Rabu, 18 Mei 2011

Contengan Jalanan - Hlovate

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh….

Malas nak pikir pasal masalah2 yang gundah gulana kat hati neh. Dan2 pulak tengah dengar lagu "saat yang bahagia" inche P.Ramlee n pn Saloma nyanyi dekat filem2 "masam2 manis". Hahha….. baru je lepas baca sebuah buku yang beri makna untuk saya dan hati saya sekarang agak suci la gak. Baca benda baik kan sucikan hati?

Sungguh Allah ada perancangan-Nya yang tersendiri bila saya ambil buku "Contengan Jalanan" karya Hlovate. Sedang masa tu saya teragak2 nak ambil. Rasa cam pelik tengok buku dye upside down untuk dua2 belah kulit buku. Tapi saya rembat je sebab Hlovate tu salah satu author yang saya minat lepas Ramlee Awang Murshid. Dan masa saya pegang buku tu, saya berdoa dalam hati, tolongla ubah jalan cerita. Janganla sama, da xlalau nak baca. Sungguh, jalan cerita Hlovate dalam karya2 dia lebih kurang sama. Musti bdak tu skaters, boyish dan layan muzik underground. Pastu last2 dia musti akan berubah cari jalan Allah. Macam tu je selalunye.

Tapi kali ni lain sangat

Sangat2 lain…..

Saya sangat enjoy walaupun jalan ceritanya lambat sikit. Ambil masa berhari2 la jugak nak abehkan….. dari segi perkembangan watak memang lambat sikit. Meh saya ceritakan synopsis sikit. Ada 2 kisah dalam cerita nih. Better start dengan cerita Fend. Sebab kalau anda baca dengan K², anda kurang faham. Ok, K² ngan Fend nih kawan baik, dorang memang sekepale dalam banyak benda tapi hati Fend nih lembut compared to kawan dia yang lagi satu. Sorang amik jurusan fotografi sorang lagi amek arts. Dorang memang core kalo bab2 music nih sampai saya baca buku nih saya pun xpaam dengan ntah pape jenis kumpulan. Takat red hot chilli peppers tu taula, tu pun sekadar tau, xlayan lagu. Memangla haru semedang Hlovate nih. Tapi semua tu berubah bila Fend jumpa Lia, gadis yang buka jalan untuk dia berubah. Dia tercari2 erti hidup dia sebenarnya. Dan semua tu terjawab bila dia ikot Acad, sepupu dia, pergi Aussie nak berpuasa kat sana. Dan dia mula berubah sikit2. Dan begitu jugak dengan K², dia lambat sikit nak terima perubahan si Fend sebab dia dah biasa hidup dengan mamat tu sejak kecik. Bila dia tengok Fend berubah, dia rasa kehilangan. Akhirnya dia jugak erti hidup tap dekat Indonesia.

Point utama Hlovate nak tekankan sampai beri kesan kat saya ialah, mana apa motif kita hidup kat dunia nih. Asek nak berseronok je ke sampai xsudah2? Asek nak bergumbira je ke? Allah tu xde ke kat dalam hati kita nih? Dan perkara yang paling dasat akan berlaku ialah, sempat ke kita nak bertaubat sebelum kita nak jumpa Allah nanti. Sungguh bak kata Ustaz Zamri, kita nih tatau kita nanti mati dalam Islam ke x. kalau kita mati dalam keadaan beriman, Alhamdulillah, tapi kalau x, Allah……. Ruginya hidup berpuluh tahun tapi balik dalam keadaan Allah xredha…. Banyakkanlah berdoa agar kita sentiasa dalam perlidungan Allah dan kita akan bertemu Allah dalam keadaan beriman dan Allah redha pada kita.

Dan perkara yang selalu diulang dekat dalam novel tu " A man who decides to change at 12th hour, will die at 11th " gerun x dgr ayt tu? Bayangkanla kita tetapkan dalam diri nak berubah pada umo sekian2 tapi kita mati sebelum sampai umo tu. Xke haru? Haru la beb! Pe jadahnye nak bertaubat kalau dah mati dulu? Itulah yang mengganggu fikiran Fend. Dia mencari2 explanation untuk ayat tu dan dia dah jumpa jawapan tu bila dia sampai kat bumi Aussie. Betapalah kalau Allah nak bagi hidayah tu, senang je kan? Sebab Allah pegang hati kita yang rapuh ni. Allah tau apa yang perlu dibuat kalau kiat sungguh2 nak berubah. Pada Allah kita carik jawapan. Allah kan Maha Mengetahui? Subhanallah……..

Dan dalam karya nih, banyak yang ditegur oleh Hlovate tentang hidup rakyat Malaysia. Betapa kita ni dilimpahi dengan kesenangan hidup sampai kadang kita lupa dengan hakikat sebenar kajadian kiat hidup. Kita lupa Allah, kita lupa akhirat, kita lupa segala tanggungjawab kita sebagai khalifah. Tanya diri kita, dalam hidup seharian, cukup ke solat lima waktu kita? Kalau Alhamdulillah cukup pun, awal ke kita tunaikan solat tu? Bersyukurlah dengan apa yang ada dan perbaikilah diri kita supaya jadi lebih baik. Jangan kata kita xmau hipokrit kalau berpura2 jadi baik. Atleast kita berusaha. Walaupun payah dan sakit, atleast Allah pandang usaha kita kan?

Kurangkanla baca novel2 cinta yang hanyutkan hati kita ke alam yang pesona dia cuma seketika, carilah novel yang boleh membina, membina hati dan mentarbiah sekali. Saya nih pun bukan jenis yang baca buku2 yang menjurus ke arah agama nih…… novel salah satu cara saya nak tarbiah hati. Daripada xdapat langsung, sikit pun jadi la kan?


 

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah sentiasa merahmati kita selalu

Amin~~~~~ ^_^


 

Hati neh nak berbisik lagi : novel Ramlee Awang Murshid da habis baca. Nanti saya cerita yea? Hehehe……..

teruk rasanya....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

dan bila saya dah lukakan hati kawan dengan kata2 yang teruk....
dan kawan saya dah terguris dengan dahsat sekali.....
sedangkan saya xtahu apa yang sebenarnya yang berlaku.......
xpernah saya buat camneh kat kawan2 saya
teruknya saya..............

maafkan saya
saya bukan kawan yang baik
saya mahu tegur tapi saya dah tersalah kata
saya sudah tersilap cara......
maafkan saya.....

saya harap awak maafkan saya dan kita kawan balik....
sungguh hati saya xtenteram......
Ya Allah maafkan hamba-Mu...................
T_T

maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira....
semoga Allah melindungi kita selalu.....
amin~~~~~

hati neh nak berbisik lagi : sedeyhnya hati nih............. hhhuuuuuuuuu T_T

Isnin, 16 Mei 2011

Cikgu~~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…….

Wah3!!!!!! (nada excited xleh blah…..) 16 Mei datang lagi….. adek2 saya yang masih bersekolah tu sebok benorle nak belikan hadiah untuk cikgu2 deme…. Saya? Saya cuma tersenyum je bila tengok diorang, teringat mase sekolah dolu2….. seronok bila nak beli hadiah untuk cikgu, tapi semua da tinggal kenangan. Saya pun wish cikgu2 saya kat facebook. Tu pun sekolah menengah punya. Ijat2….. hesh…..

Kalau nak diikutkan cerita mak saya, nak mendidik anak2 zaman sekarang memang mencabar beb. Dengan baran yang saya ada, memang xmahu jadik cikgu. Mak yang ajar sekolah rendah pun da pelbagai masalah, lagi la yang kat sekolah menengah. Mesti ada satu juta macam cerita yang tercoret kan? Zaman makin maju dan orang pun semakin berubah. Yela, adik2 pun da terer pakai handphone. Lagi dasat daripada saya yang masih dokla bertatih2 nak belajar bnda baru (tangan di bahu…. Hehe)

Apa2 pun, ucapan terima kasih yang xterhingga kepada semua guru yang mengajar saya, saya berjaya sampai ke menara gading dengan izin Allah berkat guru2 yang mengajar saya. Rindunye zaman sekolah, xde pening nak pikir cam sekarang nih. Makin tua umur, makin bertambah masalah yang serabutkan pale otak… hahaha……. Betapalah bila hari guru tu datang, bersungguh2 nak jayakan majlis tu. Seronok bila tengok cikgu2 happy.

Orang cakap, janganla engat jasa cikgu tu masa hari guru je, engatla hari2. Betol, memang jangan ingat cikgu masa hari guru je. Sebenarnya hari2 saya ingat cikgu, tapi cuma xberkesempatan nak ucapkan terima kasih, kirenya, hari guru la best time saya nak ucapkan terima kasih dan sejuta penghargaan. Berdoa tu insya Allah setiap hari.

Selamat hari guru.

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah melindungi kita selalu……

Amin~~~~~ ^_^


hati neh nak berbisik lagi : kami guru Malaysia~~~~~ berikrar dan berjanji~~~~ ewahhhhh!!!!! hehehe

Ahad, 15 Mei 2011

Aiseh…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan selawat dan salam kepada Rasululllah…

Kenape aiseh? Kenapa x alamak ke, aigoo ke pape je la yang berkenaan???

Hahah…. Bukan pe, lagi dekat di hati dengan perkataan aiseh tu….. lagi mantap…… haha

Banyak benda jadi kat saya dalam seminggu cuti neh…..

Pertama, tempat praktikal saya yang bermasalah. Alhamdulillah, Allah itu sememangnya Maha Pemurah, masalah tu da selesai semalam, sebab ayah dan pak long da jumpe uncle yang nak tolong. Sepatutnya saya dapat buat praktikal dekat Institute Medical Research (IMR) kat KL nun. Sebab lab deme terbakor baru2 neh, so dye batalkan latihan saya. Dalam masa 2 minggu sebelum praktikal dan masa tu saya ngah pening nak jawab final…. Sabor jela….. hahah….. aisehmen~~~~ punyela merembes air mate neh sebab mintak sana penuh, mintak sini penuh……. Xleh nak salahkan sapa2 sebab benda ni memang da nak terjadi. Allah tu bagi ujian sebab kadang2 Dia nak tengok kesabaran kita. Selalunya sebab Allah nak permudahkan kita di masa hadapan. Nak bagi kita insaf tentang perbuatan kita ataupun nak ajar kita lebih sabar. Contoh terdekat pasal praktikal saya nilah. Kalau memang kat IMR tu, memang masakla nak kejor masa. Alhamdulillah tempat baru nih, Pharmaniaga, cuma insya Allah dalam 10-15 minit je dari rumah. Nampak x cantiknya Allah aturkan perjalanan kita? Subhanallah….. jadi pesan saya, jangan gelabah sangat bila dapat susah, sabar, Allah tu ada untuk kita ngadu nasib dan Allah dan janji dalam kitab-Nya yang mulia, surah al-Insyirah, dalam setipa kesusahan itu akan ada kemudahan.

Kedua, saya cuba bersangka baik kepada semua orang. Bersangka buruk dan asek mengata orang hanya buat kita busuk hati dan hati kita lama2 jadi hitam. Kadang2 terlampau fikirkan keburukan orang buat kita xbebas dengan diri sendiri. Takut nak buat kesalahan sebab takut orang mengata. Aisehmen~~~~~~ Padahal, kadang2 dengan buat salah baru kita sedar dan pelajari sesuatu. Memang la betul, bagus ber hati2 nak buat kesalahan. Tapi kadang2 tu sampai rase tension xleh buat pe yang kita suka, lebih baik berhati2 ye dak? Jangan nak pandang sangat kesalahan orang, kalau betul salah, tegur, kalau xmampu, doakan la mereka berubah. Kan ke lagi baik kan? Xyahla mengata, memang seronok mengumpat (ups, nampak sangat suka mengata kan? =.="""") tapi kadang2 xyah la lebih2 sampai saya pun da xmampu nak dengar. Macam buruk sangat orang tu.

Dan buat yang kapel, aisehmen….. saya tau sangat2 anda tengah hangat bercinta, boleh xjaga kelakuan sikit? Kadang2 tuh sampai xmampu nak baca status, xmampu nak baca blog (maaf kalau ada yang terasa, teguran nih buat semua) sebab luahan rasa hati. Kadang2 tu rasa meluat, betul la luahan perasaan, tapi cuba tahan nafsu tu. Saya tau, seronok nak luah rasa hati, tapi biarla berpada. Betul, kadang2 blog kita xramai orang yang baca. Blog yang kurang popular. Tapi ada kawan2 yang membaca. Alah ijat, xnak baca da la, tutup sudeyh, bising2 watpe. Betul, boleh je tutup. Tapi once da baca, selalunya musti nak baca sampai abeh. Dan2 pulak memang blog anda xprivate, sume boleh baca. Jangan marah jika ada yang menegur. Belum lagi kalau nak tunjuk gambar kat satu dunia yang anda kapel dengan orang tu….. Sampai peluk2, xpayah la, hormatla rakan2 anda yang lain. Cuba rasa malu nak beritau semua yang anda tengah bercinta. Kalau dengan manusia pun anda xrasa malu, apalagi la dekat Allah. Astaghfirullah…… minta dijauhkan… dan maaf sangat2 kepada yang terasa, saya mahu menegur anda, sebab ada juga rakan2 yang mengadu pada saya……


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…..

Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kita selalu

Amin~~~~~ ^_^


Hati neh nak berbisik lagi : berdebar2 nak tunggu call untuk praktikal esok, semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin…..

Rabu, 11 Mei 2011

Jalan Yang Dipilih

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas. Masih diberi peluang untuk beribadah. Alhamdulillah…..

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran saya yang ke-21 sabtu lepas. Xsangka, da 21 tahun saya bernafas di muka bumi Allah. Diberi peluang untuk melihat dunia yang semakin hari semakin sampai ke penghujung. Jika dulu, saya boleh merasakan betapa lambat masa berlalu, sekarang, rasa masa tuh terlalu cepat berjalan sehingga kadang2 menyesal kerana tidak memenuhi hari dengan sempurna.

Xsangka sem 3 saya sebagai bachelor sains bioteknologi da pun habis. Xberapa puas hati sangat dengan jawab final especially biochem. Masa jawab biochem tu first time saya rase camneh orang boleh tinggal markah besar. Macam mana orang boleh rase blur gler nak jawab paper. Saya memang nanges pas jawab….. sangat2 kecewa sebab soalan tuh sebenarnye boleh je dijawab. Tapi mungkin last minute study wat saya macam nih. Paper Spanish saya pun dapat nasib yang sama. Rase blank time jawab…. Saya sangat kecewa…… Alhamdulillah lagi 3 paper puas hati saya jawab.

Sem 3 nih macam2 jadi….. saya rapat dengan senior, dan dia tu ketua blog saya. Agak kelakar kerana pada mulanya dia agak menyampah dengan saya sebab saya pernah tulis kat blog yang saya rase xbest dapat satu bilik dengan ketua blog sedangkan saya baru nak buat jahat (bwk heater je pun…. Da gelabah dapat satu bilik ngan ketua blog hahaha) dan akhir sem ni, saya sangat rapat dengan dia. Orang kata, xkenal maka xcinta ye dak? Haha….

Sem 3 nih saya dapat ramai kenalan baru. Disebabkan saya seolah peserta kkm (kem kepemimpinan mahasiswa) kolej, jadi, ramai yang jadi kawan saya. Dicampur pulak dengan malam gemilang putra (dinner kolej), kawan saya bertambah ramai. Saya nih bukan jenis yang suka memulakan salam perkenalan. Tapi once saya da rapat dengan orang tu, korang akan tau saya yang sebenarnya. Saya jenis yang xberkira sangat dengan kawan. Kadang2 sampai xperasan orang tu da pergunakan saya. Tu la kelemahan saya dan kawan2 baik saya selalu tegur. Seronok sebenarnya dapat kawan baru neh. Tapi saya yang takut… heheh =_="""""

Sem 3 jugak saya cuba nak bangkit dari kekalahan yang lepas2. Saya da lama duduk dalam aras selesa…. Selesa dengan pointer yang saya dapat…. Xkesa pun pointer rendah. Ada rasa menyesal, tapi sekejap je. Buat balik benda sama…. Terukkan? Haha….. yang bestnya, ada kawan saya mintak nasihat saya sebab dye rase malas nak study, last2 saya pulak yang hilang semangat nak study lepas saya bebel banyak kat dye…. Haha

Ada kawan2 saya yang bagi pendapat yang sama, sekarang nih kita da start pilih jalan masing2…… kita da xsama macam dulu. Semua da ada life sendiri. Betul, saya perasan jugak. Kami da jarang bersama. Susah nak dapatkan satu masa yang semua free untuk hang out macam dulu2….. rindunye zaman tuh…. Semua busy dengan aktiviti masing2 kan? Study, program persatuan, kepemimpinan lagi….. memang, nak dapatkan sesuatu terpaksa berkorban sesuatu. Xleh nak semua, xleh nak tamak2……. Saya sedar tuh….

Pilih jalan tu memang susah, dengan masalah kita yang masih tercari2 identiti diri lagi. Walaupun pemikiran da matang, konflik dalaman tu memang selalu datang…… kadang2 buat kita rasa nak jao dari semua orang. Malas nak berfikir. Tapi selalu kita lupa yang Allah tu selalu ada untuk kita. Tu yang selalu saya semat dalam hati. Saya tepis segala perasaan ragu2…. Istighfar banyak kali sebab saya yakin Allah memang ada untuk kita. Walaupun xnampak, tapi dekat di hati….. dan harap2 sangat jalan yang kita pilih tu tidak menjauhkan kita dari Allah, keluarga dan rakan2…… kadang2 kita nih terlampau sangat dengan dunia sampai kita lupa…. Kan?

Sem nih jugak saya tengok ramainye kawan2 saya yang putus dan ada yang baru start bercinta. Masing2 ada kesan….. ada yang angau dan ada yang murung…… tulah impak cinta kan? Saya pun teringin jugak, sape xmau, tapi saya rasa, cukuplah Allah sahaja setakat ni. Saya pasti Allah sudah tentukan jodoh terbaik untuk saya. Saya tunggu je…. Heheh… kadang2 rase sedih jugak, xlaku ke saya nih? Haha….. boleh pulak piker camtu en? Tapi nila tengok kawan2 sedih ngan cinta deme, saya rasa trauma…. Xpela, Allah ada….. bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Tu yang saya cuba terapkan dalam hidup saya sekarang nih….. percaya pada Allah lebih penting daripada segalanya….. penat je tunggu cinta yang xkunjung tiba. Jom kita teruskan perjalanan…….

Harap sangat saya akan dapat teruskan perjalanan dengan mengutip sebanyak ilmu dan pengalaman. Maafla bebel banyak sangat…… hehe….


 

Jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya dan maaf untuk segalanya….

Semoga Allah sentiasa melindungi kita selamanya……

Amin~~~~~ ^_^


 

Hati nih nak berbisik lagi : agak2 bila saya nak start praktikal ea???? Huhu…… T_T