Ahad, 8 Ogos 2010

Saya rindu……

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah segala puji buat Allah, Tuhan seluruh alam dan selawat dan salam buat Rasulullah junjungan dan buat ahli keluarga baginda, para sahabat dan buat seluruh umat Islam…..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret sekali lagi di ruangan yang saya kira luahan hati saya. Saya akui saya nih jenis yang reti nak luah perasaan melalui percakapan, jadi, saya luah guna perkataan, saya memang lagi suka menulis dari bercakap kalo bab2 luah perasaan nih…. Heheheh… ^_^"""

Saya rindu…. Akhir2 nih, saya rindu banyak benda yang sangat member kesan dalam hidup saya sehingga sekarang.

1st, rindu pada bulan ramdhan yang bakal menjelma, saya tataula nape tahun hijrah kali nih banyak sangat lagho daripada yang betulnya, saya sangat rindukan kehidupan sebelum, semasa dan selepas ramadhan yang lepas2 yang penuh dengan penghayatan… saya rindu sangat2…..

2nd, saya sangat rindukan izzati mar'e yang dulu, means masa saya sekolah rendah. Sebelum saya jadi ijat mar'e sekarang nih, saya adalah izzati mar'e yang sangat high confident, riang, helpful, selaen daripada arrogant yang xleh blah, ramai kawan yang xsuka saya sebab saya tergolong dalam kumpulan yang agak gedik….. hehehe…… ^_^"""" saya memang sangat rindukan dia, yang boleh selesaikan semua masalah dia dengan sempurna….. biarlah ramai yang xsuka dia, tapi dia xkesah dengan orang lain, dia optimis dengan cita-cita hidupnya, dia tetapkan keputusan dengan sendiri, tanpa teragak2. Masa tu, cita-cita izzati mar'e nak cemerlang UPSR. Dan Alhamdulillah, Allah kabulkan impiannya, dan dia dapat masuk intersaber. Dia sangat perfect……

Kat intersaber, hidup izzati mar'e berubah, dia da jadi ijat mar'e, mula2 masa f1, saya ingat lagi, dia selalu kena pandang slack sebab perangai dia kat sekolah rendah tuh xberubah lagi. Sampai bila mintak profile kat kat kwan sekelas dia, dia dapat satu ucapan yang membuatkan hidup dia berubah, kawan dia cakap " u should go to counselor to make u become more low profile," sejak daripada tuh dia da xjadi izzati mar'e yang dulu, dia da bertukar jadi ijat mar'e yang lebih low profile dan disukai kawan2. Tapi transformasi yang dia buat tuh silap, dia makin lack confident, dah x optimis dengan cita-cita dia, dah xpandai nak buat keputusan sendiri dan sangat2 kesah dengan pendapat orang lain. Takut sangat dengan pendapat orang lain. Sanggup ikot pendapat orang lain sampai deniedkan hak sendiri. Sampai sekarang itulah ijat mar'e, dia xpernah berubah dari sisi hidup dia. Dia sangat takut bersendirian sebab dia da xyakin dengan diri sendiri. Dah masuk usia 20-an nih, ijat mar'e sangat rindukan izzati mar'e yang dulu. Dia xsalahkan environment yang jadikan dia macam nih, tapi ijat mar'e salahkan diri sendiri sebab xtetap pendirian dan berubah bukan mengikut acuan dia sendiri…….

Saya sangat2 rindukan izzati mar'e dahulu………..

Selamat menyambut ramadhan. Moga ramadhan kali nih dapat bawak balik izzati mar'e yang ijat mar'e rindukan sangat2 tuh……… moga ramadhan kali nih, saya kuat nak hadapi rintangan…. Rajin beribadah kerana Allah untuk kemenangan di akhirat kelak…… semoga ramadhan kali ini ada perubahan untuk kita semua…..

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…

Semoga kita semua dalam pemeliharaan dan rahmat Allah…..

Amin~~~ ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan