Bismillahirrahminirrahim….
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…….
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang tanpa-Nya tiadalah kita wujud dan kepada siapa hendak kita bergantung…. Selawat dan salam buat Rasulullah, khatimul anbia yang diri ini sering kali alpa untuk berselawat ke atas baginda…… dan buat seluruh umat Islam yang bernaung di bawah langit Allah dan hidup di atas bumi-Nya….. subhanallah, subhanallah subhanallah…..
Ternyata diri ini tidak sempurna…..
hati oh hati!!!!
ni le novelnya.... best tau!!
Dan tarbiah merupakan salah satu proses untuk cara kita memahami konsep kebergantungan nih. Walaupon saya da lama masok dalam tarbiah, saya masih agak lambat untuk menerima perubahan silap saya mungkin yang selesa pada diri sendiri dan xmau untuk kepada perubahan. Kita tahu perubahan itu menyakitkan tapi percayalah hasilnya adalah lebih manis daripada madu, saya masih dalam proses itu dan insya Allah akan berusaha dalam melakukan perubahan….. cuti2 nih pun selalu je skip mathurat, haish…. =.=" banyak jugakla mutabaah yang tak disempurnakan, tapi insya Allah akan diperbailki dari sehari ke sehari, itu janji saya pada diri, dan untuk sem depan insya Allah kan berusaha terus untuk dapat pointer terbaik, kerana Allah dan ibu bapa….. doakan saya, okai??? Dan kalu boleh, saya mahu ditempat maudu' sebab masih x lagi berupaya ,menarik orang masuk ke alam tarbiah ini, xseperti rakan2 lain yang sebaya saya yang boleh menarik orang ke medan ini, dan saya sangat kagum dengan mereka..... sungguh saya masih x mampu, saya lebih selesa menyampaikan sesuatu dalam bentuk penulisan berbanding dengan percakapan kerana ini cara saya……
Apa yang saya paham, kebergantungan itu bermula dari hati, hati yang yakin sepenuhnya pada Allah, dan dari ibadah wajib ke ibadah2 sunat insya Allah dapat membentuk hati menjadi lebih percaya pada Allah, kerana Allah itu sentiasa ada untuk para hamba-Nya mengadu, tempat luahan rasa yang tepat kerana Allah ada segalanya, kita semua tahu yang Allah itu Maha Kaya bukan??? Mintaklah pada Allah, dan Allah akan tunaikan dalam banyak cara dan pasti ada hikmah yang terselit sekali….. dan jangan mengeluh kalau permintaan kita tidak tertunai kerana mungkin Allah mahu mendengar rayuan kita itu dengan lebih lagi, lebih mantap dan mungkin kita perlu berusaha untuk mendapatkan benda yang kita mahukan…… dan saya ingin ulang sekali lagi, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah sahaja tahu, kerana Allah adalah sebaik2 perencana……
Saya memang sangat2 menggalakkan anda semua untuk baca buku nih sebab memang seronok dan santai untuk dibaca, dan kita xla rugi sangat pon sebab tarbiah hati tetap ada sepanjang plot ni berlaku, ada sahaja peringatan yang disemat memang tepat kena batang hidung kita sendiri, apa?? Xkena batang hidung?? Owh, mungkin kena kat bahu anda semua,… hehehehhe
Kebergantungan kepada Allah adalah penting dalam hidup seorang Islam, kebergantungan itu menandakan kefahamannya dalam agamanya dan perasaan kehambaan terhadap Tuhannya yang Maha Pengasih dan Penyayang, dan tanda keyakinannya yang tinggi terhadap Allah……
Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya….
Semoga kita sentiasa beroleh rahmat dan hidayah Allah yang berterusan… amin~~~~ ^_^