Isnin, 6 September 2010

Kurus oh kurus!!!!

Bismillahirrahmanirrahim……

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam buat Rasulullah dan semua umat Islam….

Pergh….. memang da lame gile saye tak share apa2 dengan korang kan??? Maaflah… tu semua jadik bile da rase malas… heheh……

Mesti semua rase saye nak kurus 4 diz ramadhan…. Totally wrong!!!! Heheeh….. ^_^"""""

Apa yang saya nak share untuk post kali nih ialah tentang kelebihan orang yang berpuasa….

ihsan google.com

Masa tuh tengah dalam perjalanan nak shopping raya dengan family, tengah dengar IKIM.fm ( kereta ayah….. beselah en?? Hehehe) tetibe dengar satu hadis riwayat ibnu majah kalau tak silap bunyinya lebih kurang macam ni:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: " Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertimana orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tadi" ,

bila kita dengar ayat nih, subhanallah, betapalah Allah dan nabi-Nya nak galakkan umat Islam untuk berbuat kebajikan, sampaikan kita sediakan makanan untuk orang yang berbuka pun dapat pahala… baguskan????

Tetiba mak saya bersuara,"Kalau dah pahala kita yang sediakan untuk orang buka puasa pun same dengan orang yang puasa, kita kena cari oaring yang betul2 puasa la kan? Yelah kalau puasa orang tuh kurus, sikit jelah pahala yang kita dapat, betul tak?" ayat mak saya tuh, walaupun sekadar gurauan, tapi mendalam maksudnya bagi saya. Betul, insya Allah masa zaman Rasulullah, mesti pahala diorang penuh2 dan gemuk2 belaka sebab mereka memang penuh dengan ibadah masa bulan yang penuh rahmat ni. Nak bandingkan dengan sekarang, memang susah le nak cari orang yang puasanya insya Allah memang dapat halang dia daripada segala benda yang buat dia jadik lagho mase berpuasa. Kalau kita (especially saya la kan? Heheh)tengok balik apa2 yang kita buat masa kiat puasa, memang banyak dosa daripada pahalanya, ngumpat pon same je macam bukan bulan puasa, banyak gak buat benda laghonye….. tengok gak movie daripada terawikh…… sia2kan masa kita bulan ramadhan nih…. Tengok anime sampai pagi…… bace manga lebih daripada tadarus al-Quran…. Ish2 dasat2….. memanglah makin kurus puasa kita…. Allahuakbar!!!!! Sia2 je rasenya kan????


Jadi, da nak habis ramadhan nih, kejarlah apa2 yang boleh kita kejar….. rajin bangun qiam ke, banyakkan bace al-Quran ke, zikrullah lagi kerap… banyak lagi yang boleh kita buat… betol kan???? Kejarlah selagi ada waktu…. Kita tak tau, ramadhan akan datang kita dapat jumpa ke tak en??

Selamat beribadah!!!!

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya……

Semoga kita sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah selalu….

Amin~~~~ ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan