Khamis, 26 Julai 2012

terawikh oh terawikh!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


alhamdulillah, kita da masuk hari ke-6 berpuasa, dah dekat seminggu kan? sekejap je rasanya. dan saya pasti, ramai dalam kalangan kita sibuk mengejar amal ibadah yang pastinya Allah lipat gandakan pahalanya di bulan ramadhan ini.


bila pergi masjid atau surau je, penuh semuanya time isyak dan terawikh, Alhamdulillah, kalau xsunyi sepi je, ramai yang datang imarahkan masjid. terharu rasanya, harapnya istiqamahlah sampai ke bulan2 Islam yang lain. biarlah penuhnya tu, sampai rakaat ke-8 terawikh, lepas tu menderu2 orang balik, termasukla yang menaip ni heheh.... tapi kira bagus kan? harapnya adalah dalam kalangan yang datang tu, terus mencintai masjid. sebab antara orang yang mendapat naungan Allah masa akhirat nanti adalah pemuda yang mencintai masjid.


Ihsan google ^^


tapi yang saya rasa perlu diperhatikan dan diambil berat ialah situasi ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke masjid ataupun surau. pada hemat saya, bagus kita perkenalkan masjid pada anak2 kecil, jadinya mereka akan jadi generasi yang mencintai masjid. tapi yang xbestnya, bila mereka da mula bermain, bising jadinya, menangis xberenti sebab nak perhatian ibu atau ayahnya yang sedang khuysuk beribadah. boleh mengganggu para jemaah yang lain yang turut beribadah sama. bayangkan, di masjid kampung saya, ada budak kecil menangis sepanjang solat isyak dan berlarutan sehingga ke rakaat 8 solat terawikh tanpa henti! macam mana mahu khusyuk solat? 


mungkin saya ini tiada anak kecil, yelah kawen pun belom, tapi ada baiknya ibu bapa yang ada anak2 kecil ini bersembahyang di rumah saja, pahala mengerjakan solat sunat di rumah ternyata lebih besar daripada bersolat sunat di masjid mahupun surau. mungkin kita terikut2 orang yang lebih sukakan bersembahyang terawikh di masjid dan mungkin juga sebab lebih senang kita ikut imam sebab ada sebahagian2 bacaan seperti selawat sebelum setiap solat sunat terawikh yang kita tatau. tapi kalau ikotkan, itu semua kita boleh carikan? entahlah, mungkin saya yang kurang mengerti....


lagi satu situasi ialah saf para jemaah. sukar betul nak dapat saf yang rapat, ada je yang putus. semua nya sebab ada jemaah yang xmahu rapatkan saf. mereka tidak tahu yang ketika solat boleh je nak rapatkan saf. terputus2 jadinya, kan ke xelok? ada pulak yang memang xnak berganjak daripada safnya sebab nak bersama-sama dengan sahabatnya ataupun ahli keluarganya, dikhuatiri hilang nanti. paling2 pun yang pernah lihat sebab tempat dye solat tu dekat dengan kipas ataupun air-cond! jadi tu tempat paling heaven nak solat, sampai lupa yang rapatkan saf tu lebih penting.... Astaghfirullah......


ada juga yang masih kurang peka bab2 jalan depan orang solat dan pijak tempat sujud orang. sebab dosa ye..... sedang hadis nabi pun ada menyebut:


"Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40…….daripada harus melintas di hadapannya. Abu Nadhar berkata: Aku tidak tahu apakah Rasulullah SAW mengatakan 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim"
sedangkan kita nampak orang tu tengah bersolat. ada pulak boleh melintas depan orang sembahyang? jangan la kata anda xperasan... tolong2 la tolong...... jangan nak menderu2 sangat keluar tu.....


sungguhlah, saya ingin sangat menyeru kepada umat Islam di mesia ni, khususnya kaum melayu, nak bersolat jemaah di masjid tu boleh, apa salahnya kita beramal ibadah di rumah Allah kan? xsalah pun... tapi tolong.... tolong jangan selfish...... kalau dah anak anda mencari anda dan berjalan di atas tempat sujud orang di setiap baris saf, bukan dia yang menanggung dosa, tapi anda sebab dia masih jahil, dia tidak tahu dosa memijak tempat sujud orang yang sedang bersolat. rapatkanlah saf sebab tu tanda kita bersatu, banyak kesan baik kalau kita rapatkan saf. penuhkan saf yang kosong. tolong jangan kejar kipas atau air-cond. sebab tu bukan tujuan kita ke masjid. saya tahu panas sebab ramai orang, tapi sabarlah...
biarlah kita pulangnya kita dari masjid bertambah pahala bukan menambah dosa.....
fikirlah~~~


maaflah kalau saya tersilap kata......




hati ini nak berbisik lagi: nak berpuasa kat rumah! wuwuwu T.T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan