Rabu, 29 Disember 2010

Jawa Oh Jawa!!!!

Bismillahirrahmanirrahim……

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……

Alhamdulillah dan selawat dan salam buat Rasulullah dan seluruh umat Islam……..

Alhamdulillah masih bernafas dan diberikan peluang untuk beramal lagi……

Disebabkan facebook saya yang ada gambar onew yg cumil tu da kena blok (huhu….. tula seronok sangat nak tulis komen satu saat=satu komen) kat blog je la tempat nak update status? Hahaha….. xdela nak isi mase lapangla gamaknye…… napela kena blok? Suramla hari2 ku….. T_T

Oklah, nak citer pasal jawa hari nih…. Hahah….. sape yang rapat dengan saya akan tau saya nih keturunan jawa. Memang jawa pekat coz mak ngan ayah saya dua2 jawa. Dan dalam lineage dua2 parents saya, xde istilah lain melainkan jawa je. Sesungguhnya saya memang jawa tulen… haha….. ^_^"""

Tapi orang selalu keliru. Yela bila baru kenal saya, saya neh memang suka cakap stail perak, kadang2 belah utara pun saya guna even xbetol…. Hahhaha……. Kamu tau dok seghonok cakap dialek perok neh….. macam awie kat cter zombie kampong pisang or hantu kak limah balik rumah…. Gitule….. hehehe…… hakikatnye saya nih orang jawa. Bila Tanya saya orang mana, saya cakap saya nih orang Klang, Selangorla en??? Musti dorang xcaye… saya bukan xmo guna dialek lain, tapi guna dialek Kelantan buruk beno bunyinye bila saya yang bercakap, nak guna dialek oghang nogori, agla xreti…. So yang saya khatam sekarang neh dua dialek tu je la….. lagipun ramai kengkawan saya yang guna loghat utara.

Hahaha, back to the road that I taken. Semua orang akan cakap kaum masing2 adalah unik. Masakan kitalah yang special. Memangla, sape lagi nak puji kalau bukan kita sendiri ye x??? memang saya akui jawa nih unik….. tengok nama je da tau yang dia orang jawa. Hahaha….. sikit punya sedap nama anak, tapi bila tengok nama bapak, kompom la ko anak jawa….. pastu bila cakap bese2 pun, bila tertebal huruf b dan j, ada kemungkinan yang kamu ni jawa. Lagi satu, bila awak cakap dengan dia, tetibe dia menggunakan word anu, tu bukan bermaksud dia mencarut, (jangan sesekali double meaning ok???) anu tu lebih kepada bermaksud benda atau sesuatu. Contoh :

"nak masak megi nih tapi anunye mane? Alah yang tempat nak letak megi tulah,"

Maksud ayat neh, orang tuh nak masak megi dan nak guna sumthing macam mangkuk ke periuk ke, memang kalau orang jawa terlupa words yang dia nak guna untuk barang, dia akan ganti words tuh dengan perkataan anu sampaila dia engat nak sebut benda yang dia nak. Dan saya ulangi sekali lagi jangan sesekali double meaning okay?? dan lagi satu kitorang suka guna perkataan "kok" dan "-nye". Yang tambah dahsat, kadang2 satu kampong pun, kitorang boleh guna terms yang berbeza untuk sesuatu barang. Besela kadang2 kat tempat lain, lain tempat lain dialek ye x??? lebih kurang camtu la…..

Tapi jarang da orang jawa menggunakan bahasa jawa bila bercakap. Terutama generasi sekarang. Saya sendiri guna certain2 terms je, tapi bila orang cakap jawa, saya paam la. So bila nak mengumpat pasal saya jangan guna bahasa jawa, inggeris, apatah lagi melayu. Hahaha insya Allah saya faham. Sila guna bahasa lain cam bahasa Sarawak ke, mandarin ke dan lelain yang saya xsebut. Selalunya orang2 tua je yang masih guna bahasa nih. Kalau awak pergi rewang (gotong-royong) kenduri kawen, memang awak akan xpaam sepatah haram pun even awak nih orang jawa tapi jenis yang xmo amek tau pasal bahasa kaum sendiri. Nih sebab mak cik2 tu sebok dok sembang dalam bahasa jawa. Seronok bila dengor deme2 nih bercerita, usik mengusik…… hahaha……. Selalunya bila saya jumpa orang muda yang baya2 saya dan berketurunan jawa, rata2nya xreti guna bahasa jawa. Lagi2 kalau bapaknye yang berbangsa jawa. Kalau maknye yang berbangsa jawa, insya Allah ada harapan faham. Hahaha, ni memang pemerhatian saya. Dan saya buat kesimpulan, selalunya mak akan mempengaruhi loghat apa yang kita akan guna. Sebab mak yang didik dan besarkan kita. Anda perhatikanlah sendiri. Saya memang da lama wat pemerhatian nih dan result dia selalunya macam tuh.

Okai, masuk bab masak2, kalau anda semua nak tau, orang jawa suka masakan pedas tapi manis. Xmacam kebanyakan orang Kelantan yang suka masakan manis sahaja atau orang negeri sembilan yang suka masakan pedas sahaja. Kalau kami, kami gabungkan dua2. Selalunya masakan macam nih anda kan jumpa dalam sambal. Dan untuk pengetahuan anda, sambal orang jawa sangat2 berbeza dengan sambal orang melayu. Sambal orang jawa selalunya berwarna merah gelap. Tu tandanya kami masak sampai cilinya betul2 masak. Kalau orang melayu masak sambal, selalunya sambal mereka berwarna merah terang. Cekla sendiri kalau awak xpercaya. Mula2 saya xcaye apa yang mak saya bagitau, tapi bila buat pemerhatian, memang betul pun. Selalunya masakan ni yang membezakan orang tuh jawa ke bukan. Kecuali orang tu belajar masakan dari orang jawa. Hehehe…

Lagi satu yang anda akan perasan, kalau bab2 kenduri kahwin. Sepanjang yang saya hadiri, selalunya belah pantai barat yang orang2 jawa duduk, memang meriah dengan makanan dan memang sangat mementingkan keselesaan tetamu. Orang jawa memang sangat menitik beratkan bab2 menyambut tetamu. Maaf kalau ayat2 saya menyinggung perasaan anda. Tapi kalau belah2 utara dan pantai timur, selalunya kenduri kahwin mereka memang simple. Kadang2 satu meja hanya cuma disediakan 4 pinggan dan 2 cawan. Kena berkongsi. Ada pulak cuma sediakan kerusi je, meja xde. Pastu tengah panas terik boleh2 je xpasang kipas. Orang nak makan berpeluh2. Da la susah nak makan, badan memang xselesa sebab berpeluh tahan panas dan pedas makanan sekaligus. Peristiwa nih berlaku dekat pantai timur. Tula pengalaman saya. Saya xtipu dan memang tulah yang terjadi. Tapi saya xmenuduh semua begitu. Mungkin ada yang ambil berat pasal benda nih. Cuba anda compare ngan sambutan kat pantai barat, memang kadang2 nampak membazir, tapi tetamu selalunya puas hati. Makanan cukup, selesa pulak. Dan satu budaya orang jawa, selalunya bila orang yang rewang atau sedara mara yang rapat, kami akan dibungkuskan lauk2 yang ada pada kenduri untuk dibawa pulang. Benda tuh kami panggil berkat. Memang aka nada AJK membungkus makanan. Tapi benda nih jarang jadi kalau orang tuh buat reception tu dekat dewan. Benda nih dekat rumah2 yang wat kenduri kawen la. selain tuh, kitorang ada salam tempel. Tataula tempat lain namenye apa. Sebab orang jawa nih lain tempat lain terms dia. Selalunye benda nih berlaku lepas orang tuh makan, nak balik, jumpa mak dan ayah pengantin dan salam tuh bersama duit. Kira macam penghargaan buat keluarga pengantin sebab da jamu makan.

Tula serba sedikit bab2 orang jawa. Kepada sesiapa orang jawa yang nak tambah, silakan, gtau je kat saya kat ruangan komen. Sangat dialu2kan.

Ok, kita masuk bab terms yang orang jawa guna, kira cam pengetahuan tambahan untuk korang sume……

  1. Jangan : masakan sayur
  2. Bening : sayur yang dimasak air
  3. Keloloden : tercekik sebab benda yang panjang macam sayur
  4. Geseng : hangus
  5. Seret : tercekik makan
  6. Babat : perut lembu
  7. Gori : nangka muda yang dibuat sayur
  8. Tanek : da masak
  9. Pondo : umbut kelapa
  10. Iwak : ikan

Ha cukupla sepuluh tu dulu. Bab makan tu. Siket je pon. Banyak lagi. Lenkali la yea???

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi kita selalu. Amin~~~~ ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan