Rabu, 20 Februari 2013

pengajaran dari ct scan suite

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


hurm, rasenye dah lama xupdate blog ni, dah berabuk wall saya dibuatnya... haha... dah habis grad bukannye rajen update blog, makin rajin tengok tv adalah... hahah =.='''

ya, sepatutnya saya join program gcap (graduate career acceleration program) anjuran kptm, tapi sebab saya kesian kan mak dan acu saya yang asik pening memikirkan camne nak amek cuti sebab xcukup hari dalam sebulan nak mintak kat majikan untuk nak hantar nenek pergi hospital, saya pun menawarkan diri untuk berhenti dan tolong mana-mana yang patut. mak memang buat muka gembira lepas dengar tawaran saya, ayah macam kurang setuju kenapa saya berhenti, nape xtangguh je... acu? memang sangat lega bila dah dengar mak cakap saya nak tolong.

nenek saya kena chemo untuk rawat penyakitnya. saya yang temankan nenek saya dekat wad. apa perasaan  jat? seriously buhsan gila! nenek pulak banyak tidur dan berdiam. saya online jela.. saya mula rasa menyesal nape la saya buat pilihan ni, tapi bila fikirkan mak dan acu, saya pun pendam je la.... 

bila nenek dah habis chemo, saya urus nenek saya kat umah. nenek bukannya xmampu buat apa2, tenaga nenek masih ok lagi, cuma nenek lupa2... jadi saya yang pastikan nenek akan amek ubat kencing manisnya dan tolong adjust amount insulin yang nenek kena amek. acu dah tolong waktu pagi, saya tolong adjust insulin untuk nenek tengah hari dan petang. kadang2 ganti dengan mak.

semalam saya teman nenek untuk cek darah dan air kencing. cek ni untuk next chemo that should be done today. saya punya la menolak dalam diam. rase macam xpuas hati pulak, nenek kan mak mak saya, nape pulak saya yang kena buat semua ni? asek la bising xnak hantar nenek dalam hati ni... tapi, paksakan diri. dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

hari ni saya hantar nenek pergi ct scan, sepatutnya chemo kena buat jugak, tapi atas alasan tertentu, nenek xdapat buat hari ni. ni lagi la saya takut. bila dah takut, mula la fikir bukan2 sampai la dalam hati marah2 mak, astaghfirullah... teruk betul jadi anak.... 


ct scan, tada!!! (ihsan inchek google)


kat ct scan suite, saya jumpa ramai orang.... dan memang, makin luas pandangan kita, makin banyak kita boleh belajar dan amek pengajaran... betapalah ramai yang sakit dan memerlukan ct scan. kebanyakannya sudah tua. sudahla tua, tiada kudrat, Allah uji lagi dengan sakit.... Allahu akbar! teringat saya dengan hadis Rasulullah S.A.W:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).




selalunya, kita yang muda2 ni, akan cakap, "alah, kita ni muda lagi, time ni la nak enjoy, tua2 nanti la baru nak taubat..." cuba bayangkan, di saat kita muda, badan masih sihat dan cergas, kita lalai dan alpa, bila dah sakit dan tiada tenaga masa tua, baru nak ingat Tuhan? barulah nak cek solat kita sempurna ke x, bacaan kita macam mana, barulah nak terhegeh2 belajar banyak perkara di saat mata kita sudah kabur dan badan sudah sakit2? 

sungguhlah, nabi dah pesan, engat mati tu akan membunuh rasa kita untuk melakukan maksiat dan membunuh rasa malas untuk melakukan kebaikan... ziarah orang sakit dan orang yang mati memang akan menginsafkan kita. Allah boleh tarik nikmat sihat dan hidup tu bila-bila masa sahaja..... dan in sha Allah, hati kita akan lembut dan senang menerima kebenaran. hati akan sibuk untuk diisi dengan ibadah dan bila kita dah banyak mengingati Allah... hati ini pasti akan tenang..... 

rasa insaf memang menyelubungi diri... mana xnya, kalau tiba2 kita dipanggil Allah, dan pada masa tu kita dalam keadaan lagho? Allahu ruginya...... tiada lagi peluang untuk kita bertaubat dan untuk beribadah lagi... sedang kita ini Allah tidak pernah xberi peluang untuk kita untuk terus-terusan beribadah pada-Nya...

apa lagi jat yang ko dapat? hurm... saya rasa saya lebih kurang merungut dan saya mahu sayang nenek saya lebih lagi lepas ni. dan hubungan saya dengan acu makin baik sebab masuk sekolah menengah, saya jarang bercakap dengan acu saya.... ada hikmah yang saya dapat untuk peristiwa nenek sakit... alhamdulillah... 

hati ini nak berbisik lagi: Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah yang mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka bahagia ketika menyambut kelahiranku.... ikhlaskan lah hatiku tatkala aku ingin membantu mereka.... permudahkanlah segala urusan kedua ibu bapaku.....




2 ulasan:

  1. Ko sebut ct scan, aku teringat cik syam cendawan tpu..

    "ct scan? Siti zubedah saya tahulah"

    Takpe jat, ni semua gcap versi rumah. Training jadi sabar dan kawal nafsu. Juga training jadi nurse dan orang rumah yang berjaya.

    Khidmat ngan orang tua ni memang power dan dahsyat.

    BalasPadam
  2. hehe, saya memahami perasaan ijat, yg kebosanan tu, coz sebulan sy duduk berteleku kt wad menemani mak. Memang banyak sangat pengajaran yang saya dapat, selama berada kat hospital ijat. tengaok kehidupan manusia, manisnya kasih sayang, dugaan dalam hidup, yang muda hanya menunggu masa nyawa diragut oleh penyakit yang tiada ubat, org bunuh diri terjun dari bangunan hospital, ba......nyak sangat ilmu yg saya dapat, ijat. sal nenek tu, cuba banyakkan sentuhan, urut2 nenek. I.Allah, nenek akan lebih cepat sihat.semoga tabah dengan ujian. :-)

    BalasPadam