bersyukur sebab kita xperlu susah2 macam diorang…. Selalunye mualaf nih dibuang keluarga sebab "masuk Melayu". Orang2 yang bukan Islam sangat marah kalau ada ahli keluarganya yang masuk Islam sebab dorang fikir yang agama nih hanyalah untuk orang Melayu… sedangkan agama kita adalah untuk semua…. Tapi disebabkan ramainya orang melayu, jadi dorang terus anggap para mualaf nih masuk dalam kaum Melayu…. Da ditinggalkan, tentunye sah2 xde pertolongan…. Sapela yang ramai2 orang Islam yang melata kat bumi Malaysia nih yang ambil peduli tentang saudara baru neh?? Rase happy je bila tengok peratusan orang Islam meningkat saban tahun, tapi tolong pun tidak….. betul ada yang membantu, tapi xramai…… saya sangat2 kasihan dengan saudara2 baru nih….

Itulah salah satu punca ramai yang murtad kembali. Bende nih perlu diambil serius. Demi kemaslahatan orang Islam sendiri. Islam tuh murni. Tapi kita yang jadi umatnye xpun nak tunjukkan kemurnian Islam tuh…

Mungkin jabatan agama Islam ada mengambil tindakan, tapi xsemua yang ditolong. Saya faham, mungkin ada kekurangan di situ yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya rasa elok rasenye orang yang baru masuk islam nih selepas didaftar, terus diberi bantuan zakat dan sebagainya, jangan terlampau banyak prosedur yang buat orang lain merana. Selalunya yang buat lambat neh sebab banyak sangat procedure, kena proses ikut masa bekerja lah,itulah inilah…. Banyak bende kena buat. Macam dekat U jugak… asek2 nak ikot ISO tuh…. Pastu keje sume tertangguh sebab nak tunggu, da syok2 tunggu tetibe kertas kerja kene rejek xke naya kena buat lagi??? Alhamdulillah, Allah masih permudahkan urusan. Maaf saya merungut….

Tapi kadang pelik kalau bende2 baik nih terlalu banyak proses untuk dilaksanakan…. Macam kes cerai berai neh, kesian banyak sangat kes tertangguh, belum pasal nak tuntut nafkah lagi untuk keluarga…. Ramai yang merana sebab proses dye yang lama dan malas dah nak turun naik mahkamah. Last2 teruskan idop je… mungkin saya hanya lihat dari perspektif luaran, xnampak pe proses2 yang perlu diikut…. Maafkan saya…

Yang paling xtahan, selalunye institusi gereja yang mainkan peranan nak tolong orang2 yang kes2 susah, mualaf ke dan sebagainye, mane perginye institusi masjid? Apa peranan masjid dalam tolong orang2 macam nih? Saya pernah baca kat mastika pasal isu2 gereja yang bagi makanan percuma boleh dikatakan setiap hari untuk orang ramai…. Xke nampak diorang terang2 nak tunjuk betapa bagusnya agama diorang, dan rata2 yang ditolong tuh selalunya melayu dan beragama islam…. So, fikirlah, seram kan??? Saya rasa zakat negeri selamgor nih berjuta, pe salahnye salur je dekat orang2 yang susah? Cuma isi borang yang xbanyak songeh, (kadang2 isi boring pun banyak benda yang nak diisi sampai pening nak fikir macam jawab peperiksaan plak… hehe…) pastuh orang jabatan agama turun tengok2 keadaan, then dapat bantuan yang sepatutnya….. saya rasa, kalau bende nih happen dan xbanyak prosedur yang peningkan pale, pastu xkan kene rejek walaupun dah berjuta kali isi, insya Allah mesti lagi ramai yang terbela dan nampak lagi baik penganut Islam tuh….

Eleh ijat, cakap teori senangla…. Cuba praktikalkan bende nih, susah punya…. Memang betul… ni sekadar cadangan… saya pun tahu susah nak laksanakan… tapi da terbukti masa zaman sahabat, pe salahnye kita cari alternative dan memperbaiki sistem yang ada nak jadikan pengurusan lebih baik betul x??? saya rase, kalau xcukup kakitangan, ramai je kelulusan luar dan dalam negeri yang ambil jurusan yang berkaitan dengan pengajian Islam yang menganggur… pe salahnye tarik diorang. Yang masih muda, bertenaga dan motivasinya masih tinggi untuk bantu masyarakat di luar sana…. Saya rase, sekarang nih, terserah pada institusi agama Islam negara kita nih nak ubah haluan yang lebih baik untuk tolong umat Islam tuh sendiri. Allah dah bagi rujukan yang hebat untuk kita, Rasulullah dah bagi contoh kehidupan yang boleh kita ikut tanpa rasa ragu, apa lagi yang kita nak??? Just ikut yang terbaik dan insya Allah pertolongan Allah akan ada dalam setiap langkah kita….. xcuba xtau kan???? Saya nih hanya suara kecil…. Mungkin ada yang membaca blog nih boleh kedepankan cadangan saya? Terima kasih….

Mudah2han, bila saya keluar nanti, saya dapat bantu mereka2 nih… amin…. sekarang saya perlu tumpukan dalam pembelajaran sebab saya xboleh nak buat dua kerja serentak… dan saya nih masih banyak lompongnye… insya Allah saya akan sedaya upaya membantu… maaf kalau cakap je lebat tapi xmenolong pun…… sekarang ini saya masih tidak mampu…


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…..

Semoga Allah melindungi dan merahmati kita selalu…. Amin~~~ ^_^


Hati nih nak berbisik lagi : seronok dapat tau yang sepupu2 dan kawan2 terselamat di Mesir. Alhamdulillah. Dan buat kerajaan Malaysia, terima kasih banyak2 atas pertolongan kalian, semoga Allah merahmati…..

Rabu, 2 Februari 2011

X Baek Merungut..... huuuu

(ihsan Google)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warhamatullahi wabrakatuh....

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W

Xbek kan merungut??? tapi tulah yang jadi kat saya lately....

alahai~~~~~ T_T (ihsan google)

Rungutan Pertama :

saya merungut kat kerajaan Malaysia yang lambat hantar pasukan penyelamat ke Mesir, (nak jugak sebok dalam hal ni gak ijat neh.....) esh mestilah... sepupu saya kat sana, sahabat2 saya kebanyakannye ada kat
bumi Kinanah tu.... mane xgeram en??? dengan huru-haranya..... banduan terlepas lagi..... ya Allah..... takut betol saya..... hope semua selamat..... T_T
ramai da orang post kat facebook risau pasal benda neh.... sampai marah2.... kalau da marah mulalah keluar yang bukan2.... sila bersabar kerana kalau anda marah dan merungut xkan jadi kudis pun dekat pihak
kerajaan..... saya bukan nak naikkan lagi kemarahan anda... tapi kalau kita just luah kat facebook dan ngutuk2 orang yang berkenaan, wat tambah dosa je kan?? saya pun risau juga, tapi sabarlah, pertolongan Allah akan datang.....

Rungutan Kedua :

Test satu datang lagi (sila sebut dengan gaya iklan
Tora datang lagi) huhu..... serabot tol pale otak neh.... dengan dua sem yang results xbape memberansangkan, so kena usaha lebih dan bior la bace buku sampai juling mate..... @.@"""""

nilah yg jadi kat saye..... study+tido=studo.... heheh (ihsan google)

bukak2 cuti je da test satu.... alamak.... lagi bape hari je....... huhu.......
dengan berlambak assignment yang asek dok tangguh je neh..... adeh~~~~


assignment2..... wargh!!!!! (google le.... )

Rungutan Ketiga :
da tatau la nak rungut pe, stop kat sini dululah.... nak bace buku.... (yeye je ijat neh) esh mane de, saya tengah semangat neh..... fighting!!!!!


maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya
semoga kita dalam perlindungandan rahmat Allah selalu..... amin~~~~ ^_^

hati nih nak berbisik lagi : semoga Allah pelihara keselamatan para mukminin dan mukminat di seluruh dunia.... semoga Allah selamatkan para pelajar Malaysia di Mesir.... amin......
bace buku..... hooyyyyeeeaaahhh!!!!!