walaupun da lewat nak post sebab gembiranya saya sem 2 saya dah abeh dekat seminggu lepas, pedulikla! hahaha, meh saya cerita apa yang saya dapat rumuskan dalam sem 2 sesi 2011/2012
secara jujurnya, saya belajar banyak benda, saya memerhati banyak benda dan jadi saksi untuk banyak benda....
sem ni banyak mengajar saya tentang kesabaran, sungguh, sabar itu sebahagian iman, betapa Allah didik saya puntuk bersabar dengan segala ujian dalam sem ni, ujian jadi MTM, ujian jadi final year student, ujian dengan hati yang sentiasa terumbang-ambing....
sem yang mengajar saya yang kalau xkenal maka xcinta, kalau dah cinta, kita kena terima dia seadanya, ini bukan untuk pasangan sahaja, tapi untuk kawan2 juga, anda sudah berkawan dengannya, anda cinta mereka kerana Allah, maka anda terima dia seadanya. walaupun ada keburukan dan kelemahan si kawan, terimalah, nasihatlah dia ke arah kebaikan.... kita kan mahu bernaung bawah arasy Allah nanti kerana cinta sesama saudara.... mahukan?
sem ini banyak mengajar saya supaya berani nak hadapi masalah, betapa saya nampak, selagi kita lari dari masalah, dia xkan selesai dan tambah serabut kat kepala.... betapalah banyak gile masalah sem ni, saya try selesai satu2 dengan pertolongan Allah dan rakan, dan alhamdulillah setel. saya ni terkadang suka lari dari masalah, tapi pasti menyusahkan yang lain.
sem yang mengajar saya tentang menghargai, betapa kita ini mahu jadi orang yang dihargai, cukuplah walaupun kecil sahaja penghargaan, mungkin ucapan terima kasih, sudah memadai. sungguh saya sudah lihat, orang yang sedih kerana peranannya tidak dihargai, dia menjadi seorang pengungkit, sudah tiada semangat dalam kerjanya, tapi dia tetap meneruskan amanahnya itu hingga akhir jawatannya. betapa saya kagum untuk beberapa waktu.
sem yang mengajar saya betapa perlunya kita bergantung pada Tuhan. Allah itu ada setiap waktu untuk kita merayu, merintih dan bersyukur selalu. sem ini hebat dugaannya. cukuplah Allah tahu yang selebihnya. sungguhlah saya ni tidak kuat orangnya, perlukan pemasak yang kuat, dan Allah sudah beri.... alhamdulillah....
sem yang mengajar saya untuk adil antara keluarga dan tanggungjawab.
sem yang mengajar saya yang pengurusan wang itu penting..... (duet kopak betul sem ni... hahah)
sem yang mengajar saya untuk kuat pada sem depan...
sem yang mengajar saya walaupun rapat mana kita dengan seseorang tu, hati dia kita masih xdapat nak selam....
sem yang mengajar saya erti rindu untuk sem depan kerana sebahagian pemasak saya sudah tiada depan mata, ada yang sudah tamat pengajian, ada yang pergi berpraktikal.
ada yang insya Allah pergi jauh.... untuk urusannya
dan saya sudah tiada teman untuk meluah rasa lagi.......
xpe, Allah ada untuk itu.....
nasib baik Allah beri henpon pada saya, bulehla sms
kalo tidak, berkajang2 surat saya hantar pada teman itu...
hahaha...... :p
terima kasih untuk segalanya..... ^^ |
susah dah nak jumpa lepas2 ni..... |
rindu punya kat korang.... siyes.... T.T |
syukur pada-Mu Allah, untuk keluarga baru....... |
insya Allah kita jumpa lagikan??? ^^ |
hati ini nak berbisik lagi: saya dah maafkan awak, awak tahu? maafla kalau saya sebenarnya yang bersalah sampai awak buat saya macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan