Bismillahirrahmanirrahim…..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, segala puji dan puja untuk Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah serta umat Islam di seluruh dunia tidak kira yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Sangat2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meluahkan rasa hati.
Aha….. Masok tajok entri saya untuk kali neh. Semua orang yang mengenali saya akan tau tudung yang saya pakai jenis apa?? Jenis labuhkan??? Xlah labuh sangat seperti para akhowat. Bidang tudung cuma 50. Dan bila pakai tudung labuh je, mula la nak label saya budak baik…. Haha…. Tahukah anda? Kadang2 cara anda melabel itu membuatkan ramai orang tertekan. Cuba kita letakkan diri kita sebagai orang yang xbertudung, (maaf kalau ayat2 saya selepas ini membuatkan anda sakit hati, tapi ini sekadar apa2 yang saya dengar dan kadang2 benda nih terlintas dalam hati saya) pasti akan ada je komen
"esh, bukan dye dulu bertudung ke??? Nape plak dye xpakai?? Trokla minah tue….. "
xpun cam ni
" da besar pun masih xpakai tudung lagi ke??? Xsedar diri betol!"
even ayat anda bukan macam ayat saya yang da saya nyatakan tadi, tapi kalau anda mengutuk orang tu, same je la……
Ok, cuba kita letakkan diri kita dekat orang yang pakai tudung, tapi cara menutup auratnya tidak sempurna. Ayat kita mungkin begini
"haish, pakai tudung, tapi baju ketat, baik xyah pakai tudung!"
"alamak, da comel da bertudung, tapi pakai lengan pendek…… terokle….."
Sekarang kita masuk situasi orang pakai tudung labuh;
"harap je pakai tudung labuh, tapi mulut…… cam LONGKANG!!!!"
"harap je pakai tudung labuh, kapel gak…. Bek cam aku neh, pakai tudung bese2 je xkapel…. Huh!!!"
Banyak betolkan situasi yang kita mengutuk orang??? Macam kita jelah yang betul semuanye, kita jelah yang baik….. kita je yang terror bab2 nak hukumkan orang ni….. tapi kita sedar x kadang2 kita pun terlibat dalam situasi macam tu?? Bukan selalu kita nih baik….
Saya ambil tajuk ni pun sebab saya da selalu sangat dengar orang yang mengata pasal orang pakai tudung labuh. Orang yang xpakai tudung labuh, jarang sangat kena. Orang tudung labuh ni pun manusia gak sayang, bukan malaikat yang memang xde nafsu dan terpelihara dari buat dosa. Apa2 amanah yang Allah bagi, dorang akan laksanakan dengan baik dan sempurna. Saya pernah terbaca satu artikel dekat facebook pasal orang yang bertudung vs free hair. Memang banyak lah komen2 sampai nak bertikam lidah pun ada.
Dan bagi saya ada 2 je sebab orang2 yang kita label kat atas nih terjadi
- Orang tuh xsedar lagi kepentingan menutup aurat dan kewajipan sebagai seorang muslimah
- Orang tu pun manusia gak
Ok, masuk reason yang pertama, orang tuh xsedar lagi kepentingan menutup aurat dan tatacara seorang muslimah. Cuba kita renung kembali diri kita nih, aku nih da sempurna ke tutup aurat???? Bila kita cek2 balik, Alhamdulillah sempurna dari atas sampaila ke bawah. keluar pakai baju xketat, pakai tudung labuh tutup dada, stoking pun kita pakai….. cukup sempurna. Kita kena lihat cara kita bergaul, elok ke tidak???? Kalau dok tepuk tampar dengan budak laki, elok ke??? Kalau mencarut je kejenye, elok ke???? Buat checklist dalam diri, muhasabah selalu, insya Allah, kita mampu menjadi muslimah sejati.
Kadang2 apa yang kita lihat, xboleh terus hukum kesalahan orang tuh. Kalau kita nampak orang pakai tudung labuh, tapi perangai xelok, mungkin ada perkara yang kita xtau. Contoh, memang dari kecil lagi dia dah diasuh bertudung labuh tanpa diberitahu apa yang tersirat di sebalik tudung labuh, dan persekitarannya mungkin menyebabkan dia berperangai kurang sopan. Jadi, kita kena lebih berhati2 melabel orang. Kita tengok pulak orang yang xpakai tudung, jangan labelkan dia jahat terus. Mungkin hidayah Allah xsampai lagi padanya. Ada kes lagi dasat, parents dia langsung xbenarkan dia bertudung! Ha, lihat, dasat kan??? Saya juga selalu terbaca pengakuan orang yang xbertudung. Diorang selalu mengatakan dorang lebih baik dari yang memakai tudung dengan alasan perangai diorang lebih terpelihara daripada orang yang pakai tudung. Orang yang pakai tudung kadang2 tidak solat, bergaul dengan lelaki ajnabi lagi dasat dan macam2 lagi. Dalam kes ini, saya setuju dengan penulis artikel tu, dua2 salah. Dua2 masih xsedar kepentingan menutup aurat dan batas2 pergaulan lelaki dan perempuan.
Memang betul dua2 salah. Walaupun orang yang xbertudung mempunyai akhlak yang lebih baik, dia tetap xmenjalankan perintah Allah yang wajib baginya. Allah dengan jelas dan perintahkan kita untuk menutup aurat pada surah an-Nur. Dan bagi yang bertudung dan mempunyai akhlak yang buruk, dia tetap salah sebab dia tidak menghayati kewajipan sebagai seorang muslimah. Dia menutup aurat, tetapi tidak solat. Bukankah dia juga telah melanggar hukum Allah?? Sama besar atau tidak dosa yang dua golongan ini lakukan, biar Allah sahaja yang ambil peranan.
Reason kedua, mereka yang kita labelkan tuh semua manusia. Dorang pun ada gak buat kesalahan sayang….. kalau orang tudung labuh berbicara tentang lelaki yang mereka suka, xkan terus hilang respect? Padahal kita cuma terdengar je apa yang diorang cakap tanpa mengetahui hujung pangkal cerita. Sekali lagi saya tegaskan, mereka tetap manusia, mereka ada nafsu sama macam kita, mereka ada fitrah yang sama macam kita. Cuma tudung mereka yang jauh lebih labuh daripada kita, asal dorang buat silap sikit, terus nak condemn. Bukan macam tuh caranya…. Saya cukup kesian dengan mereka yang bertudung labuh. Pasti dijadikan bahan cerita kalau mereka melakukan kesilapan. Seolah2 mereka ini ibarat malaikat. Padahal dorang tetap manusia macam kita gak. Xde beza pun. Ujian dorang nak pertahankan apa yang dorang ada sekarang lebih berat daripada kita yang berpakaian biasa2 je nih. Diorang terpaksa menahan nafsu untuk berfesyen macam kita. Diorang pun teringin gak pakai baju yang cantik2. Tapi mereka lebih arif dengan hukum Allah. Abeh tu kita neh xbaek ke jat? Sume orang dilahirkan untuk jadi orang yang baik. Selagi kita ikut apa yang Allah suruh, insya Allah betul.
Tapi, apa kata kita berubah? Jadi yang lebih baik?? Kalau sebelum ni baju kita cukup2 di badan, apa kata kita besarkan baju. Pilih saiz yang besar sikit ke ataupun potongan baju yang besar. Kadang2 rasa kelakar bila kawan2 merungut dapat baju yang besar sikit daripada saiz yang dorang nak. Kalau pakai saiz s dapat m, cukup bising. Xsedar badan tuh besar. Lain cerita kalau anda pakai saiz s tapi dapat saiz xl. Tu saya rase memang xpatutla… besar sangat dah. Saya cukup kagum kalau orang dapat pakai baju muat2 dengan badan sampai nampak lekuk2 kat badan tu. Kalau saya da sesak nafas.
Cukupla sampai situ. Saya sangat berharap, kita jadi lebih baik. Xpayah nak sebok2 label orang, doakan dia supaya dia insaf dan berpakaian lebih elok. Kan lagi bagus??? Doakan yang terbaik untuk orang lain. Allah lagi suka kan?? Cukuplah dengan pandangan serong kepada orang yang pakai tudung labuh. Saya pun kadang2 perangai same je, suka label orang. Tu yang saya buat entri nih….. nak sedarkan diri balik. Kita bukan sempurna sebab kita manusia dan yang penting, hamba Allah semuanya xsempurna…..
Maaf untuk semuanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya
Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah selalu…. Amin~~~~ ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan