Bismillahirrhmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….
Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat dan salam buat Rasul-Nya.
Tanggungjawab dah bertambah berat sekarang. Malam tadi baru start rase. Kenapa? Sebab Alhamdulillah saya dilantik menjadi mtm (majlis tertinggi mahasiswa) kolej untuk sesi 2011/2012. Walaupun saya mengucapkan syukur kerana terpilih, tapi masih ada rasa berat di bahu.
Kenapa?
Sebab tugas tu da sedia menanti……
Kenapa?
Sebab akan ramai mata2 yang akan lihat perfomance batch yang akan memerintah ni. Alhamdulillah saya diletak dibawah secretariat jaringan industri dan alimuni kalau xclap. Xbanyak kerja sangat. Walaupun sedikit kecewa sebab saya target untuk secretariat kerohanian, tidak mengapa kerana Allah sudah mengaturkan satu perjalanan yang indah buat saya. Allah tahu betapa serabutnye saya pada sem dpan dengan 21 kredit. Alhamdulillah dan Subhanallah……
Kenapa saya cam suka je nak jadi mtm? Bukanla suka sangat, tapia da la terselit harapan masa pergi ke kkm 7 (sila baca) untuk jadi pemimpin. Sebab di sekolah sudah terbiasa memimpin. Bila masuk UPM, saya jadi pasif, saya bimbang skil saya akan berkurangan. Saya dapat rasakan yang saya semakin malu untuk tampil ke hadapan untuk berkongsi maklumat, semakin tumpul idea saya untuk berfikir. Saya semakin risau. Jadi untuk selamatkan keadaan, saya masuk kkm. Bukan saya nak gila kuasa dan nak dapat kelebihan, tapi saya risau dengan keadaan personaliti saya yang semakin hilang.
Mungkin ada orang xmahu jadi pemimpin kerana pelajaran akan terabai, pastu cakap je lebih kerja xbuat, suka ambil kesempatan kat orang dan banyak lagi alasan. Bagi saya, selagi kita ni makhluk Tuhan, selagi tula hada baik dan buruknya. Prinsip yang saya pegang selama nih.
Ada kawan2 saya yang menangis sebab xsangka terpilih untuk memegang tanggungjawab yang berat. Pasti ada hikmah semua ni. Ingat Allah sentiasa bersama. Allah ada. Faham2lah. Kuat dan persiapkan diri untuk pegang jawatn yang diberi. Insya Allah kita boleh. Goodluck untuk semua…….
Semoga berjaya memerintah dengan adil dan saksama untuk setahun
Semoga dapat menjalankan amanah dengan baik
Semoga Allah sentiasa bersama kita
Semoga Allah merahmati kepemimpinan kita
Semoga kita sentiasa bersatu…….
Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya
Semoga Allah merahmati dan melindungi kita selalu…..
Amin~~~~~ ^_^
Hati nih nak berbisik lagi : serabut da stat~~~~~~~
congrats ijat!! x sangke kawan aku sorang ni jadik MTM.. pape pun cyg ijat~
BalasPadamuyyo..ijat da jadi MTM.Congrats!
BalasPadammizah : mekasih byk2 cyg awk jgak, heheh.....
BalasPadamwawa : heeeee mekasih2!!!!