Khamis, 16 Ogos 2012

Ihya' Ramadan, Buka Puasa Perdana dan ikhlas

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

da nak abeh puasa kan? sekejap je... rase macam baru je gembira bila sume kecoh esok stat puasa, tapi tulah, memang masa xpernah tunggu kita....
sungguh masa itu pantas berlalu, orang2 arab pernah berkata, masa tu ibarat pedang, jika awak xmemotongnya, dia akan memotongmu.

bagi penduduk kolej 13, antara event paling besar dalam hidup mereka ialah Ihya' Ramadan. dah dua tahun Ihya' berlangsung dalam waktu cuti, so, budak2 asasi dan mtm yang ada jela yang merasa keindahan ihya' tu. dan sungguh, saya sendiri xpernah terbabit sangat dengan ihya' kecuali tahun lepas sebab dilantik jadi S/U.... 
time tu,
baru tau indahnya Ihya' Ramadan bersama kawan2 yang lain....
bz nak atur program bior kita nampak yang kita bersungguh2 nak hidupkan ramadan.. kat rumah, kita susah nak serajin itu.. ada program qiam, ceramah al-quds, nuzul quran, bubur lambuk, bla2.....
dan selalunya, pengarah program dengan bendahari yang akan sakit pale setiap hari sebab nak mikior cane nak cukupkan duet beli bahan macam ayam, sayur dan laen2......


dan event paling besar ialah buka puasa perdana.
selalunya, event buka puasa perdana ni lah yang memeningkan semua, 
yela, nak aturkan dekat beratus-ratus orang jugakla nak buka puasa, nak solat berjemaah lagi kat situ...
buka puasa perdana kali ni paling mengagumkan saya
xpernah2 lauk-pauk dan nasi lebih, kali ni lebih sangat sampai adik2 boleh ambik untuk lauk sahur...
popia yang selalunya epa buat xkan dapat makan lebih, kali ni saya dapat makan sampai 3 ketul....
bubur lambuk haritu pun habis, xberbaki, selalunya bazir sebab banyak lebih...
orang boleh cakap, "ala jat, ramai yang dah balik, memey ar ada banyak lebih"

entahlah, bagi saya ianya bukan begitu,
mungkin Allah nak tunjuk salah satu rahmat-Nya,
berkat adik2 yang bekerja kuat untuk Ihya' kali ni...
MTM yang rajin turun nak masak bersama2
nak hidupkan ramadan dan ajak orang lain untuk sertai bukan tugas yang mudah
ada je yang xmahu turun untuk masak2...
ade je yang suka buka kat luar....
tapi sebab ikhlas dalam diri masing2
tu yang buat Allah gandakan nikmat-Nya.....
Subhanallah, nampak x?
mungkin itu kelainan untuk Ihya' kali ni...

buat adik2 yang bekerja keras untuk Ihya' Ramadan 1433H
jazakallahu khairan kathira
xlupa juga buat MTM yang banyak membantu...
sungguh abah (kawan saya tau! hehe) selalu pesan
once kita da join ihya', kita akan tunggu ihya' seterusnya
kenapa?
sebab rindu~~~
dan ramadan kali ini antara ramadan yang terindah buat saya...
walaupun xcapai target, entah kenapa, rasa nampak pelangi atas kepala.... hehe :p

ni mase buat bubur lambuk 

ni buka puasa perdana tahun lepas, tahun ni dorang xupload ag.. hehe ^^"

memang saya rindu kan sume yang ada dalam gambar ni... huhu

hati ini nak berbisik lagi: macam xde mood sangat nak raya... nape?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan