dah lama xupdate blog kan?
kalau kat kolej line xbagus, jadi malas mahu update,
da ada di rumah, rasa seronok sangat, jadi malas juga nak update...
haish, ijat2..... =.='''
mari kita kongsi tentang wanita solehah.....
mungkin xbanyak, tapi insya Allah mungkin membantu ^^
saidatina Fatimah r. anha berkata:
" wanita yang solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali,tidak suka memandang dan dipandang,di bibirnya tidak meniti nama2 lelaki dan di bibir2 lelaki tidak meniti namanya"
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
dan kita semua tahu, wanita adalah perhiasan dunia, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah....Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
yang cintanya milik Tuhan-Nya, yang rindunya untuk Rasulnya..... yang tertib tutur kata dan akhlaknya, apabila rakan-rakannya mendekatinya, mereka merasa senang, tiada gundah kerana kata-kata nasihat dan semangat diberi sebagai pasak yang kuat untuk jiwanya
sedang saya ini, masih jauh perjalanan nak menjadi wanita seperti itu, terkadang cemburu melihat kawan2 yang semakin hari semakin baik jiwanya, suci akhlaknya, batas pergaulannya terjaga...
sungguh saya mahu jadi seperti itu
ya Allah, permudahkanlah hamba-Mu menjadi wanita solehah yang jauh lebih baik daripada bidadari syurga-Mu.......
terima kasih inche gugel ^^ |
hati ini mahu berbisik lagi: minggu depan ada 3 paper menanti, doakan kejayaan saya... insya Allah doa buatmu ada juga..... ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan