Ahad, 9 Disember 2012

sekian lama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

maaf, maaf dan maaf sebab dah lama xupdate blog, terlalu banyak kerja yang perlu dikejar, kadang2 sampai xmampu nak berhenti, tapi bila dah masuk berehat, tidur je... hahaha....

di akhir sem ini terlalu berat ujian saya. jika saudara2 di palestin berdepan dengan ujian berat berhadapan dengan musuh2 Allah yang nyata2 sekali mahu menghancurkan umat Islam, saya di sini struggle berdepan dengan masalah2 hati dan iman yang tiada henti2 mengasak dan menyerang saya dari segenap penjuru...

marilah saya kongsikan beberapa coretan saya yang saya post di facebook, sekadar penghibur dan penguat hati saya agar selalu tabah dan bersabar kerana Allah tu sentiasa ada di hati saya, mendengar segala luahan dan keluhan saya yang selalu xmampu nak megorak langkah.... mari baca... ^^

4/12
bila anda sendirian, rasa macam tiada siapa nak teman,
cakap kat diri anda, "owh, Allah adala selalu~~"

bila anda rasa anda ni xcukup bertuah kat dunia ni
cakap kat diri anda "eh, ada orang lagi susah tahu?"

bila anda rasa payah nak mengatur langkah, 
cakap kat diri anda "bangkitlah sebab org islam xde rasa putus asa"

kalau anda rasa kecewa dengan diri anda sendiri atas dasar musibah,

cakap kat diri anda " Allah tu ada untuk dengar luahan rasa kecewa kau tu, Dia rindu nak dengar doa2 kau"

engat ijat, engat.... Allah tu ada di sisimu selalu~~~ :')





8/12


kadang2 kita rasa kita dah buat benda tu bagus sedangkan orang lain mengatakan tidak, dan kita terlalu ego untuk mengakuinya....

kadang2 kita selalu lihat orang lain tidak sempurna sedangkan orang lain tengok kita dengan perasaan yang sama, dan kita terlalu ego untuk melihat diri kita sendiri

kadang2 kita selalu mengata akan keburukan orang lain sampaikan orang lain meluat dengan umpatan kita, t
api kita terlalu ego untuk sedar benda itu....

maka berfikirlah, sebab Allah dah kurniakan otak untuk berfikir
bermuhasabahlah sebab diri ini tiada sempurna,
bersyukurlah sebab Allah masih memberi peluang untukmu untuk melihat keburukan2mu sendiri.....

peringatan demi peringatan untuk iman saya yang kian lemah








hati ini mahu berbisik lagi: cukuplah Allah sebagai pergantunganku, tempat aku bersujud dan tempat aku mengadu segala permasalahanku... kuatkanlah kami ya Allah...