Isnin, 16 Mei 2011

Cikgu~~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…….

Wah3!!!!!! (nada excited xleh blah…..) 16 Mei datang lagi….. adek2 saya yang masih bersekolah tu sebok benorle nak belikan hadiah untuk cikgu2 deme…. Saya? Saya cuma tersenyum je bila tengok diorang, teringat mase sekolah dolu2….. seronok bila nak beli hadiah untuk cikgu, tapi semua da tinggal kenangan. Saya pun wish cikgu2 saya kat facebook. Tu pun sekolah menengah punya. Ijat2….. hesh…..

Kalau nak diikutkan cerita mak saya, nak mendidik anak2 zaman sekarang memang mencabar beb. Dengan baran yang saya ada, memang xmahu jadik cikgu. Mak yang ajar sekolah rendah pun da pelbagai masalah, lagi la yang kat sekolah menengah. Mesti ada satu juta macam cerita yang tercoret kan? Zaman makin maju dan orang pun semakin berubah. Yela, adik2 pun da terer pakai handphone. Lagi dasat daripada saya yang masih dokla bertatih2 nak belajar bnda baru (tangan di bahu…. Hehe)

Apa2 pun, ucapan terima kasih yang xterhingga kepada semua guru yang mengajar saya, saya berjaya sampai ke menara gading dengan izin Allah berkat guru2 yang mengajar saya. Rindunye zaman sekolah, xde pening nak pikir cam sekarang nih. Makin tua umur, makin bertambah masalah yang serabutkan pale otak… hahaha……. Betapalah bila hari guru tu datang, bersungguh2 nak jayakan majlis tu. Seronok bila tengok cikgu2 happy.

Orang cakap, janganla engat jasa cikgu tu masa hari guru je, engatla hari2. Betol, memang jangan ingat cikgu masa hari guru je. Sebenarnya hari2 saya ingat cikgu, tapi cuma xberkesempatan nak ucapkan terima kasih, kirenya, hari guru la best time saya nak ucapkan terima kasih dan sejuta penghargaan. Berdoa tu insya Allah setiap hari.

Selamat hari guru.

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….

Semoga Allah melindungi kita selalu……

Amin~~~~~ ^_^


hati neh nak berbisik lagi : kami guru Malaysia~~~~~ berikrar dan berjanji~~~~ ewahhhhh!!!!! hehehe

Ahad, 15 Mei 2011

Aiseh…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan selawat dan salam kepada Rasululllah…

Kenape aiseh? Kenapa x alamak ke, aigoo ke pape je la yang berkenaan???

Hahah…. Bukan pe, lagi dekat di hati dengan perkataan aiseh tu….. lagi mantap…… haha

Banyak benda jadi kat saya dalam seminggu cuti neh…..

Pertama, tempat praktikal saya yang bermasalah. Alhamdulillah, Allah itu sememangnya Maha Pemurah, masalah tu da selesai semalam, sebab ayah dan pak long da jumpe uncle yang nak tolong. Sepatutnya saya dapat buat praktikal dekat Institute Medical Research (IMR) kat KL nun. Sebab lab deme terbakor baru2 neh, so dye batalkan latihan saya. Dalam masa 2 minggu sebelum praktikal dan masa tu saya ngah pening nak jawab final…. Sabor jela….. hahah….. aisehmen~~~~ punyela merembes air mate neh sebab mintak sana penuh, mintak sini penuh……. Xleh nak salahkan sapa2 sebab benda ni memang da nak terjadi. Allah tu bagi ujian sebab kadang2 Dia nak tengok kesabaran kita. Selalunya sebab Allah nak permudahkan kita di masa hadapan. Nak bagi kita insaf tentang perbuatan kita ataupun nak ajar kita lebih sabar. Contoh terdekat pasal praktikal saya nilah. Kalau memang kat IMR tu, memang masakla nak kejor masa. Alhamdulillah tempat baru nih, Pharmaniaga, cuma insya Allah dalam 10-15 minit je dari rumah. Nampak x cantiknya Allah aturkan perjalanan kita? Subhanallah….. jadi pesan saya, jangan gelabah sangat bila dapat susah, sabar, Allah tu ada untuk kita ngadu nasib dan Allah dan janji dalam kitab-Nya yang mulia, surah al-Insyirah, dalam setipa kesusahan itu akan ada kemudahan.

Kedua, saya cuba bersangka baik kepada semua orang. Bersangka buruk dan asek mengata orang hanya buat kita busuk hati dan hati kita lama2 jadi hitam. Kadang2 terlampau fikirkan keburukan orang buat kita xbebas dengan diri sendiri. Takut nak buat kesalahan sebab takut orang mengata. Aisehmen~~~~~~ Padahal, kadang2 dengan buat salah baru kita sedar dan pelajari sesuatu. Memang la betul, bagus ber hati2 nak buat kesalahan. Tapi kadang2 tu sampai rase tension xleh buat pe yang kita suka, lebih baik berhati2 ye dak? Jangan nak pandang sangat kesalahan orang, kalau betul salah, tegur, kalau xmampu, doakan la mereka berubah. Kan ke lagi baik kan? Xyahla mengata, memang seronok mengumpat (ups, nampak sangat suka mengata kan? =.="""") tapi kadang2 xyah la lebih2 sampai saya pun da xmampu nak dengar. Macam buruk sangat orang tu.

Dan buat yang kapel, aisehmen….. saya tau sangat2 anda tengah hangat bercinta, boleh xjaga kelakuan sikit? Kadang2 tuh sampai xmampu nak baca status, xmampu nak baca blog (maaf kalau ada yang terasa, teguran nih buat semua) sebab luahan rasa hati. Kadang2 tu rasa meluat, betul la luahan perasaan, tapi cuba tahan nafsu tu. Saya tau, seronok nak luah rasa hati, tapi biarla berpada. Betul, kadang2 blog kita xramai orang yang baca. Blog yang kurang popular. Tapi ada kawan2 yang membaca. Alah ijat, xnak baca da la, tutup sudeyh, bising2 watpe. Betul, boleh je tutup. Tapi once da baca, selalunya musti nak baca sampai abeh. Dan2 pulak memang blog anda xprivate, sume boleh baca. Jangan marah jika ada yang menegur. Belum lagi kalau nak tunjuk gambar kat satu dunia yang anda kapel dengan orang tu….. Sampai peluk2, xpayah la, hormatla rakan2 anda yang lain. Cuba rasa malu nak beritau semua yang anda tengah bercinta. Kalau dengan manusia pun anda xrasa malu, apalagi la dekat Allah. Astaghfirullah…… minta dijauhkan… dan maaf sangat2 kepada yang terasa, saya mahu menegur anda, sebab ada juga rakan2 yang mengadu pada saya……


Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya…..

Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kita selalu

Amin~~~~~ ^_^


Hati neh nak berbisik lagi : berdebar2 nak tunggu call untuk praktikal esok, semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin…..

Rabu, 11 Mei 2011

Jalan Yang Dipilih

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas. Masih diberi peluang untuk beribadah. Alhamdulillah…..

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran saya yang ke-21 sabtu lepas. Xsangka, da 21 tahun saya bernafas di muka bumi Allah. Diberi peluang untuk melihat dunia yang semakin hari semakin sampai ke penghujung. Jika dulu, saya boleh merasakan betapa lambat masa berlalu, sekarang, rasa masa tuh terlalu cepat berjalan sehingga kadang2 menyesal kerana tidak memenuhi hari dengan sempurna.

Xsangka sem 3 saya sebagai bachelor sains bioteknologi da pun habis. Xberapa puas hati sangat dengan jawab final especially biochem. Masa jawab biochem tu first time saya rase camneh orang boleh tinggal markah besar. Macam mana orang boleh rase blur gler nak jawab paper. Saya memang nanges pas jawab….. sangat2 kecewa sebab soalan tuh sebenarnye boleh je dijawab. Tapi mungkin last minute study wat saya macam nih. Paper Spanish saya pun dapat nasib yang sama. Rase blank time jawab…. Saya sangat kecewa…… Alhamdulillah lagi 3 paper puas hati saya jawab.

Sem 3 nih macam2 jadi….. saya rapat dengan senior, dan dia tu ketua blog saya. Agak kelakar kerana pada mulanya dia agak menyampah dengan saya sebab saya pernah tulis kat blog yang saya rase xbest dapat satu bilik dengan ketua blog sedangkan saya baru nak buat jahat (bwk heater je pun…. Da gelabah dapat satu bilik ngan ketua blog hahaha) dan akhir sem ni, saya sangat rapat dengan dia. Orang kata, xkenal maka xcinta ye dak? Haha….

Sem 3 nih saya dapat ramai kenalan baru. Disebabkan saya seolah peserta kkm (kem kepemimpinan mahasiswa) kolej, jadi, ramai yang jadi kawan saya. Dicampur pulak dengan malam gemilang putra (dinner kolej), kawan saya bertambah ramai. Saya nih bukan jenis yang suka memulakan salam perkenalan. Tapi once saya da rapat dengan orang tu, korang akan tau saya yang sebenarnya. Saya jenis yang xberkira sangat dengan kawan. Kadang2 sampai xperasan orang tu da pergunakan saya. Tu la kelemahan saya dan kawan2 baik saya selalu tegur. Seronok sebenarnya dapat kawan baru neh. Tapi saya yang takut… heheh =_="""""

Sem 3 jugak saya cuba nak bangkit dari kekalahan yang lepas2. Saya da lama duduk dalam aras selesa…. Selesa dengan pointer yang saya dapat…. Xkesa pun pointer rendah. Ada rasa menyesal, tapi sekejap je. Buat balik benda sama…. Terukkan? Haha….. yang bestnya, ada kawan saya mintak nasihat saya sebab dye rase malas nak study, last2 saya pulak yang hilang semangat nak study lepas saya bebel banyak kat dye…. Haha

Ada kawan2 saya yang bagi pendapat yang sama, sekarang nih kita da start pilih jalan masing2…… kita da xsama macam dulu. Semua da ada life sendiri. Betul, saya perasan jugak. Kami da jarang bersama. Susah nak dapatkan satu masa yang semua free untuk hang out macam dulu2….. rindunye zaman tuh…. Semua busy dengan aktiviti masing2 kan? Study, program persatuan, kepemimpinan lagi….. memang, nak dapatkan sesuatu terpaksa berkorban sesuatu. Xleh nak semua, xleh nak tamak2……. Saya sedar tuh….

Pilih jalan tu memang susah, dengan masalah kita yang masih tercari2 identiti diri lagi. Walaupun pemikiran da matang, konflik dalaman tu memang selalu datang…… kadang2 buat kita rasa nak jao dari semua orang. Malas nak berfikir. Tapi selalu kita lupa yang Allah tu selalu ada untuk kita. Tu yang selalu saya semat dalam hati. Saya tepis segala perasaan ragu2…. Istighfar banyak kali sebab saya yakin Allah memang ada untuk kita. Walaupun xnampak, tapi dekat di hati….. dan harap2 sangat jalan yang kita pilih tu tidak menjauhkan kita dari Allah, keluarga dan rakan2…… kadang2 kita nih terlampau sangat dengan dunia sampai kita lupa…. Kan?

Sem nih jugak saya tengok ramainye kawan2 saya yang putus dan ada yang baru start bercinta. Masing2 ada kesan….. ada yang angau dan ada yang murung…… tulah impak cinta kan? Saya pun teringin jugak, sape xmau, tapi saya rasa, cukuplah Allah sahaja setakat ni. Saya pasti Allah sudah tentukan jodoh terbaik untuk saya. Saya tunggu je…. Heheh… kadang2 rase sedih jugak, xlaku ke saya nih? Haha….. boleh pulak piker camtu en? Tapi nila tengok kawan2 sedih ngan cinta deme, saya rasa trauma…. Xpela, Allah ada….. bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Tu yang saya cuba terapkan dalam hidup saya sekarang nih….. percaya pada Allah lebih penting daripada segalanya….. penat je tunggu cinta yang xkunjung tiba. Jom kita teruskan perjalanan…….

Harap sangat saya akan dapat teruskan perjalanan dengan mengutip sebanyak ilmu dan pengalaman. Maafla bebel banyak sangat…… hehe….


 

Jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya dan maaf untuk segalanya….

Semoga Allah sentiasa melindungi kita selamanya……

Amin~~~~~ ^_^


 

Hati nih nak berbisik lagi : agak2 bila saya nak start praktikal ea???? Huhu…… T_T