Jumaat, 25 Januari 2013

Runtuhnya Sebuah Dosa dan Budak Flat Jalan Bayan

Assalamualaikum warahmatullah

Sudah lama saya tidak menaip, sudah lama tidak berkongsi cerita mahupun luahan rasa..... rasa malas tu sering melanda diri. dah lama xbaca blog teman2, byk masa dihabiskan di twitter dan facebook saja.... maaf ye blog sayang huhu....

sudah berlalu hari maulud nabi. semakin besar ni, kurang saya sambut hari2 yang diberikan cuti atas tiket meraikan sesuatu. hanya menyambut perayaan hari raya puasa dan raya haji... yang lain saya dah xberapa nak peduli. hanya seronok dapat cuti.... 

dan seperti biasa akan ada drama yang bakal ditayang sempena hari2 istimewa ini. dan biasanya hari2 yang istimewa ini, drama yang ditayang akan berbentuk dakwah. sesuatu yang jarang kita dapat tahu? 




runtuhnya sebuah dosa dan budak flat jalan bayan memang cerita yang menyentuh hati pasal pentingnya kita amek peluang kedua untuk menebus kesalahan lalu. runtuhnya sebuah dosa merupakan kisah yang simple. kawasan perumahan mewah roboh sebab adanya tanah runtuh. dan 2 cerita famili yang terlibat dijadikan cerita. famili pertama taat perintah Allah dan famili kedua hanya Islam pada nama. yang famili pertama ni amek pengajaran atas musibah yang berlaku dan berusaha memperbaiki kesilapan sedang famili kedua ibunya sibuk nak saman syarikat yang membina kawasan tu sedang itu adalah kuasa Allah. anak2 famili kedua tu bagaikan sedar dari lena yang panjang dan mula mencari Allah. pada akhirnya, semua kembali kepada fitrah, kembali pada Allah... subhanallah....

cerita kedua, budak flat jalan bayan. jalan cerita yang biasa, namun penuh dengan pengajaran. seorang bapa yang keluar daripada penjara dan tidak diterima masyarakat sekeliling mahupun anaknya sendiri. yang peliknya, tuk imam pun xmahu terima bekas banduan, macam dah serik. yang bestnya, bekas banduan ni berusaha memperbaiki dirinya. istiqamah dalam segala ibadahnya. positif dalam hidupnya. mencari rezki yang halal. biarla semua mencemuhnya, biarla anak sendiri membuangnya...

apa yang saya nampak antara kedua2 cerita ni? banyak sangat. kadang2 musibah Allah bagi tu, membuatkan kita duduk dan berfikir sejenak apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menduga kita sebegitu. muhasabah panjang kita dengan dosa yang lalu. bersyukurlah buat mereka yang sedar musibah yang menimpa itu tanda Allah sudah rindu pada kita. Allah masih memberikan perhatian-Nya buat kita yang semakin hanyut dengan dunia. diberinya peluang kedua untuk kita memperbaiki dan menjadi insan yang lebih baik. Allah tengok segala usaha kita. diujinya kita sebagai penilaian iman dan sejauh mana usaha kita. tidak selalunya kita berada di atas. tidak selalunya kita berada di bawah. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat. Dialah tempat kita mengadu, Dialah yang mengetahui ikhlasnya kita berusaha. jangan bangga dengan segala yang kita ada, sebab Allah boleh je nak tarik bila2 masa. yang pentingnya iman dalam dada. buat peneman sepanjang jalan sehingga kita tiba di destinasi impian. penentu sama ada sorga-Nya atau neraka-Nya. 

kadang2 kita xperlu cerita yang hebat dan modal yang besar untuk menyedarkan orang. cukup jalan cerita yang biasa tapi di dalamnya penuh hikmah dan pengajaran. yang penting mesej yang ingin disampaikan. biarlah memberi keinsafan untuk pedoman kita. kadang2 kita ni tengok cerita yang hebat kita xnampak mesejnya. kalau anda pernah tengok cerita hindustan dan tamil, cerita tamil tu lebih dekat di hati, jalan ceritanya kadang2 terlalu biasa, tapi lebih banyak pengajaran kerana ceritanya berkaitan dengan kehidupan seharian kita. kita akan nampak mane yang betul mane yang salah dalam hidup kita. usah selalu membandingkan hidup kita ini dengan orang yang lebih hebat sebab boleh jadi kufur dengan nikmat yang ada. lihat orang yang susah, pasti kita akan lebih bersyukur. 

salam maulidur rasul.... :)
engat, Allah tu ada di sisi tahu?




hati ini nak berbisik lagi: ya hanana ya hanana........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan