Sabtu, 12 Mei 2012

bila pelangi tu hilang lagi...

assalamualaikum....


Maafkan saya hati sebab saya mungkir janji
haritu saya dah janji nak cerita yang indah2 je kan kat blog?
sungguh kalau Allah nak uji tu, pelangi yang indah akan bertukar ribut yang ngeri
sungguh hati ni tersayat  bila tengok markah test 2 applied genetic molecule
itulah yang saya harapkan nak dapat markah tinggi,
tapi itulah yang terendah setakat ini....
pada shirin dan ashraf saya kabarkan berita duka
semuanya suruh tenang, bersabar dan bangkit semula
sungguh, Allah, famili dan teman adalah pemasak saya
kaki ini sudah longlai dihambat mimpi ngeri
bilamana markah sudah membayang
pasti tiada dekan lagi untuk kali ini
teman saya pernah membidas
"ah ijat, apa sangat yang dikejar pada pointer tu?"
pointer tu bukan untuk saya
tapi hadiah yang bernilai buat ibu bapa
yang penat membanting tulang menyara
mencukupkan keperluan yang ada.....


perlu bangkit lagi untuk teruskan perjuangan
Ya Allah, bantulah hamba-Mu....
sungguh hati ini lemah sangat2


hati ini mahu berbisik lagi: adik hykers, saya sudah mungkir janji untuk bercerita khabaran indah untuk semua sahaja......

1 ulasan: