Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

pernahkan kita bersyukur? sejauh manakah tahap kesyukuran kita? Qannah kah kita? bersyukur di kala rezeki yang sedikit dan bertambah2 kesyukuran di kala rezkinya bertambah...

sungguh saya xboleh nak sambung tidur di saat saya memikirkan kecukupan duet saya untuk meneruskan hidup di saat saya meneruskan rancangan untuk minum Herbalife.... sedangkan saya masih tidak bekerja dan masih punya lebih 8 minggu untuk tamat sem akhir... betapalah sesak nafas memikirkannya.... duet di bank adalah sedikit, tapi mahu meneruskan hidup, saya tidak tahu...

dalam ketidakketahuan itu, saya berfikir, kita selalu tanamkan dalam diri kita yang Allah bersama kita. tapi sedar atau tidak, sejauh mana tahap keyakinan kita kepada Allah itu? serendah tanah di bumi atau setinggi langit ke-7? dan semua orang tau betapa orang2 beriman itu yakinnya pada Allah itu sangat tinggi dan hatinya sentiasa terhibur kerana Allah ada sebagai pembantu, janji2 Allah itu benar. apa2 yang Allah katakan dalam al-Quran itu benar.... ya Allah......

betapa saya bodoh kerana saya tidak yakin Allah itu si pemberi rezki.... tersentak saya seketika di pagi hari. terus bangkit dari tidur dan buka tv, tengok motivasi hari tentang kaya yang paling kaya tajuknya. memang kena pada tajuknya kat saya dan akhirnya saya dapat tenangkan diri. kenapa kita meletakkan pergantungan kita pada manusia sedangkan Allah itu Maha Kaya, pemurah-Nya Allah itu lebih tinggi daripada manusia yang suka menderma. 

saya perlu berubah, saya rasa selama ini saya tidak letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah... Tuhan, betapa saya menzalimi diri sendiri..... dah bernafas selama 22 tahun di muka bumi Allah, masih tiada kesedaran.... Ya Allah.... ampunilah~~

sekarang sudah 1434H, maknanya sejak dilahirkan pada syawal 1412H bilangan syukur saya tu masih tidak dapat menandingi nikmat yang Allah beri..... 

mari mulakan langkah baru... letakkan pergantungan yang tinggi pada Allah... tenangkan hatimu, kuatkan azammu langkah dengan penuh yakin kerana Allah sentiasa di sisimu memerhati dan mengawasi mu.... bergembira dan bersyukurlah dengan rezeki yang Allah beri... engatlah Allah setiap masa.....

salam maal hijrah 1434H

hati ini nak berbisik lagi: Tuhan, berikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan