Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
pada saat daffodil mula melambai pergi
menandakan musim bunga kian berlalu
canola mula berdiri
menumbuhkan si kembang kuning
kemilau warnanya tanda kasih dari Illahi
dan aku berdiri
di antara hamparan canola itu
memerhati
indahnya seni aturan Pencipta
tiada cacat tiada cela
semua berlaku atas izin-Nya
semerbak daffodil telah pergi
namun canola hadir membawa ceria
namun,
hatiku berbisik
duhai diri
ingatkah dikau
perbandingan seorang muslim itu ibarat bunga?
mukmin yang suka membaca al-quran itu
Nabi samakan dengan si utrujjah?
pesona warnanya harum pula
dan mukmin yang tidak suka membaca kitab suci itu
adalah seperti kurma
meskipun lazat,
namun kurang harumannya
dan Rasulullah berpesan lagi
munafiq yang membaca al-quran
ibarat kuntuman bunga
namun pahit rasanya
dan munafiq yang sebaliknya
Nabi menyifatkannya
seperti buah hanzalah
tiada harum
bahkan rasanya pahit!
nah, pilihlah kau wahai diri!
pilihan mana yang kau mahu?
mahu menjadi si utrujjah
ataupun si hanzalah?
dan aku terus termangu
di hamparan kuning canola
-6.43pm-
22 Jamadil Akhir 1435H
23 April 2014
Khamis, 24 April 2014
Jumaat, 18 April 2014
Bulatan Keriangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
ya ini hanyalah bentuk bintang, bukan bulatan :p credit : kak qilah terchenta! |
Tika disapa salam bulatan gembira,
Aku dalam keadaan membazir waktu,
kelelahan yang menyapa atas kelalaian
dek ikutan nafsu
dan aku sambut salam bulatan gembira itu,
dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baru
yang boleh mengisi ruang-ruang lompong
yang sering kali mengganggu
dan aku cuba mengisi ruang-ruang itu
dengan semua isi dunia
ya, seisi dunia ini aku cuba
untuk memenuhi ruang yang lompong
namun
kau tahu apa yang terjadi?
aku bagai menyiram air dalam bekas yang bocor
tidak pernah puas, tidak pernah memenuhi
dan lambaian bulatan gembira itu menggamit kembali
untuk kesekian kalinya,
untuk duduk bersama berdiskusi
kalam cinta Illahi
hadis-hadis Muhammad
kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat
dan kau tahu
di situ kami ditarbiyah
oleh Rabbul 'Izzati
melalui sang murabbi
dan kau akan dapati
betapa halusnya seni
hidayah dari Tuhan
yang menyentuh hati-hati
orang-orang yang mencari
kadang-kadang kau akan rasa
betapa hati kau diketuk bertalu-talu
hanya melalui cebisan-cebisan cerita
mereka yang dicampakkan hidayah
di dalam hati
Maha Suci Tuhan
Si Pemilik sekalian alam
dan kau perlu tahu
hati kau bisa tenang
kerana sepanjang bulatan gembira yang mengasyikkan itu
para malaikat juga bersama-samamu
mengembangkan sayap-sayap mereka
kerana bulatan gembira itu juga majlis ilmu
ya,
dalam bulatan gembira ini kami berukhuwah
dalam bulatan ini kami bermahabbah
dalam bulatan ini kami berkongsi rasa
berkongsi suka duka
berkongsi resepi dan cerita
menyemai cinta Illahi
terus dan terus mencari
redha Illahi
andai salah sorang tersungkur
masih ada sahabat-sahabat lain yang bisa membantu
peringatan demi peringatan untuk diri yang futur
ah, betapa cinta itu adalah suatu nikmat!
untuk mereka yang bercinta atas nama Tuhan
kerana akhowat juga ohsem
walaupun kami memakai skirt ataupun seluar khaki :']
-10.39am-
17 Jamadil Akhir 1435H
18/4/2014
Langgan:
Catatan (Atom)