Selasa, 26 April 2011

Bisikan hati

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

ehe, petang2 camni, susah sikit kalo nak sumbat segala ilmu kat pale otak nih, jadi saya amek keputusan nak post something kat blog. hhhmmmmmm kalo ikotkan nak post dua benda, tapi xpela, saya nak share satu je dulu, yang lagi satu tu sok lusa ke, tulat ke.... hehehe

baru2 nih kawan saya ditimpa kesusahan, Allah nak beri ujian padanya. xperlula saya ceritakan kat sini kerana mungkin mendatangkan aib..... saya nih jenis xreti nak pujuk dengan bercakap, lidah saya kelu dan mungkin malu tu yang buatkan saya jadi muka merah menyala. hahaha..... saya hantar mesej, biar hati dia tenang sikit. bila fikir2 syok juga kalo share ngan anda, saya penah post nukilan ni di FB, dan saya rasa nak panjangkan sikit.....

jom kita hayati...... saya xde tajuk untuk nukilan saya ni....

bila didatangi masalah,
bersabarlah kerana Allah sedang mengujimu,
bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu dan mengingatimu,
berdoalah kerana Allah itu Maha Mendengar,
Dia lebih memahami hatimu,

sujudlah padanya untuk memohon ampunan
memohon hidayat
dan memohon segala hajat.....
Allah itu pemurah sifat-Nya
tiada sesuatu yang mustahil bagi-Nya
walaupun kemurkaan-Nya besar,
tapi jangan lupa, Rahmat-Nya mengatasi semua....
sayang-Nya pada para hamba,
mengatasi kasih seorang ibu....
lupakah kita?

pasakkan kekuatanmu, Allah pasti membantumu

kuatkanlah tekadmu, Allah pasti bersamamu
yakinlah dengan keazamanmu, Allah ada setiap pada detik waktu
ingatlah, Allah itu lebih dkat dari nadimu........

jagalah Allah, Allah pasti menjagamu......

maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya....
semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua...
amin~~~~~ ^_^

hati nih nak berbisik lagi : maaf jika ada terkasar bahasa, minta dihalal semua, exam da dekat, insya Allah doakan saya berjaya.....

1 ulasan: