Khamis, 16 September 2010

Hangat gile kot…..

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam dan selawat dan salam buat Rasulullah, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan seluruh umat Islam….. Tidak lupa juga buat mujahidin dan mujahidah yang berjuang untuk agama Allah…

Mungkin agak terlewat bagi saya cerita bab2 patriotik ni. Yela hari ni pun dah 16 September 2010 kan? Hari penubuhan Malaysia…. Hari yang bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Kalau yang ingatla kan? Ada juga yang tatau langsung pasal benda nih, biarla da bertahun2 jadi rakyat Malaysia.

Dan sungguh saya ni bukan seorang yang racist.

Baru-baru nih saya tengok video Namawee, orang yang pernah mencetuskan kontoversi dengan lagu "Negarakuku". Mula2 saya xambil kesah langsung pasal mamat cina nih. Yela xde kena mengena dengan hidop saya kan? Pastu ada kawan saya post pasal video Namawee nih dekat facebook, dye kata mamat nih smart la, jadi saya pun tengokla ape yang "semart" sangat dengan video tuh. Video tuh pasal berkenaan dengan TNB. Disebabkan ayah saya kerja TNB, saya macam terasa la gak en? (ntah pape punya reason… heheh) saya pun tengoklah. Baru je jadi kalau xsilap. Saya pun xengat tarikhnya. Mula2 dia cakap rumah dia blackout dan benda nih dah kali ke-3 jadi dekat Muar, dia telefon TNB cawangan muar lebih 10 panggilan kalau x silap tapi xde sape pun yang angkat. Dia bagitau yang esok adik dia ade pekse, so sangat mengganggu la kan? Cube bnde tuh jadi kat kita, lagi2 yang memang last2 minute belajar. Memangla haru, dan yang paling dasat TNB la jadi carutan yang dasat en?? Hehe…. Sambung balik cerita pasal Namawee neh, dia pun pergilah pejabat TNB, dan time tuh memang satu Muar blackout. Yang kelakarnya tuh, dan2 je bangunan TNB tuh terang benderang. Jadi dia pun masukla dan tanya dekat pegawai yang bertugas, pegawai tu pun beritahu yang benda nih breakdown bukan shutdown. Kalau anda2 nih nak tau, breakdown tu ikot apa yang ayah saya terangkan, terjadi sebab kabel terputus ke, ataupun generator dye probs ke, kiranya benda2 yang besar dan xboleh nak dibetolkan dalam masa semalam je. Pegawai tu terangkan banyak kali dan dia macam xfaham je, dia pon bengang. Dia bagi tau orang yang kat sekitar pejabat tuh dan saya rasa orang2 tuh orang TNB, si mamat tuh pun membebel la pasal problem dye. Yang pekerja2 tuh pon xboleh buat apa2, layan jela…. Si namawee nih pun blah la dari tempat tu pastu dokla mencarut TNB fuck banyak kali. Dia tuduh orang TNB tidor jela, x buat keje pon dan banyak lagila….. sampai xlarat nak cakap apa2…. Time tuh memangla mendidih darah saya nih….

Bukan ape, memangla semua orang marah kalau benda nih jadi, saya pun marah gak. Tapi xpayahla sampai nak mencarut lebih2. Buat video xpe, tapi xpayahla sampai nak share dengan satu dunia pasal benda nih. Saya rasa dia ni macam insane yang xkenang budi pulak… tak tau la nak cakap pe sebab saya xkenal hati budi dia kan? So xboleh la nak tuduh sembarangan. Saya kata dia nih xkenang budi pun sebab baru 3 kali jadi blackout pon da kecoh. Kalau 3 kali dalam seminggu tuh xpela, nih 3 kali dalam setahun! Yang dia buat video tuh pun rasenya dalam sekitar bulan nih kalau xsilap. Kiranya bukan la kerap sangat. Dia xengat agaknya yang dia seronok study kat rumah, kat sekolah dan tempat tusyen ( kalau dia pergi tusyenla) tu, bekalan elektrik TNB gak yang supply. Dia lupa yang dia post video dia tu, guna elektrik gak, TNB gak yang supply. Tak tau la kalau sebelum nih dia tinggal kat rural area kan? Dia guna generator agaknya time dia upload segala video dia masa dia kat Malaysia. Yela mamat tu kan belajar dekat Taiwan. Nak buat macam mana kan? Kena la ingat bnde tuh semua…. Xpayah nak kutuk macam2….. macam dia boleh buat lagi bagus je…. Lainla kalau memang orang tuh tangguh2 kerja sampai Muar tu blackout setahun. Ha kalau time tuh nak mencarut pun saya xkesah…..

Habis je saya tengok dia mencarut pasal TNB, saya tengok pulak video "Negarakuku" dye tuh. Hahaha….. ni lagi dasat gila……. Memang la boleh rusuhan kalau atok ngan nenek2 kat kampong tengok. Boleh bawak parang walaupun ada sakit tulang belakang. Mungkin saya nih da terlewat tengok n nak komen, tapi memangla dasat giler video tuh. Dia kutuk pasal PDRM yang suka makan rasuah, perli pasal orang mengaji dengan azan subuh, orang pakai tudung melintas jalan pun dia nak perli…… belum lagi pasal orang Cina hidup susah nak masuk U pun xdapat, so diorang berjaya belajar kat luar negara. Pastu kutuk2 orang Melayu yang memang malas, asek tidor, dan asek mengharapkan orang Cina je. Dia cakap, mat rempit pun xboleh nak merempit kalau Cina xde sebab balik China. Mat rempit xdapat beli motor!!!! Hahaha…… macamla kalau orang Cina balik China, orang Melayu xboleh jual motor….. dan2 akhir video tuh dia cakap jangan saman dia sebab dia xde duit. kelakar sungguh…… berani buat berani tanggungla wei!!!!

Apa2 yang dia kutuk pasal orang Melayu tuh, saya memang xnafikan la yang memang orang Melayu nih, xboleh dapat kesenangan sikit, mulalah layu….. ntah pape, suke nak enjoy je, kawen suka, tp bila suruh kerja ke belajar ke, xmau. Asek nak jadik biawak hidup je kat belakang mak bapak. Xberguna langsung. Nak citer masuk U? manela dorang nak fikir budak2 zaman sekarang ni…… pastu kang dah tua, baru nak menyesal, pastu kang adela yang masuk TV rancangan "Bersamamu" kat TV3. Mulalah nak meleleh air mata mintak simpati orang ramai….. bagitau xboleh nak cari kerja sebab x qualified…. Memang lawak tahap cipan….

Tapi yang saya nak marah kat video tuh bila dia cakap pasal kerajaan xpentingkan kesamarataan kaum… pastuh tunjuk orang mengaji dan azan subuh waktu pagi2…. Tataula kalau saya yang silap tafsir ke, tapi macam nak cakap, orang Melayu Islam macam suka2 hati je nak azan pagi2 buta, tatau ke orang nak tido?! Yela ayat dia semacam memerli bila namawee cakap, lebih kurang camnilah ayatnye, "kita boleh bangun pukul 5 pagi sebab ada orang nyanyi lagu". Tapi janganla xsedar, orang bukan Islam pun time2 senja orang penat balik kerja, pasang radio kuat2….. xfikir ke orang nak solat maghrib, nak rehat2 lepas penat kerja dan belajar semua…. xpayahla nak kutuk orang lain, kita ni pun ada kelemahan sendiri. Untung Malaysia nih benarkan rakyatnya bebas amalkan agama. Bersyukurlah semua!!!!

Tindakan namawee nih saya rasa same je dengan tindakan beberapa orang politik yang nak perlembagaan Malaysia tuh dipinda khususnya dalam keistimewaan orang Melayu. Kalau boleh benda tu nak dihapuskan. Kalau yang bercakap pasal isu nih orang bukan Melayu xpe jugak, ni orang melayu pun nak benda tu dihapuskan jugak!!! Liberal la konon…. Xmau jadi ortodoks… jangan menyesal kalau keistimewaan melayu ditarik balik, kesenangan yang kita dapat sekarang hilang. Lupake kita dapat masuk U pun dengan hak tu, kita dapat biasiswa pun dengan hak tu. Banyak benda sebenarnya yang xdapat kita kecapi kalau benda tu dihilangkan. Nak ke yang memerintah negara kita orang bukan Islam?? Sedarlah yang agama Islam memang dah tetapkan kalau nak pilih pemimpin memang kena orang Islam, sebab kita boleh tegur orang tuh supaya kembali kat jalan Allah kalau dia dah terpesong. Macam mana baik orang yang bukan Islam, kalau dia dah menang nanti, kebajikan orang Islam tuh boleh kita gerenti ke terjamin? Fikir2lah…. Bukan saya nak menangkan orang Melayu je, tapi kalau sekadar nak cari popularity dengan benda yang sensitive dan orang memang da terbiasa hidup dengan benda sensitive tu, baik xpayahla…. Baik fikir generasi sekarang nih yang dah teruk….. boleh2 je pergi beraya, pastu xbalik2 umah buat mak habis air mata je, bukan ingat duit yang buat bayar tambang ke minyak motor ke tu semua duit mak? Tau2 je ada kat umah pakwe pulak tuh…. Memangla hampeh!!! Sedarla yang awak tu masih tanggungan ibu bapa, yang nak sedap2 dok umah orang tu buat pe en??? Jangan la ingat time muda je, ingat masa depan….. memangla saya hangat xengat bila tulis post ni… hehehe… maafla bebel berjela2…..

Dan saya tekankan kat sini yang saya bukan racist, saya cuma marah dekat orang yang kutuk2 xtentu pasal, xfikir orang lain…. Saya xkutuk orang Cina, saya cuma kutuk Namawee je….. jangan salah faham ok?

Maaf utk sglanya dan jazakallahu khairan kathira utk sglanya….

Moga kita dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu…. Amin~~~ ^_^


1 ulasan:

  1. ade dengar rumours bahawa namawee buat bende2 tu sbb dibayar oleh "pihak2 tertentu". taktaula. tapi seriusly agakla ^^*&^&^&$%#$$^*&*.

    BalasPadam