Isnin, 20 Oktober 2014

bisikan rindu

kepada sang bulan aku bisikkan rindu,
buat sahabat yang jauh,
agar dia bisa menerimanya,
saat bulan terbit di ruang angkasanya,
dan suria memancarkan cahaya di langitku.

Khamis, 25 September 2014

dah sampai Malaysia dah

Assalamualaikum warahmatullah

Dah habis belajar,
Alhamdulillah
macam xterasa cepat masa berlalu
rasa macam haritu aku bising sejuknya musim luruh
dan tuan rumah encik Simon kata "owh, you don't feel the winter yet,"
rasa macam semalam aku kenal semua coursemate
menggila dengan coursework yang melampau-lampau banyaknya
rasa macam sekejap sangat aku bertabah hati kerja sorang-sorang di bumi asing dengan bahasa asing dekat Unilever, 
kenal dengan supervisor yang budiman,
rasa macam xcaya yang gemuruhnya nak present projek dan jawab soalan viva

dan bila dah sampai bumi Malaysia
ya, syukur Alhamdulillah
Allah bagi lagi rezeki nak tengok senyuman mak,
dengar gelak tawa ayah
kongsi lawak dengan adik-adik
tapi perasaan lepas habis degree tu datang balik
padahal baru seminggu balik

rasa ape jat?
rasa aku loser
loser sebab xmampu simpan duit langsung 
xmacam kawan-kawan aku
loser sebab xmampu nak melangkah mula fasa baru
orang lain dah jauh pun ke depan
itu ke yang kau rase pas degree jat?
yup, itu yang aku rasa
rasa sedih sebab xmampu pun nak tolong parents
rasa terseksa sebab akan jumpa dua cabang jalan
yang dua-dua aku nak 
tapi aku kena pilih salah satu
dan rasa menyampah
sebab aku selalu rasa takut nak mulakan langkah baru

tapi selalunya Allah bagi jalan ketiga
dan aku akan happy dengan jalan yang Allah bagi tu
mana tahu, Allah nak tunjuk lagi jalan tu,
aku kena mula langkah barulah
x begitu?

p/s: orang dulu-dulu pernah cakap, tengok bumbung rumah orang tu pun boleh lepas rindu. orang sekarang, tengok ko online pun aku boleh tersenyum senang. ok, itu kelakar sangat... :p


Sabtu, 2 Ogos 2014

#sokongGhazzah

Assalamualaikum warahmatullah

Air mata yang sama aku lihat lagi
pada wajah-wajah insan tidak berdosa
yang terus menerus mencari jawapan
atas segala persoalan
mengapa?
mengapa kami yang menjadi mangsa?
kau berterusan mencari alasan
berterusan kau mencari akal
tanah kami kau rampas
anak-anak dan ibu-ibu kami
kau cabut nyawa mereka
lagaknya kau seperti malaikat pencabut nyawa

pada saat bom menghujani tanahmu
kau bangkit
kau hapuskan air mata kelukaanmu
kau ganti dengan semangat jihadmu
yang menyala-nyala
menuntut tanahmu
menuntut bela anak-anak dan para ibumu
atas nama Tuhan Yang Maha Penyayang kau bersumpah
biarlah perjuangan ini penamatnya antara dua
kemerdekaan tanah kecintaanmu
atau 
gelaran syuhada' di sisi Rabmu.

buat para pejuang al-Qassam
moga Allah merahmati kalian
atas nama perjuangan suci
moga syahid yang dicita
terus menyemarakkan semangat juangmu

buat saudaraku di Palestin
sungguh ada doa kami kirimkan buat kalian
untuk sebuah kekuatan
untuk sebuah ketenangan
untuk sebuah kebahagiaan
untuk sebuah kejayaan
sungguh janji Allah itu pasti
walaupun bukan kini
hari itu pasti akan tiba
dan kami juga menunggu bersamamu

Jumaat, 16 Mei 2014

maafkan saya

Dan maafkan saya
kerana saya tidak mampu pun
buat awak tersenyum apatah lagi tertawa
saat awak memandang saya
pada tiap waktu kita bertemu.
maaf atas ketidak keupayaan saya itu

dan awak tahu?
itu adalah sesuatu yang asing buat saya
sebab adalah menjadi satu kemestian buat saya
untuk buat orang tersenyum
ah, 
itulah uniknya awak!

oh ya, 
saya suka lihat awak tersenyum
saya suka lihat awak tertawa
dan selalunya jadi bila awak bersama mereka
takpe
sebab saya suka je
senyuman awak manis tahu?
tapi maaflah
saya masih tak mampu buat benda tu
T_T

Isnin, 12 Mei 2014

jiwa dan cinta bahagian 1

kau tahu jiwa?
betapa rayuanmu tidak berguna lagi
kerana cinta sudahpun ketemu pujaannya
yang lebih Agung dan punyai segala darimu
selamat tinggal jiwa

p/s: masalah diri, bila sudah under stress, protein jiwang pun terekspressi. haih =.="""

Sabtu, 10 Mei 2014

lorong 23

menelusuri lorong 23
sudah banyak benda aku kutip
bunga,
harum baunya
cantik warnanya
mekar kuntumnya
bila dilihat,
bergetar sukma,

dan yang aku kesal
sampah juga aku pilih
berat
kotor
busuk
hanya bisa membuatku hiba
buat aku tercari-cari di manakah
haruman kuntuman bunga

ya,
pada permulaan lorong 23 itu
betapa aku melihat
kerakusan nafsu
ceteknya sabar
rendahnya iman
sehingga aku terjelepuk
pada setiap persimpangan dalam lorong 23 itu
mencari-cari
di manakah garisan cahaya
yang mampu menunjukku arah
yang memberi panduan
untuk menghabiskan perjalanan lorongku

dan
kau tahu?
pada pertengahan sehingga penghabisan pengembaraan aku
Tuhan sangat bermurah hati
ya
bukankah Dia Maha Pemurah lagi Maha Memberi?
Dia menitipkan aku cahaya
yang pada mulanya kilauannya itu bisa membutakan aku
atas dasar sikapku yang gelojoh
untuk terus mengejar cahaya itu
kadang-kadang aku sendiri yang bersikap tidak peduli
membuatkan aku buta
merasakan gelap dalam perjalanan
tiada siang
malam sahaja menunjukkan diri
tiada bintang, tiada purnama
yang membantuku

dan tentu sahaja Tuhan terus menolongku
bukankah Dia sebaik-baik penolong?
Dia hulurkan bantuan-Nya
mengutuskan hamba-Nya
mengetuk pintu hatiku
terus menerus dengan bicara tentang Tuhan
kebesaran-Nya
keagungan-Nya
cinta dan rahmat-Nya

aku tahu,
betapa paru-paru iman
bertarung dalam nafas dunia
perih, 
betapa ia penuh dengan pencemaran dosa
sedang aku mencari oksigen-oksigen hidayah

pada saat aku membawa langkah kaki 
membuka pintu 
memasuki lorong 24
aku berjanji pada diriku
aku harus bernafas dengan udara taufik
supaya paru-paru iman sihat
dan perlunya surat-surat cinta Tuhan dibawa dalam pengembaraan baru
agar diri ini bertambah sihat
dalam dekapan rahmat Tuhan!

-8.10pm-
-9 Mei 2014-
-9 Rejab 1435H-
mekasih che dot! :D

Khamis, 24 April 2014

Di hamparan kuning canola

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

pada saat daffodil mula melambai pergi
menandakan musim bunga kian berlalu
canola mula berdiri
menumbuhkan si kembang kuning
kemilau warnanya tanda kasih dari Illahi

dan aku berdiri
di antara hamparan canola itu
memerhati
indahnya seni aturan Pencipta
tiada cacat tiada cela
semua berlaku atas izin-Nya
semerbak daffodil telah pergi
namun canola hadir membawa ceria

namun,
hatiku berbisik
duhai diri
ingatkah dikau
perbandingan seorang muslim itu ibarat bunga?
mukmin yang suka membaca al-quran itu
Nabi samakan dengan si utrujjah?
pesona warnanya harum pula
dan mukmin yang tidak suka membaca kitab suci itu
adalah seperti kurma
meskipun lazat,
namun kurang harumannya
dan Rasulullah berpesan lagi
munafiq yang membaca al-quran 
ibarat kuntuman bunga
namun pahit rasanya
dan munafiq yang sebaliknya
Nabi menyifatkannya 
seperti buah hanzalah
tiada harum
bahkan rasanya pahit!

nah, pilihlah kau wahai diri!
pilihan mana yang kau mahu?
mahu menjadi si utrujjah
ataupun si hanzalah?

dan aku terus termangu
di hamparan kuning canola




-6.43pm-
22 Jamadil Akhir 1435H
23 April 2014

Jumaat, 18 April 2014

Bulatan Keriangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

ya ini hanyalah bentuk bintang, bukan bulatan :p
credit : kak qilah terchenta! 

Tika disapa salam bulatan gembira,
Aku dalam keadaan membazir waktu,
kelelahan yang menyapa atas kelalaian 
dek ikutan nafsu

dan aku sambut salam bulatan gembira itu,
dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baru
yang boleh mengisi ruang-ruang lompong
yang sering kali mengganggu

dan aku cuba mengisi ruang-ruang itu
dengan semua isi dunia
ya, seisi dunia ini aku cuba 
untuk memenuhi ruang yang lompong
namun
kau tahu apa yang terjadi?
aku bagai menyiram air dalam bekas yang bocor
tidak pernah puas, tidak pernah memenuhi

dan lambaian bulatan gembira itu menggamit kembali
untuk kesekian kalinya,
untuk duduk bersama berdiskusi
kalam cinta Illahi
hadis-hadis Muhammad
kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat

dan kau tahu 
di situ kami ditarbiyah
oleh Rabbul 'Izzati
melalui sang murabbi
dan kau akan dapati
betapa halusnya seni
hidayah dari Tuhan
yang menyentuh hati-hati
orang-orang yang mencari
kadang-kadang kau akan rasa
betapa hati kau diketuk bertalu-talu
hanya melalui cebisan-cebisan cerita
mereka yang dicampakkan hidayah
di dalam hati
Maha Suci Tuhan
Si Pemilik sekalian alam

dan kau perlu tahu
hati kau bisa tenang
kerana sepanjang bulatan gembira yang mengasyikkan itu
para malaikat juga bersama-samamu
mengembangkan sayap-sayap mereka
kerana bulatan gembira itu juga majlis ilmu

ya,
dalam bulatan gembira ini kami berukhuwah
dalam bulatan ini kami bermahabbah
dalam bulatan ini kami berkongsi rasa
berkongsi suka duka
berkongsi resepi dan cerita
menyemai cinta Illahi
terus dan terus mencari
redha Illahi
andai salah sorang tersungkur
masih ada sahabat-sahabat lain yang bisa membantu
peringatan demi peringatan untuk diri yang futur
ah, betapa cinta itu adalah suatu nikmat!
untuk mereka yang bercinta atas nama Tuhan

kerana akhowat juga ohsem
walaupun kami memakai skirt ataupun seluar khaki :']

-10.39am-
17 Jamadil Akhir 1435H
18/4/2014


Selasa, 18 Februari 2014

Bulan

Assalamualaikum warahmatullah

haritu nampak bulan masa naik bas nk balik rumah, subhanallah cantik sangat!!! pastukan pastukan pastukan.... tingggggg!!! dapat ilham. hehehe

Tatkala suria berlalu, 
menemani siang pulang ke peraduan,
aku mencari bulan 
bersembunyi di balik lindungan awan
Betapa aku rindu cahayanya yang menenangkan sukma
dan aku rindu pada redup sinarannya yang menerangi kegelapan malam

Bulan! seruku,
apa khabar saudaraku yang merenungmu bersama sendu?
adakah berita saudaraku yang mengemis harapan yang lewat tiba?
sudah sampaikah salamku?
sudah terkabulkah doaku?

Namun, bulan tetap membisu
terus bersembunyi di balik awan dengan rasa malu
hatiku diserang kepiluan 
sungguh, bilakan tiba bantuan?
adakah kedamaian hanyalah mimpi indah
yang menemani di kala mata terpejam
bersama kelelahan perjuangan?
namun hatiku tetap tersemat harapan
kerana kita masih berTuhan
semoga saudaraku selamat dalam dakapan rahmat Tuhan
semoga bantuan Tuhanku akan tiba dalam kedamaian waktu dhuha

dan aku,
aku terus merenung bulan pada malam itu

-5.40pm-
-13.2.14-

Selasa, 28 Januari 2014

sebab bukan mudah nak jumpa best buddy

Salam...

Selalunya bila dah selalu sangat di bawah, 
kadang-kadang kita xsedar sebenarnya kita dah pun ada kat atas,
sebab terlampau rendah diri,
xyakin dengan kemampuan diri,
selalu sangat bandingkan diri dengan orang lain,
sampai kau sendiri xnampak kau tu pun hebat jat.

Kadang-kadang bila dah terlampau xyakin,
Allah akan hadirkan teman dan sahabat untuk menasihat,
Pesanan secara xlangsung dari Allah untuk hati ini,
jangan terusan kecewa dengan potensi yang ada,
kena berani dalam berjuang,
kena berani nak melangkah,
itulah selalu yang diminta dalam bait-bait doa sesudah solat,

kalau terus dalam lingkungan tu, sampai bila nak maju?
sampai bila nak rasa cemburu dengan kehebatan orang?
sedang diri kau pun mampu jat,
nak daki gunung yang tinggi (ok, ini mungkin x kot sebab nanti semput. hahah =.=")
nak terbang sebebas burung-burung (ok, ini lagi mengarut, naik kapal terbang xla bebas macam burung, kena pakai seatbelt lagi. haih~~~)
tapi yang pentingnya, 
berani tu harus ada dalam diri!

Terima kasih sebab jadi best buddy,
Kira macam kau ni Ted Mosby dalam cerita How I Met Your Mother,
Sudi nak dengar luahan rasa, 
Sudi nak dengar lawak yang ntah papa,
Sudi nak kongsi nasihat
Sudi nak tunjuk ajar kalau xtahu

Sudi nak bagi semangat kalau aku xmampu
Aku ni macam Lily, tapi xjumpa Inche Marshall lagi. hehehe

Hati ni nak berbisik lagi : sebab bukan senang nak jumpa best buddy yang memahami dan sekepala. lagi sorang jauh kat edin, lagi sorang jauh kat sheffield. May Allah always bless u. Alhamdulillah :)