Isnin, 18 Jun 2012

Peneman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 


Sungguh saya xsuka bila perasaan ini datang kembali…. Sangat menyesakkan dada, macamla dah di pengakhiran dunia…. Bagus sangat ke bila da berpasangan? Perlu ke rasa kasih sayang yang tanpa ikatan yang sah? Bukan ke sia2? Padahal bukan ada calon lagi pun….. hesh….. kurang2kanlah rasa gatal tu jat….. pekse2!!!! Hehe…… 


Bantulah aku ya Allah, sungguh aku ini lemah, 
Bantulah aku menghadapi semua ini 
Palingkanlah aku daripada mimpi2 indah yang hanya mengecewakanku pabila bangkit dari lena 
Palingkanlah aku daripada cinta yang sia2 
Kerana cinta-Mu Tuhan, lebih bermakna, lebih berharga dari seisi dunia 
Kerana cinta terhadap teman2 seperjuangan itu lebih memberi pahala 
Jika kami berkasih atas nama-Mu ya Allah 
Biarlah cinta terhadap seorang kekasih itu hanya milik-Mu 
Biarlah rinduku ini hanya buat-Mu 
Hilangkanlah rasa sepiku ini Tuhan 
Cukuplah Engkau sahaja buatku 
Sebagai peneman sepanjang perjalanan…. 


hati ini nak berbisik lagi: bila awak dapat berita gembira, saya rasa sangat terharu dengan perkhabaran itu tahu? ^^

Sabtu, 16 Jun 2012

Tentang wanita

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


dah lama xupdate blog kan?
kalau kat kolej line xbagus, jadi malas mahu update,
da ada di rumah, rasa seronok sangat, jadi malas juga nak update...
haish, ijat2..... =.='''
mari kita kongsi tentang wanita solehah.....
mungkin xbanyak, tapi insya Allah mungkin membantu ^^


saidatina Fatimah r. anha berkata:
" wanita yang solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali,tidak suka memandang dan dipandang,di bibirnya tidak meniti nama2 lelaki dan di bibir2 lelaki tidak meniti namanya"



"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
dan kita semua tahu, wanita adalah perhiasan dunia, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah....    
yang cintanya milik Tuhan-Nya, yang rindunya untuk Rasulnya..... yang tertib tutur kata dan akhlaknya, apabila rakan-rakannya mendekatinya, mereka merasa senang, tiada gundah kerana kata-kata nasihat dan semangat diberi sebagai pasak yang kuat untuk jiwanya


sedang saya ini, masih jauh perjalanan nak menjadi wanita seperti itu, terkadang cemburu melihat kawan2 yang semakin hari semakin baik jiwanya, suci akhlaknya, batas pergaulannya terjaga...
sungguh saya mahu jadi seperti itu


ya Allah, permudahkanlah hamba-Mu menjadi wanita solehah yang jauh lebih baik daripada bidadari syurga-Mu.......


terima kasih inche gugel ^^


hati ini mahu berbisik lagi: minggu depan ada 3 paper menanti, doakan kejayaan saya... insya Allah doa buatmu ada juga..... ^^

Rabu, 6 Jun 2012

short vacation..

Assalamualaikum warahmatullah...


disebabkan budak2 MTM dah xtahan menggila di kolej, saya dan eyna pun buat keputusan nak gembirakan hati mereka...
cukuplah dengan segala dugaan buat MTM, walaupun presiden suruh bertahan, rata-ratanya sudah ramai yang hampir rebah...
saya? sayalah yang sudah menyembam bumi
assignment bertimbun, tambahan lagi setiap malam ada diskusi, 
bila pres kata ada meeting je, mahu maki je, nasib Allah dan iman tu masih lekat di dada
jadi....
lepas beberapa kali musyawarah dan ada sedikit rebutan kuasa kat sini (hahah.... xperlu diceritakan di sini :p)
isnin lepas kami bertolak ke PD, walaupun ramai yang xdapat pergi, cukuplah sekadar menanam memori terakhir bersama budak2 MTM, ada yang akan pergi, walaupun ada yang stay, pastinya tidak sama lepas ni.
saya pun baru je habis buat lab report untuk hantar pada hari isnin dan selasa, memang la letih tahap dewa, suruh paan yang drive, sepanjang perjalanan tu susahnye nak layan nizam yang sangat hyper nak cerita itu dan ini...
"layankan je kak," kata paan....
ibu n meema da layan perasaan kat sebelah saya.....


paling best acara true or dare lepas makan, banyak kepada sesi luahan perasaan,
paling xsyok bila saya ditanya mengenai lelaki pilihan hati dalam kalangan MTM, bukankah itu sesuatu yang memalukan dan payah untuk disebut? dan saya tahu, pilihan saya itu hot orangnya, jadi, saya undur diri awal2 sebab ramai sungguh yang minat kat dia.... heheh (carik calon laen jom!)
dan xsangka ada juga yang pilih saya yang serba serbi kurang ini sebagai calonnya...
sungguh saya terharu....
bila paan kata saya ni kakaknya yang caring, hati ini lagi terharu...
xpela, nanti kalau ada duet, akak belanja awak ye? hehe... >.< 
dan di tepi pantai itu, banyak perkara yang dibincang dengan adik hykers, 
katanya, "kak, kalau masa depan tu gelap, pandanglah ke belakang," 
"tapi belakang pun penuh dengan gelap jugak ma," 
"kalau begitu pandang tepi, mungkin ada cahaya"
hendak gelak, tapi betul juga, saya terlalu fikirkan masa depan yang menakutkan dan terlalu takut untuk melihat masa lalu sampai saya lupa dengan sekeliling saya.....
punyala lama berborak dengan ma sampai arep datang tegor
"lama sangat korang kat gigi air ni, apa jela yang diboraknya?"
haha arep jeles..... nak kitorang berborak sama kah?
dan malam tu tidur dengan nyenyaknya sebab terlampau letih....


tiada majlis penutup untuk program, sekadar berlari2 untuk ke kereta sebab hujan turun membasahi baju, xsempat pun nak amek gambar same2... (yeye je soh pakai baju yang sama waktu pergi sebab nak amek gambar :p) yang paling best mak paan sediakan sarapan, Alhamdulillah rezki waktu pagi.....
bila pulang, semua tidur kecuali yang drive, kasihan ya? haha.. maafkan kami....


dan itulah short vacation yang terindah sebab semua dapat berkumpul bersama, bukan senang nak jumpa lagi lepas ni.... (alamak sayu pula tibe2)


Sunset di PD, cantikkan? subhanallah.... (panjat pokok tau nak tangkap gambar neh... haha :p)






hati ini mahu berbisik lagi: jika awak tiada sem depan, sendulah hati ini......