Selasa, 23 Ogos 2011

Hidayah Allah Tu Indah

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….


 

Alhamdulillah wasolatuwassalam 'ala rasulillah

Baru je lepas tengok cerita 'Ramadhan Terakhir' kat tv3. Rasa macam xsangka je si Sakinah tu rupenye anak adik ogy, engatkan anak esma Daniel. Tapi saya xmo cerita pasal watak2 tu, cuma saya terkesan dengan pengajaran yang saya dapat dalam episod kali ni. Hidayah Allah. Betapa hidayah Allah tu bukan senang untuk dicari dan bukan terlalu susah kalau kita berusaha. Hidayah Allah tu hak Allah dan Allah boleh je nak beri dan tarik daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Paling best bila Allah bagi hidayah dan paling worst bila Allah tarik balik hidayah tu dari hati kita. Nau'uzubillah. Minta dijauhkan.

Dan selalunya kita akan sedar betapa kita perlukan Allah di saat2 kita diuji, manusia selalunya begitu. Hidayah Allah itu datang di saat hamba2-Nya dilanda musibah. Tanda Allah itu masih menyayangi. Kita akan berfikir mengapa semua musibah itu berlaku dan kita akan cuba selesaikan masalah. Masa tu lah Allah akan datang beri bantuan. Cantikkan??? Setelah ribut datang, Allah akan bagi pelanngi indah untuk kesabaran kita. Lagipun, manusia jarang berfikir masa dia tengah senang, dia akan banyak berfikir masa susah itu datang. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh yang sudah Allah nyatakan dalam surah al-Asr. Dan jangan sekali2 lupa, Allah menyayangi hamba2-Nya. Sesat macam mana pun seseorang itu, kalau Allah nak bagi hidayah, dia akan berubah sekelip mata. Menakjubkan bukan? Subhanallah…..

Dan saya boleh bagi 4 bintang untuk drama 'Ramadhan Terakhir' nie. Ceritanya santai dan mesejnya pun sampai. Kadang2 xperlu cerita berat2 untuk sampaikan mesej untuk orang. Xperlu nak tunjuk orang2 alim pakai serban, pakai tudung labuh siap pakai purdah tapi jalan cerita xberapa nak kena. Cuma saya rasa xperlu kot tunjuk orang tu pergi clubbing ke, minum arak ke untuk berubah. Mungkin jalan ceritanya guna watak orang2 biasa macam kita tetapi berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin daripada bertudung biasa kepada yang lebih labuh. Macam novel Quartet karya saidatul safiah. Sungguh menyentuh hati. Bacalah….


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah-Nya untuk kita.

Amin~~~~~ ^^


 

Hati ini nak berbisik lagi : nak kemas rumah da!!!!! Fuh2!!!! Hehe….. :p

Alhamdulillah…..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah wa solatu wassallam 'ala rasulillah…

Ramadhan da nak habeskan??? Sekejap sangat….. banyak kenagan yang tercipta masa ramadhan kali ni. Bak kata abah saya ( bukan ayah kandung saya tau, dia pengarah program Ihya' Ramadhan saya, hehe) carikla sesuatu dalam bulan penuh barakah ni, mesti ad satu punye, even xbanyak pun. Dan apa yang saya dapat? Yea, sungguh Allah meningkatkan tahap sabar dalam diri ni, itulah yang dapat saya nilai bila saya fikir dua tiga menjak ni….. Alhamdulillah….

Sungguh Allah memang menguji kesabaran saya dalam pesta ibadah kali ni. Dengan mini bazaar@k13 dan ihya' ramadhan lagi. Allah ajar saya macam mana nak manage masa yang baik. Allah ajar saya yang bangun awal pagi memang banyak bantu saya untuk selesaikan banyak perkara… tapi hari ni saya tetap bangun lewat (hesh~~~~ dasatnye ijat~~~~ =.=''''''). Ni sebab semua penangan saya shopping ngan amal sayang kat jalan tar semalam… biarlah sekejap je, 3 jam shopping (selalunye lagi lame tau!!!!) tapi berbaloi dan saya xbuang banyak duet… hehehe…….

Dan betapa berbaloinye hidayah yang Allah campakkan dalam hati manusia pada bulan yang mulia ini. Ada kawan saya yang ingin berubah ke arah yang lebih baik. Menutup auratnya dengan lebih sempurna… Bukankah itu suatu berita yang amat gembira? Rasa nak melompat2 je bila dengar, tapi tahan sebab malu…… dan saya mengharapkan hidayah begitu untuk diri saya juga…… supaya saya jadi yang lebih baik, jadi muslimah yang lebih sempurna pada akan datang insya Allah….

Dan betapalah bersyukurnya hati saya bila Allah da campakkan ketenangan menggantikan rasa gundah gulana dalam hati ni. Kesusahan itu sudah Allah ganti dengan kesenangan…. Alhamdulillah……. T_T


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah memberkahi kita selalu~~~~

Amin~~~~~ ^^


 

Hati ni nak berbisik lagi : nape yea xrase feel apa2 nak raye nieh???? Ayooooooo =.=""""

Ahad, 21 Ogos 2011

Salah pasang niat…..

Bismillahirrahmanirrahim……

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Da berabuk blog saya ni dibuatnye, hehe….. maklumla, malas nak update sebab bz manjang, ngan program Ihya' Ramadhan, mini bazaar@13, nak kejar ibadah bulan pose ag, sume nak dkejar sampai saya pun xterkejar….. orang da seronok2 citer pasal ramadhan diorang kali ni, dan saya baru nak start cerita…..

Dan sungguh saya kecewa dengan ramadhan saya.

Mungkin niat saya yang salah sebab saya nak kejar keuntungan masa bulan puasa, bukan nak kejar keuntungan beribadah, tapi harta dunia. Dengan saya ad hutang kat adik ag, dengan kawan membuatkan saya amat berharap dengan mini bazaar@13 dapatla sedikit wang untuk duit raya saya sendiri. Sungguh, duduk kat kolej memang duet asek kuar sampai nak mintak kat ayah pun saya da malu.

Gerai saya jual nasi lemak, samosa, begedil dan kek batik. Selain nasi lemak tu, saya buat kuih2 tu dengan harapan akan ada keuntungan. Walaupun mula2 saya xyakin, tapi sambutan sangat menggalakkan pada awalnya dan gerai kami dapat kutipan yang tinggi.

Dan kat situla saya mula lupa diri.

Memang salah saya yang xpandai nak manage gerai dengan betul. Memang salah saya juga sebab saya asek sebuk dengan urusan surat-menyurat Ihya' sampai saya xdapat nak panggil adek2 turun tolong gerai saya. Memang salah saya jugak saya xdapat nak jaga kewangan sampai bila pak cik saoxy bagi resit nak claim duet, semua duet hasil jualan habis teros. Memang salah saya sebab xdapat nak jaga kualiti makanan saya sampaikan goreng begedil pun boleh terburai sebab saya nak kejar benda lain. boleh pulak ada yang basi, memang salah saya….. dan memang salah saya sebab saya susahkan kawan2 saya nak buat begedil dan samosa sampai dekat subuh sebab saya xboleh nak buat sorang2. Dan memang salah saya bila terawikh berapa kali saya ponteng sebab salah saya. Memang salah saya sebab kurang tawakal kepada Allah. Abaikan Dia di saat2 bulan yang Dia nak bagi keberkatan yang berganda2….. memang, memang semua salah saya. Saya yang xpandai nak urus sebenarnya. Kawan2 saya yang lain semua da uruskan tanggungjawab masing2. Dan ada pulak yang kena amek final exam. Memang sayalah kena pikul tanggungjawab kan???? Dan memang salah saya sebab xpandai nak pujuk adik2 turun sampaikan saya pun nak menangis tergolek sebab saya kena buat kerja sorang2. Time tu diorang da start study week dan time tu jugak kereta saoxy rosak so dia xdapat nak tolong saya. Memang salah saya sebab paksa adik2 tu turun sedangkan diorang tengah kalut2 nak study untuk final. Sungguh saya partner dan kakak yang teruk kan? Maafkan saya….. patutnya saya tak ganggu kalian. Dan memnag salah saya terlalu sibuk dengan gerai sampaikan mak, ayah dan nenek saya kecik aty sebab saya xmau balik ke rumah…. Sampai nak ajak shopping raya pun saya menolak….. haru kan???

Sungguh Allah nak uji saya pada ramadhan kali ni dengan ujian ni. Xberenti nangis bila bahagi2 duet nak buat jamuan dan duet gaji semua orang, lagi rendah daripada secretariat lain. sedangkan pada awal2 jualan, gerai kitorang memang da potong semua orang. Semuanya start dengan niat saya yang salah… maafkan saya. Sebab saya kalian menanggung kerugian. Sebab saya korang musti tension kan nak final? Maafkan saya…… Ya Allah, ampunilah hamba-Mu atas ketidakberdayaan aku. Ampunilah aku kerana aku lebihkan gerai sampaikan ibu dan ayahku berkecil hati denganku. Nenekku kecil hati kerana cucunya xdapat datang masa kenduri. Ampunkan aku ya Allah. Ini semua salahku. Aku redha dengan segalanya, namun maafkan aku sebab air mataku masih xberenti mengalir. Berikan aku peluang untuk terus beribadah kepada-Mu sehingga akhir Ramadhan….

Dan sungguh saya rasa malu nak balik rumah sebab bila ayah tanya, banyak mana keuntungan? Saya hanya mampu keluarkan dua keping not merah dan sekeping not hijau muda. Tapi beryukur la jat. Kan lebih baik ada daripada xada?

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah bersama kita selalu….

Amin~~~~~ ^^


 

p/s : da nak balik umah, mak tunggu kak long!!!!!!