Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..
Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah….
Ffffuuuuuuuuhhhhhhhh ( tiup habuk…. Heheh) Banyak benor sawang kat blog neh….. Hehe… lame benor teman xtulis pape….. selalu je jengok tapi malas nak menaip….. haha……. Banyak even jadi lately….. Semangat tu ada, tapi bila nak menaip….. hehe…. =.="""
Hhmmmm berbalik pada entry, baru2 nih ada kawan ceritakan masalah dia. Dan saya rasa macam xcaye tulah kehidupan yang dia lalui….. Di sebalik muka dia yang sentiasa tenang, rupenya, ada masalah dalaman yang hebat yang dia bawa. Xperlula saya ceritakan kat sini.
Bila saya fikir dalam2, sebenarnya, kita hidup nih ada jalan cerita masing2. Semua mengalami benda yang sama, ada suka dan duka, cuma jalan cerita yang berbeza. Semua memang sedia maklum yang Allah akan uji hamba-Nya mengikut kemampuan mereka sendri. Allah tahu sejauh mana tahap kita. Allah mengerti segalanya kerana Allah itu Maha Sempurna kan?
Kadang2 kita selalu rasa yang diri kita nih da cukup susah, sedangkan kita xperasan ada orang yang lebih susah hidupnye dari kita. Kita selalu pandang rendah kat diri sendiri sebab ada orang lebih berjaya daripada kita, tapi kita lupa, yang gagal teruk daripada kita tu lagi ramai. Selalula memandang ke bawah, supaya kita lebih bersyukur dengan apa-apa yang kita ada. Supaya menjadi motivasi pada kita untuk gerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Sekali sekala tidak mengapa, sebagai pesanan buat diri supaya sentiasa beringat yang langit xselalunya cerah. Pasti ada mendung yang datang. Tapi jangan lupa, Allah ada sediakan pelangi untuk menceriakan hari……
Kita ada jalan hidup sendiri. Xkan nak sama dengan orang lain, xthrill la cenggitu….. haha….. memang sakit kalau da ada kat puncak, tetiba Allah tarik nikmat tu dan kita jatuh ke bawah. saya pernah rasa, saya pernah alami, dah lama saya memendam rasa. Dan Insya Allah sem ni saya nak bangkit semula. Nak berjaya macam dulu. Zaman tu memang da lama sangat berlalu. Da lama sangat mak dan ayah saya xdengar khabar gembira anak daranye neh dapat result baguih. Da lama sangat. Walaupun mereka tetap beri sokongan, rasa bersalah tetap ada sebab saya antara yang cemerlang dalam adik beradik. Saya terlalu lama memandang belakang dan menyesali tindakan yang saya buat.
Jalan yang dipilih akan tentukan hidup kita. Sekarang ni hidup saya masih mengejar cinta, cinta yang kekal. Kadang2 tu putus asa la jugak, sebab diri nih xkuat iman. Tapi saya lupa, Allah tetap dengan janji-janji-Nya. Dengan janji-janji Allah tu, saya bangkit balik.
Sekarang ni pun tewas lagi. Besela rase malas tu ada je nak kacau. Jiwa kacau nih asek merusuh je sampai da xlarat. Perlu ke saya nak isi hati saya dengan cinta berlainan jenis sedangkan akal dan iman saya mengatakan tidak? Perlu ke saya rasa keyakinan diri akan bertambah jika ada lelaki ajnabi yang menyukai saya? Perlu ke saya rasa begitu sedangkan cinta Allah itu lebih sempurna dan mengisi keperluan hati? Saya pelik dengan diri saya sekarang. Bersungguh benar nak bercinta. Konon macam da sedia. Saya akui, fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi itu ada. Saya nak simpan perasaan ini jauh2, tapi bila perasaan tu wat rusuhan, benteng iman saya tu pecah gak cam pintu bhep UPM yang pecah kena rempuh tu…. Hehe….. gurau je…..
Mak da bagi green lite untuk cari calon,(nanti saya cerita…. Hehe) tapi saya xberani nak mulakan langkah. Saya takut cinta yang bertepuk sebelah tangan sebab cinta tu sakit. Saya da pernah rasa. Saya takut nak mencuba sebab takut Allah xrestu cinta tu dan jadi sia2 je. Biarla saya berseorangan. Kawan2 saya pun cakap macam tuh. Fikirkan pasala hal jodoh, memang sakit hati. Sebab saya hanyalah perempuan biasa. Lelaki xpandang pun. Tapi tu yang bagus kan?? Hehe…… terpelihara sikit. Alhamdulillah… Yang penting Allah ada. Family dan rakan2 masih ada menemani saya. Iman saya masih ada untuk saya teruskan hidup. Xpayah kita fikir berat2 sebab semua tu di tangan Allah. Biarlah Allah dengan kerja-Nya dan saya teruskan hidup dengan menjadi hamba-Nya. Hamba yang ingin menjadi yang terbaik pada setiap hari…
Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.
Semoga Allah merahmati dan melindungi kita selalu……
Amin~~~~ ^_^
hati nih nak berbisik lagi : tolong nasihatkan saya boleh?????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan