tertarik dengan filem ni masa saya tengok cerita skyfall tahun lepas, ad gambar anne hathway kat poster les miserables tu. dalam hati xsabar rasa nak tengok citer ni bila nak tayang kat pawagam nanti. nampak cam sorrow sangat poster tu....
cantikkan anne hathway? :3 (ihsan cik google) |
dan bila dah tayang, xdan nak pergi, kononnya ada kursus kena attend dan bermacam lagi alasan... duet pun dah kopak... hehehe =.='''
semangat pulak nak tengok sebab bukak torrent nak download game. saye pun terfikir nak download muvie ni, punyela berat 2.31GB! hadoih... ambek masa berhari la jugak sebab adik bising tenet slow time saya download muvie ni... hehehe... :p
dan lepas saya tengok muvie berdurasi 2 jam 37 minit ni, saya rasakan filem ini sangat daebak!!!!! sarat dengan mesej dan pengajaran. meh saya cerita apa yang saya dapat dalam muvie ni eah? sila sediakan popcorn anda sekarang.... #gelakguling2
les miserables : muvie ni berlaku sebelum berlakunya revolusi perancis. mainly cerita ni berkisar tentang jean valjean yang kena penjara sebab curik a loaf of bread for his nephew who was dying because of starvation. juga tentang fantine yang sanggup melakukan apa sahaja untuk survival anaknya dan membayar hutangnya. javert, seorang polis yang melakukan tugasnya dengan baik tetapi ad konflik dalaman, cosette yang baik budinya, eponine yang bertepuk sebelah tangan dan maurius, pemuda yang cintakan negaranya dan sangat mencintai cosette.....
andai kata muviemakernya adalah seorang muslim, saya boleh katakan filem ini ialah filem dakwah yang sangat bagus. filem ni dye bagitau kita yang semua orang layak dapat peluang kedua untuk buat benda baik. benda ni jadi kat jean bila dye curik barang gereja dan paderi tu maafkan dye dan pesan kat dye agar gunakan benda2 yang dye curik tu untuk jadi orang yang baik pada masa depan. teringat saya pada cerita seorang ulamak yang membantu mengangkat barang si pencuri yang mencuri barang di rumahnya. akhirnya si pencuri itu bertaubat. jean menyesal dengan perbuatannya dan berubah jadi baik selepas itu.
jean valjean, hensemkan? hehe... :p (ihsan inchek google) |
dalam filem ni jugak ajar kita jangan mudah lupa dengan orang yang lebih susah bila dah berjaya. jean berjaya bukak factory hasil daripada barang2 curik tu dan dye selalu orang2 yang susah. selalu menderma.... dye sangat memegang janji pada paderi untuk menjadi orang yang baik lepas dye dapat barang2 gereja tu. jean jugak bertanggungjawab dekat fantine bile dye tau fantine terpaksa jadi pelacur bila fantine dibuang kerja dari kilang miliknya tanpa pembelaan. dia bawak fantine ke hospital dan bela anak fantine, cosette lepas fantine mati.
yang paling best kat sini ialah jean ni seorang yang xlupa Tuhannya. sering mengadu pada Tuhannye bila dye ada masalah. dye sangat yakin tuhan akan membantunya seperti Tuhannye pernah membantu dye dulu. dye berdoa pada Tuhan supaya cosette dan maurius hidup happy dan dye xkesa kalau tuhan cabut nyawanya bila ajal dah tiba. entahla, cerita ini menyentuh hati saya bila berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah, sungguh kita patut engat Allah waktu susah dan senang. menyerahkan semuanya pada Allah... Allah lah tempat kita bergantung harap... :') jean, pada akhir hayatnya berdoa pada Tuhannya agar membawanya ke tempat di mana Tuhannya berada.
dan filem ini jugak cerita pasal perjuangan anak muda untuk menegakkan keadilan di negaranya. maurius dan rakan2nya berjuang 4 better life sebab raja perancis pada waktu itu tidak adil. kelas bawahan dibiarkan menganggur dan kelaparan di jalanan. susah nak dapatkan sebuku roti pun dan ramai yang mengemis. kalau kita lihat pada sudut Islam, pada waktu mudalah kita digalakkan berjihad di jalan Allah sebab tenaga dan fikiran kita masih segar lagi. aktif untuk berjuang dan mengeluarkan pendapat.
ada juga disentuh perihal cinta. cinta jean pada Tuhannya, cinta Fantine pada anaknya. kasih seorang ayah angkat terhadap anak angkatnya. cerita cinta cosette dan maurius pada pandangan pertama dan cerita cinta eponine pada maurius yang tidak kesampaian sebab maurius menganggapnya sekadar kawan. juga cinta maurius dan rakan2 pada negaranya....
mungkin pujian saya melambung untuk filem ni. tapi, saya kira filem les miserables ini wajar ditonton sebab terlalu banyak yang anda boleh hayati. tapi mungkin anda sedikit buhsan sebab filem ini penuh dengan nyanyian! setiap skrip adalah lirik. saya rasa, penggiat filem yang nak berjinak2 dengan filem dakwah boleh tengok filem ni. kita dah xperlu hasilkan jalan cerita kalau orang tu jahat kena duduk dekat disko terkinja2 dan minum arak lalu berubah jadi baik. terlalu banyak dah contoh cerita sebegitu.
cuba carik jalan cerita yang berlainan. macam watak jean yang menjadi seorang yang bencikan manusia kerana dia dipenjara sebab mencuri roti untuk selamatkan anak kakaknya yang hampir mati kelaparan. ya, cara dia salah tetapi dye terpaksa kerana hidupnya miskin. dan berubah menjadi baik dan tidak lupa orang yang susah. dan belajar mengenai kasih sayang bila dye membela cosette sebagai anak angkatnya.
sungguh saya amat kagum dengan jalan ceritanya. semoga Allah memberi ilham kepada produser filem untuk buat filem dakwah yang jalan ceritanya mungkin nampak biasa, tapi mesej dan pengajarannya luar biasa! mohon segera tengok ya! ^^
hati ini nak berbisik lagi: Ya Allah, kau tenangkanlah hati hamba-Mu ini, sakitnya jika tiada ketenangan di hati.... T.T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan