Ahad, 6 Mei 2012

bila pelangi tu datang dan pergi

Assalamualaikum


da lama dah xpost benda baru kat blog... post benda yang berfaedah apatah lagi.... mana ikrarmu jat? kata mahu jadi muslimah yang berfaedah kepada umat islam yang laen? =.='''


sungguh sem ni adalah sem yang paling dahsat yang pernah saya alami. dengan tugasan dan tanggungjawab yang datang bertali arus, kadang2 saya lemah untuk mengayuh. orang kata pelan2 kayuh, tapi kudrat itu tiada. alhamdulillah Allah, famili dan teman menjadi pasak yang kuat untuk saya terus menongkah arus.
mujurlah xramai yang baca blog saya....
sahabat saya F pernah cakap, "blog ijat berat sangat, aku nak baca blog santai2 je..."
xpela, lain orang lain rasa dan pendapatnya...


ujian Allah datang silih berganti, nak mantapkan iman dan kuatkan hati. hati saya sering tertanya, mengapa diri ini tidak sekuat dulu, begitu banyak rungutan dan keluhan...
jika air mata, usah dikata.... mahu bergelen-gelen yang keluar sem ni
mungkin saya sudah tidak seperti dulu, semakin lagha, ibadah kurang
usia kian meningkat, tapi amal? 
bila susah barula Allah dicari...
sahabat A cakap kat saya "xpe jat, sekurang-kurangnya kau cari Allah saat kau susah, masih mengingati-Nya"
betullah, tapi sampai bila harus terusan begini?
sudah mahu 22 pada esok hari....


semoga amal ibadah tu kian bertambah
seiring dengan perjalanan usia
semoga famili dan sahabat
masih setia menjadi pemasak 
saat diri ini lemah lututnya
bergenang air matanya
pilu hatinya
semoga hati ini berterusan mengingati Tuhannya
yang tiada dua baginya
di kala suka dan duka




hati ini mahu berbisik lagi: kalau hati sudah berkenan, apa yang mahu saya lakukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan