Rabu, 29 Disember 2010

Jawa Oh Jawa!!!!

Bismillahirrahmanirrahim……

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……

Alhamdulillah dan selawat dan salam buat Rasulullah dan seluruh umat Islam……..

Alhamdulillah masih bernafas dan diberikan peluang untuk beramal lagi……

Disebabkan facebook saya yang ada gambar onew yg cumil tu da kena blok (huhu….. tula seronok sangat nak tulis komen satu saat=satu komen) kat blog je la tempat nak update status? Hahaha….. xdela nak isi mase lapangla gamaknye…… napela kena blok? Suramla hari2 ku….. T_T

Oklah, nak citer pasal jawa hari nih…. Hahah….. sape yang rapat dengan saya akan tau saya nih keturunan jawa. Memang jawa pekat coz mak ngan ayah saya dua2 jawa. Dan dalam lineage dua2 parents saya, xde istilah lain melainkan jawa je. Sesungguhnya saya memang jawa tulen… haha….. ^_^"""

Tapi orang selalu keliru. Yela bila baru kenal saya, saya neh memang suka cakap stail perak, kadang2 belah utara pun saya guna even xbetol…. Hahhaha……. Kamu tau dok seghonok cakap dialek perok neh….. macam awie kat cter zombie kampong pisang or hantu kak limah balik rumah…. Gitule….. hehehe…… hakikatnye saya nih orang jawa. Bila Tanya saya orang mana, saya cakap saya nih orang Klang, Selangorla en??? Musti dorang xcaye… saya bukan xmo guna dialek lain, tapi guna dialek Kelantan buruk beno bunyinye bila saya yang bercakap, nak guna dialek oghang nogori, agla xreti…. So yang saya khatam sekarang neh dua dialek tu je la….. lagipun ramai kengkawan saya yang guna loghat utara.

Hahaha, back to the road that I taken. Semua orang akan cakap kaum masing2 adalah unik. Masakan kitalah yang special. Memangla, sape lagi nak puji kalau bukan kita sendiri ye x??? memang saya akui jawa nih unik….. tengok nama je da tau yang dia orang jawa. Hahaha….. sikit punya sedap nama anak, tapi bila tengok nama bapak, kompom la ko anak jawa….. pastu bila cakap bese2 pun, bila tertebal huruf b dan j, ada kemungkinan yang kamu ni jawa. Lagi satu, bila awak cakap dengan dia, tetibe dia menggunakan word anu, tu bukan bermaksud dia mencarut, (jangan sesekali double meaning ok???) anu tu lebih kepada bermaksud benda atau sesuatu. Contoh :

"nak masak megi nih tapi anunye mane? Alah yang tempat nak letak megi tulah,"

Maksud ayat neh, orang tuh nak masak megi dan nak guna sumthing macam mangkuk ke periuk ke, memang kalau orang jawa terlupa words yang dia nak guna untuk barang, dia akan ganti words tuh dengan perkataan anu sampaila dia engat nak sebut benda yang dia nak. Dan saya ulangi sekali lagi jangan sesekali double meaning okay?? dan lagi satu kitorang suka guna perkataan "kok" dan "-nye". Yang tambah dahsat, kadang2 satu kampong pun, kitorang boleh guna terms yang berbeza untuk sesuatu barang. Besela kadang2 kat tempat lain, lain tempat lain dialek ye x??? lebih kurang camtu la…..

Tapi jarang da orang jawa menggunakan bahasa jawa bila bercakap. Terutama generasi sekarang. Saya sendiri guna certain2 terms je, tapi bila orang cakap jawa, saya paam la. So bila nak mengumpat pasal saya jangan guna bahasa jawa, inggeris, apatah lagi melayu. Hahaha insya Allah saya faham. Sila guna bahasa lain cam bahasa Sarawak ke, mandarin ke dan lelain yang saya xsebut. Selalunya orang2 tua je yang masih guna bahasa nih. Kalau awak pergi rewang (gotong-royong) kenduri kawen, memang awak akan xpaam sepatah haram pun even awak nih orang jawa tapi jenis yang xmo amek tau pasal bahasa kaum sendiri. Nih sebab mak cik2 tu sebok dok sembang dalam bahasa jawa. Seronok bila dengor deme2 nih bercerita, usik mengusik…… hahaha……. Selalunya bila saya jumpa orang muda yang baya2 saya dan berketurunan jawa, rata2nya xreti guna bahasa jawa. Lagi2 kalau bapaknye yang berbangsa jawa. Kalau maknye yang berbangsa jawa, insya Allah ada harapan faham. Hahaha, ni memang pemerhatian saya. Dan saya buat kesimpulan, selalunya mak akan mempengaruhi loghat apa yang kita akan guna. Sebab mak yang didik dan besarkan kita. Anda perhatikanlah sendiri. Saya memang da lama wat pemerhatian nih dan result dia selalunya macam tuh.

Okai, masuk bab masak2, kalau anda semua nak tau, orang jawa suka masakan pedas tapi manis. Xmacam kebanyakan orang Kelantan yang suka masakan manis sahaja atau orang negeri sembilan yang suka masakan pedas sahaja. Kalau kami, kami gabungkan dua2. Selalunya masakan macam nih anda kan jumpa dalam sambal. Dan untuk pengetahuan anda, sambal orang jawa sangat2 berbeza dengan sambal orang melayu. Sambal orang jawa selalunya berwarna merah gelap. Tu tandanya kami masak sampai cilinya betul2 masak. Kalau orang melayu masak sambal, selalunya sambal mereka berwarna merah terang. Cekla sendiri kalau awak xpercaya. Mula2 saya xcaye apa yang mak saya bagitau, tapi bila buat pemerhatian, memang betul pun. Selalunya masakan ni yang membezakan orang tuh jawa ke bukan. Kecuali orang tu belajar masakan dari orang jawa. Hehehe…

Lagi satu yang anda akan perasan, kalau bab2 kenduri kahwin. Sepanjang yang saya hadiri, selalunya belah pantai barat yang orang2 jawa duduk, memang meriah dengan makanan dan memang sangat mementingkan keselesaan tetamu. Orang jawa memang sangat menitik beratkan bab2 menyambut tetamu. Maaf kalau ayat2 saya menyinggung perasaan anda. Tapi kalau belah2 utara dan pantai timur, selalunya kenduri kahwin mereka memang simple. Kadang2 satu meja hanya cuma disediakan 4 pinggan dan 2 cawan. Kena berkongsi. Ada pulak cuma sediakan kerusi je, meja xde. Pastu tengah panas terik boleh2 je xpasang kipas. Orang nak makan berpeluh2. Da la susah nak makan, badan memang xselesa sebab berpeluh tahan panas dan pedas makanan sekaligus. Peristiwa nih berlaku dekat pantai timur. Tula pengalaman saya. Saya xtipu dan memang tulah yang terjadi. Tapi saya xmenuduh semua begitu. Mungkin ada yang ambil berat pasal benda nih. Cuba anda compare ngan sambutan kat pantai barat, memang kadang2 nampak membazir, tapi tetamu selalunya puas hati. Makanan cukup, selesa pulak. Dan satu budaya orang jawa, selalunya bila orang yang rewang atau sedara mara yang rapat, kami akan dibungkuskan lauk2 yang ada pada kenduri untuk dibawa pulang. Benda tuh kami panggil berkat. Memang aka nada AJK membungkus makanan. Tapi benda nih jarang jadi kalau orang tuh buat reception tu dekat dewan. Benda nih dekat rumah2 yang wat kenduri kawen la. selain tuh, kitorang ada salam tempel. Tataula tempat lain namenye apa. Sebab orang jawa nih lain tempat lain terms dia. Selalunye benda nih berlaku lepas orang tuh makan, nak balik, jumpa mak dan ayah pengantin dan salam tuh bersama duit. Kira macam penghargaan buat keluarga pengantin sebab da jamu makan.

Tula serba sedikit bab2 orang jawa. Kepada sesiapa orang jawa yang nak tambah, silakan, gtau je kat saya kat ruangan komen. Sangat dialu2kan.

Ok, kita masuk bab terms yang orang jawa guna, kira cam pengetahuan tambahan untuk korang sume……

  1. Jangan : masakan sayur
  2. Bening : sayur yang dimasak air
  3. Keloloden : tercekik sebab benda yang panjang macam sayur
  4. Geseng : hangus
  5. Seret : tercekik makan
  6. Babat : perut lembu
  7. Gori : nangka muda yang dibuat sayur
  8. Tanek : da masak
  9. Pondo : umbut kelapa
  10. Iwak : ikan

Ha cukupla sepuluh tu dulu. Bab makan tu. Siket je pon. Banyak lagi. Lenkali la yea???

Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi kita selalu. Amin~~~~ ^_^

Selasa, 28 Disember 2010

Alahai Tudung Labuh…….

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


 

Alhamdulillah, segala puji dan puja untuk Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah serta umat Islam di seluruh dunia tidak kira yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Sangat2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meluahkan rasa hati.

Aha….. Masok tajok entri saya untuk kali neh. Semua orang yang mengenali saya akan tau tudung yang saya pakai jenis apa?? Jenis labuhkan??? Xlah labuh sangat seperti para akhowat. Bidang tudung cuma 50. Dan bila pakai tudung labuh je, mula la nak label saya budak baik…. Haha…. Tahukah anda? Kadang2 cara anda melabel itu membuatkan ramai orang tertekan. Cuba kita letakkan diri kita sebagai orang yang xbertudung, (maaf kalau ayat2 saya selepas ini membuatkan anda sakit hati, tapi ini sekadar apa2 yang saya dengar dan kadang2 benda nih terlintas dalam hati saya) pasti akan ada je komen

"esh, bukan dye dulu bertudung ke??? Nape plak dye xpakai?? Trokla minah tue….. "

xpun cam ni

" da besar pun masih xpakai tudung lagi ke??? Xsedar diri betol!"

even ayat anda bukan macam ayat saya yang da saya nyatakan tadi, tapi kalau anda mengutuk orang tu, same je la……


 

Ok, cuba kita letakkan diri kita dekat orang yang pakai tudung, tapi cara menutup auratnya tidak sempurna. Ayat kita mungkin begini

"haish, pakai tudung, tapi baju ketat, baik xyah pakai tudung!"

"alamak, da comel da bertudung, tapi pakai lengan pendek…… terokle….."


 

Sekarang kita masuk situasi orang pakai tudung labuh;

"harap je pakai tudung labuh, tapi mulut…… cam LONGKANG!!!!"

"harap je pakai tudung labuh, kapel gak…. Bek cam aku neh, pakai tudung bese2 je xkapel…. Huh!!!"


 

Banyak betolkan situasi yang kita mengutuk orang??? Macam kita jelah yang betul semuanye, kita jelah yang baik….. kita je yang terror bab2 nak hukumkan orang ni….. tapi kita sedar x kadang2 kita pun terlibat dalam situasi macam tu?? Bukan selalu kita nih baik….

Saya ambil tajuk ni pun sebab saya da selalu sangat dengar orang yang mengata pasal orang pakai tudung labuh. Orang yang xpakai tudung labuh, jarang sangat kena. Orang tudung labuh ni pun manusia gak sayang, bukan malaikat yang memang xde nafsu dan terpelihara dari buat dosa. Apa2 amanah yang Allah bagi, dorang akan laksanakan dengan baik dan sempurna. Saya pernah terbaca satu artikel dekat facebook pasal orang yang bertudung vs free hair. Memang banyak lah komen2 sampai nak bertikam lidah pun ada.

Dan bagi saya ada 2 je sebab orang2 yang kita label kat atas nih terjadi

  1. Orang tuh xsedar lagi kepentingan menutup aurat dan kewajipan sebagai seorang muslimah
  2. Orang tu pun manusia gak


 

Ok, masuk reason yang pertama, orang tuh xsedar lagi kepentingan menutup aurat dan tatacara seorang muslimah. Cuba kita renung kembali diri kita nih, aku nih da sempurna ke tutup aurat???? Bila kita cek2 balik, Alhamdulillah sempurna dari atas sampaila ke bawah. keluar pakai baju xketat, pakai tudung labuh tutup dada, stoking pun kita pakai….. cukup sempurna. Kita kena lihat cara kita bergaul, elok ke tidak???? Kalau dok tepuk tampar dengan budak laki, elok ke??? Kalau mencarut je kejenye, elok ke???? Buat checklist dalam diri, muhasabah selalu, insya Allah, kita mampu menjadi muslimah sejati.

Kadang2 apa yang kita lihat, xboleh terus hukum kesalahan orang tuh. Kalau kita nampak orang pakai tudung labuh, tapi perangai xelok, mungkin ada perkara yang kita xtau. Contoh, memang dari kecil lagi dia dah diasuh bertudung labuh tanpa diberitahu apa yang tersirat di sebalik tudung labuh, dan persekitarannya mungkin menyebabkan dia berperangai kurang sopan. Jadi, kita kena lebih berhati2 melabel orang. Kita tengok pulak orang yang xpakai tudung, jangan labelkan dia jahat terus. Mungkin hidayah Allah xsampai lagi padanya. Ada kes lagi dasat, parents dia langsung xbenarkan dia bertudung! Ha, lihat, dasat kan??? Saya juga selalu terbaca pengakuan orang yang xbertudung. Diorang selalu mengatakan dorang lebih baik dari yang memakai tudung dengan alasan perangai diorang lebih terpelihara daripada orang yang pakai tudung. Orang yang pakai tudung kadang2 tidak solat, bergaul dengan lelaki ajnabi lagi dasat dan macam2 lagi. Dalam kes ini, saya setuju dengan penulis artikel tu, dua2 salah. Dua2 masih xsedar kepentingan menutup aurat dan batas2 pergaulan lelaki dan perempuan.

Memang betul dua2 salah. Walaupun orang yang xbertudung mempunyai akhlak yang lebih baik, dia tetap xmenjalankan perintah Allah yang wajib baginya. Allah dengan jelas dan perintahkan kita untuk menutup aurat pada surah an-Nur. Dan bagi yang bertudung dan mempunyai akhlak yang buruk, dia tetap salah sebab dia tidak menghayati kewajipan sebagai seorang muslimah. Dia menutup aurat, tetapi tidak solat. Bukankah dia juga telah melanggar hukum Allah?? Sama besar atau tidak dosa yang dua golongan ini lakukan, biar Allah sahaja yang ambil peranan.

Reason kedua, mereka yang kita labelkan tuh semua manusia. Dorang pun ada gak buat kesalahan sayang….. kalau orang tudung labuh berbicara tentang lelaki yang mereka suka, xkan terus hilang respect? Padahal kita cuma terdengar je apa yang diorang cakap tanpa mengetahui hujung pangkal cerita. Sekali lagi saya tegaskan, mereka tetap manusia, mereka ada nafsu sama macam kita, mereka ada fitrah yang sama macam kita. Cuma tudung mereka yang jauh lebih labuh daripada kita, asal dorang buat silap sikit, terus nak condemn. Bukan macam tuh caranya…. Saya cukup kesian dengan mereka yang bertudung labuh. Pasti dijadikan bahan cerita kalau mereka melakukan kesilapan. Seolah2 mereka ini ibarat malaikat. Padahal dorang tetap manusia macam kita gak. Xde beza pun. Ujian dorang nak pertahankan apa yang dorang ada sekarang lebih berat daripada kita yang berpakaian biasa2 je nih. Diorang terpaksa menahan nafsu untuk berfesyen macam kita. Diorang pun teringin gak pakai baju yang cantik2. Tapi mereka lebih arif dengan hukum Allah. Abeh tu kita neh xbaek ke jat? Sume orang dilahirkan untuk jadi orang yang baik. Selagi kita ikut apa yang Allah suruh, insya Allah betul.

Tapi, apa kata kita berubah? Jadi yang lebih baik?? Kalau sebelum ni baju kita cukup2 di badan, apa kata kita besarkan baju. Pilih saiz yang besar sikit ke ataupun potongan baju yang besar. Kadang2 rasa kelakar bila kawan2 merungut dapat baju yang besar sikit daripada saiz yang dorang nak. Kalau pakai saiz s dapat m, cukup bising. Xsedar badan tuh besar. Lain cerita kalau anda pakai saiz s tapi dapat saiz xl. Tu saya rase memang xpatutla… besar sangat dah. Saya cukup kagum kalau orang dapat pakai baju muat2 dengan badan sampai nampak lekuk2 kat badan tu. Kalau saya da sesak nafas.

Cukupla sampai situ. Saya sangat berharap, kita jadi lebih baik. Xpayah nak sebok2 label orang, doakan dia supaya dia insaf dan berpakaian lebih elok. Kan lagi bagus??? Doakan yang terbaik untuk orang lain. Allah lagi suka kan?? Cukuplah dengan pandangan serong kepada orang yang pakai tudung labuh. Saya pun kadang2 perangai same je, suka label orang. Tu yang saya buat entri nih….. nak sedarkan diri balik. Kita bukan sempurna sebab kita manusia dan yang penting, hamba Allah semuanya xsempurna…..

Maaf untuk semuanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah selalu…. Amin~~~~ ^_^

Rabu, 22 Disember 2010

KKM 7 ^_^””””

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……

Alhamdulillah, segala puji selayaknya untuk Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat dan salam buat Rasulullah, ahli keluarga baginda, para sahabat dan buat seluruh umat Islam terdahulu sehinggalah sekarang. Alhamdulillah masih diberi peluang nak coret post. Da lame gila en saya xpost???? Hahaha…… nak wat cane? Mula2 pergi Cameron ikot ayah tercenta, dan2 abeh je tour pergi Cameron, kena turun kkm plak….

Ha ni la post kali ni nak cerita pasal kkm 7. Hari ni hari kedua kat umah.(masa menaip) Semalam nak post tapi letih sangat….. asek membuta je sepanjang hari…… hahhaha……… tapi tolong mak la jugak…. Sian kot~~~ kate nak berubah??? Hahaha…… cam wat lawak kampus plak…… ^_^""""""

Oklah, masok citer kkm. KKM neh stands for Kem Kepemimpinan Mahasiswa…… masa asasi dulu xpandang pun bende neh…. Yela, baru masok asasi, baru nak kenal dunia U, chill2 r bro en???? Pastuh, bila da masok 2nd sem degree, mula terpikir balek, dulu penah jadik pengawas kat sekolah, timbalan ag, rugila kalo bakat tuh sia2 je. Rugi jela dulu bz sane sini, bila masuk u, buang sume pengalaman tuh….. pastuh pon kena ajak ngan che kina tersayang, so aci redah jela….. hahhaa…….

Da lepas interview yang menggigil2 kepala lutut nak jawab (hahahahaha…… da lame kot x g interview!!!!) pastu dpat la mesej yang saya layak g kem. Pastuh wat la persetujuan tanpa piker panjang, sbb memang niat kat hati nak berubah ag lebih baek, tambah pengalaman diri ngan xmo la nak habiskan cuti ngan golek2 je atas katil en??? Hahahaha……. Rase lawak plak……. Bila da dapat surat tawaran g kem, baru rase malas ngan gelabah sebab yela tengah2 cuti baru nak g. semangat ngah berkobar2 dulu, xmo plak buat en???? Payah betol la izzati mar'e neh…… haish…. =.=''' rase sedih pon nak tinggal pakwe saya nan seorang tuh….. hehe

(sian dye kne tinggal, tp xpe dye tetap dalam hati saye..... heheh......)

Balek kolej hari isnin, sebab selasa da kena g. naek tren je plak tuh sbb xde sape nak anto….. huhu syahdu btol!!!! Bawak beg punyela berat nak mampos…… haish…… yela 6 hari camping kot~~~~ mne boleh bawak seket2….. pastuh banyakla plak baju dye nak. Semi formal la, formal, riadhah la…… banyak permintaan btol…. Blom masok kain itam ngan baju putih utk perasmian yg xsmpai pun 1 jam…. Alahai~~~~~ =.="""" redah jela…..

Sampai kat stesen ktm serdang, kina sayang amek ngan mak nana saye….. hehe……. Pastuh jenjalan jap kat mines…… malam tuh ada taklimat….. muka bebudak mtm pon siyes + toya nak mati…. Ag2 inche pami selaku pengarah program….. bagi speech muka siyes semedang, tapi sumpah saya nak gelak……. Siyes yang memang dibuat2….. xleh nak cakap pape…. Maapla inche pami ye??? Hahah…… even dye da bwat muke siyes, hati nih memang da cuak gile, kalo da kat kolej pon bwat muke siyes nak mati, blom ag kat campsite….. haru2……… sila bertenang ijat….. peserta kali nih plak 35 orang je. 20 laki 15 pompuan…… cam pelik plak bdak ag ramai dari pompuan….. lantakla……


14 Disember 2010

mula la perjalanan kitorang sebagai peserta kem, bertolak dkat2 pkol 10. Sampai sane dalam pkol 11. tempat cantek punya........ hahaha..... IMpian Country Resort, Hulu Langat. Dalam hati neh bercampur baur perasaan….. sonok ada, cuak ada……. Badan plak shivering xberenti…… alahai, lekla sis….. insya Allah u can do it punye…… fighting!!!!! Hahaha……. Pas perasmian, kitorang ada ice breaking. Mase tuh satu group ngan syadan, fairus, aina, apis, kedot ngan tan….. sonok gak la ngan group baru…. Pastuh ntah ape silap ktorang, banyak sangat maen2 kot, kitorang tukar group ag. Kali nih tetap ngan fairus, tapi tambah ag ngan arif, mema, sya, ikhwan n fendi. Nih la kekal sampai abeh kem…… group nila yang jadik family kecik saya pas family besar 35 orang. Group nila yang wat saye nanges ngan hepi sesangat…. Nak tau citer???? Bace sampai abeh okai?? Okai sambung….. cam besela kalo da name pon camping, pastuh ad group kompomla kan kne bagi nama, cheers n segala bagai yang mmg pening nak piker untuk mase yang singkat……. Yang tambah haru tuh, ktorang kena buat sume bnde dalam sungai, diulangi SUNGAI!!!!! Hahaha….. berendamla ko cam badak air……. Mmgla haru sbb kain ngan kertas kne jage betol2 kalo x basah……

Malam tuh pulak, kitorang sume ditukar name, hahahaha…….. kumpulan saya:

  1. ikhwan = petak,
  2. fairus= tonggek,
  3. arif= lurah,
  4. Mema= tapai
  5. Fendi = kontot
  6. Sya = labu
  7. Ijat = kuyu

untuk sepanjang kem nih saya bukan lagi ijat mar'e, tapi kuyu…… cam kuyup plak asenye….. then, dorang bagi tidor awal……. Yela tuh, saye xcaye sangat bab2 tido awal waktu2 camping neh,,,,,, ag camping2 camnih…. Banyak sangat tricknye……. Ktorang tengah syok2 siapkan buku log nak anta esok pagi, tetibe dengar shahrul ngan paku terjerit2 soh bdak laki kuar, alasan dorang borak kuat sangat…… ngan ktorang2 skali bdak pompuan kne tau x??? besela, katepon camp……. Nak2 plak tekankan satu family en?? Sume mmg kenala……. Yang xmenahan tuh tetibe je pak wan ( pemilik campsite) datang, bagi tazkirah….. oklah sebab da lame xmuhasabah diri. Pastuh kena tinggal sensorang kat hutan….. cakap jela ada program pagituh….. nak surprise la konon!!!! Hahahhaa……… saya memang da agak da bnde nih akan jadik…. Xde maknenye kem tido pkol 12. Balek dalam pkol 3 pagi….. pastuh kena brainwash ag……. Kena grenade dalam air plak!!!!! Xdapat tido pon 1st day sbb pastuh kena siapkan buku log plak…… haru2….. da r memang sejuk kat situ……. Tau2 je da subuh……


15 Disember 2010

hari nih da stat la hari2 yang mengharukan dalam idop…… hari nih memang worse la…… pagi2 tuh kena betolkan balek name kumpulan ngan cheers yang hampeh…. Hehe….. salah sendiri la sape soh bagi name xekot yang dorang nak…. Da kena maki ag….. haru2…. T_T…… abeh je benda tuh, kitorang blaja wat kertas keje n bentang kat depan……. Time tuh rase cam mantap je satu kumpulan…… hehee…… sebelah petang pulak belaja orienteering, pastu wat pertandingn…… kalo ikotkan kumpulan kitorang ok je…. Tapi silap xpaam pe yang dorang nak, tak ikot arahan, kalahla dengan dasat dan troknye….. haish…… haru ag T_T…….. pas solat asar, kitorang ada boleh dikatekan cam sukaneka versi ala2 tentera,,,,, mne taknye…. Torture tuh jadik semangat nak troskan perjuangan….. hahaha……. ^_^"""""""" yang nih pon boleh dikatekan kitorang kalah dengan dasat dan teroknye…….. memang worse gle……. Time tuh sume xmo bersatu, dapatla hasil cenggitu ye x??? nak ikot pale masing2, baran je kejenye………

Malamnye antara malam bestla antara yang da best….. kitorang night walk……. Jalan plak ngan bunjut…… berdua je….. yang bagusnye, xde plak rase takot nak berjalan berdua kat hutan gelap tuh…. Mungkin Allah nak bagi peluang kat kami hayati keindahan malam yang Dia da cipta……. Alhamdulillah….. kitorang orang last skali plak tuh…… jalan pon slow2 je….. smpai fasi kat blakang pon tau……. Hahaha……. Sape soh dorang jalan cepat sangat n bagi kitorang jalan last skali……. Betol x??? sampai2 je kat tempat tuh, kitorang dibagitau yang kitorang neh sesat, salah guna jalan……. Pulak dah??? Kenala tunggu kawan selamatkan… paling haru, dekat 2 jam tunggu, xde sape pun selamatkan kitorang, yang sesat da la 5 orang pulak tuh…. Sume pompuan…… yang kengkawan len kat bawah yang da sampai plak tengah berperang ngan fasi sebab nak selamatkan kitorang, sampai nak soh panggil bomba ag…… ha punyela saying kitorang, tapi cume pandai cakap je, xbuat pon…… saya bukan nak condemn, tapi apa salahnye kalo cari2 kat sekitar campsite tuh…….. xyahla nak msok kat hutan sebab kalo da gelap, memang xleh nak carik…. Nak lapor kitorang hilang pon kena tunggu 24 jam….. habis dorang kena bebel ngan lebo n labu……. Saya pulak xleh nak marah, sebab time tuh saya tengah xberperasaan. Saya nih pantang penat satu badan ngan pale…… blurrr……. Jadik kalo korang nak maki ke, marah ke, memang anda akan lihat muka xberperasaan saya……. Time tuh memang saya dalam mood boleh tahan pressure dengan hebat dan jayanye…… hehee….. (bangge plak….. xpe, gelak ag puas2….. hahahahahaha). Hari ni pon dapat tido xsampai 15 minit….. oklah tuh, dapat lelap gak en????


16 Disember 2010

hari ni palingla bersejarah dalam hidop saya……….. gembira, rase disayang dan last sekali rase orang paling xberguna dalam kumpulan…… hari ni, buat saya berfikir yang sape saya di mata kawan2 selama nih…… mungkin betol dan mungkin salah tanggapan saya, saya pon tatau, terserah pada yang menilai…….. ok, stat ngan part gembira dan rase sangat 2 disayangi. Pagi tuh ada jungle trekking. Disebabkn kasut saya neh tapak dye haus teramat, jadi saya xstabil je la sepanjang perjalanan. Asek tergelincir je. Pastu plak cepat mengah…… yela bdan bsar en???? Mengah la cepat. Tu yang saya xsuke pasal diri saya. Menyusahkan org je keje. Sampai saya jadi rendah diri kat orang laen. Si tonggek plak marah saye sebab byk cakap then asek mengah je. Dye memang siyes plak pagi tuh sampai saya pn naek pelek, pehal plak mamat neh?? Terasa hati gakla time tuh. Lurah plak cam bad mood je pagi tuh……. Seb bek yang len ok…….. labu ngan tapai oraite je…… siap bagi support ag. Kaki plak memang sakit sebab tetibe je bwat keje berat2……… memangla slow jalan……. Da nak balek campsite, time tuhla rase cam disayangi ( tapi perasaan tuh sementara je wat masa nih). Disebabkan saya asek tergelicir je, jatoh xberenti, si petak pun tolongla jadi guide saya sepanjang perjalanan balek tuh….. memang terharu gler, yela jarang orang nak wat camtuh…… petak turun dulu, cari site yang sesuai untuk saya turun n letak batang bendera kumpulan untuk saya berpaut…… pergh romantic giler, hahaha…… cam kat citer Hindustan plak……. Tapi sape la saye en?? Haha……. Cam tuan puteri plak….. siap panggil petak panglima ag…. Hehe……. Alhamdulillah sampai pun kat campsite dengan selamat……. Injured??? Xyah cakapla, memang sakit pon tangan sebab tergeliat time tuh……. Ad satu masa tuh saya terjatuh, tangan belah kanan plak berpaut kuat kat batang pokok, memangla tergeliat…… dalam banyak2 peserta pompuan, saya rase saya la paling lembik, padahal budak laki yang kenal saya sume ckp saya nih ganas semedang. Tetibe je kat sini jadik lembik. Maybe sebab kasut sukan tuh xcengkam, jalan pun xseimbang, jadi confidence pon low……. T_T menyusahkan orang je…… tu yang saya xsuka………. Macam terlalu bergantung kat orang.

Waktu petang plak, kitorang ada taklimat pasal group camping stat hari jumaat petang. Fasi gtau pasal perjalanan camne n peta perjalanan. Petang tu plak si tonggek ngan lurah mood da ok…… siap bleh wat lawak tempe ag……. Mula2 egt saya ni xdisukai dalam kumpulan yela sebab cam nampak 2 orang tuh marah saya. Tapi bila petang tuh da ok, maybe sebab dorang bad mood, so saya salah sangka la…… maaf. Kitorang da seronokla wat pembahagian tugas, sape yang siapkan khemah, unggun api, cari air dan segala bagai. Memang petang tuh pon hepi je. Pas solat asar, ada taklimat untuk cara2 bercamping. Seronokla dapat banyak ilmu baru. Lagi2 ada bdak fasi yang dr kos perhutanan, banyakla dorang share. Mekasih banyak2 buat semua fasi yang mengajar…… ^_^ petang tuh memang sangat gembira dan sonokla….. xsabar nak tunggu malam……

Ok, stat masuk part yang saya rasa sayalah orang paling xberguna. Malam tuh, orang paling berjasa dalam kumpulan kena dok dpan. Labu kena. Mula2 dorang suruh saya. Tapi apala jasa saya, so suruhla si labu. Si laila plak buat kuiz. Sape xdpat jawab kena conteng muka orang kat depan. Saya pulak xegt name2 blok. Alahai sedehnye….. cam nak meraung je conteng muka labu kat depan. Minta maaf yea labu. Labu menagis xberenti pas basuh muka….. sian betol dye. Pastuh turn slot wan (timbalan presiden) plak. Dye soh kitorang undi name sape nama ahli yang xberguna langsung dalam kumpulan. Mase tu da tau sangatla trick game nih…… kalo sayang sangat ngan bebudak kumpulan kita, janganla undi name sesape pon. Even fasi xbagi ltak name sendri ke atau tulis tiada ke, buat je. Kalau boleh jgn bg undi tuh ada nama orang lain yang lebih, nahasla kena buang. Saya pun yakin dengan kumpulan saya, saya pun buat undi rosak. Tulis tiada kat situ. Masa g undi kat depan, ternampak plak kertas undi orang lain tulis name saye, time tu da stat menggigil. Haish, menggigil je keje ak neh…. Haha…….. tapi bwat bodo je. Bila da kira undi……………………………………. Nak tau sape yang kena buang dan paling xberguna????? KUYU la……. Mase tu, da xde perasaan, sebab tatau nak tatau nak tafsir cne. Saya fikir, memang saya nih xberguna kot dalam group sbab saya pasif, xbanyak sangat bagi cadangan, negative je kejenye, pastu dok mengharapkan orang lain je. Ha…… ckopla la kan reason kalo saya nak kena buang?? Mase tuh, nak pandang ahli kumpulan sendiri pon xboleh. Sedih sangat rasenye sebab saya sanggup wat undi rosak. Saya kena tiga undian, kontot kena 2 undian. Kumpulan lain plak : kelat, bunjut, lentok n bucu. Yang kena undi keluar nih, memang semua xsangke diorang akan terkeluar. Kira cam kena betray la neh…… huhu…… sadis asenye……. Mase tuh baru saya faham, yang bukan semua orang suka kita, bukan semua orang boleh saying kita dalam masa yang singkat. Yup, betol kita boleh rase dia mesra, boleh tolong dan boleh gelak2 tapi kepercayaan kalo xdpat develop, n kalo xrase saying tuh penuh dalam hati, memang susahla…..

Tengah2 syok dorang (+ ktorang yang kena buang duduk kat depan) kena bebel ngan fasi, che tempe a.k.a nana bangun nak defend kawan group dye, nana gtau yang bunjut xlayak pun nak keluar dan dia xundi bunjut pun. Dia sanggup nak keluar kem same2 ngan ktorang……. Xlme lpas tuh labu pun bangun defend saya. Time tuh air mate da xleh berenti meleleh……. Ade ag yang masih sayang saya, Alhamdulillah…… ada ag kumpulan lain yang keluar bantu kawan yang kena buang, malas nak cter, kang panjang sangat. Tapi kesimpulannya, malam tu is da worst nite 4 me. Kitorang diarah kemas barang n g ke kereta fasi. Dalam keta pon kena bebel ngan fasi ag. Adeh~~~~~ ^_^""""" tetibe en, kitorang singgah dekat petronas. Ingat nak isi minyak ke, xjugak. Upenye, fasi ngah tunggu arahan boleh bawak balik kitorang ke x. yang tinggal kat kem tuh semua tengah berperang mulut buat sekalian kalinya dengan fasi2 sebab nak pertahankan kitorang. Alahai……. Sian plak en?? Da xsuka kita, xpayahla nak bising2 bawak kitorang balik…… dekat2 pukul 4 tuh, saya pond a tertidor dalam keta, fasi bawak kitorang balik ke kem, dorang da pesan siap2 jangan layan sangat kalo dorang pujuk, marah je dorang bia dorang rase betapa sakitnye hati kitorang neh. Sebenanye memang bila kena buang tuh, dalam hati ada rase lega sebab bleh balek n basuh baju yang basah n busuk xengat tuh, dapat tido atas katil n segala nikmat yang kita dapat jika kita dok kat umah…… heheh………. Tapi tetap sedeyh sebab dorang buang saya…. T_T

Masuk je dalam campsite, dorang sume da kerumun dekat parking kereta, fasi matikan enjin, dorang terus serbu. Apa lagi, sesi pujuk memujuk bersuara sayu telah bermula…….. memang hati kena keras la sebab 6 hati lawan 1 hati yang majok, dasatla en?????? Dorang sume pujuk2 n I, KUYU, xkuase nak layan…… hahaha….. lame2 cair gak, tapi wat bodo je………. Hahhahaa…….. last sekali dorang give up….. saya masih dalam keta ag. Pastu saya keluar, fasi nasihat saya sket2 pastuh saye g peluk si labu yang memang xberenti nangis dari akhir slot yang pertama…. Sian dye…… memang bersungguh dorang pjok saya wei!!!! Xlame tuh labu pengsan, pulak dah…. Angkatla dye g surau… xlame lpas tuh, ktorang tido le….. ngantuk kot~~~~~~


17 Disember 2010

ok new morning came. Saya masih trauma ngan kes semalam, tapi wat bodo je….. rase klaka tetibe sume nak friendly ngan saya pagi neh…… bebudak group la member….. yang lain xnampak sangat….. kang dorang marah2, aku lari ag x ke haru???? Hahaha………….. Pagi tuh kitorang ada larian berhalangan. Laki2 pompuan2, aktiviti dye panjat tembok, menyusur bawah kawat berduri, panjat lereng bukit, turun curam, melintas titi bergayut kat tali, dan letak kertas cita2 kat dalam bekas atas tiang yang tinggi. mase saya turun curam, kaki saya injured. Luka panjang. Seb bek xdalam sangat. Petang tuh, wat preparation nak g group camp, pas asar kitorang bertolak. Cam bese saya jadi tuan puteri kali ni, sume orang pesan soh jaga kak kuyu…… sampai kat campsite dalam pkol 7. Wat sume yang patut la…. Sume pasang khemah, wat unggun api n bla2….. saya ajk memasak, so kena g bhgn dapur la kan???? Kitorang rancang masak megi je malam neh. Esok pagi baru makan nasi sebab esok nak jalan jauh, nak g sungai congkak. Naim cakap laluan dye satu hari baru sampai. Penat kot kalo xmkn nasi. Tengah sibuk2 orang wat keje, ujan trun mencurah2, sabar je la….. huhu…………

Bila unggun api kat bahagian dapor da siap, saya n beberape yang lain trun la nak amek wuduk, bdak laki tukang teman, sebab bahaye nak g trun bwah. Curam gile tempat dye. Da selesai amek wuduk sume, bile naik atas, aik???? Ada chef baru plak??? Siap da masak ag megi kitorang. Nak tau sape??? Si petak yang masak….. terharu ag ngan si petak neh….. esh…. Hahahhaa…………. Memang terhutang budi tol ngan dye….. jazakumullahu khairan kathira bro!!!! pastu g solat…… malam tuh memang xdapt nak tido sangat coz khemah basah. Fasi plak dan2 je soh orang siapkan buku log, n karangan pengalaman kita kat kem neh….. egt kitorang nih student secondary school ke????? Adeh~~~~ ag pon, kitorang kena masak nasi malam tuh untuk dorang….. penghulu kitorang tolong masak nasi tau….. dasat beb……. Masak kat main unggun api plak tuh, xmenahan btol…. Tau2 je nasi da jelantah…. Hahaha…….


18 Disember 2010

Pagi2 tuh da kemas2 barang sume, bagi sarapan nasi digaul ngan sardin, kitorang pon troskan perjalanan. Time nih, si tonggek plak jadi panglima di raja…… tapi dia sendiri pun xstabil…. Hahahaha……… tapi perjalanan kali nih, panglima diraja asek bertukar je, sampai group depan pun jadi panglima saya gak….. siyes klaka…… si lurah siap nak penggal kepala bdak group dpan kalo saya cedera…… haru bai~~~~~ memang dasatla penangan malam yang saya kena buang tuh…… tengah jalan2……… tetibe cam kenal je tempat ni, aik bukan nak g sungai congkak ke??? Upe2nye kena tipu dengan fasi. Xde pon group camping smpai 2 hari…… sabor je……wakenabeb!!!! Hahahahahhaha…………………. XD

Mase dorang basuh2 khemah, luka kat kaki saya pedih semacam. Yela seluar basah je, pastuh lupa nak anginkan bior luka kering. Sekali tengok, merah menyala……. So, fasi soh saya "balik mandi nanti buboh ubat k??" dorang sume syok main air……. Huhuh…. T_T.

Petang tuh ada sesi rumusan sume….. cter ap yang kita rase, seronok ke x ke sampai la acara nangis2 sebab minta maaf. Da keja dorang kena marah kitorang, maafkan jela ye x???? tetibe ad task ag, malam nih kitorang kena usruskan majlis penutupan dengan hari keluarga esok. Haru ag……….. pastu kitorang lunch…… rase bahagia je sebab fasi da xgarang2 n wat muke siyes xmenahan……… heheh…….. so, petang smpai ke malam bz ngan majlis penutupan, saya pulak terlibat ngan persembahan. Da xde yang lain, tu je la yang kosong…. Xkan xbg pape sumbangan kot.

Pas abeh je majlis, amek2 gambar sampai xsdar diri, kitorang pon bincang plak pasal family day. Sebab da ngantuk sangat, bakhil a.k.a pengarah program decide nak bncg pkol 4 pagi sok…… memang datang, tapi mata pejam sepanjang masa….. maaf ye??? ^_^""""""


19 Disember 2010

LAST DAY!!!!!!! Hahahahha…………… syok kot!!!!! Tapi kena harung family day dulu……. Pas syok2 men game n mandi sungai untuk last day, kitorang pon kemas2 barang nak balek…….. beg punya la azab nak bawak sebab pnoh dengan baju basah,,,,,,, seb bek inche paku tawarkan diri nak tolong angkat. Mekasih paku, kang ak belanje ko makan, kalo ko bace blog ni la….. hahahaha………. Bas jalan je, mata pun jalan sebab memang letih gila, sedar2 je da sampai kat kolej….. dapat henpon yang penah jadi kontroversi jap kat camping. Yela, ingatkan suruh tulis nama kat kertas untuk kehadiran ke apa, upenye surat perjanjian serahan hak milik kepada kolej. Kolej amek tros henpon ngan sume barang berharga, xke haru????? Dan2 perang mulut ag ngan fasi time tu….. tapi tu cume trick je……. Kalo jadi betol memang xdela budak2 nak g kkm ag…. Haha…… seronok kot dapat henpon balik!!!! Tros tepon mak, soh mak amek lambat2 sket sbab nak lepak jap ngan dorang. Apis plak dapat je laptop dye tros bkak tenet nak tgk result, saiko tol…….. wat bodo je sebab malas nak trime kezutan ag…….. hehe……… sampai kat bilek nana mintak tolong raja tempahkan domino, dari johor tuh!!! Hahah……. Pas makan ngan solat, membuta la…… letih kot, bilek pon sunyi je…….. da malam, ayah pon datang amek……. Balek umah!!!!!! Hahahhaa…………………


my new big family :)


Kesimpulan :

  1. Camping nih antara camping yg paling best pnah saya g sebab torture dye xhengat……… bayangla hari2 saya doa xmau baju basah kne grenade dalam air. Tapi baju tetap basah.
  2. Baju memang basah gila n kalo dapat tukar baju kering rase cam dapat minum air sejuk kat gurun sahara…… punyala nikmat……. Kasut pun termasuk dalam kes yang sama hehe….. :-p
  3. Seronok yang amat sebab dapat family baru…… dari kecik sampai besar neh, memang sentiasa dapat family baru, maybe akan berterusan smpai ke akhir hayat insya Allah…..
  4. Saya sayang ngan family baru saya. Tuh penting…….. hope dapat kerjasama ngan korang ag….. next sem memang jumpe korang je la kot…… hahaha
  5. Maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk semuanya……. Semoga dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu…. Amin~~~~~~ ^_^

Jumaat, 10 Disember 2010

hahaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~~~~

segala puji hanyalah untuk Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah


hari nih rase idop cam bercampor baur~~~~~ memang la buat aku haru semedang (ayat hlovate hehe :p) meh2 aku start cerita.....


dudok kat cameron selame dekat seminggu memangla membekukan otak dan badan dan kerja ak asek tengok cerita HBO (coz tu jela yang tayang dekat tv hotel ak sewa, dye xboleh aleh channel laen...... memang haru!!!!! cerita cameron tuh kang lain cerita ok???) paling tak leh blah cerita dye asek ulang tayang je.... sampai aku pon naek boring.... kat rumah pulak xde channel HBO.... so memang tatau benda pon pasal channel neh..... da la asek 18 tahun punye cerita je.... sampai malu nak tengok dengan adek2....... huhu..... T_T

otak memang habes beku bro~~~~
(ihsan google)

ok2.... masuk ke pangkal cerita....... punyala beku otak sampai nak bukak facebook pon malas tahap dewa.... hehe.....

(ak xcaye aku rase malas nak bukak FB =.="")
(ihsan google ag ^_^)

so pagi tadi saje2 jela bukak facebook.... tetibe sume kecoh pasal result.... ak pon naek heran,,,, biar betol da keluar???? bukan dye slalu keluar belas2 aribulan ke??? pastuh gelabah la nak bukak..... sekali tekan tak boleh..... da masok kali ke-10 aku da fed up..... so teros mesej amal tersayang suruh dye tolong cek...... alhamdulillah naik tapi ak tak puas hati sangat la dengan result.... nak buat cane en??? maen banyak sangat sem lepas...... reda jela~~~ T_T.....

haru punya haru tatkala reda dengan result sem 2 neh, tetibe ade ag bende yang haru daripada tuh....... bukak facebook balek td, dekat wall budak2 biotek, ada announcement yang result yang keluar tuh xbetol pon.,.. upm cume nak test application yang terbaru......



what???????????? (bengang Allah je yang tau!!!!!)
(ihsan google!!!!)

aku punyala gelabah xboleh bukak web nak tengok result.... sampai suruh orang tengokkan result, boleh2 je upm kate result xbetol??? HARU bai!!!!!!



(ni muka haru ke??? heheh xD)
( yup google ag....)


tapi seronok gak sebab result xbetol maybe boleh dapat ag better kot (ayat penyedap hati~~~ ahaha~~~ haru2!!!!!! :p) tapi xpela..... reda je dengan apa yang dapat... insya Allah next sem improve ag okey??? fighting!!!!!!


maaf untuk segalanya dan jazakumullahu khairan kathira untuk segalanya.......
semoga kita dalam perlindungan dan rahmat Allah selalu.... amin~~~~ ^_^